Tiada beban tu digalas. Ingatkan Trump saja tak cerdik, Putera Salman pun tak cerdik juga.


Mazlan Mohamad







Semalam Arab Saudi serang Lapangan Terbang Antarabangsa Sana"a, Yaman bagi halang sebuah pesawat dari Iran dari mendarat di  wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pejuang Houthi.


Kerajaan Houthi yang pro-Arab Saudi cuba 'cover up' pembabitan Arab Saudi dengan mengaku mereka yang serangnya.


Ia diserang kerana Arab Saudi khuatir pesawat itu bawa penasihat tentera dan peralatan senjata dari Iran untuk dibekalkan kepada pihak Houthi yang bermusuh dengan Arab Saudi.


Pesawat Iran tersebut dilaporkan terpaksa tukar haluan dan mendarat di Lapangan Terbang Hodeidah.


Pihak Houthi telah tegaskan akan lancar serangan balas dendam terhadap Arab Saudi dengan keluarkan kenyataan ;


"Ini satu jenayah serangan yang zalim dan terang-terangan.


Saudi telah bertindak sasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dengan beberapa serbuan udara.


Kami tegaskan bahawa serangan Saudi ini tidak akan berlalu tanpa tindak balas dan hukuman."


Kenapa tindakan Putera Salman ini tidak cerdik?


Pertama, pihak Houthi disokong oleh Iran.


Kedua, dipercayai pihak Houthi sendiri sedang pertingkatkan persenjataannya termasuk peluru berpandu dengan bantuan Iran.


Jadi bila Houthi balas serangan Arab Saudi nanti, Iran pasti bantu dan ini berpotensi semarakkan lagi api peperangan di rantau itu.


Dan perlu diingat, Arab Saudi pernah berpakat dengan US dan serang Houthi untuk lumpuhkannya tapi gagal.


Dua negara yang tenteranya jauh lagi hebat tapi tak mampu tewaskan kumpulan pejuang yang miskin.





No comments: