MAJLIS PENGUMUMAN CALON PAKATAN HARAPAN PRN NEGERI SEMBILAN KE-16


 

[LANGSUNG] Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan | 14 Julai 2026


 

PARTI LAIN TU MEMANG LAH..PARTI JALANG DOK DIAM.






 

MCA bantah tak apa.

DAP je tak boleh.


p/s:  Min update gambar, tambah lagi sorang, atas cadangan netizen.




KAPIAQ KOT... WALAUN, SETAHU AKU MUSLIM.



Muklis Eddie


 Kemampuan luarbiasa walaun di tanah besar China




MACAMANA KULI PANGGIL PARTI PELACUR... BAHASA LAIN PARTI JALANG. NI LA DIA.

 


Saya setuju dengan pendapat Presiden. Dalam parti kalau kita bodo tak ikut bos tak boleh nak hormat bos, kita tak kemana jugak. Jadi setiap Parti kena belajar cara hormat Presiden.






Presiden ni dia tahu apa yang dia cakap, dia makan garam awal lagi dari korang semua. 


Sebab saya setuju, sejarah Pas mengkhianati kawan ni bukan baru berlaku, dari tahun 1974 lagi kerjasama tak ada yang berjaya bertahan lama pun. 


Malah dengan DAP pun pernah bekerjasama. 


Saya bagi contoh yang terdekat je , Dun Kuala Sentul. Masa kerjasama Pas dengan Bersatu erat, apa yang dorang tak puji si Jasri, semua yang Jasri kaluar statement semua Pas puji. 


Sekarang, mesyuarat Agung Pas maran, tukang usung Jasri kesana kemari yang usul nak letak calon Pas di Dun Kuala Sentul kononya Bersatu ni dah tak boleh pakai, lagipun memang tak ada jentera. Semua jentera Pas. 


Ikutkan betul lah cara Pas tu. 


Tapi nak gambarkan dekat korang, Pas ni dia akan berubah bila - bila masa. Apa yang bagi untung dekat dorang, dorang jilat sungguh - sungguh. 


Kita tengok Terengganu, selapas MN lah kita BN kalah teruk semua kerusi hilang sampai 32-0. Sampai tak ada satu pun kerusi, sedih. 


Pahang kalau nak 0 kerusi boleh lah buat kerjasama dengan Pas, kononnya demi Ummah dan Agama.Esok dah kuat dorang tinggal kita macam Pas buat sebelum ni. Jangan pisang berbuah dua kali. 


Cuma satu je saya respekt Pas ni. Pas ni dia ikut cakap Presiden dorang. Tak macam sesetengah ahli Umno. 


Lebih baik diam je dari keluar perkataan , “kami akan sokong Umno bila Presiden turun”. Nampak bodo banyak. 


Korang kena belajar konsep wala dengan orang Pas baru lah boleh berjuang dalam parti. 


Sekian.


Asmawi. 




MENGAPA MORSI DIJATUHKAN??








Morsi berjaya menjadi Presiden Mesir setelah menang dalam pilihanraya. Wpun Morsi telah

melakukan berbagai reformasi dan kebaikan kepada Mesir, akhirnya Morsi dijatuhkan oleh rakyat Mesir sendiri.


Adakah Mesir maju selepas Morsi dijatuhkan??? 


Anwar telah dilantik sebagai PMX selepas PH mendapat jumlah kerusi tertinggi berbanding parti lain. Walaupun peringkat awalnya PN dititah menubohkan Kerajaan dengan PH, tetapi PN menolak kerana enggan Anwar jadi PMX. Mujur BN sudi menerima Anwar sebagai PMX. 


Hari ini semua pihak mahu menjatuhkan Anwar... Adakah sejarah Morsi akan berulang kepada Anwar? 


Siapa yang akan jadi PM jika Anwar jatuh???





KEH KEH KEH..TAK DE GROUP WASSAP KOT ...

 


Che Ibrahim



Dah takde meeting atau group whatsaap ke dalam PH?? 


Bagaimana kalau Dap enggan tangguh???






ULANGSIAR KALI KE 2 ATAS PERMINTAAN RAMAI. JANGAN JADI UMNO YANG 60 TAHUN BOLEH TEWAS BILA LUPA DIRI.INGAT....

 




Pasca PRN Johor: Surat terbuka kepada PM Anwar dan kepimpinan Pakatan Harapan

Oleh DR SHAHNOR BASRI

Cukuplah mencari kambing hitam. Sudah tiba masanya mencari cermin.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

PRN Johor telah selesai. Rakyat telah membuat pilihan. Keputusannya bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi satu mesej yang sangat jelas. BN menang besar. PH pula gagal meyakinkan sebahagian besar pengundi Johor.

Dalam politik, kekalahan bukan penghujung perjuangan. Tetapi lebih berbahaya daripada kalah ialah gagal memahami mengapa kita kalah.

Sejarah membuktikan bahawa ramai parti politik akhirnya rebah bukan kerana lawan mereka terlalu kuat, tetapi kerana mereka terlalu sibuk memuji diri sendiri sehingga tidak lagi mampu mendengar suara akar umbi.

Sebagai Perdana Menteri dan Ketua Utama Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu memikul tanggungjawab politik ini.

Bukan untuk dipersalahkan seorang diri, tetapi sebagai pemimpin tertinggi yang perlu mengetuai proses muhasabah, memperkukuhkan saf serta merangka strategi baharu.

Kemenangan tidak pernah menjadi hak mutlak sesiapa. Begitu juga kekalahan tidak boleh dipikul oleh jentera negeri semata-mata.

Sudah tiba masanya seluruh kepimpinan PH berhenti mencari alasan.

Jangan salahkan Umno.
Jangan salahkan Pas.
Jangan salahkan MCA.
Jangan salahkan media.
Jangan salahkan pengundi.

Kerana rakyat tidak pernah berhutang undi kepada mana-mana parti.

Sebaliknya, tanyalah diri sendiri mengapa mesej PH gagal menembusi hati rakyat.

Lebih membimbangkan, selepas setiap kekalahan, akan muncul pula “pakar-pakar politik segera” yang mengelilingi kepimpinan tertinggi.

Mereka bercakap seolah-olah memahami denyut nadi rakyat sedangkan sebahagian besar mereka sudah lama tidak menjejak kaki ke warung, sawah, felda, kampung tradisi atau taman perumahan biasa.

Orang-orang lama yang membina PH sejak zaman penuh kesukaran pula semakin dipinggirkan. Inilah penyakit yang mula membarah.

Parti yang besar tidak boleh bergantung kepada kelompok “echo chamber” yang hanya tahu mengangguk setiap kali pemimpin bercakap.

Membuka pintu

Dato’ Seri Anwar perlu kembali membuka pintu kepada pejuang-pejuang lama daripada semua peringkat.

Mereka mungkin tidak bergaya di media sosial. Mereka mungkin tidak menjadi penganalisis televisyen. Tetapi merekalah yang memahami denyut nadi akar umbi.

Kadangkala kebenaran yang pahit lebih bernilai daripada pujian yang manis.

Kepimpinan DAP dan Amanah juga perlu bersikap lebih profesional.

Setiap kali kalah, janganlah reaksi pertama ialah mencari siapa yang hendak dipersalahkan.
Lebih malang jika ada yang masih memilih jalan mudah dengan terus mengecam Umno, Pas, MCA atau sesiapa sahaja, seolah-olah menyerang lawan sudah memadai untuk memenangi hati rakyat.
Tidak.

Politik bukan pertandingan siapa paling lantang menghina lawan.

Politik ialah pertandingan siapa paling meyakinkan rakyat.

Ada juga segelintir pemimpin yang seolah-olah menganggap pengundi yang tidak memilih mereka sebagai tidak cerdik.

Itulah kesilapan paling besar.

Dalam demokrasi, pengundi tidak pernah salah.

Jika mereka tidak memilih kita, maka tugas kita ialah memahami sebabnya, bukannya menghukum mereka dengan pelbagai label.

Ramai jurucakap

PH juga perlu mengurangkan budaya terlalu ramai jurucakap. Setiap hari muncul kenyataan yang berbeza. Seorang bercakap A. Seorang lagi bercakap B. Yang lain pula bercakap C.

Akhirnya, rakyat tidak lagi tahu siapakah sebenarnya membawa suara rasmi kerajaan dan gabungan.

Musuh politik pula hanya perlu duduk diam sambil mengutip setiap percanggahan untuk dijadikan peluru.

Strategi komunikasi perlu disusun semula.

Kurangkan suara.
Perkuatkan mesej.
Perbanyakkan kerja.
Kurangkan drama politik.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian serius ialah strategi Pas.

Suka atau tidak, Pas kini semakin cekap memainkan naratif bangsa dan agama sebagai senjata politik. Mereka memahami bahawa persepsi sering bergerak lebih pantas daripada fakta.

Jika PH terus bertindak balas secara defensif atau sekadar menafikan setiap dakwaan tanpa membina naratif yang lebih meyakinkan, maka medan persepsi akan terus dikuasai lawan.
Jawapannya bukan dengan menghina penyokong PAS.

Bukan juga dengan mengejek sentimen agama atau Melayu.

Sebaliknya, PH perlu membina naratif yang lebih meyakinkan bahawa perpaduan kaum, Islam yang membawa rahmat, keadilan sosial, tadbir urus yang baik dan kemakmuran ekonomi bukanlah nilai yang bertentangan dengan identiti Melayu atau agama.

Nilai-nilai itu perlu diterjemahkan melalui dasar yang konsisten, bahasa yang mudah difahami dan kehadiran yang berterusan di lapangan.

Jika Pas menggunakan emosi, PH mesti menang dengan keyakinan.
Jika Pas bermain persepsi, PH mesti menang dengan kepercayaan.
Jika Pas membawa retorik, PH mesti membawa penyelesaian.

Memberi ruang

Akhir sekali, Dato’ Seri Anwar.

Rakyat masih memberi ruang.

Ekonomi negara menunjukkan beberapa petunjuk yang positif. Pelaburan, kestabilan politik dan keyakinan antarabangsa memberi asas yang baik kepada kerajaan. Namun pencapaian pentadbiran di Putrajaya tidak akan secara automatik diterjemahkan menjadi kemenangan di peti undi.

Rakyat mengundi berdasarkan apa yang mereka rasa, lihat dan alami di kawasan masing-masing.


PRN Johor seharusnya menjadi loceng amaran, bukannya alasan untuk terus mempertahankan segala kelemahan.

Kekalahan tidak boleh dipadam dengan sidang media.

Ia tidak boleh diatasi dengan ucapan yang panjang.

Ia tidak boleh diperbaiki dengan menyalahkan orang lain.

Ia hanya boleh ditebus dengan keberanian melakukan pembaharuan.

Kerana dalam politik, rakyat tidak menghukum parti yang kalah.

Rakyat menghukum parti yang gagal belajar daripada kekalahan.

Semoga surat terbuka ini diterima sebagai teguran daripada seorang rakyat yang masih percaya bahawa sebuah kerajaan yang baik bukanlah kerajaan yang tidak pernah melakukan kesilapan, tetapi kerajaan yang cukup rendah hati untuk mengakuinya, memperbaikinya dan kembali mendapatkan kepercayaan rakyat.

Ikhlas daripada;

Dr. ShahNor Basri,

Yang pernah berada di Bukit Damansara Malam 20 September 1998.





Mat Sabu pengerusi mesyuarat industri padi dan beras, jamin dibawa ke perhatian kerajaan

 


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Industri Padi dan Beras Negara bagi mendengar sendiri pandangan, cadangan serta isu yang dihadapi pemain industri padi dan beras dalam negara.

Katanya, mesyuarat itu menjadi platform penting untuk beliau mendapatkan gambaran sebenar mengenai cabaran yang dihadapi semua pihak dalam industri berkenaan.

“Kalau pesawah susah, bekalan beras negara juga akan terjejas. Sebab itu suara mereka mesti didengar.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk Bang Mat mendengar sendiri pandangan, cadangan dan isu yang dihadapi oleh semua pihak dalam industri padi dan beras. 

“Hanya dengan memahami keadaan sebenar di lapangan, kita dapat merangka penyelesaian yang lebih berkesan,” katanya dalam perkongsian di Facebook hari ini.

Antara perkara yang diberi perhatian dalam mesyuarat itu ialah kenaikan kos input pertanian, cabaran perubahan iklim, penggunaan mekanisasi serta keperluan menambah baik sistem pengairan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara.

Beliau berkata, setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan akan dibawa ke perhatian kerajaan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Menurut beliau, matlamat utama adalah untuk menjaga kebajikan pesawah, memperkukuh industri padi dan beras serta memastikan bekalan beras negara terus mencukupi untuk rakyat.

Mohamad turut menegaskan KPKM akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi membina industri padi dan beras yang lebih mampan, berdaya saing dan menjadi tunjang kepada keterjaminan makanan negara.




KDN sahkan sedang siasat isu operasi ‘Network School’ di Forest City

 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu operasi ‘Network School’ di Forest City, Johor,

KDN dalam kenyataan berkata, kementerian itu mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh orang ramai berkaitan dakwaan penglibatan individu yang menggunakan pasport negara kedua untuk memasuki Malaysia.

KDN memandang serius sebarang perkara yang menyentuh aspek keselamatan negara, pematuhan terhadap undang-undang imigresen serta penyalahgunaan kemudahan imigresen Malaysia.

Menurut KDN, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk membuat semakan terhadap identiti dan kewarganegaraan individu yang terlibat; serta status dan kesahihan dokumen perjalanan yang digunakan.

Turut disiasat adalah jenis pas atau kemudahan imigresen yang diberikan serta tujuan kemasukan ke Malaysia; dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang imigresen serta undang-undang lain yang berkaitan.

“KDN turut bekerjasama rapat dengan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan semua aspek yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing disemak secara menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sekiranya hasil siasatan mendapati wujud sebarang pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas imigresen, pemberian maklumat palsu atau aра-apa kesalahan lain yang menjejaskan keselamatan serta kepentingan negara, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan.

KDN menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau organisasi yang menyalahgunakan kemudahan imigresen negara atau menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang serta boleh menjejaskan keselamatan, ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang.




PMQT: PM Anwar Tolak Desakan Bubar Parlimen, Fokus Pembangunan, Kestabilan Negara

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan dan kestabilan negara daripada melayan desakan supaya Parlimen dibubarkan.

Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat mengenai kemungkinan pembubaran susulan ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026.

Jelas Anwar, rakyat mahu pembangunan negara diteruskan, tanpa diganggu kerenah politik berlebihan.

“Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu supaya pembangunan berjalan, rakyat pun mahu jangan ada kerenah politik sakan macam sekarang ini.

“Jadi kita tumpu kepada pembangunan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Rosol Wahid (PN – Hulu Terengganu) sama ada kerajaan bercadang membubarkan Parlimen susulan ketidaktentuan ekonomi dan politik semasa.




PM UK Gesa Gencatan Senjata Iran-Amerika Disambung Semula

 


Starmer pada sidang media bersama di Paris dengan pemimpin Perancis, Jerman dan Ukraine selepas mesyuarat gabungan negara yang bersedia. Foto AFP

LONDON, 14 Jul – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Isnin berkata terdapat keperluan mendesak untuk menyambung semula gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan ketegangan berhubung Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya mengecam serangan Iran terhadap kapal komersial dan rakan kami di Teluk. Serangan ini mesti dihentikan,” kata Starmer pada sidang media bersama di Paris dengan pemimpin Perancis, Jerman dan Ukraine selepas mesyuarat gabungan negara yang bersedia”

Starmer menyatakan sokongan terhadap proses rundingan dan berkata pihaknya bersedia mengerahkan aset bagi membantu melancarkan semula pergerakan kapal.

“Kita perlu segera menyaksikan penyambungan semula gencatan senjata dan rundingan mengenai isu yang masih belum diselesaikan, di samping kebebasan pelayaran tanpa sekatan di selat berkenaan,” katanya.

AS dan Iran saling berbalas serangan pada hujung minggu, dengan Presiden Donald Trump berkata AS sedang mengenakan semula sekatan terhadap Iran dan akan mengenakan bayaran kepada kapal bagi memastikan laluan selamat melalui Selat Hormuz.

Iran menutup laluan perairan utama itu semasa perang AS-Israel yang bermula pada akhir Februari, manakala pembukaan semula sepenuhnya dijangka selepas memorandum persefahaman bagi menamatkan perang ditandatangani pada Jun.



Bantah ADUN Lantikan, Pakatan Harapan Melaka Keluar Dari Kerajaan Negeri

 


Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, keputusan itu dibuat sebagai bantahan terhadap kelulusan pindaan Perlembagaan Negeri yang membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

MELAKA, 14 Jul – Pakatan Harapan (PH) kini menjadi pembangkang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka selepas DAP Melaka mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, keputusan itu dibuat sebagai bantahan terhadap kelulusan pindaan Perlembagaan Negeri yang membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Menurutnya, ia berdasarkan prinsip DAP yang menolak pelaksanaan ADUN lantikan yang disifatkan bercanggah dengan semangat demokrasi dan pilihan raya.

Katanya, semua wakil rakyat PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka termasuk ADUN Bukit Katil, Adly Zahari serta Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Allex Seah Shoo Chin telah mengundi menolak usul pindaan berkenaan.

“Apabila kita menolak usul kerajaan, kita tidak boleh pada masa sama terus berada dalam kerajaan dan menggunakan segala kemudahan kerajaan.

“Justeru, atas prinsip itu, kita keluar daripada Kerajaan Negeri Melaka serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata, ADUN sepatutnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan bukannya dilantik, manakala individu berkemahiran profesional boleh dilantik sebagai penasihat tanpa diberikan kuasa mengundi dalam DUN.

Susulan keputusan itu, Allex akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa negeri, manakala dua Timbalan Pengerusi Jawatankuasa iaitu Low Chee Leong dan Leng Chau Yen serta Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee turut akan mengosongkan jawatan masing-masing.

“Semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik oleh kerajaan negeri juga akan melepaskan jawatan dalam masa terdekat.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong bersama kepimpinan parti pada sidang media khas di Melaka pada 14 Julai 2026.

“Bagaimanapun, keempat-empat wakil rakyat DAP akan kekal sebagai ADUN dan akan mengambil tempat di blok pembangkang pada hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri, di sini, esok,” katanya.

Beliau berkata, pendirian itu telah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebelum ini serta tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya, selain telah dibincangkan bersama Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dan diketahui kepimpinan tertinggi DAP.




Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Pecah Tanah Pelabuhan Midport Pelabuhan Kontena Pintar AI


 

GEMPAK! SAH AKHIRNYA DAP LETAK JAWATAN EXCO DI MELAKA! UMNO LULUSKAN ADUN LANTIKAN!


 

BN TAK BOLEH KALAH DI NS, JIKA TIDAK, TINDAKAN 14 ADUN TARIK SOKONGAN HANYA SIA-SIA



14 Julai 2026


Mengimbas bagaimana ia bermula, PRN Negeri Sembilan ini sebenarnya diadakan adalah berikutan tindakan 14 Adun UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.


Tindakan menarik sokongan itu tentunya dengan matlamat untuk menjatuhkan Aminuddin daripada jawatan Menteri Besar yang dipegangnya.


Matlamat seterusnya pastilah pula untuk UMNO mengisi jawatan Menteri Besar itu.


Jika tidak ingin menjatuhkan Aminuddin dan tidak juga bertujuan agar UMNO dapat mengisi ganti jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, lebih munasabah jika 14 Adun UMNO terus saja menyokong Aminuddin sehingga habis penggal.


Sekarang ini apa yang dihasrat dan diingini oleh UMNO itu sudah kian hampir menjadi kenyataan berikutan DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan dan pengundian bagi PRN bakal diadakan pada 1 Ogos depan.


Adakah UMNO masih ingat dan kekal dengan impian tersebut?


Jika impian itu masih ada, BN tiada pilihan lain melainkan mesti menjadi pemenang pada malam

1 Ogos akan datang ketika keputusan PRN diumumkan.


Untuk mencapai kemenangan, ia boleh dilakukan dengan berlawan secara solo atau dengan mencari kawan untuk menambah kekuatan.


Kalau dirasa bertanding sendirian belum pasti menjamin kemenangan, maka ia mesti dilakukan dengan berkawan.


Yang penting BN mesti menang kerana jika kalah, sedangkan ada pilihan untuk beroleh kemenangan, bermakna sia-sia dan kerja buang masa sajalah 14 Adun UMNO sebelum ini menarik sokongan terhadap Aminuddin.


Oleh itu, dalam konteks PRN Negeri Sembilan ini, BN tidak harus takut membuat pilihan yang dapat menjamin kepada kemenangan.


Berdasarkan apa yang terbentang di depan mata, bekerjasama dengan PAS adalah pilihan yang tidak wajar dilepaskan oleh BN bagi menjamin kemenangan dapat digenggam.


PAS bukan saja sedia menawarkan sokongan, malah bersedia juga menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada UMNO untuk mengisinya jika kerjasama dapat dijalinkan.


Dalam hal ini, PAS sudah membuktikan ia adalah kawan yang membawa untung kerana dalam PRN Johor yang baru saja berlaku, DAP sendiri mengakui kemenangan BN dan kekalahan calon-calon DAP di beberapa kerusi adalah disebabkan sokongan daripada penyokong parti Islam itu.


Cuma di Johor itu, PAS dan UMNO berkawan secara tidak rasmi.


Tetapi, disebabkan jasa PAS kepada BN sudah terbukti di Johor dan PAS sekali lagi berjiwa besar untuk terus menyokong BN di Negeri Sembilan, tentulah lebih molek jika kerjasama kali ini dijalin secara rasmi.


Buat apa nak sembunyi-sembunyi lagi, sedangkan lagi diumumkan secara rasmi, lagi musuh makin kecut dan lagi mudah untuk ditewaskan? - ShahbudinHusin 14Julai2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1335520921904357&id=100063393840098





RAK YAT NISMILAN, NAK MACAMANA LAGI ? KAN DAH ELOK ? PERNAH KAH MACAM INI ?

 




DAP SAH KELUAR KERAJAAN MELAKA...MANA DIA MAKYEE YANG MELALAK NAK LETAK JAWATAN TU?

 



DAP sah keluar dari kerajaan Melaka, cabar Akmal tunai janji berundur

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Melaka mengumumkan peletakan jawatan daripada kerajaan negeri bagi menunaikan janji mereka untuk berundur sekiranya Perlembagaan Negeri dipinda untuk membolehkan pelantikan Adun lantikan.

Terdahulu, Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 diluluskan menerusi undian suara dengan 23 Adun menyokong dan lima membantah.

Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, berkata parti itu tidak boleh kekal berada dalam kerajaan selepas menolak usul yang dibentangkan kerajaan negeri.

“Memandangkan kita telah menolak usul yang dibentang oleh kerajaan, kita tak boleh tolak dan berada dalam kerajaan pada masa yang sama. Itu tidak adil.

“Sebagai basic backbencher sepatutnya mereka perlu menyokong dasar atau usul dalam DUN. Apatah lagi ini usul penting sebab berkaitan perlembagaan negeri," katanya dalam sidang media.

Dia berkata, DAP akan melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri, termasuk seorang exco negeri, dua timbalan exco, seorang timbalan speaker, selain semua ketua kampung dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan yang dilantik di bawah kerajaan negeri.

ADS

Antara yang meletakkan jawatan ialah Exco negeri Allex Seah, Timbalan Exco Low Chee Leong dan Leng Chau Yen, serta Timbalan Speaker DUN Melaka, Kerk Chee Yee.

Akhbar China Press memetik sumber sebagai berkata Pengerusi PH Melaka merangkap Adun Bukit Katil daripada Amanah, Adly Zahari, akan turut mengambil pendirian bersama DAP dan dijangka mengumumkan pengunduran PH Melaka daripada kerajaan negeri.

Dalam sidang DUN sebelum itu, antara yang menyokong pindaan berkenaan ialah Ketua Pembangkang Melaka merangkap Adun Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Hanya tiga Adun mengambil bahagian dalam perbahasan, iaitu Dr Mohd Yadzil (Bersatu), Adun Rim, Khaidhirah Abu Zahar (Umno) dan Adun Kelebang, Lim Bang Hong (MCA).

Walaupun beberapa kali cuba mencelah dan menyuarakan bantahan terhadap pindaan itu, Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee daripada DAP tidak dibenarkan berbuat demikian.

Mengulas sama ada tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai itu mendapat persetujuan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Khoo berkata perkara berkaitan kerajaan negeri wajar diuruskan di peringkat negeri.

“Bab urusan kerajaan negeri biar kita uruskan, PM ada hal yang lebih besar dan lebih penting nak jaga,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengelak untuk menjawab soalan mengenai kesan tindakan DAP itu terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pada masa sama, Khoo turut menyindir Adun Merlimau, Dr Akmal Saleh, dengan mempersoalkan bila pemimpin Umno itu akan menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri.

"Jadi kenyataan terakhir saya, bila Akmal hendak letak jawatan?" katanya.