PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan pertamanya hari ini sejak kehilangan peluang memegang jawatan tertinggi kerajaan kepada Muhyiddin Yassin, mengingatkan rakyat bahawa kekayaan negara “tidak boleh dirompak oleh segelintir individu”.
Anwar, yang merupakan bakal perdana Menteri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, juga menggesa mereka mengambil “jalan yang tegas mengikut landasan perjuangan kita” dan mengukuhkan keadilan untuk melindungi hak rakyat.
“Kami diberi peluang untuk bersekongkol dengan kelompok lama yang telah merosakkan negara kita, kita memilih untuk kekal dengan prinsip, yang meninggalkan kita, mengkhianati amanah perjuangan kita,” katanya dalam video 2 minit yang dipaparkan di Facebook hari ini.
“Saya ada dengar dan dapat menghidu apa yang sedang direncanakan dan mengkhianati perjuangan kita, termasuk keadilan, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Anwar juga berkata walaupun hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak dipertikaikan, Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, maka ia mesti merangkul semua kaum dan agama.
Tambahnya, ekonomi negara tidak harus menghalalkan rompakan oleh segelintir penguasa tetapi memastikan ia dipacu dengan lebih laju dan meyakinkan tetapi menjamin mengagihan yang saksama.
“Petani, nelayan, pekerja, penjawat awam, terutamanya di peringkat menengah dan rendah sedang mengalami masalah dan tekanan hidup,” katanya.
Oleh itu, katanya, rakyat tidak membiarkan kekayaan negara terus dirompak oleh segelintir individu.