SENARAI NAMA PENTING ATAU BATANG TUBUH PENTING?


Kecuh di media sosial Anwar tidak beri senarai nama kepada Istana MP-MP yang menyokongnya tetapi hanya memberikan jumlah sahaja.  Maka, dikatakan Anwar menipu sahaja.

Baiklah, jika Anwar serah senarai nama yang dikatakan lebih dari 120 MP tersebut, apakah ada jaminan untuk tempuh seminggu ini MP-MP yang menyokong Anwar akan selamat dari "gangguan"?  Dari segi 'keselamatan" tindakan tidak menyertakan nama itu adalah lebih baik.

Timbul persoalan, bagaimana untuk pastikan sejumlah lebih 120 orang itu benar-benar menyokong Anwar?  Siapa mereka?  Soalan ini pasti akan terjawab apabila pihak Istana mahu bertemu dengan kesemua ketua parti selepas ini.  Jumlah sokongan yang disebut oleh Anwar itu boleh diketahui betul atau tidak apabila peluang diberikan kepada semua parti untuk bertemu dengan Tuanku.  Tidak mustahil Tuanku turut akan memanggil secara individu pula semua MP setelah Tuanku ketemu semua ketua parti.

Kaedah ini lebih releven, adil dan tepat untuk mengukur sejauh mana sokongan yang diperolehi oleh Anwar dan Muhyiddin atau jika ada calon lain.  Anwar serah jumlah yang menyokong beliau hanya untuk membuktikan bahawa Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti.  Selebihnya Anwar serah kepada Tuanku untuk mempastikan kesahihan dakwaan beliau.  Sudah pasti bertemu sendiri dengan ketua-ketua parti dan jika perlu bertemu pula dengan setiap Ahli Parlimen, itu lebih baik dan adil lagi.  

Tidakkah kita pernah menonton filem "Nujum Pak Belalang"?  Apabila negara dipertaruhkan di dalam, begitu berhati-hati sekali Raja Pasai menyembunyikan jawapan teka-tekinya agar tidak bocor. Di dalam keadaan begitu berhati-hati pun, tetap juga bocor dan diketahui oleh budak Belalang yang berjaya menyeludup masuk perahu raja.  Mungkin, inilah yang Anwar cuba lakukan iaitu meminimakan kebocoran rahsia.  Saya tidak pasti, tapi itulah pandangan saya.  Apa yang penting, pertemuan kesemua parti dengan Tuanku adalah jalan terbaik berbanding dengan mendedahkan hanya senarai nama.  


WFAUZDIN NS