P. Pinang umum bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam


 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 4,009 penjawat awam di negeri ini.

Berucap semasa membentangkan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang, katanya, bayaran bonus yang akan dibayar pada Disember depan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM5.5 juta.

“Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Selain semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam,” katanya.

Ujar Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina.

Beliau turut mengumumkan pemberian RM200 seorang kepada 320 guru tahfiz, guru pondok dan Guru Tadika Islam (TADIS) Negeri Pulau Pinang pada Disember ini.

Kesemua insentif berkenaan, katanya, membabitkan tambahan perbelanjaan RM898,900

Beliau dalam pada turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segala jasa dan pengorbanan barisan penjawat awam negeri.

“Penjawat awam adalah jentera laksana kerajaan, tanpa mereka pincang urus tadbir negeri. Pencapaian gemilang yang kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat diperoleh tanpa komitmen dan sokongan yang jitu daripada mereka.

“Diharapkan bayaran BKK ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun akan datang,” katanya.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI KEDAH

ISU TULAR IKLAN JUDI HARI RAYA : TINDAKAN TEGAS WAJIB DIAMBIL Telah tular dan hangat diperkatakan mengenai satu klip video iklan yang disiar...