KENALI KHALID IBRAHIM - SIAPA DIA SEBENARNYA !!

Izham Hashim Dipercayai YDP PAS Kelana Jaya Dedah Perbuatan Khalid Ibrahim.

Saya terima nota ini melalui whatsapp. Saya dimaklum penulis ialah YDP PAS Kelana Jaya. Selepas membacanya, saya yakin bacaan dan aturan kronologi peristiwa yang saya fikir berdasarkan pengalaman bekerja sebagai Pegawai kepada Dato' Menteri Besar Selangor (2010-2012) adalah cocok dengan keterangan ini.

Mungkin ramai tidak tahu beberapa langkah dalaman yang telah diambil oleh Keadilan sendiri berdasarkan aduan wakil-wakil rakyat dan aktivis setiap parti (bukan semua, tapi banyak).

Tapi perkongsian tulisan ini saya percaya dapat membantu mendudukkan perkara sebenar di sebalik keinginan menukar TSKI.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) Tidak Menghormati PKR dan PR.

Keputusan PKR untuk menggantikan TSKI bukanlah baru. Ketika PR menang dalam PRU-13, PKR telah meminta PAS dan DAP untuk memberi pertimbangan calon baru sebagai MB baru Selangor.


PAS dan DAP Selangor telah berbincang dan bersetuju supaya TSKI disambung semula sebagai MB Selangor atas beberapa sebab:

Di bawah kepimpinan TSKI, PR Selangor telah berjaya mencapai kejayaan sangat cemerlang dalam PRU-13 dan kelihatan amat buruk di mata rakyat jika beliau ditamatkan serta merta walaupun PAS dan DAP Selangor memandang serius beberapa tindak tanduknya yang tidak selari dengan kehendak PR.

Ketika itu PAS dan DAP Selangor berkeyakinan TSKI masih boleh diperbetulkan.


Tidak begitu selesa dengan calon pengganti MB iaitu Azmin Ali kerana walaupun Azmin adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor, beliau jarang berinteraksi dengan PAS dan DAP Selangor. PR Selangor boleh dilihat seolah-olah ‘berpengerusikan’ TSKI kerana saban minggu bermesyuarat bersama beliau terutama setahun menjelang PRU-13.

Masih yakin bahawa TSKI boleh diperbaiki sikapnya. PAS dan DAP bersetuju walaupun TSKI disambung, prestasi beliau akan dikaji semula setahun selepas khidmatnya disambung.

PKR yang agak keberatan pada mulanya untuk menyambung khidmat TSKI sebagai MB Selangor akhirnya bersetuju dengan desakan PAS dan DAP dengan syarat akan dikaji semula prestasi beliau selepas 1 tahun.



PAS Selangor juga telah mengingatkan TSKI berkali-kali supaya mesyuarat mingguan PR Selangor dijadikan forum untuk memperkukuhkan PR Selangor dan mencapai kata sepakat dalam merangka dasar-dasar kerajaan negeri.

Kita juga telah mengingatkan beliau berkali-kali bahawa sokongan kepadanya adalah bersyarat dan jika tiada perubahan drastik kepada sikapnya yang suka m embelakangi arahan parti, PKR dan PR, maka sokongan terhadapnya akan ditarik balik.

Sikap TSKI yang membelakangi parti, PKR dan PR, bukanlah baru dan banyak berlaku ketika beliau menjadi MB di penggal pertama lagi. Sememangnya hal ini dimaklumi semua parti komponen PR.

Beliau boleh dikatakan langsung tidak menghadiri mesyuarat MPN Selangor sejak Azmin Ali dilantik menjadi pengerusinya menggantikan beliau. 


Kadang-kadang dihantar Faekah (SETPOL MB) sebagai wakil ke mesyuarat. Arahan daripada MPN PKR Selangor tidak langsung diendahkannya. Malah arahan daripada PKR Pusat pun bukan semua dituruti.

Antaranya berhubung status SETPOLnya, Faekah yang diarahkan supaya diberhentikan perkhidmatannya kerana membawa banyak masalah kepada parti telah tidak dipedulikannya untuk sekian lama.

Faekah ini seolah-olah diberi pula lampu hijau oleh MB untuk terus membuat kenyataan-kenyataan terbuka menghentam kepimpinan tertinggi PKR hingga menyebabkan tercalar kredibiliti PKR termasuk Datuk Seri Anwar (DSAI) sendiri.

Akhirnya Faekah bukan diberhentikan daripada jawatan SETPOL MB, malah ia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekuti Menteri Besar Incorporated (MBI), satu jawatan yang jauh lebih penting daripada SETPOL MB.

Tindakan sebegini tentu amat memalukan PKR kerana Faekah ini telah dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR.




Arahan supaya Saifuddin Nasution dilantik sebagai ‘Ketua Staf’ pejabat MB yang bertujuan untuk menasihati MB atas perkara-perkara melibatkan parti dan politik juga telah tidak dipatuhi dan sebaliknya beliau diberikan jawatan sebagai Pegawai Liason pejabat MB sahaja dan kemudiannya dituruntaraf ke Pegawai Pembangunan Desa.

Itu pun terbengkalai begitu saja kerana tiada peruntukan dan kerangka kerja yang bersesuaian.

Beberapa arahan penting PR juga tidak patuhi oleh TSKI. Antaranya isu jawatankuasa yang dibentuk untuk menasihati beliau dalam menanggani aspek penstrukturan industri air Selangor.

Majlis tertinggi PR telah mengarahkan TSKI supaya memastikan JK berkaitan yang terdiri daripada Rafizi, Dr Dzulkefly dan Tony Pua dilibatkan dalam sebarang urusan berkaitan penstrukturan industri air Selangor.


TSKI tidak mempedulikan perkara ini walaupun dia berjanji di hadapan pemimpin tertinggi PR untuk mematuhinya menyebabkan urusan berkaitan penstrukturan industri air Selangor berlaku dalam keadaan kelam kabut dan penuh tanda tanya di kalangan pemimpin PR.

Satu lagi contoh ialah berhubung status JK tender PBT Selangor. Selama ini beberapa orang ahli majlis merupakan ajk tetap JK Tender dan Sebutharga di semua PBT Selangor dan merupakan langkah wajar sebagai ‘check and balance’ kepada sebarang keputusan pegawai-pegawai kerajaan.

Apabila keluar arahan daripada MB bahawa status ahli majlis telah dituruntaraf kepada pemerhati sahaja dalam JK berkenaan maka ia telah dibantah oleh semua parti kerana alasan yang beliau berikan ialah tidak mahu membebankan ahli-ahli majlis. Beberapa siri perbincangan panas berlaku dalam mesyuarat PR negeri.

Malah PAS Selangor telah menghantar surat rasmi kepada MB Selangor meminta beliau supaya mengembalikan status asal ahli majlis dalam JK berkaitan tetapi telah tidak dipedulikannya.

Banyak lagi isu-isu lain yang diarahkan oleh parti, samada PKR dan PR, yang membawa kesan besar dalam pentadbiran negeri telah dibelakangi oleh TSKI. Antaranya isu pertukaran Datuk Bandar Shah Alam, penyusunan semula GLC Selangor yang masih ramai dijawat oleh suku-sakat UMNO, masalah besar ahli-ahli majlis MPKj dan YDP mereka, dan sebagainya.

Apa yang hendak ditekankan di sini bahawa TSKI telah seringkali
membakulsampahkan arahan parti (PKR dan PR) dan ini amat tidak wajar sebagai seorang yang diberi mandat oleh parti.

Sebenarnya ketaatan ahli (lebih-lebih lagi pemimpin) ke atas keputusan parti adalah syarat penting kepada keutuhan dan integriti parti dan keenganan mematuhi arahan parti dalam perkara yang jelas disepakati adalah merupakan satu kesalahan berat.

Sokongan PAS ke atas seorang pemimpin parti rakan yang jelas bukan saja sentiasa membelakangi arahan partinya tetapi juga parti rakan komponen adalah tidak wajar dan akan menjadi ‘precedent’ kepada pemimpin akan datang. Budaya tidak sihat ini akan menular membarah jika tiada tindakan segera dibuat.

Persetujuan Asas Pakatan Rakyat

Persetujuan di peringkat tertinggi PR bahawa jawatan MB untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah hak PAS, Pulau Pinang hak DAP dan Selangor hak PKR. Perkara ini dipertegaskan lagi oleh Setiausaha Agung PAS dan DAP baru-baru ini bahawa mereka tidak akan menuntut kerusi MB Selangor dan PKR berhak menamakan MB daripada PKR.

TSKI, asalnya adalah calon PKR untuk MB, maka sewajarnya mereka berhak memberi pandangan berhubung prestasi dan kedudukan MB dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama kita tidak menolak peranan PAS dan DAP dalam hal ini.

Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, TSKI telah berulangkali membelakangkan keputusan parti berhubung aspek pentadbiran negeri dan telah berterusan buat sekian lama. Ini menjadi hujah kukuh PKR untuk menggantikan MB. DAP dan PAS, sebagai rakan dalam PR, perlu beri perhatian serius kepada permintaan PKR mengikut kerangka kerjasama PR yang dipersetujui.

Apabila PKR memohon digantikan TSKI sebagai MB, sewajarnya DAP dan PAS memberi perhatian atas alasan dan sebab. Dan jika didapati munasabah maka perlu bersama mengambil tindakan perlu.

Ini semangat setiakawan yang perlu ada jika kita ingin melihat PR makin kukuh dan kuat. Kesepaduan dalam PR ini juga akan menghalang daripada berlaku natijah yang tidak elok jika TSKI enggan melepaskan jawatan MB secara sukarela.

Keadaan menjadi lebih mendesak apabila DAP turut memberi sokongan penuh kepada PKR supaya MB ditukar. PAS ketiadaan hujah untuk menolak permintaan 2 rakan kita dalam PR jika kita mahu PR terus bersatu.

Apa hujah yang kita ada untuk mengekalkan TSKI sedangkan calon ini adalah calon daripada PKR? Malah PAS Selangor sendiri dalam Mesyuarat Khas BPPNS ketika menjelang PRK Kajang telah menggundi atas 3 pilihan;

i. Anwar sebagai MB Selangor (ketika itu belum diputuskan bersalah oleh mahkamah)

ii. TSKI kekal sebagai MB

iii. Menggantikan TSKI dengan calon PAS sebagai MB


BPPNS telah memilih (iii.) sebulat suara mewakili semua 22 kawasan di Selangor. Walaupun kita nak calon PAS sebagai MB tetapi yang pentingnya semua mahukan TSKI digantikan. Isu di sini ialah TSKI digantikan kerana beliau membawa masalah kepada PR. Samada calon PAS dapat jadi MB atau tidak itu soal kedua.

Kita cuba bayangkan jika perkara yang sama berlaku kepada PAS yakni MB daripada PAS kemudian menghadapi masalah dengan parti seperti TSKI sekarang, kemudian dalam masa yang sama MB berkenaan disokong pula oleh PKR.

Tentu kita rasa terluka dengan tindakan rakan kita itu. Ini sebenarnya apa yang sedang dirasai oleh PKR.

Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, PAS Selangor bersetuju dengan DAP selepas menang PRU-13 bahawa kita ada ‘reservation’ tentang sikap TSKI.


Tetapi memandangkan PR telah menang besar di bawah pimpinannya serta ada prospek untuk kita desak beliau supaya berubah kepada stail pengurusan yang lebih ‘sesuai’, dan kebimbangan PAS dan DAP kemungkinan Azmin Ali pula jadi MB, maka kita bersetuju untuk menyokong lanjutan khidmat TSKI sebagai MB Selangor DENGAN SYARAT KITA ‘REVIEW’ PRESTASINYA SELEPAS SETAHUN. Kini sudah.

Banyak isu hanya dibincang dalam mesyuarat EXCO disebabkan ketiadaan lagi mesyuarat PR negeri. Masalahnya hubungan MB dengan EXCO-EXCO adalah hubungan umpama majikan dan kakitangan menyebabkan keputusan perlu cocok dengan citarasa MB.

Kebanyakkan EXCO hanya menjadi pak turut kepada kehendak MB. Malah diakui oleh EXCO-EXCO bahawa MB seringkali memberi kataputus dalam mesyuarat jika perbincangan tidak selari dengan kehendaknya. 


Tanpa mesyuarat PR sukar untuk kita mempengaruhi keputusan MB.

Keputusan meluluskan projek lebuhraya KIDEX (dan 5 lagi konsessi lebuhraya di Selangor) walaupun secara prinsip, tanpa merujuk kepada pimpinan PR, juga merupakan pelanggaran kepada janji PR kepada rakyat untuk mengkaji semula sebarang permohonan lebuhraya bertol.

Walaupun ditegur berkali-kali oleh pimpinan PR, TSKI tetap berdegil dengan keputusannya untuk terus membenarkan projek be rkenaan dilaksanakan tanpa sebarang kajian semula. Malah beliau pada awalnya tidak sudi untuk bertemu rakyat yang membantah pelaksanaan projek berkenaan.

Pengurusan tapak pasar malam yang selama ini diuruskan dengan baik oleh JKKK atau Persatuan Penduduk di mana hasil kutipan digunakan untuk pelaksanaan projek kemasyarakatan setempat telah diserahkan kepada PBT semata-mata kerana satu atau dua JKKK atau Persatuan Penduduk yang bermasalah menyebabkan kemarahan ramai. Ini kerana selain daripada hasil kepada penduduk untuk program kemasyarakatan, ia juga membantu mengurangkan beban PBT dalam mengendalikan pasar-pasar malam ini.

Keputusan TSKI ini amat merugikan dari semua aspek termasuk politik dan belaiu tetap berdegil dengan keputusannya walaupun protes daripada semua pihak.

Tiada Perancangan Strategik

Antara ciri utama seorang pemimpin korporat yang baik ialah keupayaan membuat perancangan strategik yang berkesan. Sehingga kini Selangor tidak mempunyai perancangan strategik yang lengkap untuk dijadikan panduan. Pengurusan kewangan yang baik hanyalah sebahagian daripada pentadbiran yang baik dan tidak memadai untuk menjadikan Selangor hebat.

Masalah besar yang timbul hari ini berpunca daripada kegagalan merancang dengan baik terutama perancangan jangka panjang (strategik) termasuk isu air, pelupusan sampah, menara telekomunikasi haram, dsbnya. Isu ditanggani secara ad-hoc, ‘memadamkan api apabila berlaku kebakaran’.

Kebanyakan daripada program strategik negeri (terutama yang melibatkan infrastruktur dan kemudahan awam) memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan melaksanakannya.

Kegagalan dalam perancangan ini dapat dilihat apabila langkah-langkah sementara terpaksa dibuat. Ini dapat dilihat dalam krisis bekalan air Selangor dan masalah pelupusan sampah yang berlaku baru-baru ini.

Tidak Percayakan Orang-Orang Politik

Pemerhatian selama ini mendapati bahawa TSKI tidak percayakan orang-orang politik atau aktivis parti. Setiap orang politik yang menemui beliau untuk mengadu masalah rakyat dianggap ‘ada ke pentingan peribadi’.

Ini diakui oleh SETPOLnya yang baru, Azman. Banyak kes yang diadukan kepada beliau seperti isu premium tanah, pampasan yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri, dsbnya tidak dilayan sehingga hari ini. Ini juga antara sebab kenapa ramai nama-nama ahli atau penyokong parti ditolak daripada menjadi ahli-ahli lembaga pengarah GLC Selangor walaupun mereka layak.

Ketidakpercayaan beliau kepada orang-orang politik bermakna beliau meletakkan lebih kepercayaan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Itu sebabnya pegawai-pegawai kerajaan sangat berkuasa dan mereka hanya ‘takut’ kepada MB sahaja.

EXCO dan wakil rakyat boleh dipermain-mainkan oleh mereka. Sebagai contoh isu bajet Pembangunan Desa yang dikawal oleh UPEN dan EXCO tak ada kuasa langsung. Ini diakui oleh EXCO berkaitan, Ustaz Sallehin Mokyi.

Malah di peringkat PBT pun keadaan agak teruk dengan Datuk Bandar dan YDP berkuasa penuh. Bukan setakat memperkotak-katikkan ahli-ahli majlis seperti di Majlis Perbandaran Kajang, malah ahli parlimen dan adun di Shah Alam tidak dilayan sewajarnya oleh Datuk Bandar Shah Alam.

PM Najib Ketawa Besar - Kerana berjaya Memerangkap Khalid 
Dan Menghuruharakan PR Selangor

Fenomena ini amat merbahaya dan jika tak dibendung akan menghakis keyakinan pegawai kerajaan dan rakyat ke atas kemampuan pimpinan parti bekerja sebagai satu kumpulan.

Mungkin ada lagi perkara-parkara yang boleh diperincikan lagi berhubung kegagalan TSKI dalam menguruskan pentadbiran Selangor dengan baik. Dengan pendedahan ini pun sudah memadai untuk Majlis Pimpinan PR mengambil langkah-langkah untuk menamatkan khidmat beliau sebagai MB Selangor jika kita masih mahu mempertahankan Selangor dan memburu juga Putrajaya.


Izham Hashim

PARTI BARU TERTUBUH ??????

Ya parti baru akan tertubuh...bukan bersetubuh...tetapi parti baru PAS DAN UMNO...Nama parti dan singkatan kepada pas dan umno...parti ini digelar PANU.....Ini adalah kerana semua ulama dalam PAS sudah bersetuju bersekongkol dengan Umno...
Sesuai dengan slogan Pas ganti Umno...Sedikit masa lagi jangan heran vellfire bukan sahaja Tantawi yang merasa....banyak yang akan menaiki .....macam kata blog ini.....


http://libanglibu.blogspot.com/2014/08/bubuh-din-reban-ayam-habis-cerita.html




Bubuh Din reban Ayam, Habis Cerita


Susah sangat. Sorong sentap, sorong sentap.
Kah kah kah kah!
Tuan presideng,
seandainya....
Seandainya Mat Nuar dari awal lagi menyuarakan pendapat bahawa bakal susuk tubuh yg menggantikan Khalid Kidex ialah Din reban Ayam, mungkin keadaan tidak segawat sekarang.
Mungkin kita semua sudah boleh bersenang hati dan sama-sama menjadi nelayang menangkap ikang.
Kah kah kahkah!
AKU JUGA TERTAWA HA..HA...HA....TERINGAT KAWAN KAWAN YANG BERJUANG BERSAMA PAS......ADAKAH MEREKA MASIH WALA PADA HJ HADI?????

PAS dakwa Khalid dizalimi?

PAS dakwa Khalid dizalimi? 

Oleh: Amirulmukminin 


Banyak pihak tidak faham dakwaan ulama PAS kononnya Khalid Ibrahim dizalimi oleh PKR dalam proses penyingkiran beliau dari kerusi MB Selangor dan pemecatan keahlian beliau.

Dalam isu pemecatan keahlian, pihak ulama PAS seolah-olah ingin satu bentuk perbicaraan yang berkualiti tinggi membicarakan Khalid. Perbicaraan selain daripada itu adalah mahkamah kangaroo.

Jawatankuasa dispiplin PKR perlu membuka sidang seperti Mahkamah Tinggi. Satu bilik khas perlu diwujudkan.Pasukan pendakwa terdiri daripada beberapa orang, Khalid diwakili beberapa peguam. Beberapa hari diperlukan dalam sesi soal jawab. PAS dan DAP dijemput memenuhkan galeri awam dan liputan media meluas perlu untuk Khalid.

Selepas keputusan dijatuhkan, Khalid berhak merayu ke Mahkamah Rayuan dan kemudian Mahkamah Persekutuan persis perbicaraan kes liwat Anwar. Semua penyokong Khalid dalam PAS hanya akan berpuas hati apabila perbicaraan berjalan serumit itu.

Namun PAS terlupa jawatankuasa disiplin dalam mana-mana parti bertindak melalui kaedah yang hampir serupa. Hanya beberapa ahli jawatankuasa bermesyuarat. Sebaik sahaja persetujuan dicapai maka keputusan memecat dibuat sama ada sebulat suara atau melalui undian.

PAS ketika memecah Hassan Ali pada 2012 juga melalui kaedah hampir sama seperti PKR. PAS tidak pernah menyediakan proses perbicaraan yang panjang atau memanggil satu sidang seperti mahkamah. Jika ahli PAS mendakwa pemecatan Khalid zalim maka pemecatan Hasan Ali tidak kurang zalimnya.

Sewajarnya pemimpin dan ahli PAS mempunyai sikap yang lebih terbuka. Melihat sikap Khalid Ibrahim yang tidak walaq kepada parti dan melawan secara terang-terangan keputusan presiden dan majlis presiden sudah cukup untuk memecat beliau.

Hasan Ali juga dahulu dipecat dengan alasan yang tidak berapa kukuh. Namun kerana keadaan Hasan yang dilihat merugikan PAS menjelang PRU ke 13 maka keputusan diambil secara nekad bagi menyelamatkan politik PAS Selangor ketika itu.

Jika dibuat perbandingan ketidakpatuhan Hasan lebih ringan berbanding ketidakpatuhan Khalid. Tetapi yang menghairankan sokongan ke atas Hasan tidak sebanyak sokongan PAS ke atas Khalid?


PAS perlu tarik hand brek, jangan sokong Khalid!

PAS perlu tarik hand brek, jangan sokong Khalid!

Oleh: Amirulmukminin




Akhirnya terbukti tindakan Anwar Ibrahim menukar Khalid Ibrahim dengan individu lain mengetuai kerajaan Selangor amat tepat.

Belang Khalid terdedah. Pembelaan pemimpin PAS kepada tokoh koporat itu ternyata sia-sia dan hanya dipergunakan Khalid untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mungkin bagi yang baru setahun jagung dalam politik agak terkejut apabila melihat situasi Umno Selangor menyokong Khalid semalam, tetapi bagi sesiapa yang pernah melihat peristiwa pemecatan Anwar dari Umno dan perampasan kerajaan negeri Perak daripada Pakatan maka mereka dengan mudah mengagak ‘game Umno’ dalam kes Khalid ini.


Sokongan mengejut

Perkara yang paling ngeri bagi penyokong PAS telah berlaku pada Isnin lalu. Khalid bertemu sultan Selangor kemudian mengadakan sidang media pada jam 2.00 petang untuk mengumumkan sultan membenarkan beliau kekal sebagai ketua pentadbir negeri.

Tiba-tiba, dalam tempoh dua jam selepas itu Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membuat kenyataan media Umno memberi sokongan tanpa syarat kepada Khalid. Mengapa begitu pantas?

Difahamkan Umno Selangor mengadakan mesyuarat tergempar selepas Khalid membuat pengumuman. Namun mesyuarat tergempar dalam mana-mana parti biasanya memerlukan tempoh 24 jam untuk memanggil pemimpin, berbahas dan membuat keputusan.

Adakah mesyuarat Umno Selangor itu dibuat secara on line sahaja kemudian keputusannya dinyatakan secara on line kepada Muhyiddin untuk dipersetujui?. Sesiapa yang faham kaedah mesyuarat organisasi pasti merasa hairan dengan kepantasan Umno memutuskan sokongan tersebut.

Tetapi sesiapa yang biasa dengan muslihat Umno akan tersenyum lebar. Mereka pasti Umno telah mempunyai keputusan muktamad sebelum Khalid bertemu sultan lagi. Umno telah bermesyuarat lama sebelum itu. Malah lebih jauh, Umno boleh dispekulasikan terlibat dalam grand design politik Selangor sebagaimana mereka berperanan di Perak.

Jika dilihat isu penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam yang melibatkan personaliti Umno maka penglibatan individu tertentu dari parti itu tentunya jauh lebih lama dalam merancang dan melakar situasi, malah mungkin sejak 2013 lagi.
Cuma yang agak menghairankan mengapakah Muhyidin memberi alasan menyokong Khalid kerana perjanjian air Selangor. Bukankah minggu lalu Khalid telah memeterai perjanjian penuh pembinaan loji Langat 2. Perjanjian itu tidak boleh dimungkiri walaupun Dr Wan Azizah diangkat menjadi MB Selangor.

Tarik hand brek

Apa perlunya Khalid kekal dalam kerajaan negeri untuk menjaga perjanjian itu? Ataukah ada lebih banyak perjanjian yang Umno ingin lakukan dengan kerajaan Selangor?



Pada peringkat ini PAS perlu menarik hand brek. PAS tidak boleh lagi terlajak menyokong Khalid dan bersekongkol dengan Umno di Selangor. Setelah tembelang Khalid pecah PAS wajib segera kembali kepangkuan Pakatan dan mengundi untuk menyingkirkan Khalid di sidang tergempar DUN.



Sekiranya wujud ahli PAS yang masih menyokong Khalid dan bersetuju dengan penyelewengan pemimpin itu serta kerjasama beliau dengan Umno maka PAS wajib mengambil tindakan disiplin dan membenarkan tindakan sekeras yang dikenakan PKR terhadap Khalid.

Apa yang berlaku dalam sebulan ini adalah proses pembersihan yang sepatutnya dilakukan oleh PKR selepas PRU 13 lalu. Sebaliknya DAP dan PAS inginkan Khalid terus berkuasa. DAP akhirnya sedar kesilapan mereka, kini PAS pula perlu sedar ketelanjuran mereka.


PAS + Khalid + Umno, kerajaan baru Selangor?

PAS + Khalid + Umno, kerajaan baru Selangor?

Oleh: Amirulmukminin


Terdapat sumber-sumber mendakwa usaha sedang digerakkan oleh segolongan ahli politik Selangor untuk mewujudkan kerajaan perpaduan Umno PAS bagi mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar selepas PKR memecat Adun Pelabuhan Kelang itu.

Kedudukan kerusi DUN boleh menyebelahi paksi Khalid sekiranya Hadi menerimanya menganggotai PAS. Tanpa menganggotai mana-mana parti, sultan sukar mengizinkan Khalid mengekalkan jawatan kerana berdasarkan perlembagaan negeri parti atau gabungan parti majoriti diberi kerusi MB.

Bagaimanapun, dengan sokongan Hadi dan ulama PAS maka tidak mustahil mereka akan bertindak balas menerima Khalid menjadi ahli PAS dalam tempoh terdekat.
Kerajaan perpaduan
Persefahaman dan saling percaya mempercayai dalam Pakatan Rakyat nampaknya sejak kebelakangan ini tidak lagi wujud antara PAS dan PKR. PAS berkata PKR diktator dan membuli rakan gabungan. Mereka membuat semua perkara yang menyakitkan hati PKR untuk membuktikan mereka lebih berkuasa.

Dengan percubaan kerajaan perpaduan terbaharu itu, Khalid berpeluang mengekalkan kerusi MB dengan sekurang-kurangnya memujuk 1 ahli PKR menyertainya.

Namun sesuatu yang menjadi bencana kepada ulama PAS adalah integriti mereka apabila bersama Umno. Tidak seperti perbincangan whatsapps Dr Zuhdi, kononnya gabungan PAS-Umno kelak akan mampu menyergah penganut Kristian dan menerajang penganut agama lain, kenyataanya perkara paling buruk akan berlaku di Selangor.

Dengan Umno menjadi sekutu kedua terkuat maka tentu sekali konsep anti rasuah dan penyelewengan PAS akan berterbangan. Umno tentu sekali akan meminta kerusi exco penting diperuntukkan kepada parti itu dan tentunya kekayaan negeri Selangor disapu semahu-mahunya.

Pasti akan wujud Khir Toyo kedua, ketiga dan seterusnya. Andai kata PAS bertindak melaporkan kepada SPRM maka Umno akan menarik balik sokongan, kerajaan akan tumbang. Begitu juga, sekiranya Khalid inginkan konsep integriti dalam kerajaannya maka akan beliau menghadapi tentangan keras dari Umno.

PAS berakhir


Barangkali itulah yang lebih disukai oleh segelintir pemimpin PAS berbanding menggantikan Khalid. Mereka mulai merasakan Umno lebih islamik berbanding PKR. Maka sekiranya Umno dan PAS bersatu di Selangor maka mereka perlulah memejamkan mata terhadap kezaliman Umno yang ditentang selama ini.

Perjuangan dilakukan secara penuh strategi dan bukan secara emosi. Jika PAS ingin menjemput Khalid ke dalam parti itu maka mereka akan menelan kepahitan perjuangan sebagai mana generasi kepimpinan Asri Muda dalam PAS dahulu.


Ketua PAS ketika itu lebih memikirkan penyatuan Melayu selepas rusuhan 13 Mei 1969, akhirnya Melayu hilang dan agama pun melayang. Pemimpin PAS hari ini juga nampaknya akan melakukan praktik serupa.




Monday, August 11, 2014

MAKLUMAT BERKENAAN TINDAKAN KHALID IBRAHIM YANG SETERUSNYA




KEADILAN kecam provokasi musuh politik

KEADILAN kecam provokasi musuh politik

Hari ini warga Kuala Selangor dikejutkan dengan beberapa kain rentang politik yang bersifat provokatif, yang kononnya mengungkap ucapan sdr Rafizi Ramli mengenai parti politik seangkatan dalam Pakatan Rakyat.
Setelah menghubungi beliau, Rafizi telah menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
RafiziKami telah mengarahkan anggota parti untuk menurunkan kain-kain rentang yang penuh fitnah jahat tersebut.
KEADILAN mengecam provokasi musuh-musuh politik yang cuba menggunakan situasi yang ada di Selangor pada waktu ini untuk mengangkat agenda politik perkauman sempit mereka. Hentikan lah permainan politik kuno sebegini!
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Siapa kata Adun PAS tidak mahu Azizah, soal Adun Meru


















Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar) menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu.
"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin?
"Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain.

Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.

Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bersama-sama dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat (PR).

"Secara peribadinya saya tidak mahu PAS keluar Pakatan. Kita akan ikut keputusan (PAS Pusat) tapi tidak mahu berpecah," katanya.

Ditanya pendiriannya mengenai krisis kedudukan menteri besar Selangor, Rani enggan memberikan sebarang komen.

"Saya bukan pesuruhjaya lagi tetapi ada dapat surat 'gag order' tunggu sehingga 17 Ogos nanti," katanya. – 12 Ogos, 2014.


Amaran jangan pecah menjelang mesyuarat PAS


Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu.

Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepada Malaysiakini.

Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.

“Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan,” tegasnya.

[Baca berita penuh]
 

SEJARAH PERBINCANGAN PAS UMNO



Siri 2 dari pendedahan Dialog Hasan Ali/Nasa bersama Blogger2 dari UMNO dan PAS bhg 1. Lagi rahsia parti didedahkan kepada blogger2 UMNO. Rakaman ini mendedahkan bibit2 permulaan perpecahan di kalangan kepimpinan PAS kerana belum apa2 dah nak buat perbincangan dalam gelap dengan UMNO.







Uploaded on Nov 17, 2009
Siri 2 dari pendedahan Dialog Hasan Ali/Nasa bersama Blogger2 dari UMNO dan PAS bhg 1. Lagi rahsia parti didedahkan kepada blogger2 UMNO. Rakaman ini mendedahkan bibit2 permulaan perpecahan di kalangan kepimpinan PAS kerana belum apa2 dah nak buat perbincangan dalam gelap dengan UMNO.

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...