TERBAIK HAKIM YANG BEKERJA KERAS


 Faizal Riduan


Tunduk hormat saya kepada YA Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bekerja lebih masa hampir 12 jam sehingga jam 10 malam untuk membacakan keputusan penghakiman kes 1MDB, DS Najib Razak yang berprofil tinggi.






🧑‍⚖️ 25 pertuduhan

🧑‍⚖️ 50 saksi pendakwaan 

🧑‍⚖️ 26 saksi pembelaan

🧑‍⚖️ 303 hari perbicaraan

🧑‍⚖️ 7 tahun kes berlangsung

🧑‍⚖️ 900 transaksi kewangan

🧑‍⚖️ RM2.28b pengubahan wang haram


Selamat berehat Yang Arif!




MB Perlis: Muhyiddin Cari Peluang?





Politik Perlis bergolak disebabkan Bakar Hamzah gelojoh nak jadi MB. Sebab tu MB mati mati tak mau lantik Bakar Hamzah sebagai Exco. 


Tapi selepas Muhyiddin lantik Bakar jadi Pengerusi Bersatu Perlis, Muhyiddin juga desak MB lantik Bakar jadi Exco. Diap hantar surat kepada MB, walaupun tak oernah direstui oleh MT Bersatu.


Ingatkan bila dah jadi Exco, Bakar akan senyap sikit. Tapi rupanya dia goncang habis sampaikan hari ni MB pun goyang. 


Muhyiddin sekarang beriya iya nak supaya Bakar jadi MB supaya ada negeri yang dipegang oleh kem Muhyiddin. Padahal semua orang yang kenal Bakar tahu perangai sebenar dia macam mana. Rosak Perlis kalau dia jadi MB.


Tapi Muhyiddin tak peduli. Biarlah bergaduh dengan PAS. Biarlah Perlis dijual. Biarlah PN pecah. Asalkan orang yang jadi MB tu dari kem dia. Gila Muhyiddin.




KEH KEH KEH...


 

AKIBAT TAMAK KUASA DAN KHIANAT SAMA BANGSA. TAK DAK SEKOQ PUN CINA JADI WAKIL RAKYAT. RAKYAT PERLIS TOBAT BUANG LA PILIH PARTI NI.PELINGKUP JA.


 

MELAYU NGAN MELAYU GADOH...BUKAN ADA CINA DAP PUN..PADAN MUKA ORANG PERILIS.....KIOK LA..LAIN KALI PILIH YANG ELOK..UMNO ADA AMANAH ADA..PKR ADA...


 

WOIII HADI..MANA SATU NI..KERAJAAN BEREBUT PROJEK..KA ..RESYUAH KA..ATAU..LAGU MANA..KA KERAJAAN PERILIS NI SHUBAHAH ? AIKKKK..GUANO DEMO...KIOK.

 


JOM KITA BICARA HUKUMAN PAS IKUT NEGERI, TERMASUK BAIH CERAI ISTERI..NOH...NI MAIN MAIN CERAI BINI NI...TALIBAN KA ROSAK AGAMA ?


 

Bolehkah Guna MyKad Orang Lain Beli Petrol Subsidi RON95?

 

KPDN menahan seorang lelaki warga tempatan dalam satu operasi di Gemenceh, Negeri Sembilan pada 26 Disember 2025.

TAMPIN, 27 Dis – Bolehkah kita menggunakan MyKad orang lain untuk membeli petrol RON95 tanpa pengetahuannya walaupun menggunakan wang sendiri?

Situasi ini terjawab apabila seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki menggunakan MyKad milik orang lain bagi menebus bantuan program Budi Madani RON95 (Budi95) di sebuah stesen minyak di Gemencheh, dekat sini, semalam.

Bahagian Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dibuat susulan aduan daripada pemilik sebenar MyKad selepas mendapati berlaku penebusan Budi95 tanpa pengetahuannya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun telah menggunakan MyKad tersebut di stesen minyak di Gemencheh. Lelaki itu ditahan di sebuah Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru, Sungai Lerek pada pukul 12.00 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurut JPN, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) dan 25(1)(o), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki serta menggunakan kad pengenalan bukan miliknya.

Dalam pada itu, JPN menegaskan bahawa memiliki atau menggunakan MyKad milik orang lain untuk apa-apa tujuan termasuk penebusan bantuan kerajaan adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Rafizi Dedah Tun M Gunakan PAS Untuk Sembelih Muhyiddin & Anwar

Geng2 H02 Desak Umno Keluar, kalau nak berkawan buat cara nak berkawan ...

‘Kalau selalu ugut tapi tak keluar pun, ugutan akan jadi tumpul’



Ancaman pemimpin Umno untuk meninggalkan kerajaan perpaduan akan kehilangan kesannya jika tidak diterjemahkan kepada tindakan sebenar, kata bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli. Mengulas kemarahan beberapa pemimpin Umno susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah, Rafizi berkata reaksi emosi dan ugutan menarik sokongan adalah sesuatu yang lumrah dalam politik. Namun tegasnya, persoalan utama kini ialah sama ada isu berkaitan Najib benar-benar dianggap sebagai satu “garis merah” oleh kepimpinan Umno.



Keputusan Kes 1MDB Dato' Seri Najib Tun Razak

Dulu tebuk atap dipuja, sekarang di Perlis Pas maki


 


OLEH AHMAD MURSI



Tak ada ribut, tak ada petir, tak ada DAP, huru-hara politik di Perlis walhal PN menang hampir semua, 14 dari 15 kerusi. Bersih tidak, stabil pun tidak. Mitos je.


Walaun dikerah beramai-ramai memuji tindakan Pas kononnya tegas dalam hal disiplin ‘jemaah’ pecat 3 ADUN-nya.


Ironinya, waktu Hj Hadi dan PAS menghasut rakan parti lain untuk langgar disiplin semasa langkah Sheraton itu halal dan konon atas nama maslahat.


Kalau tebuk atap dulu dipuji sebagai kebijaksanaan Pas, maka apa yang berlaku di Perlis hari ini juga sama — cuma kali ini Pas yang ‘tercedok’, yang bijak parti lain.


Jadi tak ada apa pun patut dipuji. Kali ini PAS sendiri terkena jerat politik.

Haji Hadi dulu bangga jadi hero utama tabuk atap kerajaan PH. Hari ini, kerajaan Pas sendiri ditebuk atap — bukan oleh musuh, tetapi oleh sekutu PN.


Hal Perlis ini hanya menzahirkan krisis sebenar PN yang sudah lama berantakan, khususnya isu calon Perdana Menteri dan siapa patut jadi “abang besar”.


Keengganan Pas melepaskan jawatan MB kepada Bersatu, walaupun Pas sudah menguasai tiga negeri lain, membuktikan satu perkara: ini bukan soal nak jaga Melayu — ini soal tamak kuasa, nak bolot semua.


Ini baru kerajaan negeri. Bayangkan huru-hara jika PN berkongsi kuasa di Pusat walaupun semuanya Melayu-Islam. Slogan Bersih & Stabil hanyalah retorik palsu.


Sebaliknya, kerajaan Madani terbukti cipta kestabilan politik dan ekonomi lebih tiga tahun dah. Banyak pencapaian ekonomi yang boleh kita bangga. Ringgit kini mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun 2025.







Pas – Bersatu: Dari halal tebuk atap ke komedi politik di Perlis



Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu lima ADUN Bersatu turut dikenakan tindakan seperti trio Pas di Perlis, sebenarnya bukan soal disiplin parti atau integriti politik. Ia adalah episod komedi politik yang memalukan — kerana datang daripada parti yang pernah menghalalkan pengkhianatan terbesar dalam sejarah demokrasi moden Malaysia.

Ketika Langkah Sheraton meruntuhkan mandat rakyat, Pas bukan sekadar penumpang. Pas adalah rakan kongsi penuh, lengkap dengan justifikasi agama, dalil politik dan khutbah moral.



Ahli Parlimen yang melompat daripada PKR dan Pakatan Harapan tidak dianggap pengkhianat, sebaliknya “penyelamat ummah”. Pada waktu itu, tiada tuntutan supaya mereka dihukum, dipecat atau disiasat, kerana lompat parti menjadi “ibadah politik” yang membawa Pas ke Putrajaya. Tidak pernah ada satu kenyataan juga mengenai pengkhianatan Bersatu ketika itu dalam menggerakkan Langkah Sheraton?



Hari ini, apabila Pas sendiri terperangkap dalam krisis dalaman di Perlis, tiba-tiba lompat parti menjadi dosa besar. Tiba-tiba disiplin dijulang, prinsip ditegakkan, dan Bersatu pula ditunjukkan jari. Inilah Pas versi sebenar: prinsip hanya hidup apabila kuasa terancam.

Jika lompat parti itu salah, Pas sepatutnya memulakan taubat politik dengan mengakui bahawa Sheraton adalah satu kesilapan besar. Tetapi Pas tidak pernah meminta maaf. Sebaliknya, mereka kini mahu menjadi hakim moral ke atas Bersatu — rakan sekongkol yang sama-sama menumbangkan kerajaan dipilih rakyat. Hipokrasi ini bukan kecil, ia struktural.


Lebih menjijikkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam ucapannya di Marang, memberi gambaran bahawa perletakan jawatan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, kononnya berkait dengan terlalu banyak projek dan unsur rasuah. Kenyataan ini bukan sekadar longgar, tetapi tidak bertanggungjawab secara moral dan politik. Bagaimana pula dengan satu rakaman yang tular mengenai kenyataan Shukri yang menghina Istana? Adakah ini satu projek juga?



Soalan paling asas ialah: jika benar wujud masalah projek dan rasuah, di manakah Pas ketika Shukri Ramli menjadi Menteri Besar dengan sokongan penuh mereka? Mengapa Pas tidak menghalang? Mengapa Pas tidak menegur? Atau adakah Pas hanya sedar tentang “rasuah” selepas kuasa tidak lagi selesa di tangan mereka?

Jika isu rasuah hanya muncul selepas pergaduhan dalaman, maka ia bukan integriti — ia senjata politik murahan.


Pas tidak boleh lari daripada hakikat ini: mereka sanggup menutup mata terhadap apa sahaja selagi kuasa terjamin. Tetapi apabila kuasa tergugat, segala-galanya dibuka semula — bukan demi kebenaran, tetapi demi menyelamatkan hegemoni sendiri. Inilah politik Islam versi Pas: akhlak selektif, dosa bermusim, prinsip boleh runding.

Bersatu kini menjadi mangsa kepada sikap ini. Selama ini, Bersatu dianggap sekutu yang berguna. Tetapi apabila Pas merasa dominasi mereka di Perlis tercabar, Bersatu tidak lagi dilihat sebagai rakan, sebaliknya sebagai sasaran. Pas mahu menentukan siapa patut dihukum, siapa patut dikorbankan, dan siapa harus disenyapkan. Ini bukan perkongsian politik, ini hubungan tuan dan hamba.


Perlis hanyalah pentas kecil kepada drama yang lebih besar. Keretakan Pas – Bersatu bukan kerana ideologi, tetapi kerana nafsu kuasa yang tidak lagi selari. Pas mahu kekal dominan, Bersatu pula semakin sedar bahawa mereka hanya diperlukan selagi patuh.

Akhirnya, rakyat harus bertanya dengan jujur: jika Pas boleh menghalalkan pengkhianatan semalam dan mengharamkannya hari ini, apakah jaminan bahawa mereka tidak akan mengubah hukum sekali lagi esok? Jika prinsip boleh ditukar mengikut keperluan politik, maka apa bezanya Pas dengan parti yang mereka dakwa rosak dan korup selama ini?


Jawapannya pahit tetapi jelas: Pas bukan parti prinsip, Pas ialah parti kuasa.


Dan kuasa, apabila dibungkus dengan agama tetapi dikosongkan daripada kejujuran, akhirnya akan memakan tuannya sendiri. Adakah Hukum Karma dan doa-doa qunut PAS melantun kebatang hidung mereka sendiri?






 

Prestasi Ekonomi Perlis Terus Perlahan, Krisis Politik PN Tambah Parah Keadaan


 


Prestasi ekonomi negeri Perlis sebelum ini tidak banyak berubah. Buktinya, apabila data rasmi menunjukkan negeri itu gagal mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tempoh pentadbiran Perikatan Nasional (PN).


Lebih membimbangkan, kelembapan ekonomi itu berlaku serentak dengan krisis politik dalaman yang kini menggugat kestabilan pentadbiran negeri.


Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Perlis kekal sebagai negeri dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) paling kecil di Malaysia, menyumbang kurang daripada 0.5 peratus kepada ekonomi negara



Malah, pertumbuhan ekonomi Perlis sepanjang tempoh 2020 hingga 2023 jauh ketinggalan berbanding purata nasional, walaupun negara mencatat pemulihan ketara pasca pandemik COVID-19.

Menurut Laporan KDNK Negeri oleh DOSM dan Tinjauan Ekonomi Kementerian Ekonomi, struktur ekonomi Perlis terlalu bergantung kepada sektor tradisional seperti pertanian, perkhidmatan asas dan perbelanjaan kerajaan.



Negeri itu gagal menarik pelaburan berskala besar atau membangunkan sektor bernilai tinggi yang mampu menjana pekerjaan serta pendapatan baharu kepada rakyat.



Lebih ketara, sepanjang tempoh pemerintahan PN, tiada projek pemangkin ekonomi berskala besar diumumkan di Perlis.

Ini menyebabkan pemulihan ekonomi negeri bergerak perlahan, sedangkan negeri-negeri lain mula menunjukkan peningkatan hasil dan pelaburan.

Keadaan ini bertambah buruk apabila Perlis kini berdepan krisis politik dalaman, walaupun hanya mempunyai satu kerusi pembangkang.

Pertelingkahan dalam kalangan wakil rakyat PN sendiri sehingga mencetuskan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar mencerminkan kegagalan tadbir urus yang serius.



Hakikatnya, kegagalan memulihkan ekonomi Perlis tidak boleh dipisahkan daripada ketidakstabilan politik.

Ketika pimpinan negeri sibuk bergelut mempertahankan jawatan, rakyat terus berdepan kekurangan peluang pekerjaan, pendapatan rendah dan ketiadaan hala tuju ekonomi yang jelas.

Negeri seperti Perlis memerlukan kepimpinan stabil, dasar pelaburan agresif dan sokongan persekutuan yang kukuh untuk keluar daripada perangkap ekonomi kecil.

Namun sehingga kini, semua itu masih gagal dizahirkan.





PM Anwar Tekad Perkukuh, Percepat Agenda Pembangunan Sabah

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan dilaksanakan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selaras dengan potensi sebenar negeri di bawah bayu. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Persekutuan bertekad memperkukuh dan mempercepat agenda pembangunan Sabah susulan pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Menerusi hantaran dalam Facebook hari ini, Anwar berkata usaha itu akan dilaksanakan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selaras dengan potensi sebenar negeri di bawah bayu.

“Sabah terus mengorak melangkah sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan.

 

“… serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh,” kata beliau.

Anwar berkata semua inisiatif yang dirancang akan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Sabah secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.




25 Pertuduhan , 25 jawapan: UMNO masih mahu berpaut ????

HRC LIVE!! - APA KATA UMNO - TARIK SOKONGAN? | REBUT KONTRAK & KUASA RUP...



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada Najib Razak bagi setiap empat pertuduhan salah guna kuasa, dan penjara lima tahun bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi kes 1MDB. Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan agar tempoh penjara dijalankan serentak, bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 sabitan ke atasnya. Hukuman penjara tersebut hanya akan bermula selepas dia menghabiskan hukuman penjara untuk kes SRC International, yang sedang dijalaninya. Kes MB Perlis - Sidang Media Hadi Awang mengakui wujud elemen rasuah, perebutan projek dan kuasa antara ADUN PAS adalah puncanya PAS Perlis tumbang! DALAM DOK KATA PH RASUAH - PAS LAGI TEROK!




Kes 1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion


 

1

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun kepada Najib Razak bagi setiap empat pertuduhan salah guna kuasa, dan penjara lima tahun bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram bagi kes 1MDB.

Ketika memaklumkan hukuman tersebut, hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun memerintahkan agar tempoh penjara dijalankan serentak, bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 sabitan ke atasnya.

Hukuman penjara tersebut hanya akan bermula selepas dia menghabiskan hukuman penjara untuk kes SRC International, yang sedang dijalaninya.

Sequerah juga memerintahkan Najib untuk membayar denda keseluruhan berjumlah RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan jika gagal berbuat demikian, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan sehingga 40 tahun.

Hakim tidak mengenakan sebarang denda ke atas Najib atas 21 kesalahan pengubahan wang haram, dengan menyatakan bahawa ia "bukan mandatori".

ADS

Namun, bekas Ahli Parlimen Pekan itu diperintahkan membayar RM2.08 bilion lagi jumlah yang boleh dituntut semula di bawah Seksyen 55(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Jika gagal membayar jumlah tersebut, Najib boleh dihukum penjara sehingga 30 bulan.

Dengan keputusan itu, Najib hanya akan memulakan hukuman penjara 15 tahunnya selepas tamat tempoh hukuman penjaranya sekarang pada 2028.

ADS

Menurut pengumuman Lembaga Pengampunan sebelum ini, Najib dijadualkan untuk menamatkan hukuman penjaranya bagi kes SRC pada 23 Ogos 2028.

Terdahulu, peguam bela utama Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan beberapa faktor untuk pertimbangan mahkamah berhubung hukuman Najib, termasuk penyesalan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dan dia sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa serta tidak pernah campur tangan dalam sebarang siasatan berkaitan 1MDB.

“(Najib) pada setiap masa yang penting, telah bekerjasama sepenuhnya dan secara sukarela dengan SPRM dan polis, bermula seawal tahun 2015, ketika beliau masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Semasa pentadbiran tertuduh, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberi kuasa untuk menyiasat perkara berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya.

“Walaupun terdapat sensitiviti politik dan penelitian awam yang berkaitan dengan siasatan ini, tidak pernah ada sebarang dakwaan atau bukti mengganggu saksi, campur tangan terhadap siasatan, atau halangan keadilan yang boleh dikaitkan dengan tertuduh,” katanya.

Menyangkal kenyataan ini, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa skandal 1MDB, yang digelar di peringkat antarabangsa sebagai 'kleptokrasi paling teruk', merupakan salah satu jenayah kewangan paling serius yang pernah dilakukan di negara ini.

"Besarnya kerugian yang dialami, beban kewangan berterusan yang ditanggung oleh kerajaan, dan kerosakan teruk yang menimpa reputasi negara menuntut hukuman yang secara tidak langsung mencerminkan kecaman masyarakat terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Apa-apa sahaja yang kurang daripada itu akan gagal menegakkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan dan akan menjejaskan prinsip asas bahawa tiada sesiapa pun, tanpa mengira status atau kedudukan, berada di atas undang-undang," katanya.

ADS

Pihak pendakwaan mencadangkan mahkamah mengenakan denda tinggi yang berjumlah RM11.39 bilion, jumlah akhir yang diperintahkan oleh hakim.

Pecahan denda adalah seperti berikut:

RM303,149197.15 untuk pertuduhan penyalahgunaan kuasa pertama

RM454,499,636.40 untuk pertuduhan kedua

RM10,407,384,630 untuk pertuduhan ketiga

RM222,854,603.50 untuk pertuduhan keempat.

Hakim, dalam keputusannya yang dibacakan awal hari ini, mensabitkan Najib dengan keempat-empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana 1MDB RM2.3 bilion selepas mendapati bahawa dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.