100 Parlimen selesai runding kerusi, J/K Penyelarasan Parlimen ditubuhkan


Logo Harapan


Satu Jawatankuasa Penyelatas Parlimen Pakatan Harapan akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen yang sudah selesai rundingan kerusi membabitkan empat parti gabungan itu.
Pengerusi Majlis Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah (Gambar bawah)berkata, rundingan kerusi kini masuk fasa kedua iaitu fasa rundingan di peringkat negeri.
Saifuddin Abdullah “Semua rundingan kerusi parlimen akan selesai hujung bulan ini Satu Jawatankuas Penyelaras Parlimen Pakatan Harapan akan ditubuhkan membabitkan 100 kawasan Parlimen.
“Ia meliputi rundingan kerusi Pakatan Harapan yang sudah selesai di lakukan di setiap negeri,” ujarnya selepas menghadiri mesyuarat mingguan Majlis Sekretariat Pakatan Harapan di ibupejabar AMANAH hari ini.
Jelas Saifuddin lagi, PH memberikan tumpuan kepada rundingan kerusi berdasarkan parti bukan calon yang bertanding dan beliau tidak menolak kemunculan muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


“Kita hendak masuk PRU sudah tentu hendak menang. Kita kena praktikal, kita sudah lihat semua faktor, kerusi yang kita tandingi ada peluang untuk kita menang,” ujarnya.
PH turut membayangkan tiada lagi kerjasama dengan Pas sebaliknya akan meletakkan calon bertanding di 222 kerusi Parlimen termasuk kerusi di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut menganggap kerusi di Sabah dan Sarawak lebih unik dan mencabar berbanding di Selangor.
“Yang unik bukan di Selangor, tetapi Sabah dan Sarawak. Kerusi Selangor sama sahaja seperti negeri lain,” katanya menjawab soalan media  mengenai kedudukan kerusi PH di Selangor.

Wanita HARAPAN sokong himpunan ungu bantah ‘politik toksik’



KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Sayap wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini menyatakan sokongan terhadap penganjuran himpunan aman, “Wanita Bantah Politik Toksik” yang akan diadakan pada 10 September akan datang.
Wanita HARAPAN dalam sidang medianya berkata, usaha berkenaan mampu membawa mesej yang jelas mengenai penolakan oleh golongan wanita terhadap gaya politik yang tidak mempunyai nilai baik terhadap masyarakat dan negara.
“Negara ini khususnya melalui peranan wanita perlu bangkit dengan segala kekuatan bagi menghentikan segera kedurjanaan amalan politik toksik without fear and favour.
“Malaysia perlu dibina semula dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kebaikan dan rahmat untuk semua.
“Sekaligus bangkit memastikan semua entiti khususnya institusi-institusi awam kembali berperanan aktif dan efektif mendokong serta mempertahankan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan serta kesusilaan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Wanita Harapan, Zuraidah Kamarudin (PKR); dan tiga Timbalan Ketua Wanita Harapan iaitu Chong Eng (DAP), Dr. Siti Mariah Mahmud (Amanah) serta Rina Mohd Harun (PPBM).
Wanita HARAPAN berkata, perjuangan memerangi politik toksik bukan sahaja perlu dipikul oleh golongan wanita yang sinonim dengan tugas mendidik, namun harus turut disertai golongan lelaki tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik.
“Kami menyeru seluruh wanita tanpa mengira kecenderungan politik agar turun dan turut sama hadir menjayakan bantahan ini secara besar-besaran.
“Ini penting demi perjuangan dan kelangsungan peradaban dalam politik negara sebagai lambang keprihatinan kita semua tentang masa depan Malaysia,” tambah mereka.

Hutang negara RM655 bilion, punca UMNO laksana GST – Tony Pua



KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Tindakan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) meminjam wang yang banyak sehingga mengakibatkan negara menanggung bebanan hutang yang tinggi adalah sebab utama mengapa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, hutang yang ditanggung kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 114 peratus daripada RM306.4 bilion pada 2008 kepada RM655.7 bilion pada hujung tahun 2016.
Peningkatan itu, katanya, adalah lebih tinggi berbanding peningkatan peratusan keuntungan yang dikutip kerajaan Persekutuan sebanyak 77 peratus sebelum pelaksanaan GST iaitu daripada RM123.5 bilion pada 2006 kepada RM219.1 bilion pada 2015.
Ekoran itu, katanya, kerajaan UMNO-BN memilih untuk melaksanakan cukai regresif tersebut bagi menampung bebanan hutang yang ditanggung negara dan kian bertambah dari tahun ke tahun.
“Soalan seterusnya yang perlu ditanya, mengapa kerajaan UMNO-BN meminjam begitu banyak wang dan ke manakah wang itu dilaburkan?” katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP dalam kenyataan, hari ini.
“Jawapannya mudah – ketirisan, rasuah, dan kleptokrasi di bawah pentadbiran UMNO-BN yang wujud melalui skandal 1MDB yang akan menyebabkan rakyat Malaysia selaku pembayar cukai kerugian sekurang-kurangnya RM42 bilion.”
Selagi budaya ketirisan, rasuah dan kleptokrasi tidak dihapuskan, kata Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor, apa juga bentuk cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia tidak akan mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara.
“Bak kata pepatah Melayu, ‘besar periuk, lagi besar keraknya’,” ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti dilaporkan media semalam mendakwa kerajaan Persekutuan tidak akan berfungsi tanpa pelaksanaan GST yang dikuatkuasakan sejak April 2015. 

RUNDINGAN KERUSI PARLIMEN PH SELESAI, MULA BAHAGI DUN

KERUSI SG SIPUT: BELUM ADA KATA PUTUS – PKR

JIKA INI PANDANGAN ULAMAK.PKR MASIH MAHU BERUNDING?


Pas soal PKR: Selepas serang, mahu berunding?

Pas PKR putus
PKR perlu menarik semua tuduhan yang dibuat pimpinan parti itu kepada Pas sebelum mahu berunding semula dengan mereka, kata Bendahari Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau mempersoal sebab PKR mahu berunding semula selepas menyerang Pas dan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menimbulkan banyak tanda tanya.
"Setakat ini, tidak ada sebarang perbincangan dengan PKR. Pas kekal seperti keputusan sebelumnya iaitu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
"Kita akan bertegas dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Beliau mengulas kemungkinan Pas dan PKR akan berunding semula menjalinkan hubungan kerjasama untuk PRU14.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam suratnya mahu hubungan PKR dengan Pas diteruskan selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan.
Pada minggu lalu, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas. Keputusan itu dibuat sebelum kenyataan Anwar dikeluarkan.
Ditanya sama ada Pas bersedia berunding jika PKR bertegas mahu menjalinkan kerjasama, Mohd Khairuddin berkata; "Berkahwin tak boleh seorang atau bertepuk sebelah tangan. Selepas menyerang Pas dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba hendak berunding?"


LANTIKAN PENGERUSI NEGERI MUDAHKAN PH RANGKA STRATEGI SERANG BN

SHAHRIR SAMAD AKUI PENGARUH MUHYIDDIN DI JOHOR

MEMO BUAT SALLEH SAID KERUAK - NAJIB, JIKA BERKUASA LAGI, LEBIH MENAKUTKAN BERBANDING DAP




Entah untuk kali yang ke berapa, Salleh Said Keruak, atas kedudukannya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, terus memainkan peranan berusaha menghasut orang-orang Melayu tentang bahayanya DAP dan kemungkinan parti itu menguasai negara selepas pilihanraya umum akan datang.

Secara tidak langsung, usaha keras beliau itu memberi gambaran UMNO dan BN semakin cemas menanti detik ketibaan PRU 14 yang bakal menjadikan mereka kehilangan kuasa sebagai kerajaan.

Salleh memberi gambaran bahawa DAP akan bertanding 60 kerusi Parlimen dan jika pengundi Melayu berpecah, parti itu akan meningkatkan jumlah kemenangannya dan seterusnya memungkinkan Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

Bagi Salleh, jika Pakatan Harapan memerintah nanti, DAPlah yang paling berkuasa dalam negara ini.

Namun, tambahnya, agenda DAP untuk menguasai negara ini tidak akan berjaya jika pengundi Melayu tidak bersama mereka.
Pertama, daripada mana Salleh mendapat maklumat DAP akan bertanding 60 kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang sedangkan dalam PRU 13 yang lalu, mereka cuma bertanding 51 kerusi saja?

Adakah jumlah yang kononnya DAP akan bertanding itu sengaja ditambah bagi tujuan untuk lebih menakutkan orang Melayu kepada DAP?

Dengan DAP hanya bertanding cuma 51 kerusi dalam PRU 13 lalu,  adalah mustahil jumlahnya akan meningkat kepada 60 dalam pilihanraya akan datang kerana mereka perlu berbahagi kerusi bukan Melayu dengan PKR dan juga lain-lain parti.

Malah, sebagai tanda kompromi dan untuk meningkatkan peluang menuju Putrajaya, tidak mustahil DAP akan mengurangkan jumlah kerusi yang ditandinginya bagi membolehkan lebih banyak pihak terlibat dan saling bekerjasama dalam pilihanraya.

Dengan bertanding sama ada kekal di 51 kerusi atau cuma 50 kerusi, tentulah tidak mungkin DAP mampu memenangi kesemuanya, kecualilah jika lawannya daripada MCA, MIC atau Gerakan langsung tidak berguna dan ditolak secara total oleh pengundi.

Dalam hal ini, barangkali jumlah yang akan dimenangi DAP ialah hanya 40 atau 42 kerusi saja. 

Lagi pula, jika DAP kalah di kerusi yang ditandinginya, pihak lain yang menang daripada BN ialah sama ada calon MCA, MIC atau Gerakan. 

Apa bezanya?

Untuk membentuk majoriti mudah menguasai Putrajaya, Pakatan Harapan memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen, maka adakah jumlah 40 atau 42 kerusi itu boleh menjadikan DAP begitu berkuasa dan menentukan hala tuju negara dalam segala hal?

Bagaimana dengan  lebih 70 kerusi Parlimen Melayu yang dimenangi oleh Bersatu, PKR, Amanah serta sumbangan Parti Warisan di Sabah?

Bukankah yang akan menjadi majoriti dan menguasai kerajaan Pakatan Harapan masih parti-parti Melayu daripada Bersatu, PKR,  Amanah dan Warisan?

Lebih daripada itu, Pakatan Harapan juga mempunyai sejumlah pemimpin Melayu yang jauh lebih berwibawa untuk mengurus kerajaan dan menjaga kepentingan rakyat seperti Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali, Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah, Sallahuddin Ayub, Husam Musa serta sederetan yang lain lagi.

Dalam hal ini,  Salleh sepatutnya tidak perlu risau, bukan saja kepentingan Melayu, bahkan hak seluruh rakyat akan dijaga dengan sebaiknya oleh kerajaan baru Pakatan Harapan nanti.

Ini kerana, meskipun mungkin DAP memenangi banyak kerusi dari segi parti,  tetapi dari segi keseluruhannya ia masih dikawal oleh parti dan pemimpin Melayu yang berwibawa yang lain dalam Pakatan Harapan.

Berbanding jika UMNO dan BN terus berkuasa dan Najib Razak kekal lagi menjadi Perdana Menteri, ia sebenarnya adalah situasi yang lebih menakutkan bagi kita semua.

Najib, sebagaimana pernah disebut oleh bekas menteri, Zaid Ibrahim bahawa caranya memimpin negara ini seperti Maharaja dan ditekankan lagi oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai mengamalkan budaya "cash is king" tegar, bermakna tiada sesiapa dapat mengawal beliau.

Siapakah yang dapat mengawal Najib daripada tidak menaikkan kadar cukai GST dan menghapuskan lebih banyak subsidi?

Siapakah yang dapat mengawal daripada tidak berlaku pemborosan, pembaziran, kemewahan melampau atau munculnya dua tiga lagi Jho Low dalam negara ini?

Siapakah yang mampu mengawal daripada tidak meneruskan kecondongan kepada negara China yang kini sudah jelas mula berleluasa?

Siapa? Siapa? Siapa? (ShahbudinHusin 04/08/2017).

PERTANDINGAN 3 PENJURU AKAN UNTUNGKAN PH – DAP

PELUANG TEWASKAN BN PRU 14 BESAR – GUAN ENG