DS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong bawa dokumen bukti sokongan atau tidak?









MAN TOBA MILO SUAM

DS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong bawa dokumen bukti sokongan atau tidak?
Jawapan: Ya beliau ada bawa, SD dan Surat Sokongan dari Ketua-ketua parti.
Kalau Anwar datang 'tangan kosong' tak adalah Baginda YDP Agong minta semua ketua-ketua parti datang mengadap. Petang tadi Tengku Razaleigh Hamzah mengadap, esok Lim Guan Eng, lusa Mohamad Sabu, dan seterusnya ketua parti-parti lain juga akan mengadap.
Walaupun dokumen sahih sebagai bukti sokongan sudah dipersembahkan, tidak bermakna boleh terus tukar perdana menteri, ada proses yang perlu dilalui untuk pengesahan sokongan dan sebagainya.
Peristiwa "Langkah Sheraton" yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dan menubuhkan Perikatan Nasional tempoh hari boleh dijadikan panduan, di mana selepas beberapa minggu rampasan digerakkan barulah perdana menteri baru dilantik.
Jadi kita serahkan kepada kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong untuk membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan wewenang baginda.
Sementara itu, kita kekal sabar dan teruskan kehidupan seharian seperti biasa. Siapa pun jadi PM kita tetap kena kerja, kena laksanakan tanggung jawab.

No comments: