[šŸ”„CERAMAH UMUM - POLITIKšŸ”„] "PM BARU LAGI❓❓❓"




CERAMAH UMUM (POLITIK) ISU -KEROSAKAN NEGARA AKIBAT RASUAH -KEGAGALAN KERAJAAN HARI INI "PM BARU LAGI❓❓❓" 12 JAN 22 | RABU | 8:30 MALAM PENCERAMAH: YB MOHAMAD SABU HASBIE MUDA YB IR IZHAM HASHIM YB KHALID SAMAD YB SANY HAMZAN YB FAIZ FADZIL ABBAS AZMI



HANYA AGONG LAYAK TAMATKAN SAYA – KEANGKUHAN AZAM BAKI, SEKALIGUS MELEKEHKAN ISMAIL SABRI

 

Selepas Pengerusi LPPR, Abu Zahar Ujang semalam menjadikan Yang Di-Pertuan Agong sebagai talian hayat untuk mempertahankan kedudukannya, kini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki pula berbuat demikian.

Berdepan tekanan yang kian meningkat yang mendesaknya meletakkan jawatan, beliau sebaliknya bertegas tidak akan tunduk kepada desakan tersebut.

Katanya, tiada sesiapa yang berhak mendesaknya berundur kerana yang layak berbuat demikian hanyalah Yang Dipertuan Agong.

“Saya dengan tegas dan tetap dengan pendirian teguh untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuk saya berundur.

“Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugas saya iaitu Yang Di-Pertuan Agong.

“Selain daripada itu, saya tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya lagi.

Wowwww…angkuhnya!!

Dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini, selain menunjukkan keinginannya terus bergayut kepada talian hayat Agong, hakikatnya inilah juga ketua sebuah agensi kerajaan yang paling angkuh sekali.

Kenapa mesti mempergunakan nama dan kedudukan Agong?

Meskipun benar perlantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat oleh Agong, tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan negara kita, semua keputusan Agong adalah atas nasihat Perdana Menteri.

Agong adalah ketua negara dan urusan pentadbiran kerajaan diurus oleh seorang Perdana Menteri sebagai mewakili Agong.

Agong sebagai ketua negara tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan, sebaliknya semua peranan itu dilakukan oleh Perdana Menteri.

Dalam kes Azam Baki, Perdana Menteri sebenarnya boleh menamatkan khidmat beliau melalui nasihatnya kepada Agong.

Dengan demikian, kenyataan Azam Baki bahawa hanya Agong seorang saja yang layak memecatnya adalah tidak berapa tepat dan menyimpang.

Yang tepat dalam kenyataannya itu hanyalah ia menunjukkan keangkuhan dan kesombongannya.

Bahkan, lebih angkuh lagi kerana di samping enggan berundur, beliau terus cuba bergayut menggunakan nama Agong untuk mengekalkan jawatannya.

Dengan mengatakan hanya Agong seorang yang layak menamatkan khidmatnya, Azam Baki secara jelas telah memperlekehkan kedudukan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.

Seolah-olah Perdana Menteri pun tidak mampu dan tidak layak menamatkan khidmatnya.

Dalam hal ini, sedarkah Azam Baki siapa yang mencadangkan namanya kepada Agong sebelum ini untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 2020 lalu?

Kalau Perdana Menteri boleh mencadangkan namanya untuk diberi jawatan, apakah tidak boleh Perdana Menteri juga mencadangkan agar beliau ditamatkan perkhidmatan?

Meskipun dilanda kontroversi paling parah dalam sejarah SPRM, kengganan Azam Baki berundur atau meletak jawatannya, walaupun sepatutnya itulah pilihan terbaik baginya, adalah sesuatu yang memalukan.

Dengan kontroversi pemilikan saham yang dikaitkan dengannya serta berpotensi melanggar beberapa peraturan serta undang-undang yang lain, beliau sebenarnya tidak layak lagi duduk di tempatnya sekarang.

Apa lagi yang mahu dipertahankan dan kebenaran lain apa yang diharapkannya akan muncul dengan enggan meletakkan jawatan itu, sedangkan pengakuannya memiliki berjuta-juta saham korporat itu sendiri sudah lebih daripada suatu kebenaran.

Kepada Ismail Sabri, sebelum keangkuhan Azam Baki menjadi-jadi dan perlekehannya kepada Perdana Menteri bertambah-tambah lagi, eloklah segera menghadap Agong untuk menamatkan kontroversi memalukan ini.

Lagi pun, mood rakyat sama sekali tidak bersama Azam Baki dan mereka lebih mahukannya cepat-cepat pergi. ShahbudinHusin 12/01/2022.




Ismail, PM dua kali gagal jika tidak tangani integriti SPRM dengan serius

 


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mempertimbangkan secara serius untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawah parlimen dan memberikan laluan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai integriti dan rasuah untuk menjalankan tugas tanpa arahan dan gangguan eksekutif.

Pengerusi Majlis Penasihat Pakar (MPP) Parti AMANAH Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang berkata jika Ismail gagal berbuat demikian beliau sebagai Perdana Menteri bakal dikenang oleh rakyat sebagai PM paling gagal dalam sejarah negara kerana dua kegagalan besar berturut-turut iaitu gagal menangani banjir 2021 dan gagal menyelesaikan krisis integriti SPRM 2022.

Katanya, Perdana Menteri wajib mempamerkan kepimpinan yang berkesan (effective leadership) ke arah penyelesaian krisis ini tanpa mengambil sebarang kepentingan politik yang tidak menguntungkan negara.

“PM perlu menjadikan kabinet pimpinan beliau berfungsi dengan cekap tanpa gentar mengambil keputusan-keputusan yang berpihak sepenuhnya kepada proses undang-undang dan kedaulatan negara

“Tindakan serius ini wajar demi mempertahankan integriti SPRM dan memulihkan keyakinan rakyat kepada proses kedaulatan undang-undang dalam negara tercinta,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, isu ini adalah isu pentadbiran yang ‘straightforward’ dan tidak sukar diselesaikan jika pihak-pihak yang bertanggungjawab mengurusnya secara professional dan meletakkan maxim “Kepentingan negara dan tanggungjawab moral” (National interest & moral obligation) dijadikan teras utama pengurusan isu ini bahkan dalam isu-isu lain juga.

Bagaimanapun katanya, tiada kenyataan rasmi untuk menyelesaikan krisis keyakinan rakyat terhadap integriti SPRM dan kesungguhan kerajaan untuk memulihkan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Jika dalam isu penting yang melibatkan maruah negara pun PM enggan memberi komitmen, apa sebenarnya tugas PM?” soal beliau.

Terdahulu, berikutan pendedahan wartawan dan peletakan jawatan salah seorang ahli panel penasihat SPRM, LPPR- Tan Sri Azam memperakui berlaku transaksi saham-saham berkenaan tetapi menyatakan saham-saham berkenaan adalah milik adik lelaki beliau yang menggunakan akaun beliau.

Majlis Presiden PH gesa Azam, Abu Zahar dan Borhan Dolah direhatkan

 


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa tiga individu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direhatkan disusuli dengan siasatan bebas berhubung isu dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Selain Azam, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar juga perlu dikenakan tindakan sama sehingga siasatan penuh terhadap Azam selesai.

Turut harus direhatkan ialah Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Tan Sri Borhan Dolah.

Menerusi kenyataan bersama hari ini, Majlis Presiden PH berpendapat langkah itu wajar memandangkan Borhan enggan bertindak menyiasat Azam Baki.

Walhal, jelas PH, Azam Baki berkemungkinan telah melakukan kesalahan undang-undang dengan membenarkan akaun saham digunakan oleh adiknya, Nasir Baki secara proksi berkaitan dengan perdagangan berjuta-juta saham dan waran.

“Perlu ada pimpinan baharu yang bersih, profesional dan bebas untuk mengetuai LPPR dan PPPR SPRM agar kewibawaan, integriti dan kredibilit SPRM dapat dipulihkan semula,” kata PH.

Dalam masa sama, Majlis Presiden PH juga memandang serius kenyataan media tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sokongan terbuka terhadap Azam Baki serta membuat tuduhan motif ‘dendam politik’.

“Tindakan janggal mereka secara terburu-terburu menyokong “bos” mereka dengan kenyataan terbuka menyerupai tingkah laku ahli politik dalam sebuah parti politik dan bukannya agensi terhormat seperti SPRM,” katanya.

Sehubungan itu, Majlis Presiden PH berpendapat suatu siasatan yang dijalankan secara mendadak oleh SPRM ke atas Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang sedang menyiasat perdagangan saham secara proksi oleh Azam Baki boleh juga disifatkan sebagai tekanan untuk motif ‘dendam politik’.

“Sebagai penjawat awam, ketiga-tiga pegawai kanan ini patut tahu bahawa kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda tanya,” tegasnya.

Justeru, Majlis Presiden PH berpendapat pegawai-pegawai kanan terbabit perlu membuat laporan polis dan membiarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat secara terbuka.

Hal tersebut perlu, jelasnya, memandangkan SPRM sememangnya tidak akan menyiasat Azam secara bebas dan profesional sebaliknya akan ‘membersihkan’ nama beliau.“Kami mengulangi pendirian bahawa satu sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk merunding dan membincangkan isu yang amat penting ini, sebaiknya sehari sebelum atau selepas sidang khas berhubung isu banjir pada 20 Januari nanti,” tegas Majlis Presiden PH lagi.

RASUAH & SPRM!! - SAMPAI BILA ANWAR BERHENTI BERCAKAP! | Saham Azam Baki




Sudah sekian lama Anwar Ibrahim bercakap isu RASUAH dan SPRM ini. Pemimpin silih berganti. Rasuah semakin menjadi-jadi. Isu boss SPRM Azam Baki adalah kemuncak kegagalan negara menanangi masaalah rasuah sekarang, Sampai bila Anwar Ibrahim akan bersuara? #anwaribrahimnadirakyat #anwaribrahimsprmazambaki #halimromliyoutube #sidangkhasparlimen20january #azambakiparlimen #sprmazmambaki #azambakipecat



RENTASAN 1048 | GEMPAR!!! PARTI BANGSA MALAYSIA BAKAL SERTAI BN?





MENARIK DALAM RENTASAN 1048
1. HADI SERANG MEDIA LAGI 2. PARTI BANGSA MALAYSIA MENCARI PAYUNG 3. RAKYAT JAGA RAKYAT, DI MANA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN?




KENAPA KUATERS GURU TERBIAR

 


SAUQI TOPUI


Pasaipa Banyak Kuarters Guru Dibiarkan Kosong Hingga Berlaku

 Kerosakkan???

Apa Punca Sebenarnya Sehingga Dibiarkan Mcm Ni???

Pasaipa Perlu Berlaku Pembaziran Seperti Ini.Mana Pihak Bertanggungjawab?





 

IDUP DAP....

 

Sejak ditubuhkan, DAP miliki ramai pemimpin & calon pelbagai kaum.

DAP sentiasa terbuka kepada semua kaum & membuka peluang kepada

 sesiapa yang berpontensi untuk meningkat naik.

Lanjut Description: ➡️bit.ly/3fb7SvE

IDUP



MENTERI TAK CERDIK BERKATA KATA

 

Rakyat dengki Azam Baki


dapat beli saham berjuta-juta ringgit.

KeHKeHKeHKeH

Rakyat juge yang salah.

Crdits#Pakyobkayuh

 




MUDA didakwa daftarkan ahli tanpa kebenaran pemilik nama

 Panas! MUDA didakwa daftarkan ahli tanpa kebenaran pemilik nama


Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) yang baru didaftarkan dituduh mendaftarkan ahli tanpa kebenaran pemilik nama.

Bagaimanapun, parti berasaskan belia itu menafikan memalsukan keahlian, sebaliknya berkata ia adalah masalah yang kemungkinan timbul akibat penyalahgunaan proses pendaftarannya yang ‘mudah’ ketika ini.

Isu itu timbul selepas ahli PKR, Bong Jenn Fonng, menerima e-mel daripada Muda Sabtu lalu, mengatakan bahawa keahlian partinya telah diluluskan walaupun tidak pernah membuat permohonan.

“Agak mengejutkan apabila melihat e-mel itu kerana saya tidak pernah menghubungi atau mendekati mana-mana ahli Muda.

“Saya tidak pernah mengetahui tentang orang permohonan mereka dan saya tidak pasti bagaimana mereka mendapat butiran peribadi saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Bong mempersoalkan sama ada parti itu mendaftarkan ahli tanpa persetujuan untuk menambah bilangan keahlian.

Dia berkata bilangan keahlian Muda menunjukkan lebih 30,000 orang telah menyertai parti itu.

Bong tidak memegang sebarang jawatan parti tetapi kadangkala menulis ulasan untuk akhbar harian berbahasa Cina tempatan.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung Muda Amira Aisya mengakui terdapat kelemahan dalam proses pendaftaran keahlian tetapi menafikan sebarang niat jahat parti.

Amira berkata pada masa ini proses pendaftaran adalah sangat mudah, menyebabkan kemungkinan ia boleh disalahgunakan untuk mendaftar orang tanpa kebenaran.

“Masalah seperti ini berlaku pada semua parti, termasuk yang sudah mapan. Apa yang penting ialah untuk perbaiki secepat mungkin.

“Kami akan menghantar satu lagi e-mel kepada semua orang dalam senarai kami untuk mendapatkan persetujuan rasmi mereka. Kami akan keluarkan nama mereka yang tidak bersetuju daripada senarai,” katanya.

Amira berkata parti itu akan mengemas kini nombor keahlian sebenar sebaik sahaja ia mengesahkan kesilapan, dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan memalsukan angka.

“Tidak kira sama ada terdapat perubahan ketara pada jumlah itu, kami tidak akan melaraskan nombor tersebut untuk memperdayakan orang ramai.

“Kami sentiasa menyokong ketelusan dan ini termasuk jumlah keahlian kami,” katanya.

Muda diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang pernah menjadi menteri belia dan sukan selama 22 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Parti itu terpaksa menunggu lama sebelum didaftarkan, berikutan bantahan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Bagaimanapun, parti itu memenangi cabaran undang-undang terhadap kerajaan Disember lalu, selepas itu kementerian terpaksa mendaftarkan mereka sebagai parti.

Muda sebelum ini cuba bertanding di bawah Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri (PRN) Melaka tetapi menolak keputusan PKR dan Amanah meletakkan dua calon yang sebelum itu lompat dari parti Umno.

Muda kini menjalin pakatan dengan Warisan, dan turut dikaitkan dengan Pejuang yang diketuai bekas mentor Syed Saddiq, Dr Mahathir Mohamad.

Sharifah dedah taktik kotor Peja di Perak

 

Panas! Sharifah dedah taktik kotor Peja di Perak


Penggerak Komuniti Negara (PKN) Perak mendedahkan permohonan hampir kesemua ahli mereka yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak diproses walaupun yuran keahlian telah dibayar.

Setiausaha PKN Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail berkata, usaha mendaftarkan ahli PKN ke dalam Bersatu bermula selepas Kongres Negara yang berlangsung pada Ogos 2020.

Menurutnya, bagaimanapun kira-kira 2,000 ahli PKN yang sudah menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu masih belum diterima masuk ke dalam parti itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

“Saya boleh jawab semua hal berkaitan keahlian PKN untuk sertai Bersatu. Saya yang menguruskan semua dokumentasi berkaitan keahlian PKN bagi menyertai Bersatu selepas Kongres Negara yg berlangsung pada Ogos 2020.

“Soal kemasukan keahlian PKN ke dalam Bersatu Perak, saya boleh perincikan satu persatu apa sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada tertubuhnya Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dilancarkan pada 21 Disember lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keahlian dua ADUN iaitu Paul Yong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam ke dalam Bersatu telah diuruskan, namun hanya Sivasubramaniam yang diproses dan diterima pada awal tahun 2021.

Katanya, permohonan keahlian Paul Yong yang dihantar serentak bersama permohonan Sivasubramaniam langsung tidak diproses oleh Bersatu sehingga bekas Exco Kerajaan Negeri Perak itu mengambil keputusan untuk menyertai PBM.

Beliau berkata, Paul Yong, Sivasubramian dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng keluar daripada DAP menjadi ADUN bebas untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak ketika Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar Perak untuk kali kedua.

Sharifah Hazlina berkata, bagaimanapun lantikan barisan kepimpinan PN Perak yang diterajui Ahmad Faizal mengetepikan ketiga-tiga ADUN berkenaan dengan alasan mereka adalah ahli kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu PKN dan bukan sebuah parti politik.

“Hasil laporan serta saranan yang saya sendiri bawa dari Perak ke pengetahuan pimpinan tertinggi PKN Malaysia bahawa PKN Perak dalam keadaan mendesak sangat memerlukan platform politik baharu yang lebih segar bagi menyantuni rakyat dan pengundi pelbagai bangsa membawa kepada penubuhan PBM.

“Mengenai yuran menyertai Bersatu, tidak apa, kami halalkan semua yuran keahlian yang dibayar berkali-kali oleh sesetengah ahli PKN di beberapa bahagian apabila diminta berkali-kali untuk isi borang Bersatu oleh ketua bahagian dengan pelbagai alasan,” katanya yang turut membuat hantaran di Facebook mengenai perkara tersebut.

Dah lama takda ceramah perdana sebegini..




Ceramah anjuran Biro Mobilisasi Nasional ini akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia pada pukul 9.00 malam ini.. (Mungkin akan ada yg akan menyindir..) Tetapi untuk makluman semua.. Audien Live pimpinan selalunya turut juga diikuti oleh pendokong AMANAH yg berada di luar negara. Ada yg jauh dari USA, UK dan Timur Tengah serta rakan tetangga terdekat Asean seperti Singapura, Indonesia, Brunei & Thailand..

 

FB Live di page rasmi Parti Amanah Negara


#AmanahProgresifPeduli


SEGERA LEPASKAN JAWATAN ABU ZAHAR JANGAN CUBA DAPATKAN TALIAN HAYAT MENGGUNAKAN NAMA YDPA

 

Sekurang-kurangnya ada dua ketidakwajaran paling ketara telah ditunjukkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Abu Zahar Ujang dalam sidang medianya pagi tadi.

Pertama, menyalahkan media kononnya salah lapor terhadap kenyataannya pada 5 Januari lalu yang membersihkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki daripada sebarang salah laku dalam pemilikan berjuta-juta saham korporat yang dikaitkan dengannya.

Jika benar media salah lapor, mengapa baru hari ini beliau memperkatakannya?

Kenapa tidak membetulkannya pada hari yang sama laporan itu disiarkan di media-media?

Kemudian, kenapa dalam sidang media hari ini hanya media tertentu saja dibenarkan hadir dan Abu Zahar juga enggan menjawab sebarang soalan daripada wartawan?

Jika benar beliau seorang yang jujur dan ingin membuktikan media salah lapor terhadap kenyataannya sebelum ini, bukankah beliau harus berani berdepan dengan wartawan?

Tidakkah juga inilah peluang terbaiknya untuk menjelaskan kedudukan sebenar apa yang diperkatakannya sebelum ini?

Tetapi, mengapa hari ini beliau takut nak bersoal jawab dengan wartawan?

Ketidakwajaran kedua yang diperlihatkan oleh Abu Zahar ialah apabila beliau menyerahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menentukan nasib kedudukannya sebagai Pengerusi LPPR.

Kenapa mesti Abu Zahar menjadikan Agong sebagai talian hayatnya?

Jika beliau merasakannya kenyataannya pada 5 Januari lalu telah menjatuhkan nama baik SPRM, kenapa tidak terus saja berundur diri dan meletak jawatan?

Kenapa masih mahu menggunakan nama Agong untuk menentukan kedudukannya?

Lagi pun, Abu Zahar juga harus sedar, selain masyarakat umum tidak bersamanya dalam pendiriannya mempertahankan Azam Baki sebagaimana kenyataannya pada 5 Januari lalu, kesemua enam anggota LPPR juga menyanggah kenyataannya itu.

Sanggahan kesemua enam anggota LPPR itu dengan sendirinya adalah gambaran nyata mereka sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

Jadi, nak tunggu apa lagi?

Lotak jawatan sajalah warihhh….(ShahbudinHusin 11/01/2021.



3 FAKTOR UTAMA KEGAGALAN PH


NORMAN RADZUAN


Seni politik UMNO (Najib) mudah tapi berkesan

UMNO PILIH POPULIS, PH PILIH AKADEMIK


Saya telah menulis isu ini (KWSP) tapi tiada seorang pemimpin PH menyambutnya. Malah ada seorang ahli Parlimen PH nun di utara sana tidak bersetuju dgn alasan kita perlu mendidik masyarakat. 


Panjang lebar MP tersebut berhujah dgn saya tapi apakan daya. Dia seorang bijak tetapi dlm politik dia tidak begitu. Saya katakan dia kena belajar dari Najib walaupun didapati bersalah oleh mahkamah tapi dia dianggap seperti Robin Hood (didokong oleh org Melayu).


Akhirnya saya katakan kpdnya sepatut saudara bukan menjadi YB tetapi menjadi Pensyarah (Pendidik). Sebab utk mendidik bukan di pentas politik. Jika mendidik formula ampuh utk mengubah org minda Melayu sudah tentu Abdullah Mursyi, Pendira Zaaba, Hamka dan Prof Diraja Engku Aziz mampu mengubahnya.


Najib pula berjanji akn menyerahkan memorandum yg ditandatangani 50 ribu pencarum KWSP ini sekali lagi kpd PM. Habis dihebahkan dipelbagai media sosial. Sdgkan Najib boleh saja pelawa PM utk minum petang di Coffee House hotel atau menghubungi di talian. Tapi Najib tahu isu KWSP ini isu populis org Melayu. Dia mahu dilihat hero org Melayu.


Kita (PH) memilih terlalu akademik dan eksklusif hinggakan utk menyebut rasuah atau salah guna kuasa pun kita nak guna ayat yg akademik atau boombastik iaitu kletopkrasi. Mana la org kampung faham sdgkan ayat korupsi pun mereka baru dgr. 


Org Pas dan UMNO tak perlu susah2... naik atas pentas dia kata undi PH Dap perintah... berjuta org2 kampung percaya.


Kita pilih akademik tapi BN/UMNO bijak memilih populis. Isu KWSP jika kita bercerita dlm kerangka ekonomi atau financial memang ia tidak bagus utk wang tersebut digunakan. Tapi kita lupa kita mengharapkan pengundi Melayu šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚


Kalau pengundi Melayu ini bijak dah lama skim cepat kaya tak wujud. Kalau org Melayu ini jenis berfikir dah lama filem Sembilu dulu tak laku di pasaran. Kita ini dlm bidang seni pilih pendirian seperti Uwei atau Mansir Putih (akademik)... yg mementingkan nilai seni hingga tiada org mahu menonton.


Sdgkan Datuk Yusuf Haslam yg dilemparkan pelbagai cacian sebagai filem sampah dan sebagainya... beliau telah mengumpulkan berpuluh juta hasil karya filem yg dianggap sampah itu. 


Datuk Yusuf buat filem apa yg org Melayu mahu tonton bukan nak suruh org Melayu belajar tentang seni filem. Begitulah sepatutnya kita bermain game politik ini yg sebenarnya mudah tapi kita complicated kan. 


Saya beritahu 3 faktor utamanya PH semakin lemah yg tidak mahu diperbaiki. Pertama kita sering gagal mengambil peluang isu populis (bola tanggung), kedua kita gagal menguasai media sosial secara efisen dan terakhir kerana DAP gagal menjaga hati pengundi Melayu.