PENJAJARAN SEMULA POLITIK KERAJAAN MADANI.


Che Ibrahim


Keputusan UMNO untuk bertanding secara solo dalam PRN Johor dan N9 2026 perlu difikir secara serius oleh PMX dan PH demi kelangsungan Kerajaan Madani. Jika DSAI masih menanam hasrat untuk menjadi PM bagi penggal kedua, satu penjajaran baru politik madani perlu direncana secara holistik untuk berhadapan dengan PRU 16 nanti.


Apapun kata atau janji diungkapkan atau apa strateji kempen digunakan, pertandingan terbuka antara PH dan BN untuk berebut kerusi kerusi di Dun Johor dan N9 akan memberi kesan negatif kepada Kerajaan Madani, apa lagi jika PH atau BN mendapat mandat secara solo untuk mentadbir Johor dan N9.


Lebih burok lagi jika berlaku situasi PH atau BN terpaksa berpakat dengan PN untuk membentuk kerajaan kerana masing masing tidak ada majoriti mudah. Jika PH terpaksa berkongsi dengan BN atau sebaliknya, baru balik asal.


Jika BN tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan PH dalam PRU 16 ( keputusan bertanding secara solo di PRN Johor dan N9 adalah satu isyarat jelas BN tidak mahu bersama PH kecuali dalam situasi yang amat terpaksa), maka PH perlu memikir secara serius strateji politik baru menjelang PRU 16 termasuk tarikh PRU itu sendiri, jangan berharap sangat kepada UMNO. 


Kalau ambo berada di tempat PMX, ambo akan menggunakan segala kuasa dan ruang yang ada untuk menjadikan GRS dan GPS sebagai rakan stratejik PH di Borneo termasuk memberi autonomi kepada parti parti Borneo sahaja yang bertanding di Borneo. Langkah awal boleh dimulakan dengan PRN Sarawak, PH tidak perlu bertanding dalam PRN Sarawak.




LEBIH 8000 HELAI SEJAK 2022-2026


Dato Azlan










Che Wan Al Lakazam tak dapat lari kali ni!


Pasukan saya baru sedang print lebih 8000 helai kertas mengandungi pelbagai dan sekian banyak posting serta komen berunsur fitnah Che Wan terhadap saya sejak 2022-2026.


Inipun kerja-kerja print belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses untuk disiapkan. InsyaAllah, minggu depan dah boleh serah kepada pasukan peguam.


Kami siap simpan screenshoot URL untuk rujukan peguam saya. Bukti-bukti lengkap InsyaAllah, hampir tiada alasan untuk Che Wan nafikan kenyataan-kenyataan posting dan fitnah ini.


Itupun kami tak ambil yang posting-posting dan komen fitnah dia bermula 2021.


Kami hanya ambil yang daripada 2022-2026 saja.


Kenyataan pada posting dan komen Che Wan Al Lakazam adalah berangkai sejak awal hinggalah sekarang, di mana hampir semua telah berjaya kami ambil walaupun ada dia cuba padam atau hide.


Che Wan mungkin tidak sedar, pasukan saya cekap dan sabar serta berstrategi dalam memastikan bukti-bukti fitnah ini dijejak satu persatu.


Che Wan, kamu akan tanggung akibat daripada perbuatan buruk kamu memfitnah saya selama ini! 


Saya diam dan bersabar selama LIMA TAHUN, bukan beerti saya takut! Tapi saya sedang mengumpul semua bukti-bukti sebelum saya ajar kamu cukup-cukup melalui tindakan Mahkamah!


Sedia ya Che Wan, saman kali ini InsyaAllah akan memberi kamu pengajaran sepanjang hidup kamu agar kamu insafi segala kerja jahat kamu memfitnah saya!


Tunggu! Masanya akan tiba tidak lama lagi!





KISAH PERTABALAN YANG SWMPURNA


Aman Muhamad



 Majlis adat pertabalan Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tunku Munawir sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan ke-11 telah berlangsung dengan penuh adat dan istiadat di Istana Besar Seri Menanti, di Negeri Sembilan pada 26 Oktober 2009.


Baginda tidak ditabalkan di sebuah resort mahupun ditabalkan di luar dari Negeri Sembilan.






:)


p/s: Tunku Muhriz memang segak berwarna ungu




HUBUNGAN PAS - BERSATU BERAKHIR ISNIN INI?





5 Jun 2026


Kedudukan PAS dalam PN dan sama ada parti itu akan terus bekerjasama dengan Bersatu atau sebaliknya dijangka akan diketahui Isnin ini.


Presiden PAS, Haji Hadi Awang berkata sebelum ini Majlis Syura Ulama  sudah bermuzakarah mengenai isu berkenaan dan menyerahkan kepada jawatankuasa pusat parti itu untuk menentukan tindakan yang wajar diambil.


Berkaitan hal tersebut – serta isu lain – semuanya kata Haji Hadi, akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada Isnin nanti.


“Isnin ini insya-Allah akan bincang semua,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah duha mingguan di Marang, Terengganu.


Dalam perkembangan yang sama, Haji Hadi juga mengesahkan pertemuan PAS dan UMNO malam semalam di sebalik seruan menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN).


“Yang nak jumpa kita jumpa. Saya tidak terlibat tetapi (pertemuan) dimaklumkan kepada saya,” katanya.


Namun, Ahli Parlimen Marang itu sekadar menyifatkan ia hanya ‘pertemuan biasa’.


Berdasarkan dua perkembangan di atas, adalah dijangka hubungan PAS dan Bersatu akan berakhir bermula Isnin ini.


Keputusan itu diiyakini bertepatan dengan pendirian Haji Hadi sebelum ini yang mengatakan akan mengkaji hubungan PAS dengan Bersatu, selain memberi amaran “akan ajar” parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.


Hanya memutuskan hubungan dengan Bersatu dikira bertepatan dengan pendirian Haji Hadi itu.


Lagi pula, berikutan kecenderungan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO, hanya dengan memutuskan hubungan dengan Bersatu saja dapat membuka jalan ke arah itu.


Selagi PAS bersama dengan Bersatu, tidak mungkin wujud sebarang kerjasama dengan UMNO.


Lantaran itu, jika PAS ingin hubungan dengan UMNO menjadi kenyataan, langkah awal yang perlu diambil adalah putus hubungan dengan Bersatu.


PAS tidak perlu ada sebarang kecurigaan lagi mengenai apa yang harus dilakukannya jika benar ia mahu berkawan dengan UMNO.


Lagi pun, sebagaimana disahkan oleh Haji Hadi, dua pemimpin PAS telah hadir dalam pertemuan dengan UMNO malam semalam.


Pertemuan itu berlaku ketika UMNO mengadakan mesyuarat Biro Politik di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Dengan itu, pertemuan tersebut bukanlah perjumpaan biasa disebut Haji Hadi, tetapi tentunya suatu pertemuan yang dikira luar biasa.


Memandangkan Hamzah Zainuddin akan membuat pengumuman mengenai parti baharunya pada 13 Jun ini, tiada keputusan lebih wajar diambil PAS Isnin ini melainkan menoktahkan hubungannya dengan Bersatu.


Jika PAS masih ingin bersama Bersatu, sia-sia dan buang masa sajalah Hamzah menubuhkan parti baharu dan suatu pembaziran jugalah parti itu bercakap ingin  berbaik dengan UMNO demi penyatuan Melayu. - ShahbudinHusin 05Jun2026.

#inikalilah


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1303418881781228&id=100063393840098





PEMUDA AMANAH KAH INI

 

Alif Jamil







Saya terkejut membaca kenyataan dari seorang pemuda Amanah ini.


Budak bernama Ibrahim Khalili ini dgn penuh yakin mendakwa bahawa DAP terlibat dalam kekacauan yg berlaku melibatkan Istana di Negeri Sembilan.


Dakwaan begini sebenarnya sangat serius kerana ia melibatkan pertembungan antara parti politik dan institusi diraja.


Apatah lagi dakwaan itu datang daripada individu yg dikaitkan dgn Pemuda Amanah yg merupakan sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan sendiri.


Samada individu ini masih lagi ahli parti atau tidak, seeloknya Amanah sendiri perlu tampil memberikan penjelasan yg jelas dan tegas. 


Jika kenyataan itu merupakan pandangan peribadi beliau, nyatakan bahawa ia tidak mewakili pendirian rasmi parti. 


Jika beliau masih memegang sebarang jawatan dalam parti, tindakan sewajarnya juga perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.


Dalam politik, setiap orang berhak mengkritik mana² parti termasuk DAP. 


Namun,  membuat dakwaan bahawa sesuatu parti terlibat dalam satu kekacauan yg membabitkan institusi diraja merupakan satu tuduhan serius yg memerlukan bukti yg kukuh, bukan sekadar persepsi, sentimen atau sangkaan semata². 


Jika ada bukti, kemukakan bukti tersebut kepada pihak berkuasa dan kepada rakyat. 


Buktikan bahawa DAP benar² terlibat dalam kekacauan tersebut supaya rakyat boleh hukum DAP dgn sewajarnya. 


Jika tiada bukti, maka dakwaan sebegini sepatutnya diambil siasatan dan tindakan yg serius kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan memberi ruang kpd pelbagai fitnah dan spekulasi yg semakin parah.