Masalah PTPTN tidak selesai, Wan Saiful Wan Jan patut letak jawatan..

 Image may contain: text

Ngadap..

MORAL DAN AKHLAK ANWAR IBRAHIM.


Bagi mereka yang mempertikaikan ' Moral dan Akhlak ' Dato Seri Anwar Ibrahim sila bandingkan pengetahuan anda dengan orang-orang yang mempertahankan ' Maruah ' Dato Seri Anwar Ibrahim seperti berikut;

1. Sejak bermula ' Fitnah dan Tuduhan yang direkayasa ' dengan maksud pembunuhan karakter ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 agar Dato Seri ' Berhenti Berpolitik ' sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila masyarakat Melayu menunjukan undi protes pada PRU 1999 dengan swing votes sebanyak 36% kepada pembangkang.Dato Najib sendiri di parlimen Pekan hanya menang dengan majoriti 241 undi,akibat kemarahan masyarakat Melayu atas kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim.

2. Sebahagian rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri yang mengetuai pembangkang pada PRU 2008 berjaya merobek keegoan Umno/Bn buat pertama kali bila Umno/Bn kehilangan 5 negeri dan majoriti 2/3 di parlimen.Akibatnya Umno/Bn menjadi LUMPUH.

3. Majoriti rakyat Malaysia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 apabila Dato Seri sekali lagi buat kali kedua merobek keegoan Umno/Bn,bila Umno/Bn buat pertama kali kehilangan undi popular yang hanya mendapat 48% berbanding Pakatan yang mendapat 51% undi popular,akibatnya Umno/Bn ' KOMA ' dan sepatutnya Anwar Ibrahim sudah dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebahagian besar rakyat Malaysia tetap mempertahankan Moral dan Akhlak Anwar Ibrahim apabila PKR menang dan menewaskan BN buat pertama kali pada PRU 14 Malaysia.

4. Seluruh dunia Islam khususnya negara-negara Arab,Indonesia,Turki dan Iran tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim apabila Dato Seri dipilih dan dinobatkan sebagai seorang yang sangat berpengaruh bagi kategori ' Politik ' pada tahun 2017 dan 2018 dua tahun berturut-turut melalui The Muslim 500 Magazine yang berpengkalan di Jordan,walau pun Anwar Ibrahim masih dalam penjara.

Masyarakat antara bangsa tetap mempertahakan moral dan maruah Anwar Ibrahim apabila Anwar dipilih sebagai penerima anugerah ' Global Peace Prize ' pada tahun 2016 ketika beliau berada dalam penjara.

Masyarakat barat tetapt mempertahankan moral dan akhlak Anwar Ibrahim apabila Anwar disenaraikan kekelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam kategori ' Politik ' oleh Majalah Time pada tahun 2008.

5. Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Sheikh Dr.Yusuf Qaradhawi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai ' Intellectual Muslim ' yang dihormati oleh dunia barat.

6. Al Marhum Ustaz Dato Fadzil Noor bekas presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

7. Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,Akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

8. Al Marhum Tuan Guru Harun Din bekas Mursyidul Am Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

9. Tuan Guru Hj Hadi Awang Presiden Pas tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

10. Aiman Rais pemimpin Jemaah Muhammadiyah Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

11. Kiayi Hj. Maasum Bandawoso Jawa Timur,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

12. Kiayi Hj.Ghafur Pondok Sunan Darajat,Gerisik Surabaya,Jawa Tengah,Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

13. Sheikh Abdul Razak Hafiz,Mallah Puram,Karallah,India memimpin himpunan setengah juta umat,zikir dan solat hajat untuk mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

14. BJ Habibie bekas Presiden Indonesia tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Dato Seri Anwar Ibrahim.

15. Mustapha Charrick,Mufti Bosnia Harzigovina tetap mempertahankan Moral,Akhlak dan Maruah Anwar Ibrahim.

16. Maulana Ihsan Hendricks,Presiden Majlis Keadilan Islam dan Judicial Council Ulama Afrika,tetap memertahankan Moral,Akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

17. Sheikh Wahbah Az Zuhaily seorang Ulama terkenal dari Syaria tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

18. Maulana Muhammad Illias Ketua Ulama Afrika tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

19. Reccep Tayyip Erdogan Presiden Turki tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

20. Sheikh Abul Hassan Ali Nadwi seorang Ulama dari India tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

21. Khalid Meshaal Ketua Pejuang Hamas Palestin tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

22. Ekmeleddin Ihsanoglu Setiausaha Umum OIC tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

23. Dr. Umar Jamjum,University King Abdul Aziz Arab Saudi tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

24. Rashid Ghanoushi Penasihat dan Ketua Umum Parti Annadah Tunisia,tetap mempertahankan moral,akhlak dan maruah Anwar Ibrahim.

25. Sheikh Dr.Ahmad Ar Raysuni Pengerusi Majlis Ulama Sedunia dengan tegas mempertahakan moral dan akhlak Anwar Ibrahim.

26. Sultan Muhammad V, Yang DiPertuan Agong ke 15 mempertahakan moral dan akhlak serta tidak percaya Anwar Ibrahim melakukan perkara jijik.

ANWARPM9.

#CREDIT : Abdul Rauf Hj.Jainullah.

Gambar.

Anwar Ibrahim dikunjungi oleh Sheikh Dr.Ahmad Raysuni,pengerusi Majlis Ulama sedunia.

 

SEMAKIN BANYAK FITNAH YANG DITUJUKAN KEPADA ANWAR IBRAHIM MAKA SEMAKIN JELAS DAN BENARLAH KENYATAAN IMAM AS SYAFIE.

 Image may contain: 2 people, text that says "Abdul Rauf 23 h … 1. Anwar Ibrahim adalah pemimpon politik Malaysia pertama sebagai Ahli Akademik 'menjadi Professor Undangan Visiting Professor di Harvard University Amerika Syarikat. ANWARPM9. HARVARD UNIVERSITY VE ROt"

ZUS DIN

Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang sedang ' BERJUANG DILANDASAN YANG BENAR.'

Anwar Ibrahim dan Pesan Imam As Syafie ( Pengasas Mazhab Syafie ).

1. Suatu hari bertanya seorang murid Imam As Syafie kepadanya;

2. Wahai Imam As Syafie...diakhir zaman nanti ramai pemimpin yang ZALIM...bagai manakah aku ingin mengatahui pemimpin yang berjuang pada landasan dan jalan yang benar?

3. Jawab Imam As Syafie; Kamu carilah pemimpin yang banyak ' Panah Fitnah ' menuju kepadanya...maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu...kerana dia sedang berjuang di landasan yang benar.

4. Berikut adalah senari FITNAH yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim.

01. Difitnah agen CIA.

02. Dfitnah agen FBI.

03. Difitnah agen Amerika Syarikat.

04. Difitnah agen Yahudi.

05. Difitnah agen Israel.

06. Difitnah agen China.

07. Difitnah agen India

08. Difitnah agen Kristian.

09. Difitnah agen George Soros.

10. Difitnah agen Asing.

11. Difitnah proxy Yahudi.

12. Difitnah Perasuah.

13. Difitnah pengamal LGBT.

14. Difitnah main bini orang.

15. Difitnah Peliwat dan tuduhan tersebut adalah pembunuhan karakter dalam bentuk konspirasi dalam konteks politik yang memperalatkan Ketua Polis Negara,Peguam Negara,Ketua Hakim dan Mahkamah.

16. Difitnah main depan belakang.

17. Difitnah Islam sesat.

18. Difitnah Islam Liberal.

19. Difitnah ada RM 3 Bilion.

20. Difitnah hanya mahu jadi PM

21. Difitnah memiliki Ladang IOI.

22. Dfitnah bertanggungjawab bawa Umno ke Sabah.

23. Difitnah menjatuhkan PBS.

24. Difitnah beri IC kepada PTI.

25. Difitnah rayu undi kepada Nur Misuari.

26. Difitnah DALANG pencerobohan Lahad Datu.

27. Difitnah budak suruhan IMF.

28. Difitnah Wahabi kerana rapat dengan Raja Saudi.

29. Difitnah menjatuhkan Tun Mustapha Datuk Harun.

30. Difitnah gila kuasa.

31. Difitnah memaksa minta tanah di Sabah.

32. Difitnah kali langgan pelacur.

33. Difitnah memberi muka dan berlembut dengan masyarakat China.

34. Difitnah Boneka Amerika Syarikat.

35. Difitnah melencap.

36. Difitnah kaki penipu besar.

37. Difitnah kaki sandiwara.

38. Difitnah berakhlak rendah.

39. Difitnah mata lebam tumbuk sendiri.

40. Difitnah tidak bermoral.

41. Difitnah agen Komunis.

42. Difitnah seorang Gay.

43. Difitnah tidak sabar mahu jadi PM.

44. Difitnah cakap baruah kepada Azmin Ali.

45. Difitnah terburu-buru mahu jadi PM.

46. Difitnah terlalu gairah jadi PM

47. Difitnah mahu menjatuhkan Tun sedengkan ada perjanjian.

48.Difitnah melakukan Liwat di Singapura.

49. Difitnah ada bebarapa akaun di luar negara tetapi telah dinafikan Wikileaks.

50. Difitnah jadi barua Dap.

51. Difitnah Freemason.

52. Difitnah mahu menjatuhkan Mahathir dengan undi tidak percaya di Parlimen.

53. Difitnah sebagai dalang dibelakang video seks Haziq.

54. Difitnah menjatuhkan Azmin Ali sedangkan Azmin Ali bukan saingannya.

55. Difitnah sembahayang hajat di Kuil.

56. Difitnah rakus kuasa padahal Anwar seorang DEMOKRAT yang tidak gila kuasa,yang GILA KUASA adalah seorang DIKTATOR.

57. Difitnah cakap barua depan Mahathir.

58. Difitnah menghapuskan hak orang Melayu.

59. Difitnah kuda tunggangan Dap.

60. Difitnah janji harga minyak turun RM1.50 pada PRU 14 padahal janji tersebut untuk PRU 13 ( Video Klip yang tular/Viral )

61. Difitnah melakukan salahlaku seks oleh Yusuf Rawther.

62. Difitnah aliran pemikiran plural.

63. Difitnah aliran pemikran liberal.

64. Difitnah sebagi ahli Illuminati.

65. Difitnah melakukan adingan seks dengan China doll ( Video Lucah ) yang menggunakan Latex Musk Techniques atau menggunakan Artifical Intelligence ( AI ) yang bermaksud Kecerdasan buatan.

5. Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno dan berpolitik pada tahun 1982 telah berjaya mencipta dan melakar sejarah sebagai ' Pendakwah dan Cendekiawan Muslim ' yang dihormati di peringkat antarabangsa yang akhirnya menjadikan Anwar sebagai Intelektual Muslim yang diakui oleh negara-negara Islam dan Barat.

6. Sejak Dato Seri memasuki Umno dan berpolitik sehingga hari ini Dato Seri tetap konsisten menggunakan ' Pendekatan Islam ' dalam politik dan seluruh dunia Islam dan barat mengenali Dato Seri sebagai ' Muslim Democrats.'

7. Sehingga hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim kekal dan Istiqomah terus ' Berdakwah dijalur Politik dan Berpolitik dijalur Dakwah.'

8. Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang,dari Gurunya ia itu Tuan Guru Haji Salleh Othman Al-Makki.Anwar Ibrahim seorang yang warak,taat dan berpengetahuan dalam Agama Islam.

9. Anwar Ibrahim memiliki IJAZAH KEDUA dalam ' PENGAJIAN DAKWAH ISLAM ' dari The International Islamic University Islamabad,Pakistan.

10. Anwar Ibrahim dianugerahkan ' Pingat Ulama Iqbal ' Pakistan pada tahun 1979 oleh Presiden Zia Ul Haq.

11. Adakah Anwar Ibrahim termasuk dalam golongan pemimpin yang dimaksudkan oleh Imam As Syafie?

ANWARPM9.

#KREDIT : Abdul Rauf Hj. Jainullah.

 

PAS MEROYAN ANWAR DIPERKENAN MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG

BILA ATAP YANG DITEBUK INGIN DITAMPAL

33 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL

 



TERIMA KASIH KERANA MELAWATI WRLR. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL.

SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA ARTIKEL MENARIK AWAL PAGI.




DS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong bawa dokumen bukti sokongan atau tidak?









MAN TOBA MILO SUAM

DS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong bawa dokumen bukti sokongan atau tidak?
Jawapan: Ya beliau ada bawa, SD dan Surat Sokongan dari Ketua-ketua parti.
Kalau Anwar datang 'tangan kosong' tak adalah Baginda YDP Agong minta semua ketua-ketua parti datang mengadap. Petang tadi Tengku Razaleigh Hamzah mengadap, esok Lim Guan Eng, lusa Mohamad Sabu, dan seterusnya ketua parti-parti lain juga akan mengadap.
Walaupun dokumen sahih sebagai bukti sokongan sudah dipersembahkan, tidak bermakna boleh terus tukar perdana menteri, ada proses yang perlu dilalui untuk pengesahan sokongan dan sebagainya.
Peristiwa "Langkah Sheraton" yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dan menubuhkan Perikatan Nasional tempoh hari boleh dijadikan panduan, di mana selepas beberapa minggu rampasan digerakkan barulah perdana menteri baru dilantik.
Jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong untuk membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan wewenang baginda.
Sementara itu, kita kekal sabar dan teruskan kehidupan seharian seperti biasa. Siapa pun jadi PM kita tetap kena kerja, kena laksanakan tanggung jawab.

COVID-19: 660 kes baharu, 350 kes pulih-rekod paling tinggi sehingga kini - KP Kesihatan

 

Nursyazwani Saiful Sham
COVID-19: 660 kes baharu, 350 kes pulih-rekod paling tinggi sehingga kini - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 350 kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 660 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 16,880 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, dua adalah kes import manakala 658 kes lagi adalah penularan tempatan.
Katanya, bagi penularan tempatan, Sabah masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 443 kes.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Dua kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan dua bukan warganegara iaitu satu dari India yang dilaporkan di Labuan dan kes kedua adalah dari Nepal yang dilaporkan di Kuala Lumpur," jelasnya.
Perincian kes penularan tempatan adalah seperti berikut;
• Sabah: 443 kes
o 162 kes adalah saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o 38 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
o 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak
o 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina
o Empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sabindo
o Dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bestaridan
o 214 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
• Selangor: 76 kes
o 45 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
o 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Sembilan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Lima kes saringan bergejala
o Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kenangan.
 Kedah: 60 kes daripada Kluster Tembok
• Pulau Pinang: 23 kes
o 18 kes daripada Kuster Penjara Reman
o Tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi
o Dua kes saringan kendiri.
• Wilayah Persekutuan Labuan: 18 kes
o Sembilan kes saringan petugas kesihatan
o Enam kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Dua kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
o Satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
• Perak: 16 kes daripada Kluster Tembok
• Johor: 10 kes
o Lima kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
o Empat kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
o Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 9 kes
o Enam kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
o Dua kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
o Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
• Negeri Sembilan: Dua kes daripada kluster-kluster aktif sedia
• Pahang: Satu kes daripada Kluster Jalan Meru
Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut memaklum terdapat 350 kes telah pulih sepenuhnya dan ini merupakan jumlah tertinggi direkodkan sejak permulaan pandemik di negara ini.
Justeru, katanya jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 11,372 kes bersamaan 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 163 kes bersamaan satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes.



DEBARAN BERTERUSAN...SABAR..JANGAN TARIK HAND BRAKE LAGI..

 

A Kadir Jasin



1. Debaran berterusan. Tayangan berhenti sebentar untuk " intermission". Ada penonton yang ke tandas. Ada pergi beli bertih jagung. Ada yang curi-curi hisap rokok. Dan ada yang bosan terus tinggalkan panggung. 

2. Begitulah saga Selasa persembahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu ini nampaknya ketidaktentuan akan berterusan.

3. Dalam sidang akhbar selepas menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pagi tadi Anwar berkata, dia telah memaklumkan yang dia mempunyai majoriti yang kuat dan meyakinkan. 

4. Dia kedengaran menyebut lebih 120 Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri. Dewan Rakyay ada 222 orang ahli kesemuanya. 

5. Kenyataan Istana Negara pula mengesahkan yang Presiden PKR itu "telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau."

6. Walau bagaimanapun, tambah kenyataan itu, Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. (Rujuk kenyataan penuh di bawah).

7. Sementara itu, saya difahamkan oleh satu sumber kanan PKR bahawa ketua-ketua parti DAP, Amanah dan PKR dalam surat mereka ada menyebut jumlah ahli yang sokong tapi tidak menyebut nama.

8. Dia mendakwa surat daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menyebut bahawa sejumlah Ahli Dewan Rakyat Umno menyokong Anwar.

9. Tambahnya lagi, ada Ahli Dewan Rakyat yang secara individu telah membuat akuan bersumpah menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu. 

10. Dalam perkembangan berkaitan, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menghadap Seri Paduka Baginda sebelah petang. Laporan media mengatakan Seri Paduka Baginda akan juga menerima menghadap ketua beberapa buah parti politik. 

 

11. Jadi nampaknya sesiapa saja yang berminat dengan babak-babak seterusnya kenalah bersabar. 

Wallahuaklam. Terima kasih.

 

 

SAHAM NAIK HARI INI

 Nora Jamilah

Melonjak lagi selepas DSAI buat pengumuman tadi.... alhamdulilah



AZMIN CUBA MENGANJING...TAPI KENA HENTAM KAW KAW



 Azmin pada mulanya cuba menganjing...jom lihat tweet balas yang dia terima.







SIDANG AKHBAR DATO" SR ANWAR IBRAHIM - BUTIR-BUTIR PENTING


1) Bukti-bukti  sokongan telah diserahkan dalam dua bentuk: SD dari setiap Ahli Parlimen dan surat2 dari ketua2 parti.  

Bilangan ahli2 Parlimen yang menyokong melebihi 120 orang

2) YDPA akan menjalankan proses utk memastikan kesahihan dan kebenaran dokumen serta membuat penilaian. YDPA akan berjumpa dengan semua ketua-ketua parti

3) Yang pastikan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin telah hilang majoriti dan sepatutnya dia letak jawatan

4) Kerajaan baru ini adalah kerajaan majoriti Melayu dan bukan minoriti Melayu 

5) Kerajaan baru akan menegakkan kedaulatan undang undang

6) Telah pun menyampaikan hasrat bertemu dan berdamai dgn Muhyiddin taapi sampai sekarang tiada respon.

7) YDPA patut diberi masa utk membuat penilaian sewajarnya



SENARAI NAMA PENTING ATAU BATANG TUBUH PENTING?


Kecuh di media sosial Anwar tidak beri senarai nama kepada Istana MP-MP yang menyokongnya tetapi hanya memberikan jumlah sahaja.  Maka, dikatakan Anwar menipu sahaja.

Baiklah, jika Anwar serah senarai nama yang dikatakan lebih dari 120 MP tersebut, apakah ada jaminan untuk tempuh seminggu ini MP-MP yang menyokong Anwar akan selamat dari "gangguan"?  Dari segi 'keselamatan" tindakan tidak menyertakan nama itu adalah lebih baik.

Timbul persoalan, bagaimana untuk pastikan sejumlah lebih 120 orang itu benar-benar menyokong Anwar?  Siapa mereka?  Soalan ini pasti akan terjawab apabila pihak Istana mahu bertemu dengan kesemua ketua parti selepas ini.  Jumlah sokongan yang disebut oleh Anwar itu boleh diketahui betul atau tidak apabila peluang diberikan kepada semua parti untuk bertemu dengan Tuanku.  Tidak mustahil Tuanku turut akan memanggil secara individu pula semua MP setelah Tuanku ketemu semua ketua parti.

Kaedah ini lebih releven, adil dan tepat untuk mengukur sejauh mana sokongan yang diperolehi oleh Anwar dan Muhyiddin atau jika ada calon lain.  Anwar serah jumlah yang menyokong beliau hanya untuk membuktikan bahawa Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti.  Selebihnya Anwar serah kepada Tuanku untuk mempastikan kesahihan dakwaan beliau.  Sudah pasti bertemu sendiri dengan ketua-ketua parti dan jika perlu bertemu pula dengan setiap Ahli Parlimen, itu lebih baik dan adil lagi.  

Tidakkah kita pernah menonton filem "Nujum Pak Belalang"?  Apabila negara dipertaruhkan di dalam, begitu berhati-hati sekali Raja Pasai menyembunyikan jawapan teka-tekinya agar tidak bocor. Di dalam keadaan begitu berhati-hati pun, tetap juga bocor dan diketahui oleh budak Belalang yang berjaya menyeludup masuk perahu raja.  Mungkin, inilah yang Anwar cuba lakukan iaitu meminimakan kebocoran rahsia.  Saya tidak pasti, tapi itulah pandangan saya.  Apa yang penting, pertemuan kesemua parti dengan Tuanku adalah jalan terbaik berbanding dengan mendedahkan hanya senarai nama.  


WFAUZDIN NS



KALAU SERAH DAN DEDAH NAMA SEKARANG, SAHIH NILAI TINGGI.


Ahmad Zulfadli


1.Kenapa KULI diarah mengadap YDP AGONG.

2. Kenapa ketua ketua parti diminta mengadap YDP AGONG


 Kalau tengok daripada kenyataan Istana ni, aku salute dengan strategy YDP Agong dan juga mungkin atas permintaan DSAI

Bila YDPA sendiri bertitah yang Baginda tidak tahu sapa nama2 yang ade dalam senarai SD tu, maka dua orang Tun tu tidaklah dapat menyusup masuk dan cuba menghasut Ahli-Ahli Parlimen berkenaan

Patut la awal-awal lagi DSAI berani buat kenyataan terbuka... malah lebih awal lagi....

Kalaulah YDPA mengaku yang Baginda tahu dan ade senarai nama-nama MP tersebut, pasti sekejap aja senarai tersebut akan bocor kepada dua saka tua tu...

Tun M dan Tun Daim pasti takkan berdiam diri... 

Kesimpulannya, kenyataan Istana ni dapat mematikan pressure daripada puak-puak berkepentingan untuk membocorkan senarai nama MP tersebut

Nice!


PANJANG LAGI CERITA

 

IBRAHIM MAT ISA

Kecoh dah grup WA Anwar temberang!

Kamu ingat Anwar bodoh masuk dengan tangan kosong.

Kamu ingat Agong tak faham di luar sana ramai penyangak menunggu nak cekup siapa-siapa yang kemukakan SD sokongan buat mereka berikan tawaran puluhan juta.

Now, kenyataan Agong itu nampak macam pedih, tapi Agong juga punya tujuan tertentu. Rakyat sekeliling sedang menunggu untuk bertindak atas keputusan dari tindakan Anwar ini.

Jika benar PH sudah punya majoriti, tidak akan lama penyelesaiannya dan peralihan kerajaan berlaku dengan aman.

Snap election? No way. Aku yakin YDP Agong tidak akan benarkan sama sekali selepas kejadian PRN Sabah yang membawa kepada peningkatan kes jangkitan Covid19.

Pendek kata, kalau Anwar dan PH punya majoriti, Muhyiddin Yassin wajar letak jawatan! Tidak guna bersandiwara sedangkan keadaan dalam negara teruk akibat wabak dan kemelesetan ekonomi akibatnya.


Ok roger...



HARI TAK SIAL,YANG TULIS NI SIAL


 

[ LANGSUNG ] Sidang media Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ib...

KENAPA KHAZANAH PERLU SELAMATKAN ECO WORLD?

PENGUMUMAN SEGERA

 

Assalamualaikum dan salam hormat.

Harap maklum bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada

Tarikh: 13 Oktober (SELASA, HARI INI)

Waktu: 2 petang

Lokasi: Clarke 1, Level 6, Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur

Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

12pm, 13 Oktober 2020