PEMUDA AMANAH KAH INI

 

Alif Jamil







Saya terkejut membaca kenyataan dari seorang pemuda Amanah ini.


Budak bernama Ibrahim Khalili ini dgn penuh yakin mendakwa bahawa DAP terlibat dalam kekacauan yg berlaku melibatkan Istana di Negeri Sembilan.


Dakwaan begini sebenarnya sangat serius kerana ia melibatkan pertembungan antara parti politik dan institusi diraja.


Apatah lagi dakwaan itu datang daripada individu yg dikaitkan dgn Pemuda Amanah yg merupakan sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan sendiri.


Samada individu ini masih lagi ahli parti atau tidak, seeloknya Amanah sendiri perlu tampil memberikan penjelasan yg jelas dan tegas. 


Jika kenyataan itu merupakan pandangan peribadi beliau, nyatakan bahawa ia tidak mewakili pendirian rasmi parti. 


Jika beliau masih memegang sebarang jawatan dalam parti, tindakan sewajarnya juga perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.


Dalam politik, setiap orang berhak mengkritik mana² parti termasuk DAP. 


Namun,  membuat dakwaan bahawa sesuatu parti terlibat dalam satu kekacauan yg membabitkan institusi diraja merupakan satu tuduhan serius yg memerlukan bukti yg kukuh, bukan sekadar persepsi, sentimen atau sangkaan semata². 


Jika ada bukti, kemukakan bukti tersebut kepada pihak berkuasa dan kepada rakyat. 


Buktikan bahawa DAP benar² terlibat dalam kekacauan tersebut supaya rakyat boleh hukum DAP dgn sewajarnya. 


Jika tiada bukti, maka dakwaan sebegini sepatutnya diambil siasatan dan tindakan yg serius kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan memberi ruang kpd pelbagai fitnah dan spekulasi yg semakin parah.




No comments: