BIASA LAH KOMEN NEGERI ORANG BAGUS. NEGERI SENDIRI TERUK.
Sakit hati betul tengok apabila penat-penat anak muda 'turun padang' dengan berpeluh bersihkan, mengecat dan mencantikkan hentian bas yang sudah lama terbiar macam rumah hantu.
Tetapi sayangnya belum sempat orang ramai puas bergambar, mak cik dan pak cik tumpang berteduh daripada hujan, tiba-tiba hentian bas tersebut dirobohkan begitu sahaja. Itulah nasib hentian bas di Kota Bharu, Kelantan selepas usaha pembersihan oleh sukarelawan dikenali sebagai Hiyaz Community yang mana rakamannya tular di media sosial baru-baru ini.
Namun perkara yang lebih menyedihkan adalah kemudahan orang awam itu dirobohkan ketika musim tengkujuh sewaktu rakyat paling memerlukan tempat untuk berteduh!
Isu yang menjadi perbincangan hangat di media sosial ini turut mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim untuk bersuara. "Bukan tugas mereka. Bukan juga tanggungjawab mereka. Tetapi sebab sayang pada bandar ini, mereka sanggup korban masa, tenaga, duit sendiri untuk cantikkan kemudahan awam yang sudah lama terbiar.
"Kenapa perlu roboh sekarang? Musim tengkujuh ini! Mak cik, pak cik, warga emas, budak sekolah, wanita nak berteduh kat mana sementara tunggu bas?", kesalnya mempersoalkan tindakan tersebut dengan lantang.
Menurut beliau, usaha anak muda seperti ini sepatutnya diraikan kerana mereka bukan setakat pandai komen di Facebook tetapi turun sendiri buat kerja namun sayangnya titik peluh mereka malah dirobohkan begitu sahaja!Netizen.
Tinjauan di ruangan komen perkongsian dimuat naik di akaun Facebook Dr Hafidzah ini mendapati rata-rata pengguna turut meluahkan perasaan marah dan sedih mereka atas situasi tersebut.
"Apakah dosanya Bus Stop itu sampai dirobohkan begitu sedangkan telah dibersihkan dan kelihatan masih boleh digunakan?", kata seorang pengguna dikenali sebagai Suhemi. "Sebab itu kita perlukan wakil rakyat macam Dr Hafidzah untuk cabar 'sek-sek anok-beranok' berpuluh tahun in. Teruskan Dr!," kesal pengguna lain melalui akaun dengan nama Ferd.
KENAPA ROBOH SEKARANG?
Dr Hafidzah juga menegaskan bahawa beliau bukan anti-pembangunan tetapi pihak berwajib perlu menunjukkan bukti penilaian keselamatan jika benar hentian bas lama itu uzur atau bahaya.
Sekiranya benar tindakan perobohan dilakukan kerana hentian bas baharu akan dibina, kenapa pihak bertanggungjawab tidak menyediakan tempat menunggu sementara dahulu? "Jangan sampai kita terlalu cepat merobohkan, tetapi lambat menyediakan penggantinya." Ujar wakil rakyat yang sering memberi rawatan percuma kepada golongan asnaf dan orang susah di kliniknya di Kota Bharu itu.
Sehingga kini, tiada penjelasan rasmi mengenai status pembangunan hentian bas baharu namun yang tinggal hanyalah tapak kosong dan rakyat pula menunggu bas tanpa tempat berteduh.
Hentian bas bukan sekadar tempat duduk tetapi ketika hujan lebat, di situlah rakyat berlindung. Janganlah sampai anak muda lebih laju turun padang untuk mencantikkan bandar, tetapi pihak bertanggungjawab pula lambat nak jawab dan rakyat kini menunggu: Bila jawapan akan tiba? Apa pendapat anda? Patutkah hentian bas itu diroboh sekarang atau tunggu selepas tengkujuh? Komen di bawah!
PN SUDAH LANGGAR GARIS MERAH
Aku telah menonton klip video ceramah pemimpin tertinggi PN iaitu Presiden GERAKAN, di mana dalam video tu jelas dia mempertikai 3 perkara:
(1) Mempertikai arahan tutup ladang khinzir oleh Sultan Selangor, dan menlmberi gambaran ia adalah kehendak kerajaan PH Selangor.
(2) Mempertikai arahan pakaian sopan / larangan seluar pendek di premis kerajaan seperti hospital dan balai polis, dan beri gambaran ia adalah arahan DAP.
(3) Mempertikai kerajaan PH Selangor merobohkan kuil tidak sah untuk buat masjid, juga beri gambaran ia adalah arahan DAP.
Aku yakin sepenuhnya bahawa PAS akan berdiam diri dan jika bukak mulut pun akan pertahankan GERAKAN sahaja.
Kepada umat Islam, jika anda masih nak sokong dan undi PN lagi selepas menonton video ni, maka kecintaan kamu terhadap Islam boleh la dipersoalkan.
Hanya yang benci Islam sahaja yang akan sokong PN.
Full stop.
:)
(video di ruangan komen)

