Ahmad Mursi
1. Bila nampak kelibat Rais Yatim dan Chegubard bersama pihak yang mahu menabalkan Yamtuan Besar yang baru, saya kata, makin kusut dan rosaklah reputasi Raja dan Undang di Negeri Sembilan ni.
2. Kemudian Pemuda PAS pula sudah awal-awal lagi menguar-uarkan di FB bahawa Yamtuan Besar yang baru telah dimasyhurkan, sedangkan kedudukan Tuanku Muhriz masih kekal. Ini satu penderhakaan.
3. Malah wartawan Harakahdaily kata, dia rasa berbangga dapat buat live streaming istiadat permasyhuran Yamtuan Besar yang baru.
4. Pendirian Kerajaan Persekutuan pula jelas kekal mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar dan menegaskan bahawa sebarang proses perlucutan dan permasyhuran perlu mematuhi Perlembagaan Negeri Sembilan sesuai dengan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
5. Membuat permasyhuran di sebuah hotel di Melaka ketika pertikaian masih berlangsung hanya menambahkan kekeliruan dan menjejaskan kemuliaan institusi itu.
6. Bagaimana boleh dimasyhurkan Yamtuan Besar yang baru jika Yamtuan Besar yang lama masih berada di atas takhta?
7. Undang memang mempunyai kuasa memilih atau menurunkan Yamtuan Besar, dan Menteri Besar tidak terlibat dalam membuat keputusan adat tersebut.
8. Namun, Perlembagaan Negeri Sembilan mensyaratkan bahawa selepas keputusan dibuat, proklamasi hendaklah ditandatangani dan diumumkan oleh Undang DAN Menteri Besar. Proses inilah yang tidak dilalui dan kini menjadi pertikaian utama. Jadi, bagaimana boleh dikatakan takhta itu telah dikosongkan? Inilah 'jantung' kepada keseluruhan krisis ini.
9. Kenapa dilucutkan Yamtuan Besar tanpa apa-apa alasan? Jika ada alasan sekalipun, adakah alasan itu sah selari seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan?
10. Tentu sekali ramai 'pakar' sudah mengulas. Namun akhirnya, Mahkamah yang perlu menentukan sama ada kehendak Perlembagaan Negeri Sembilan telah dipatuhi atau tidak.
11. Pada jam 11 pagi hari yang sama, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan injunksi ad interim oleh Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) terhadap enam pihak (Undang) berkaitan pertikaian ini.
12. Antara lain, injunksi tersebut menghalang mereka daripada mengadakan sebarang mesyuarat atau sidang khas DKU, menghalang fungsi Setiausaha DKU diambil alih oleh pihak lain, dan menghalang usaha melucutkan jawatan Setiausaha DKU.
13. Peguam yang wakili Undang mendakwa Sidang Khas DKU berkaitan permasyhuran tetap sah kerana dibuat sebelum keputusan injunksi Mahkamah pada pukul 11 pagi. Namun dia lupa, Mahkamah juga memerintahkan agar status quo pentadbiran dikekalkan sama seperti sebelum 21 Mei.
14. Jika bukan Setiausaha DKU, siapakah yang memanggil sidang khas semalam? Rais Yatimkah? Dan jika ia benar-benar Sidang Khas DKU, siapakah yang mempengerusikannya sedangkan Yang di-Pertuan Besar merupakan Pengerusi DKU yang sah manakala Undang hanyalah ahli-ahlinya?
15. Oleh kerana "Sidang Khas" itu tetap diteruskan, Setiausaha DKU mengumumkan akan memulakan prosiding menghina mahkamah (contempt of court) terhadap pihak terbabit kerana melanggar perintah injunksi.
16. Mahkamah memang tidak boleh campur tangan dalam keputusan adat yang diperuntukkan sebagai muktamad. Tetapi, Mahkamah mempunyai bidang kuasa sepenuhnya untuk menentukan sama ada Perlembagaan bertulis telah dipatuhi atau tidak.
17. Apabila orang politik seperti Chegubard, Rais Yatim, dan parti-parti tertentu yang kononnya pejuang Melayu menjadi batu api dalam krisis sebegini, yang rugi akhirnya ialah institusi diraja itu sendiri.
18. Pada tahun 1993, Annuar Musa (ketika masih bersama UMNO) pernah terlibat menabalkan Sultan Kelantan baharu di bawah pokok di Ketereh.
19. Akhirnya nanti, jangan sampai nasib mereka yang ditunggangi menjadi sama seperti kes "abang belon" — dipergunakan, dipertontonkan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja.
See less
No comments:
Post a Comment