Selesai menghadap, Anwar enggan beri komen, sidang media petang ini

 

Firdaus Azil
Selesai menghadap, Anwar enggan beri komen, sidang media petang ini
Usaha media mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini.
Beliau yang tiba kira-kira 10.25 pagi melalui Pintu 2, dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu yang sama kira-kira 11.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang komen daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu gagal.
Sementara itu, pihak media dimaklumkan Anwar akan membuat pengumuman penting pada satu sidang media khas jam 2 petang ini.
Sebelum ini, media melaporkan Anwar akan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri baharu.
Jumlah itu, beliau gambarkan, bukan sahaja melebihi majoriti mudah, tetapi ia sangat kukuh dan meyakinkan.
BACA: Pertemuan Anwar dengan Agong: Apa berlaku selepas 13 Oktober ini?

No comments: