Che Ibrahim
Keputusan UMNO untuk bertanding secara solo dalam PRN Johor dan N9 2026 perlu difikir secara serius oleh PMX dan PH demi kelangsungan Kerajaan Madani. Jika DSAI masih menanam hasrat untuk menjadi PM bagi penggal kedua, satu penjajaran baru politik madani perlu direncana secara holistik untuk berhadapan dengan PRU 16 nanti.
Apapun kata atau janji diungkapkan atau apa strateji kempen digunakan, pertandingan terbuka antara PH dan BN untuk berebut kerusi kerusi di Dun Johor dan N9 akan memberi kesan negatif kepada Kerajaan Madani, apa lagi jika PH atau BN mendapat mandat secara solo untuk mentadbir Johor dan N9.
Lebih burok lagi jika berlaku situasi PH atau BN terpaksa berpakat dengan PN untuk membentuk kerajaan kerana masing masing tidak ada majoriti mudah. Jika PH terpaksa berkongsi dengan BN atau sebaliknya, baru balik asal.
Jika BN tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan PH dalam PRU 16 ( keputusan bertanding secara solo di PRN Johor dan N9 adalah satu isyarat jelas BN tidak mahu bersama PH kecuali dalam situasi yang amat terpaksa), maka PH perlu memikir secara serius strateji politik baru menjelang PRU 16 termasuk tarikh PRU itu sendiri, jangan berharap sangat kepada UMNO.
Kalau ambo berada di tempat PMX, ambo akan menggunakan segala kuasa dan ruang yang ada untuk menjadikan GRS dan GPS sebagai rakan stratejik PH di Borneo termasuk memberi autonomi kepada parti parti Borneo sahaja yang bertanding di Borneo. Langkah awal boleh dimulakan dengan PRN Sarawak, PH tidak perlu bertanding dalam PRN Sarawak.
No comments:
Post a Comment