Ikhmal Iskandar
Terlebih dahulu, salam takziah diucapkan kepada keluarga empat penunggang RX-Z yang terkorban dalam nahas di Lebuhraya Pantai Timur. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Tragedi ini bukan bahan untuk dipersendakan atau dipolitikkan. Namun, ia wajib dijadikan ibrah tentang betapa besarnya risiko apabila jalan raya dijadikan tempat berlumba, menduga kelajuan atau menunggang secara berbahaya.
Ketika Kerajaan meminda 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 terutama memperkenalkan 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟰𝟮𝗔 bagi memperketat tindakan terhadap perlumbaan haram, ada wakil 𝑷𝑵/𝑷𝑨𝑺 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒊𝒌𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 “𝒕𝒆𝒓𝒍𝒂𝒍𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒉𝒖𝒌𝒖𝒎” 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒌𝒘𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒊𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒖𝒌𝒖𝒎𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒆𝒔𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒖𝒏𝒄𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉
Kini kita dapat melihat mengapa Kerajaan perlu bertindak tegas.
Kerajaan tidak boleh menunggu sehingga kemalangan berlaku, tubuh bergelimpangan dan keluarga kehilangan insan tersayang sebelum tindakan diambil. Melalui peruntukan baharu berkaitan perlumbaan serta perbuatan menduga kelajuan, pihak berkuasa diberikan kuasa untuk bertindak lebih awal sebelum perbuatan berbahaya bertukar menjadi tragedi.
Benar, pendidikan dan kesedaran perlu dipertingkatkan. Tetapi nasihat semata-mata tidak memadai apabila ada pihak sanggup menjadikan jalan awam sebagai litar dan mempertaruhkan nyawa pengguna lain.
Peminat motosikal yang berdisiplin tidak perlu bimbang. Pindaan ini bukan memusuhi pemilik RX-Z, anak muda atau komuniti permotoran. Ia menyasarkan mereka yang berlumba, menguji kelajuan dan membahayakan keselamatan awam.
PN/PAS boleh terus memainkan sentimen kononnya hukuman lebih berat akan membebankan rakyat. Tetapi tragedi ini mengingatkan kita bahawa kos sebenar akibat perlumbaan haram dan pemanduan berbahaya bukan sekadar jumlah kompaun.
Tetapi kos sebenarnya adalah nyawa yang melayang.
Syabas kepada Kerajaan kerana berani memperketat undang-undang sebelum lebih ramai menjadi mangsa. Pindaan ini bukan terlalu menghukum. Pindaan ini ialah langkah pencegahan yang perlu, tepat dan bertanggungjawab.
Undang-undang yang tegas bukan bertujuan menzalimi rakyat, tetapi melindungi rakyat daripada mereka yang memperjudikan nyawa di jalan raya.
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
BBA Hons Transport, UiTM
Bekas Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Negeri Terengganu 2006
14/7/2026
No comments:
Post a Comment