Paip pecah: 6 kawasan di Shah Alam, Klang terjejas bekalan air.Di jangka pulih sepenuhnya jam 3 petng ini.

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air akibat paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam oleh pihak ke-3.

PETALING JAYA: Enam kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan, ia berlaku kerana paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam disebabkan pihak ke-3.

“Justeru bekalan air akan ditutup pada 9 malam semalam  bagi melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu dan dijangka siap 9 pagi 13 Oktober.

“Berikutan itu, 6 kawasan di Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, yang melibatkan pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam,” katanya.

Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya 3 petang ini.

“Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula selepas kerja pembaikan siap,” katanya.

No comments: