MB Kelantan tak tahu PTPTN tiada riba?
Teguran ringkas buat Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yaakob
Saya membaca dengan teliti kenyataan Ustaz mengenai hasrat mahu menghapuskan riba pinjaman tabung PTPTN.
Pandangan peribadi saya, kenyataan ini ada beberapa kekeliruan
1. Pembiayaan kredit PTPTN ada dua jenis. Satu berasaskan kontrak pinjaman konvensional 3% dan satu lagi kontrak pembiayaan islamik berasaskan ujrah 1%
2. Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman.
3. Ujrah ini dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi mengurus dan menyediakan pinjaman kepada peminjam
4. Secara ringkas nya, seluruh rakyat Malaysia beragama islam boleh memilih kontrak berasaskan ujrah yang bebas riba
5. Kenyataan lebih tepat boleh ditulis
” Saya berhasrat menghapuskan segala caj tambahan seperti upah pentadbiran ke atas pinjaman PTPTN. Jadi hanya perlu membayar apa yang dipinjam sahaja
6. Produk kewangan dan perbankan Islam BUKAN PINTU BELAKANG (backdoor) kepada riba yang jelas haram
Saya mendoakan agar hasrat murni Ustaz ni dipermudahkan Allah dalam meringankan beban kewangan rakyat. Insha Allah
.
.
Hanif Yahaya
Shariah Registered Financial Planner
Shariah Registered Financial Planner