ANWAR SAHKAN UMNO TAWAR JAWATAN PERDANA MENTERI

APA SEBENARNYA TERJADI DI SEBALIK RAMPASAN KUASA?

KU NAN BERANG MAHKAMAH DEDAH HARTA RATUSAN JUTA RINGGIT

KENAPA SIDANG PARLIMEN DITANGGUH HINGGA 70 HARI...TAK CUKUP KERUSI KAH??

Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac ini telah sah ditangguhkan kepada 18 Mei depan.
Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau telah menerima surat makluman berkenaan tarikh baru untuk sidang ketiga Parlimen ke-14 daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam.
Sehubungan itu, tegas beliau, tiada sidang Parlimen pada 9 Mac ini dan tarikh baru Istiadat Pembukaan Parlimen ialah pada 18 Mei 2020.
Dengan sidang Parlimen sepatutnya diadakan pada 9 Mac, tetapi ditangguhkan kepada 18 Mei, bermakna penangguhannya adalah selama 70 hari atau lebih dua bulan lamanya.
Meskipun menangguhkan sidang Parlimen boleh difahami keperluannya kerana kerajaan baru bertukar daripada PH kepada PN, tetapi persoalannya mengapa sampai 70 hari ia ditangguhkan?
Tidakkah tempoh 70 hari itu terlalu lama?
Kenapa tidak ditangguhkan hanya selama dua minggu, sebulan atau lima minggu misalnya?
Sepertimana yang kita sedia makluman, kedudukan PN di Parlimen melalui rampasan kuasa menumbangkan PH yang diterajui Muhyiddin baru-baru ini masih lagi kabur majoritinya.
Sementara PH bertegas menunjukkan sokongan sebanyak 114 Ahli Parlimen yang mereka miliki atau mungkin sudah berkurangan kepada 112 daripada 222 jumlah keseluruhan Ahli Parlimen, Muhyiddin sehingga ini masih belum berani menunjukkan sokongan yang ada di belakangnya.
Lantaran itu, sidang Parlimen pada 9 Mac ini adalah penting untuk Muhyiddin membukti atau mengesahkan kelebihan sokongan yang dimilikinya.
PH bersama Tun Mahathir Mohamad dengan tegas mengesahkan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam sidang Parlimen itu nanti.
Tetapi, kini sidang Parlimen 9 Mac ini sudah ditangguhkan kepada 18 Mei atas arahan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Adakah penangguhan selama 70 hari ini membuktikan Muhyiddin benar-benar tidak cukup sokongan ketika ini, lalu beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menambah sokongan terhadapnya?
Sepatutnya, Muhyiddin tidak terlalu lama menangguhkan sidang Parlimen jika benar beliau sudah ada sokongan melebihi 112 Ahli Parlimen.
Ini kerana, kerajaan yang dipimpinnya perlu diperlihatkan stabil di mata rakyat demi untuk meneruskan pentadbiran dan program-program pembangunan untuk rakyat.
Lagi cepat sidang Parlimen diadakan dan seterusnya dapat mengatasi usul undi tidak percaya terhadapnya yang bakal dibawa PH adalah lebih baik lagi dari segi imejnya di mata rakyat.
Malah, Muhyiddin akan lebih terpuji jika berani mengadakan sidang Parlimen khas tergempar hanya untuk mengusulkan undi percaya kepadanya, sekaligus untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Malangnya, penangguhan yang terlalu lama itu membuatkan Muhyiddin dan PN terus dibayangi persepsi buruk seolah-olah beliau tidak cukup majoriti serta takut untuk berhadapan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen.
Dalam tempoh 70 hari akan datang juga bermakna ruang sangat terbuka untuk PH dan Tun Mahathir mengadakan ceramah dan program penerangan ke seluruh negara bagi menghentam Muhyiddin yang disifatkan mereka sebagai pengkhianat melakukan rampasan kuasa bersama PN.
Akhirnya, akibat penangguhan itu yang disusuli dengan program politik setiap malam, bukan saja negara terus tidak stabil, bahkan Muhyiddin sendiri pasti akan lebih teruk dihentam daripada pelbagai sudut, terutamanya oleh Tun Mahathir yang kini ibarat “seekor harimau luka”.
Dalam keadaan itu, bolehkah Muhyiddin dalam tempoh 70 hari akan datang menambah lagi sokongan terhadapnya atau sokongan terhadapnya berpotensi lagi berkurangan? (ShahbudinHusin 04/03/2020)

Anwar sahkan dakwaan ditawar jadi PM jika terima Umno*




Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan dakwaan yang mengatakan beliau ditawarkan jawatan perdana menteri sebagai pertukaran untuk menerima Umno.

"Ya," tulisnya dalam ulang ciap, laporan yang memetik Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai perkara itu.

Pengesahan itu juga dilihat selari dengan kenyataan Anwar dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

"Kita diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita. Kita memilih untuk kekal dengan prinsip. Yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita," katanya dalam  video berkenaan.

Dalam siaran Facebook pagi tadi, Nik Nazmi mendakwa tawaran kepada Anwar itu dibuat sebelum krisis politik minggu lalu.

"(Anwar) mendedahkan sebelum krisis ada tawaran kepadanya untuk menjadi perdana menteri dengan syarat dia meninggalkan sekutu politik kita di Pakatan Harapan dan menerima pemimpin dari Umno en blok, termasuk mereka yang menghadapi tuduhan rasuah.

"Anwar enggan mengkhianati mandat rakyat semata-mata demi mendapatkan jawatan perdana menteri," tulisnya.

Nik Nazmi tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Ketika ditanya pada sidang media hari ini, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, bagaimanapun, berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.

"Bila (tawaran dibuat kepada Anwar)? Saya tidak dapat memberi komen mengenai spekulasi, khabar angin. Jika ada fakta, saya akan ulas. Tidak dalam pengetahuan saya," kata Annuar.

Minggu lepas, seterus Anwar, Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya meninggalkan PKR untuk menumbangkan PH serta menubuhkan kerajaan baru bersama Bersatu, BN, dan PAS.

Gerakan yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' itu pada mulanya digerakkan dengan alasan untuk menghalang Anwar menggesa Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan.

Bagaimanapun, gerakan itu telah menyebabkan Mahathir meletakkan jawatan kerana enggan bekerjasama dengan Umno.

Anwar kemudian memberi sokongan kepada Mahathir, namun tidak sempat untuk menghalang Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri bagi menerajui gabungan kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, Umno, dan PAS - dengan sokongan GPS.

Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Yang di-Pertuan Agong telah mengarahkan Muhyiddin membentuk kabinet yang inklusif.

Bagaimanapun, satu sumber berkata MCA masih membahaskan sama ada mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan kerana takut dianggap mengambil alih kuasa melalui pintu belakang.

MCA mempunyai dua Ahli Parlimen, presiden parti Wee Ka Siong (Air Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai). Kedua-dua parlimen itu di Johor.

https://m.malaysiakini.com/news/513223

VIDEO MENARIK UNTUK ANDA DENGAR KULIAH : Bila Nak Tutup Kedai Arak!! Ustaz Dato' Nik Amar Nik Abdullah

VIDEO MENARIK PESAN ARWAH TOK GURU



*Mengapa Saya Membela DAP?*



Mengapa bapak selalu sebelah DAP tu? Apa Bapak makan rasuah? kata Latifah pada Bapaknya. Biasalah tu Fah.. dulu pun orang tuduh Bapak makan rasuah dengan Dr Mujahid, padahal satu sen haram pun dia tak pernah bagi Bapak duit pun,  dan jawatan.. Bapak bukan apa fah.. bapak bela DAP tu atas dasar logik;

1. DAP wujud 52 tahun masa kejayaan kerajaan BN lagi.. kalau DAP melanggar undang-undang tak sesuai perlembagaan mengapa ROS masa BN luluskan? Mengapa BN tak bubarkan DAP masa BN ada kuasa dulu?


2. DAP tak rampas dan rebut kursi kuasa kawasan orang Islam Melayu pun.. Bahkan DAP tak bertanding di Kelantan dan Terengganu kawasan orang Islam pun. DAP tak kacau kawasan PAS pun selama ini.. DAP rebut kursi MCA, MIC, Gerakan lah Fah.. Lainlah MN bagi kursi kawasan majoriti orang Islam pada MCA di Tanjung Piai.


3. DAP adalah mangsa propaganda Fah.. memang ada kenyataan ahlinya yang menyinggung Islam dan Melayu.. Tapi itu berlaku masa BN dulu.. tahun 2015, 2016 dan sebagainya Mengapa BN tak hukum masa tu? Tapi Latifah kena ingat.. yang menyinggung sensitiviti orang Islam Melayu bukan hanya DAP tau.. MCA, MIC Gerakan pun buat kerja yang sama.


4. Mengenai Zakir Naik Bapak pun marah masa tu Fah.. Bapak siap hubungi Menteri lagi masa tu. Tapi yang serang Zakir Naik tu bukan hanya DAP tapi juga MCA dan MIC rakan BN dan PAS Fah.. kita kena adil Fah sebab orang adil hampir kepada ketakwaan.


5. Malaysia tak boleh nafikan kewujudan orang Cina Fah.. Jika DAP mati sekalipun, maka MCA Gerakan akan kuat dan begitu sebaliknya. Pemilik kilang arak, tempat judi, bangun sekolah Cina semua tu MCA ke DAP yang punya fah?


6. Latifah kena ingat.. ekonomi di Malaysia dipegang oleh bukan Melayu. Majoritinya oleh kaum Cina dan mereka bukan DAP sebab yang mendapat keistimewaan projek selama 60 tahun BN bukan DAP kerana mereka pembangkang masa tu. Tifah faham maksud bapak kan?


7. Latifah anak bapak.. Jika DAP mati sekalipun.. secara automatik MCA atau Gerakan akan kuat. Majoriti orang Cina tak akan undi PAS atau UMNO.. Sedangkan bahaya DAP, MCA, Gerakan sama sahaja bagi orang Islam Melayu kerana pengundi mereka dari golongan yang sama. Dua sudah terbukti, satu masih persepsi. Faham maksud bapak kan Fah..?


8. Mengapa Masa BN MCA MIC tak jahat Pak.. alah.. toksah percaya semua propa tu fah.. masa tu diorang kawal media.. Latifah kena ingat.. DAP parti pelbagai kaum dan agama bukan parti cina tau fah.. bukan macam MCA MIC.


9. LTTE macam mana Pak? Semua kes tu berlaku masa bn berkuasa.. tapi kenapa masa ada kuasa dulu mereka tak proses hukum?


10. Komunis Pak? Komunis Melayu pun ada bahkan ada ahli akademik yang mengaitkannya dengan MCA rakan UMNO PAS..


11. Mana Bapak tahu semua tu??? Bapak bukan apa Fah.. Bapak baca.. ayat pertama turun pun suruh Nabi kita untuk membaca. Perlu tabayun macam makna surat Al-Hujuraat dan banyak lah fah.


12. Bijak jugak bapak ya.. eh tak ada lah fah.. Bapak baca, kaji, teliti, semak fah.. bukan macam orang nun.. suka membawang dan termakan propaganda ja...malas membaca mudah kena tipu laaaa


SRD, 01 Mac 2020


Pesan Kyai


D@DЖ?eY�

BERGAMBAR DSAI : PASANG SURUT PERJUANGAN ADALAH LUMRAH


Pasang surut ini biasa dalam perjuangan. Namun, prinsip, amanah dan kejujuran mesti menunjangi fikrah perjuangan. Janji kita kepada rakyat dan sesama manusia jangan sesekali kita injak kerana kebinasaan pasti menunggu. Saya memilih untuk melihat ke depan dengan terus memberi fokus soal pemerkasaan ekonomi rakyat, keadilan sejagat dan perpaduan antara kaum.

Ups and downs are part of the struggle. However, principle, responsibility and sincerity must be the backbone in the struggle. Our promise to the people and each other as human being won’t change lest destruction awaits us. I choose to look forward and give focus to matters pertaining to economic empowerment for the people, universal justice and racial unity.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Imej mungkin mengandungi: 17 orang
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang ramai dan topiImej mungkin mengandungi: 8 orang, perkahwinan

PATUT PUN KENA LEPAS JAWATAN

W. Faudzin

Dia berada di Sheraton sewaktu segerombolan pengkhianat sedang berbincang-bincang untuk merampas kuasa dan mandat rakyat. Memang patut pun dia kena maki dan dicaci depan pejabat PKR Tropicana baru-baru ini. Dan, terbaru memang patut pun dia letak jawatan (dipecat?) dari menjadi Exco kerajaan P.Pinang.
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

Dr Afif letak jawatan selepas diarah Ketua Menteri P.Pinang?

Dr Afif letak jawatan selepas diarah Ketua Menteri P.Pinang?
Dr Afif Bahardin
 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin di katakan telah meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Memetik status Facebook aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin, Exco kesihatan itu diarahkan berbuat demikian oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
“Dr Afif Bahardin diarahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam muatnaik status terkininya di laman FB CheGu Bard Original.
CheGu Bard yang memetik sumber dalaman, turut mendakwa perletakan jawatan itu selepas wujudnya desakan dari PKR.
“Menurut sumber dari pejabat Ketua Menteri, arahan itu berpunca dari desakan Parti Keadilan Rakyat sendiri,” katanya.
Sebelum itu, Dr Afif dijangka akan membuat pengumuman khas berhubung dakwaan perletakan jawatannya petang ini.
Difahamkan, jemputan sidang media khas itu dibuat melalui kumpulan WhatsApp Team Media Keadilan PP pada jam 12.10 tengah hari tadi.
Sidang media Solidariti Bersama Dr Afif Bahardin itu akan diadakan di kediamannya di Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya pada jam 3.30 petang ini.
Bagaimanapun, belum jelas sama ada Dr Afif akan mengekalkan jawatannya sebagai Adun.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/dr-afif-letak-jawatan-selepas-diarah-ketua-menteri-p-pinang/

Malaysia's new leader delays parliament to ward off no-confidence vote

The Japan Times
Malaysia’s new leader has postponed the next session of parliament by more than two months, effectively delaying plans by Mahathir Mohamad’s former ruling alliance to seek a no-confidence vote against him.
Lower house speaker Mohamad Ariff Mohamad Yusof said in a statement Wednesday that lawmakers will reconvene on May 18 instead of March 9 as originally scheduled. He said the decision was based on Prime Minister Muhyiddin Yassin’s order, but no reason was given for the postponement.
Muhyiddin, 72, was sworn in Sunday as Malaysia’s eighth prime minister after his surprise weekend appointment by the king capped a week of political turmoil.
Muhyiddin led his Bersatu party out of the governing Alliance of Hope, depriving it of a majority and causing its collapse less than two years after its historic victory in 2018 ousted a corruption-tainted coalition that had ruled for 61 years.
Bersatu joined hands with the same coalition that it ousted, along with several smaller parties, to form a Malay-majority government. Mahathir, 94, resigned to protest Bersatu’s plan to work with the former government.
Mahathir tried to make a comeback, but it was too late, as the king appointed Muhyiddin, whom he deemed had the support of a majority of lawmakers.
But Mahathir said he had majority backing to serve as prime minister for a third time. He has called for an urgent vote in parliament to test Muhyiddin’s claim of majority support, warning that any delay could see his supporters being inducted to support the government of the day.
There was no immediate response from Mahathir’s camp on the delayed resumption of Parliament. Many Malaysians are angered by what they see as a betrayal of their vote for a change in 2018 elections, with small protest rallies held over the weekend to “reject the traitors.”
Muhyiddin, a nationalistic politician who once famously quipped he was Malay first and Malaysian second, appealed for support in an address to the nation Monday. He denied he was a traitor and promised to form a corrupt-free Cabinet despite bringing back to power the United Malays National Organization. Several UMNO leaders, including ex-Prime Minister Najib Razak, are on trial on corruption charges.
Muhyiddin’s government also includes a hard-line Islamic party, sparking fears of greater Islamization and more pro-Malay policies. Ethnic Malays account for 60 percent of Malaysia’s 32 million people, with large Chinese and Indian minorities.
Muhyiddin and Mahathir were former members of UMNO when they formed Bersatu in 2016 amid anger over a massive corruption scandal involving the 1MDB state investment fund. Muhyiddin, a longtime politician, was appointed deputy prime minister when Najib took power in 2009, but was sacked in 2015 after he criticized Najib’s handling of the 1MDB scandal.
Bersatu teamed up with the Alliance of Hope with a deal that Mahathir would eventually hand over power to his former rival Anwar Ibrahim. Mahathir has said he felt betrayed by Muhyiddin, accusing him of scheming with UMNO for a long time.

DULU KATA BOLEH, SEKARANG TAK BOLEH PULA??


Ibrahim Mat Isa


Kami bekas ahli Pas kenal lama dah dengan Pak Haji kuat tipu ini. Kenyataan beliau mengenai orang Pas dibolehkan menipu demi maslahat parti dalam isu "ana tahu" dahulu terserlah perangainya yang kuat menipu.
Perjuangan hudud bukan agenda Pas. Cakap boleh la..

Jangan biar segelintir individu rompak kekayaan negara, pesan Anwar

Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan pertamanya hari ini sejak kehilangan peluang memegang jawatan tertinggi kerajaan kepada Muhyiddin Yassin, mengingatkan rakyat bahawa kekayaan negara “tidak boleh dirompak oleh segelintir individu”.
Anwar, yang merupakan bakal perdana Menteri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, juga menggesa mereka mengambil “jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita” dan mengukuhkan keadilan untuk melindungi hak rakyat.
“Kami diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita, kita memilih untuk kekal dengan prinsip, yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita,” katanya dalam video 2 minit yang dipaparkan di Facebook hari ini.
“Saya ada dengar dan dapat menghidu apa yang sedang direncanakan dan mengkhianati perjuangan kita, termasuk keadilan, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Anwar juga berkata walaupun hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak dipertikaikan, Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, maka ia mesti merangkul semua kaum dan agama.
Tambahnya, ekonomi negara tidak harus menghalalkan rompakan oleh segelintir penguasa tetapi memastikan ia dipacu dengan lebih laju dan meyakinkan tetapi menjamin mengagihan yang saksama.
“Petani, nelayan, pekerja, penjawat awam, terutamanya di peringkat menengah dan rendah sedang mengalami masalah dan tekanan hidup,” katanya.
Oleh itu, katanya, rakyat tidak membiarkan kekayaan negara terus dirompak oleh segelintir individu.



PKR Sabah teguh di belakang kepimpinan Shafie Apdal



PKR Sabah teguh di belakang kepimpinan Shafie Apdal
 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Christina Liew mengulangi pendirian parti itu apabila menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu telah menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan ketua menteri.
“Dakwaan itu adalah tidak benar. Persoalan mengenai keraguan terhadap kepimpinan Ketua Menteri  tidak pernah dibangkitkan langsung. Kami adalah sebahagian daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai kerajaan dan berdiri teguh di belakang beliau dalam kepimpinan beliau mentadbir negeri.
“Kami secara terang-terangan berikrar menyatakan sokongan kuat kami kepada kepimpinan Datuk Seri Shafie demi kepentingan kemajuan dan pembangunan lebih besar bagi Sabah.
“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Api Api dan Ahli Parlimen Tawau, saya menyokong penuh kepimpinan ketua menteri. Beliau telah berjaya membuktikan kecekalannya untuk 21 bulan yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berhubung khabar angin bahawa beliau akan berpaling tadah, Christina menjelaskan perkara sedemikian tidak akan berlaku.
“Saya berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan tidak berbelah bahagi dan integriti,” kata Christina.– BERNAMA


Jawatan TPM: Bersatu bertelagah antara Ahmad Zahid atau Abdul Hadi?



Jawatan TPM: Bersatu bertelagah antara Ahmad Zahid atau Abdul Hadi?
Suara tidak puashati dikalangan pimpinan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mula jelas kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada kumpulan perasuah dan kleptokrat kerajaan Umno-BN.
Bahkan ada dikalangan ahlinya pula di negeri yang dijajah Kelantan mencadangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketua Armada Negeri Kelantan Asran Alias berkata, semua pihak harus menghormati Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri ke-8
Katanya Umno tidak perlu menekan Muhyiddin untuk memilih Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku TPM.
“Tan Sri Muhyiddin telah jelaskan, beliau hanya akan mengambil ahli kabinet yang bersih dan berintegriti sahaja.
“Maka Datuk Seri Zahid Hamidi yang masih terpalit dengan skandal rasuah tidak patut diangkat menjadi pimpinan utama,” bidasnya.
Ini susulan tindakan Umno Kedah semalam telah menetapkan pendirian mereka supaya Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menganggotai semula barisan kabinet baharu dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bergandingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Reaksi berbeza pula disuarakan oleh  Exco Armada Bersatu Abdul Hannaan Khairy dalam kenyataannya hari ini.
“Umno Kedah sepatutnya hormat kepada Tan Sri Muhyiddin. Adakah Umno berfikir Pakatan Nasional ini mampu dibentuk tanpa kerusi ’emas’ Bersatu?
“Umno perlu dengar kata tuan, bukan cuba jadi tuan,” bidasnya
Tambah Abdul Hanaan lagi, susulan  beberapa negeri (Johor, Melaka)  dibawah Pakatan Harapan kini jatuh ke tangan Perikatan Nasional sewajarnya peluang diperoleh selepas Bersatu keluar gabungan PH sepatutnya  lebih berperanan memperkasakan Bersatu di peringkat negeri.
“Jika Perdana Menteri adalah dari Bersatu, jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri juga harus letaknya kepada Bersatu,” tegasnya.
Beliau turut tidak puashati apabila Johor lebih awal melantik Menteri Besar dari Umno Datuk Hasni Mohd pada 28 Februari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.
“Belum sempat Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai PM8, Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Johor sudah diangkat sebagai MB Johor.
“Ini tidak adil kepada Bersatu!!,” dalam nada kecewa dan mahu semua parti di bawah Perikatan Nasional sepatutnya akur dengan Bersatu bukan sebaliknya berlaku.
Krisis politik yang melanda negara seminggu lalu menyaksikan Bersatu keluar PH membentuk Perikatan Nasional yang disertai Bersatu, BN dan Pas.
Manakala Pakatan Harapan kekal dengan PKR, AMANAH dan DAP.

ADA CUKUP AHLI KAH



Abd Malek Hussein


Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.‬

‪Muhyiddin akan mengetuai Jemaah Menteri bagi sebuah kerajaan yang belum dapat membuktikan ia mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.‬

‪Hanya ada satu jalan untuk membuktikannya, iaitu hadapkan Muhyiddin dengan suatu undi kepercayaan dalam Dewan Rakyat.‬

‪Tiada gunanya membangkitkan samada Kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu sah atau sebaliknya. Dia memang sah dilantik Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan fungsi baginda mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Itu sudah menjadi kenyataan pada hari ini.‬

‪Apa yang boleh dilakukan seterusnya, ialah Pakatan Harapan bersama tim Dr Mahathir, Warisan dan lain-lain lagi ahli Dewan Rakyat berganding bahu dengan kesungguhan untuk melakukan aksi Parlimen bagi menguji samada Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan majoriti atau minoriti dalam Dewan Rakyat.‬

‪Muhyiddin dilantik melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, dan menerusi peruntukan dalam Perlembagaan yang sama Muhyiddin boleh diundurkan dan meletakkan jawatan.‬

‪Pakatan Harapan boleh kemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, kerana ada sebab untuk diyakini bahawa dia membentuk kerajaan dengan tanpa majoriti.‬

‪Muhyiddin mesti dibuktikan bahawa dia cuma mengetuai kerajaan minoriti.‬

‪Kerajaan pimpinan Muhyiddin yang baru ini belum diuji samada boleh bertahan dalam undi kepercayaan.‬

‪Usul tidak percaya boleh dikemukakan melalui pemberitahu bertulis oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat samada secara persendirian atau secara beramai-ramai di bawah Peraturan 27, Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. ‬

‪Masih bermakna sokongan 114 atau tidak kurang 112 ahli Dewan Rakyat yang menyokong Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Buktikan sokongan ini konsisten dan padu untuk mengenakan undi tidak percaya di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac 2020, cuma beberapa hari sahaja lagi dari hari ini.‬

‪Jika Muhyiddin gagal mendapat kepercayaan majoriti melalui usul tidak percaya ini, beliau tiada pilihan kecuali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, sepertimana menurut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪Apabila itu terjadi, dua kemungkinan boleh berlaku.‬

‪Pertama, Muhyiddin boleh meminta Agong membubarkan Parlimen, dan jika menyetujuinya, maka Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum diadakan.‬

‪Kedua, jika Agong menolakkan permintaan Muhyiddin untuk membubarkan Parlimen mengikut budibicaranya di bawah Perkara 40(2)(b), maka Agong boleh melantik Perdana Menteri yang baru tanpa perlu melalui pilihanraya umum. Dalam keadaan demikian, Akuan Bersumpah seramai 114 ahli Dewan Rakyat yang menyokong Dr Mahathir kini masih terpakai, atau ditambah lagi sokongan, bagi membuktikan kepercayaan majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.‬

‪Pakatan Harapan harus sasarkan Muhyiddin Yassin dikalahkan dalam usul tidak percaya sebelum Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat berakhir pada 16 April 2020.‬

‪Majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat yang terkumpul sekarang wajar digunakan untuk menolak Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.‬

‪Amat patut Pakatan Harapan dan kekuatan yang telah terdapat kini digembelingkan untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara.‬

‪Tidak mustahil ini boleh dilakukan oleh Pakatan Harapan.‬

‪Aku mohon mencadangkan.‬

MB KELANTAN TAK TAHU PTPTN TIADA RIBA?