Panas! Ustaz Zolkharnain bagi nasihat percuma pada Syeikh Zainal Asri

 


Panas! Ustaz Zolkharnain bagi nasihat percuma pada Syeikh Zainal Asri


Baguslah tuan guru syeikh dah buat pusingan U dalam isu vaksin sehari dua yg lepas. Sebelum itu, dgn penuh konfiden, tuan guru syeikh kata, orang yg ambil vaksin akan mati selepas dua tahun.

Dlm penjelasan tuan guru syeikh, tuan guru syeikh bersandar kpd Imam Syafie yg memiliki qaul qadim di Iraq dan qaul jadid di Mesir. Tuan guru syeikh bagi contoh isu wudhuk, tidak batal sentuh isteri di Iraq tapi batal sentuh isteri di Mesir.

Tak apalah, itu perbincangan lain. Cuma bagi saya, kurang enak tuan guru syeikh mengambil Imam Syafie sebagai sandaran dalam isu menarik balik kenyataan berkaitan vaksin tu. Sama seperti sandarkan mekanik pulas skru kpd engineer yang mencipta enjin.

Imam Syafie berqaul qadim dengan dalil dan bukti yang kukuh. Bahkan qaulnya itu selari dgn qaul para fuqaha’ yg lain yg terus relevan sehingga kini. Dia tidak berqaul qadim secara sembrono tanpa sandaran.

Setakat yg saya tahu juga, qaul jadid bukan pembatal qaul qadim bahkan dlm sesetengah keadaan qaul qadim terus dipakai sesuai situasi dan realiti. Ringkasnya, bukan suka² Imam Syafie berqaul qadim sama seperti bukan suka² juga dia berqaul jadid.

Namun dalam isu vaksin ini, ketika tidak ada mana² pakar berkata pengambilnya akan mati dalam tempoh masa tertentu, tiba² tuan guru syeikh boleh berkata akan mati selepas dua tahun? Mana sandarannya? Mana bukti saintifiknya? Mana kajiannya?

Tuan guru syeikh sebenarnya main pakai hentam saja cakap begitu dlm isu vaksin ni. Jika tuan guru syeikh main pakai hentam saja, tak eloklah tuan guru syeikh nak samakan tindakan tuan guru syeikh dgn Imam Syafie. Perbuatan itu agak menjolok mata. Bahkan tak betul dgn disiplin berhujah.

Ka ada sebab lain tuan guru syeikh buat pusingan U? Saya tahu juga sikit² sebabnya. Sebab itu, pada hujung video tu tuan guru syeikh bukan main puji kerajaan PN. Puji melantun², mcm lantunan bola keranjang sebelum dibaling masuk gol.. he he. Tak apalah, itu hak tuan guru syeikh.

Cuma nasihat saya ialah, tuan guru syeikh tak perlu bercakaplah hal² yg di luar bidang tuan guru syeikh. Misalnya bidang sejarah dan bidang perubatan. Kalau tuan guru syeikh bercakap juga, nampak sangat melalut ke laut lepas.

Natijahnya, tuan guru syeikh terpaksa “jual” nama tokoh mujtahid umat ini untuk mengabsahkan tindakan tuan guru syeikh. Bukankah itu tindakan tidak beretika? Bahkan tidak berdisiplin bagi seorang “tuan guru syeikh” seperti tuan guru syeikh.

Nasihat saya sebagai sahabat lama, elok tuan guru syeikh bercakap dalam bidang tuan guru syeikh spt bidang tasawuf, bidang zikir² harian, baca hadith, itu lebih bagus drpd melalut dlm bidang lain ibarat wau kemetek putus ekor.

Semoga nasihat ini bermanfaat untuk saya dan tuan guru syeikh juga. Nanti ada peluang, saya cari jalan untuk berjumpa tuan guru syeikh. Bukan apa, nak minum kopi saja… Luv yu tuan guru syeikh.







No comments: