Penjelasan pimpinan Bersatu di Kelab Sultan Sulaiman Kg Bharu
Malam tadi di KSS, Kg Bharu.
Yang bercakap dalam acara tertutup ini: Syed Saddiq, Mukhriz & Tun M
1. Watak utama projek kerajaan pintu belakang: i) Zahid Mat Arip (setiausaha sulit Tun M), ii) Azmin Ali (Si Kitul kepala Kartel), iii) Muhyiddin Yassin (PM8).
2. Keputusan untuk PPBM keluar dari PH dirancang oleh mereka tanpa persetujuan sebulat suara, malah oleh MPT.
3. Tun M kena game dengan namanya dijual kononnya dia bersetuju memimpin gabubgan baru bersama Umno dan PAS.
4. Angka-angka yang digunapakai oleh pihak pintu belakang tidak betul. Kerusi parlimen asal PPBM ada 12 bukan 13, kerana kematian MP Tanjung Piai dan kekalahan kepada MCA maka ada 12.. Lagi 13 adalah kerusi yang lompat masuk PPBM dari Umno pasca PRU14 dan 10 kerusi Azmin Ali yang dikatakan sudah jadi ahli PPBM pun disahkan setiausaha parti Marzuki Yahya bahawa tidak ada borang keahlian diisi.
5. Tun tidak bersetuju untuk keluar PH kerana tiada sebab perlu berbiat demikian. Muhyiddin kata kena tinggalkan DAP. Apa sebab? Cuma propaganda Umno saja mengatakan kerajaan dikawal oleh DAP dan sebagainya. Malah Tun M kata Guan Eng tidak pernah langgar dia, sedangkan apa-apa polisi yang nak dibentangkan di kabinet, Guan Eng akan brief dia dulu dan kalau tak setuju, dia tak buat. Dalam mesyuarat kabinet pun apa-apa keputusan atas cadangan DAP, perkara itu hanya dimuktamadkan jika PM setuju. Jadi propaganda ini dan macam-macam lagi memang dimainkan untuk menimbulkan kebencian terhadap DAP.
6. Apabila Tun tanya Muhyiddin kenapa perlu sampai keluar dari PH, jawapannya ialah “sebab kita cukup kerusi”.
7. Tun tahu sebalik semua ini dalam kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno seperti Najib dan Zahid Hamidi, keputusannya tidak lama lagi dan berkemungkinan mereka akan dipenjarakan. Aturcara Langkah Sheraton yang tergesa-gesa ini Tun lihat lebih menjurus kepada kerajaan pintu belakang ini perlu disegerakan kerana mahu menyelamatkan Najib dan Zahid.
8. Ini Tun dapat sahkan apabila kumpulan pendesak melibatkan para pencatur utama menggesa Tun agar membuat keputusan segera, pada malam Langkah Sheraton itu juga. Tun kata tak boleh buat keputusan sekarang juga. Kena ambil masa.
Syed Saddiq pula kata perkara sebesar mahu membawa PPBM keluar dari PH perlu dibawa kepada akar umbi untuk mendapatkan pandangan seluruh warga parti, bukan oleh segelintir pimpinan sahaja.
Mukhriz pula kata, dalam yang dikatakan 36 MP PPBM itu termasuk
Syed Saddiq pula kata perkara sebesar mahu membawa PPBM keluar dari PH perlu dibawa kepada akar umbi untuk mendapatkan pandangan seluruh warga parti, bukan oleh segelintir pimpinan sahaja.
Mukhriz pula kata, dalam yang dikatakan 36 MP PPBM itu termasuk
10 dari Kartel Azmin dan 13 ahli baru yang lompat dari Umno lepas kalah PRU14. Dari 12 org MP asal PPBM pula, Mukhriz sudah beritahu dia tidak sign apa2 SD, begitu juga Tun dan Saddiq, maka bagaimana mereka kata ada 36 SD dari PPBM?
Walaupun Mukhriz dan 5 lagi MP tidak setuju, mereka kata majoriti setuju, termasuk 10 MP kartel yabg baru masuk malah belum isi borang pun lagi.
Walaupun Mukhriz dan 5 lagi MP tidak setuju, mereka kata majoriti setuju, termasuk 10 MP kartel yabg baru masuk malah belum isi borang pun lagi.
9. Tun beritahu MPT bahawa dia tidak boleh bekerjasama dgn Umno en bloc, sebab melibatkan mereka yang telah merompak berbillion ringgit wang negara. Muhyiddin kata dia boleh. MPT mendesak. Tun kata jangan paksa dia langgar prinsip. Syed Saddiq sama.
10. Malam Langkah Sheraton Saddiq disuruh pergi ke Sheraton, tapi dia jumpa Tun dulu. Tun tak mahu pergi dan suruh Saddiq pergi.. Malam itu makan-makan bersama MP-MP Umno, PAS, kartel dan beberapa MP PPBM.
11. Saddiq kata tiada sebab untuk runtuhkan kerajaan PH. Walaupun ada sedikit masalah, boleh diperbetulkan tapi tidak sampai perlu untik meruntuhkan kerajaan itu. Dan meninggalkan pula rakan-rakan seperjuangan yang dahulunya bersama ditindas, diserang dan diperlaku macam-macam oleh kerajaan kleptokrat Umno-BN.
12. Tetapi para pencatur terus dengan tergesa-gesa melakukan rampasan kuasa dengan kononnya menyokong Tun M untuk melawan Anwar Ibrahim. Dan kerana itu PPBM dibawa keluar dari PH. Apabila dah dikatakan Tun akan memimpin pakatan baru dinamakan Perikatan Nasional itu, dia terus letak jawatan. Ini mengakibatkan kabinet PH secara automatik terbubar juga.
13. Tun kata sebenarnya mereka (pencatur) yang nakkan kuasa itu. Dia tahu apabila dalam satu lagi mesyuarat MPT yang diatur dengan tergesa-gesa, tiba-tiba Zahid Mat Arip melaungkan bahawa dia mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan majoriti (PPBM Muhyiddin, Kartel dan Umno lompat) bersetuju.
14. Fast forward ke apabila PH sudah terkibur dengan pemecatan Kartel dari PKR kerana projek kerajaan pintu belakang dan PPBM telah keluar dari PH. Mukhriz bertanya kepada Muhyiddin apa akan jadi kepada MB Johor, apakah masih PPBM. Muhyiddin kata Dr Hasni Umno jumpa dia kata Umno nak dan dia kata ok. Perak pun Umno nak dan Muhyiddin kata ok.
15. Jadi Mukhriz sudah membayangkan kalau dah ikut telunjuk Umno sampai begitu, ia akan melingkupkan PPBM. Jadi dia menyeru Muhyiddin dan gang lebih baik semua masuk saja ke Umno, tinggalkan PPBM supaya boleh kembali bersama PH. Tidak perlu tertubuh lagi parti baru untuk memecahkan lagi Melayu.
16. Ahli-ahli dan ketua-ketua cabang yang memenuhi dewan di Kelab Sultan Sulaiman itu bersorak seolah–olah menyokong penuh faksi Tun M ini. Dan mereka diseru untuk menyampaikan dan menerangkan kepada akar umbi perkara-perkara berkaitan Langkah Sheraton itu.
Mungkin banyak lagi point-point yang tertinggal sebab lama juga dialog itu berjalan. Tapi ini lah sedikit-sebanyak pencerahan.