Liwat II - Lihat Bukti Penipuan Najib (Sebarkan)

Liwat II - Lihat Bukti Penipuan Najib (Sebarkan)

Kronologi SIDANG MEDIA kenyataan Najib Razak mengenai Saiful Bukhari Azlan.

30 Jun 2008 : SBA datang nak dapatkan biasiswa.

3 Julai 2008 : SBA datang jumpa Najib di kediaman Najib mengadu perihal dia diliwat.

Tonton video ini sampai habis & sebarkan.

Biar semua orang tahu bahawa kes liwat II ialah satu fitnah konspirasi. Dan Anwar tidak wajar dipenjarakan waima sesaat sekalipun atas kes fitnah.




MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)

MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)

Peranan yang dimainkan oleh anggota MSU untuk bergabung dengan UMNO demi perpaduan Melayu Islam dengan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dirancang dengan rapi oleh anggota MSU. Ulamak adalah pewaris nabi dan mereka adalah penyampai risalah kebenaran. Mereka tidak boleh berbohong, apatah lagi dengan jamaah Islam. 

Sebaliknya berlaku apabila anggota MSU sanggup berbohong dengan menafikan pertemuan sulit dengan UMNO yang diadakan beberapa kali. Pertemuan di Terengganu, mulanya dinafikan tetapi apabila didedahkan oleh Pak Lah, barulah mengaku. Sebenarnya bayak kali pertemuan dalam negeri dan luar negeri yang diadakan. tetapi mereka sanggup berbohong kepada ahli PAS. 

Seorang bekas pimpinan PAS di Perlis dipanggil oleh anggota MSU dan mengarahkan untuk menyerang PAKATAN RAKYAT melalui blog. Pimpinan tersebut adalah seorang yang ada bukti tentang rancangan jahat untuk mengkhianati PAKATAN RAKYAT dan keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PAKATAN RAKYAT.


 Beliau sanggup mendedahkannya apabila dipanggil oleh pimpinan. Jangan khianati kepercayaan ummah kepada ulamak. Jangan ulangi pengkhianatan Syeikhul Azhar ke atas Morsi. Jangan ingat bahawa oang lain tidak tahu apa yang MSU rancangkan. Bukan semua anggota MSU terlibat.

"Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat" .

Photo: MENGAPA TAKUT PASMA (SIRI 3)

Peranan yang dimainkan oleh anggota MSU  untuk bergabung dengan UMNO demi perpaduan Melayu Islam  dengan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dirancang dengan rapi oleh anggota MSU. Ulamak adalah pewaris nabi dan mereka adalah penyampai risalah kebenaran. Mereka tidak boleh berbohong, apatah lagi dengan jamaah Islam. Sebaliknya berlaku apabila anggota MSU sanggup berbohong dengan menafikan pertemuan sulit dengan UMNO yang diadakan beberapa kali. Pertemuan di Terengganu, mulanya dinafikan tetapi apabila didedahkan oleh Pak Lah, barulah mengaku. Sebenarnya bayak kali pertemuan dalam negeri dan luar negeri yang diadakan. tetapi mereka sanggup berbohong kepada ahli PAS. Seorang bekas pimpinan PAS di Perlis dipanggil oleh anggota MSU  dan mengarahkan untuk menyerang PAKATAN RAKYAT melalui blog. Pimpinan tersebut adalah seorang yang ada bukti tentang rancangan jahat untuk mengkhianati PAKATAN RAKYAT dan keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PAKATAN RAKYAT. Beliau sanggup mendedahkannya apabila dipanggil oleh pimpinan. Jangan khianati kepercayaan ummah kepada ulamak. Jangan ulangi pengkhianatan Syeikhul Azhar ke atas Morsi. Jangan ingat bahawa oang lain tidak tahu apa yang MSU rancangkan. Bukan semua anggota MSU terlibat. 

"Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat" .
 

MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)


MENGAPA TAKUT PASMA : PENDEDAHAN SIRI (2)

Perancangan kerajaan Perpaduan UMNO PAS adalah perancangan halus yang dibuat oleh musuh PAKATAN RAKYAT iaitu BN. hanya dengan perpecahan dalaman PR sahaja, BN akan terus kekal memerintah. Oleh itu usaha yang terancang dilakukan dari dalaman PAS.

 Ustaz Ahmad Awang menerima panggilan daripada pimpinan tinggi PAS supaya diwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Perak. Ustaz Ahmad Awang menolak, akhirnya beliau diketepikan. Beliau menyebutkan bahawa orang berkenaan adalah ahli MSU yang berpengaruh, beliau bukanlah TG Nik Aziz.

 Semua Jawatankuasa PAS Pusat tahu siapa pimpinan tersebut. Malangnya hingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil ke atasnya, malahan tindakan beliau semakin drastik untuk mengeluarkan PAS dari PR dengan alasan demi perpaduan Melayu Islam. Siapakah mereka; mereka ialah pemimpin PAS yang selalu mencadangkan supaya tahaluf siasi di kaji semula dan anggotanya ialah pemimpin PAS yang menyerang PKR dan DAP siang dan malam. 

Mereka tidak akan menyerang UMNO/ BN. Rundingan dengan pimpinan UMNO/BN berjalan terus dan matlamat mereka ialah PAKATAN RAKYAT berpecah. Mengapa JPP tidak mencadangkan supaya sebuah tribunal siasatan ke atas anggota MSU yang berunding dalam gelap dengan UMNO/BN dan tidak walak kepada keputusan Muktamar PAS yang mahu mengukuhkan PR.

Ustaz Ahmad Awang dan DS Nizar ada jawapan, siapakah anggota MSU berkenaan. Mereka wajar dipanggil memberikan penjelasan individu berkenaan. Persoalannya, mengapa isu ini sengaja diketepikan dan tidak ada sebarang tindakan disiplin dibuat.



MENGAPA PASMA DITAKUTI : PENDEDAHAN PERPADUAN UMNO PAS OLEH ANGGOTA MAJLIS SYURA ULAMAK PAS. (SIRI 1)

Menurut bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak semasa Kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Negeri Perak. Beliau mendedahkan bahawa seorang pimpinan tertinggi PAS menghubungi beliau supaya menubuhkan kerajaan perpaduan PAS UMNO di Perak.

 Bagaimanapun Ustaz Ahmad Awang bertegas menolak usaha berkenaan. Hasil pendedahan beliau dalam Muktamar PAS, maka beliau tidak lagi dilantik, malahan diketepikan terus hingga ke hari ini. Siapakah pemimpin tertinggi tersebut. Beliau ialah seorang yang masih menjadi anggota MSU dan sangat berpengaruh. Siapakah beliau, sila berikan pencerahan ..... 


UMNO ONLINE SOKONG PRESIDEN DAN MAJLIS SYURA ULAMAK PAS


Anwarinas Makin Kuat Dengan Jenama Baharu, PasMa…
Manusia mempunyai satu tabiat yang sama dan sukar untuk dikikis. Makin dilarang, makin menjadi atau makin dibuat. Sepertimana, makin disembunyikan maka semakin kuat perasaan ingin tahu di atas sesuatu perkara. Apa yang terjadi kepada kepimpinan Pas sekarang? Semakin kuat arahan diberikan agar ahli Pas jangan sertai Pasma, semakin hebat pula tentangan terhadap amaran yang diberikan. […]