PMQT: PM Anwar Tolak Desakan Bubar Parlimen, Fokus Pembangunan, Kestabilan Negara

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan dan kestabilan negara daripada melayan desakan supaya Parlimen dibubarkan.

Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat mengenai kemungkinan pembubaran susulan ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026.

Jelas Anwar, rakyat mahu pembangunan negara diteruskan, tanpa diganggu kerenah politik berlebihan.

“Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu supaya pembangunan berjalan, rakyat pun mahu jangan ada kerenah politik sakan macam sekarang ini.

“Jadi kita tumpu kepada pembangunan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Julai 2026.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Rosol Wahid (PN – Hulu Terengganu) sama ada kerajaan bercadang membubarkan Parlimen susulan ketidaktentuan ekonomi dan politik semasa.




No comments: