PAS dakwa Khalid dizalimi?

PAS dakwa Khalid dizalimi? 

Oleh: Amirulmukminin 


Banyak pihak tidak faham dakwaan ulama PAS kononnya Khalid Ibrahim dizalimi oleh PKR dalam proses penyingkiran beliau dari kerusi MB Selangor dan pemecatan keahlian beliau.

Dalam isu pemecatan keahlian, pihak ulama PAS seolah-olah ingin satu bentuk perbicaraan yang berkualiti tinggi membicarakan Khalid. Perbicaraan selain daripada itu adalah mahkamah kangaroo.

Jawatankuasa dispiplin PKR perlu membuka sidang seperti Mahkamah Tinggi. Satu bilik khas perlu diwujudkan.Pasukan pendakwa terdiri daripada beberapa orang, Khalid diwakili beberapa peguam. Beberapa hari diperlukan dalam sesi soal jawab. PAS dan DAP dijemput memenuhkan galeri awam dan liputan media meluas perlu untuk Khalid.

Selepas keputusan dijatuhkan, Khalid berhak merayu ke Mahkamah Rayuan dan kemudian Mahkamah Persekutuan persis perbicaraan kes liwat Anwar. Semua penyokong Khalid dalam PAS hanya akan berpuas hati apabila perbicaraan berjalan serumit itu.

Namun PAS terlupa jawatankuasa disiplin dalam mana-mana parti bertindak melalui kaedah yang hampir serupa. Hanya beberapa ahli jawatankuasa bermesyuarat. Sebaik sahaja persetujuan dicapai maka keputusan memecat dibuat sama ada sebulat suara atau melalui undian.

PAS ketika memecah Hassan Ali pada 2012 juga melalui kaedah hampir sama seperti PKR. PAS tidak pernah menyediakan proses perbicaraan yang panjang atau memanggil satu sidang seperti mahkamah. Jika ahli PAS mendakwa pemecatan Khalid zalim maka pemecatan Hasan Ali tidak kurang zalimnya.

Sewajarnya pemimpin dan ahli PAS mempunyai sikap yang lebih terbuka. Melihat sikap Khalid Ibrahim yang tidak walaq kepada parti dan melawan secara terang-terangan keputusan presiden dan majlis presiden sudah cukup untuk memecat beliau.

Hasan Ali juga dahulu dipecat dengan alasan yang tidak berapa kukuh. Namun kerana keadaan Hasan yang dilihat merugikan PAS menjelang PRU ke 13 maka keputusan diambil secara nekad bagi menyelamatkan politik PAS Selangor ketika itu.

Jika dibuat perbandingan ketidakpatuhan Hasan lebih ringan berbanding ketidakpatuhan Khalid. Tetapi yang menghairankan sokongan ke atas Hasan tidak sebanyak sokongan PAS ke atas Khalid?


No comments: