KPI MENTERI DARI PAS SELEPAS 6 BULAN MEMERINTAH...LEKEH......

 

JOM KITA NILAI MENTERI MENTERI PAS YANG ADA DALAM KABINET TEBUK ATAP.


BOB KELANANG


Image may contain: 8 people, including Meli Ketitir, text


Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS :

1. Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah/ Asia Barat ( Bertaraf Menteri Penuh ) :

i. Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Khas PM. Tiada keuntungan yang kerajaan serta rakyat perolehi daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri yang diwujudkan KHAS ini.

ii. GAGAL untuk menarik pelaburan daripada negara Asia Barat dan Timur Tengah sedangkan dipalu gendang seluruh dunia, katanya Duta Khas ini HEBAT menarik pelaburan daripada tok-tok Arab.

iii. Gaji hasil cukai duit duit rakyat dibayar kepada Duta Khas ini yang masa sehariannya banyak dihanguskan untuk memberikan ceramah di kawasan Parlimennya sahaja. Sedangkan jawatan Duta Khas ini adalah untuk bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.

2. Menteri Undang Undang :

i. Tidak mampu merealisasikan RUU 355 untuk dibentangkan semula di Parlimen walaupun telah menjadi Kerajaan sepertimana gesaan ratusan ribu ahli PAS dilakukan semasa himpunan RUU 355 di Padang Merbok sebelum Pru-14 yang dihadiri bersama wakil Umno dan Mufti Wilayah.

ii. Tidak mampu membawa pesalah kes ADIB ke mahkamah seperti yang diperjuangkan hari hari di media dan jalanan ketika PAS menjadi pembangkang.

iii. Gagal melaksanakan undang-undang LGBT dan undang-undang penghinaan terhadap agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam yang diperjuangkan sebelum PAS menjadi kerajaan memerintah.

iv. Gagal melaksanakan RCI MEMALI walaupun PAS telah menjadi kerajaan memerintah. Dahulu ditekan kerajaan Umno dan PH supaya diadakan RCI supaya ahli ahli PAS percaya perjuangan mereka adalah benar dan SYAHID.

v. Gagal mengadakan siaran langsung selama 1 jam kenapa sebab-sebab PAS mengkafirkan Umno sepertimana PAS minta sebelumnya semasa menjadi pembangkang tegar.

Sedangkan sekarang beratus jam PAS ada masa untuk terangkan kepada rakyat Malaysia kenapa Umno dikafirkan PAS.

3. Menteri MEWA ( Alam Sekitar dan Air ) :

i. Gagal membawa inovasi, pembaharuan serta penguatkuasaan bagaimana untuk menangani masalah pencemaran kepada alam sekitar seperti penebangan hutan balak yang berleluasa di Kelantan dan Pahang. Malah pencemaran merebak sehingga ke kawasan tanah adat Orang Asli.

ii. Gagal menangani isu pencemaran sungai-sungai sebagai kawasan sumber tadahan air minuman. Sedangkan Menteri PAS inilah yang akan menguatkuasakan undang-undang kepada sesiapa sahaja baik perseorangan ataupun pihak swasta yang mencemari alam sekitar dengan pembuangan sisa toksik.

iii. Terbukti GAGAL dalam menangani masalah 38% penduduk Kelantan yang masih ketiadaan sumber bekalan air paip bersih. Malah Menteri MEWA PAS ini mencadangkan selama 40 tahun lagi untuk selesaikan isu-isu bekalan air bersih terawat di Kelantan. Betullah cadangan Menteri MEWA PAS ini kerana kita baru sahaja MERDEKA beberapa tahun daripada penjajah kafir British kerana kita sekarang berada ditahun "1960".

iv. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi :

i. Menteri PAS ini pada dasarnya tiada tujuan rasmi ke Turki. Disebabkan tiket kapalterbang dan hotel sudah dibeli awal-awal bersama keluarganya untuk melancong mengunakan kuota Percutian Menteri Kabinet dalam setahun maka pergilah Menteri PAS ini ke Turki konon-kononnya untuk urusan rasmi kerajaan, sedangkan hasil urusan rasmi kerajaan tiada 1 pun memorandum persefahaman perusahaan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Malah Menteri PAS ini ke Turki pun tiada sebarang sambutan timbal balas diadakan oleh kerajaan Turki atau pihak menteri Turki yang terlibat. Sehingga kini tiada gambar acara-acara rasmi ditunjukkan oleh Menteri PAS ini di mana-mana media termasuk Harakah Daily atau web rasmi kementerian.

ii. GAGAL membawa perlaburan dalam bidang Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ke dalam negara. Malah hasil minyak sawit negara yang bernilai ratusan billion ringgit dizaman beliau menjadi menteri kabinet telah diharamkan oleh kerajaan USA untuk dieksport keluar. Malah tiada usaha dilakukan Menteri PAS ini untuk tindakan berdiplomasi dengan kerajaan USA dan negara-negara lain yang memboikot sawit Malaysia, sedangkan sawit Indonesia dibenarkan eksport ke USA.

iii. GAGAL memberi ikutkan yang baik kepada rakyat Malaysia dikala wabak covid-19 tengah menggila melanda negara dengan tidak menkuarantin kendiri di rumah sendiri. Adakah janji gaji beliau selama 4 bulan sudah diberikan kepada kerajaan dan digunakan untuk kebaikan rakyat marhean?

iv. Kes Perlanggaran SOP C19 beliau juga masih dalam proses sehingga sukar untuk didakwa di mahkamah, sedangkan jika kes melibatkan antara 2 darjat, pasti keesokannya sudahpun didakwa di mahkamah dan didenda ribuan ribu ringgit.

5. Timbalan Menteri Agama :

i. Sehingga kini Agama Islam tidak diperkasakan sepertimana yang diperjuangkan oleh parti dan dasar parti PAS sehingga ada ahli PAS yang menentang kerajaan Malaysia kerana diperbodohkan oleh pimpinan tertinggi PAS. (Diakui sendiri oleh Presiden PAS ramai ahli PAS adalah BODOH)

ii. Timbalan Menteri PAS ini juga mengaku di parlimen secara bertulis bahawa pindaan RUU355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia yang diwarisi daripada Penjajah Toghut British.

6. Timbalan Menteri Wanita & Keluarga :

i. GAGAL menangani isu aurat wanita Islam sebagai pramugari syarikat penerbangan dan penyediaan arak dalam penerbangan seperti yang dilaungkannya secara lantang dalam parlimen sebelumnya.

7. Timbalan Menteri Sumber Manusia :

i. GAGAL dalam menangani isu pemberhentian kerja oleh majikan dan masalah pengangguran yang kian parah dalam negara.

ii. GAGAL memberikan solusi terbaik antara kedua-dua belah pihak diantara pekerja dan majikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah isu pemberhentian tenaga kerja dalam bidang penerbangan semenjak tercetusnya wabak covid-19. Satu-satunya bidang yang cukup terkesan sehingga kini semasa pandemic covid-19 melanda.

8. Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan :

i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

8. Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi :

i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

Inilah kesimpulannya menteri PAS yang berkerja untuk rakyat.

Jika hebat dan cemerlang sudah pasti Kelantan dan Terengganu menjadi negeri Melayu Islam yang lebih maju daripada negeri DAP Pulau Pinang tapi Kelantan selamanya adalah negeri termiskin yang ditadbir MelayuISLE…

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

APAKAH MAHIADDIN TIKA INI SEDANG DISERONOKKAN DENGAN KAJIAN TIPU-TIPU, SAMA SEPERTI NAJIB DULU?

  Realiti yang nyata dan nampak di depan mata, Mahiaddin Md Yasin ketika ini adalah Perdana Menteri paling tidak popular dan sangat dibenci....