ALMAKLUM.,KAWAN SANUSI...ADA PA DI PERLIS NTAH

Zainuddin Omar


 Saya risau kalau plane terbabas sikit kepala dah masuk Thailand. 


MB dah buat tak feasibility dan economic viability studies?




LAWATAN PERNIAGAAN DAN PENGUKUHAN PERSAHABATN









 Dalam sidang media bersama wartawan Malaysia, saya tegaskan bahawa lawatan kerja ke China kali ini tidak sekadar memperkukuh persahabatan erat Malaysia–China, sebaliknya turut memperteguh kedudukan negara di pentas serantau dan antarabangsa.


Saya amat menghargai hubungan peribadi yang terjalin bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang, yang semakin mekar melalui pertemuan di Tianjin dan Beijing. Persahabatan kami bertunjangkan keikhlasan, membuka ruang luas bagi kerjasama strategik yang akan membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.


Di Tianjin, saya diberi penghormatan menyampaikan syarahan serta bertemu pemimpin dunia untuk membincangkan perdamaian di Myanmar, kerjasama dua hala, dan derita yang terus menimpa Gaza. 


Di Beijing pula, saya bersama Presiden Xi serta pimpinan dunia menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua, satu simbolik penentangan terhadap penindasan dan penjajahan, tatkala dunia dibelenggu sikap hipokrit kuasa-kuasa besar yang membiar dan mengabsahkan kezaliman terhadap rakyat Palestin. 


Dalam perbincangan yang lebih mendalam bersama Presiden Xi dan Premier Li semalam, kami meneroka ruang memperluas kerjasama baharu antara dalam pembangunan infrastruktur, pelabuhan, pendidikan, teknologi serta kecerdasan buatan.


Mesyuarat perniagaan yang diadakan di Tianjin dan Beijing pula membuahkan hasil memberangsangkan, dengan potensi pelaburan bernilai RM905 juta dalam sektor kimia dan telekomunikasi, mencerminkan keyakinan syarikat gergasi China terhadap Malaysia yang semakin utuh.


Ini termasuk komitmen JD.com kepada potensi pembelian produk Malaysia bernilai RM180 juta, manakala pertemuan dengan China Semiconductor Industry Association membuka prospek eksport bernilai RM2.2 bilion dalam tempoh 1–2 tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri semikonduktor.


Lawatan ini juga telah menampilkan Malaysia di pentas dunia, membawa suara keadilan, menolak penindasan dan memperjuangkan kemanusiaan sejagat.


Penghargaan tertinggi daripada saya dan seluruh delegasi Malaysia atas layanan mesra serta penghormatan luar biasa daripada Kerajaan China yang menghulurkan persahabatan dengan penuh hormat dan keikhlasan.


谢谢,有缘千里再相会。


🇲🇾🫶🇨🇳


=====



KISAH PAK LONG TAIK EKOQ


 

ADA SEBAB LAIN GAMAKNYA

 

Saiful Anuar


Tidak faham maksud doktor tu...

Tidak mungkin mangsa terjatuh secara sengaja atau ditolak,, mungkin kematian ada sebab lain..sebab lain tu kena tunggu lagi siasatan seterusnya.Andaian mungkin ada sebab lain  kematian arwah...

Tunggu lerr




NOH MENGAKU PARTI ISLAM.

 






PMX bagi SARA mereka ambik.

PMX bagi STR mereka ambik.

PMX bagi Budi Madani mereka ambik.

Tapi masih ada lagi rakyat yang tak tahu bersyukur mahu PMX letak jawatan.


Kerajaan Pas/PN menaikkan Judi disanjung.

Kerajaan Perpaduan turunkan judi dikecam, difitnah, dihina siang malam.

Kalau boleh mereka mahu negara ini jadi seperti negara jiran baru puas hati agaknya?😤





KISAH KEMATIAN ARWAH WAN MOHD FARISH SENYAP TANPA PEMBELAAN.


 

DULU DIA NI HEBAT LA.PAS TAK TOLONG KAH ?

 


PM ANWAR LANCAR KILANG ELEKTRIK PERTAMA MALAYSIA

 


Sekembali dari lawatan kerja di China, saya melancarkan kilang kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia milik Proton Holdings Berhad di Automotive High-Tech Valley (AHTV), Tanjung Malim, Perak.











Hari ini, Proton melakar sejarah baharu. Dengan sokongan Zhejiang Geely Holding Group sejak hampir sedekad lalu, kita menyaksikan pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan pelaburan strategik yang penting untuk kemajuan negara.


Saya hargai komitmen Geely dalam memperkukuh AHTV dan dimaklumkan mereka akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) bagi jenama Zeekr di sini.


Insya-Allah, dengan sokongan berterusan Kerajaan MADANI, Proton mampu mengorak langkah sebagai jenama kebanggaan negara di pasaran dunia.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




NATANG MU..PU KEBENDA MUNG


 

CARI KERJA TEMPAT LAIN LA.. GAYA MACAM ORANG KERJA BESAQ LAM KERAJAAN.. TAPI OTAK KIOK.

 

Iswardy Morni



Laju netizen buat kerja.






Di beri salah tak diberi salah. Baik berhenti kerja jela Kay. Gaji tu pun di bayar oleh pembayar cukai yang Maha Kaya tu dari puak puak tu kan.


Sikap rasis ni sebenarnya dari latar belakang dan kemandulan umat Islam faham agama mereka sendiri. Kalau kita faham agama kita dengan cara yang betul, kita takkan jadi rasis mcm ni dan kita akan menjadi umat Islam dan warga Malaysia yang baik dan sebenar.


Ini lah kesan ajaran sesat puak penyesat



KENAPA KERAJAAN CREDIT DAN BELI DI KEDAI....SALAH SATU TAK MAI WALAUN BELI ROKPL


 

PAK DOLLAH NI..SAMPAI KENA TIPU IDUP IDUP PUN WALAK LAHI

 


MEMANG DEPA DUA NI KEMATU


 

KECEDERAAN DIALAMI ARWAH ZARA.


 Berikut kecederaan yang dialami arwah Zara seperti dibacakan oleh doktor patologi, Dr Jessie Hiu.. 





1. Luka jahitan di bahagian belakang kepala tanpa sebarang patah tengkorak atau muka.


2. Otak mengalami perubahan likuifaktif akibat pereputan, tidak dapat dinilai dengan jelas.


3. Rekod perubatan menunjukkan kecederaan otak teruk dan kritikal sehingga tidak sedarkan diri.


4. Bahagian bawah lengan kiri, pergelangan tangan kiri, tangan kiri serta jari kelima kiri mengalami lebam.


5. Kecacatan pada lengan bawah dan pergelangan tangan kiri akibat patah tulang radius distal kiri.


6. Pergelangan tangan kiri terkehel pada sendi.


7. Pergelangan kaki kanan mengalami lebam.


8. Fraktur remuk pada bahagian distal tibia kanan melibatkan sendi pergelangan kaki.


9. Luka melecet pada kaki kiri.


10. Lebam pada pergelangan kaki kiri dan kaki kiri.


11. Bahagian distal tibia kiri hancur dan senget.


12. Fraktur remuk pada tulang kalkaneum (tulang tumit).


13. Tulang sendi buku lali terkehel.


14. Patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).


15. Hematoma pada otot psoas.


16. Kecederaan retroperitoneum hematoma pada tisu pelvis. 


Tambah Dr Hiu, kecederaan itu konsisten dengan maklumat yang didokumenkan dalam rekod perubatan si mati, imbasan CT, imbasan CTA dan radiograf.


Dr Hiu berkata Zara Qairina dibawa ke Hospital Queen Elizabeth pada 4.38 pagi, 16 Julai, dalam keadaan kritikal, menunjukkan kecederaan otak teruk dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"Amaran trauma diaktifkan pada 4.42 pagi dan dia dinilai serta diuruskan oleh pasukan daripada pelbagai disiplin. Dia meninggal dunia pada 1.07 petang, 17 Julai akibat kecederaan otak traumatik."




BUKTI PEMBANGKANG MENIPU MUDAH SAJA. NEGERI MEREKA TAK MAJU MANA...SG4 KIOK...


Alif


 Pembangkang kata ekonomi semakin hancur tapi Pakar Bank Dunia kata ekonomi Malaysia semakin baik. 






Baru² ini, Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia

Dr. Apurva Sanghi dedahkan tiga kemenangan besar ekonomi Malaysia.


Beliau sebut sebagai “kemenangan yg tak didendang.” 


Dan fakta ini mmg tidak keluar dari mulut Pembangkang dan team yg menempel dgn pembangkang walaupon depa takde satu kerusi pon di parlimen. 


Jom tengok apa dia yg disebut oleh Pakar :


1. Kemiskinan jatuh ke tahap terendah. 


Menurut Laporan DOSM 2022, kadar kemiskinan Malaysia kini sekitar 6.2% sahaja. 


Ertinya daripada 100 rakyat, hanya 6 orang tergolong miskin. Lebih 14 juta rakyat berjaya keluar daripada kemiskinan.


Dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim, program Subsidi Bersasar, SARA (Bakul Rahmah, Menu Rahmah) dan bantuan tunai MADANI dilancar untuk pastikan bantuan terus sampai kepada isi rumah yg paling memerlukan. 


Inilah beza bila dasar ekonomi dibuat untuk rakyat, bukan untuk kroni.


2. Ekonomi makin berdaya saing, bukan lagi bergantung pada komoditi. 


Kalau dulu, 95% eksport kita hanya bergantung pada komoditi asas, harini angka itu tinggal 30% sahaja.


Malaysia kini menjadi pemain besar dlm semikonduktor dunia dan sektor ini sahaja sumbang hampir 40% daripada eksport 2023. 


Ditambah pulak dgn pelaburan strategik hasil 31 MoU bersama China tahun 2025 dalam AI, aeroangkasa, E&E dan tenaga hijau.


Ini bukti Malaysia sedang melonjak naik dalam industri bernilai tinggi.


Itu sebabnya KDNK per kapita Malaysia kini 3.6 kali ganda lebih tinggi berbanding Filipina walaupun dulu kita bermula dititik pembangunan yg sama.


3. Malaysia kekal No.1 Dunia dalam industri halal


Dalam laporan Global Islamic Economy Indicator 2023/24, Malaysia sekali lagi berada ditangga pertama dunia sebagai hab halal global.


Pensijilan halal Malaysia menjadi piawaian antarabangsa dari makanan, farmaseutikal, kosmetik sampai logistik. 


Nilai industri halal global mencecah lebih RM13 trilion, dan Malaysia sedang ambil bahagian besar melalui strategi Halal MADANI.


Tiga kemenangan besar ini berlaku kerana dasar dan hala tuju baharu yg dibawa oleh Ekonomi Madani Anwar Ibrahim yg berkesan. 


Untung Malaysia harini dapat Perdana Menteri yg pernah jadi Menteri Kewangan terbaik di Asia.




WOIII KERAJAAN...AWAT DOK BAIK SANGAT...MASA AKU KERJA KENA TUKAQ MERAGA. HANTAQ PI BELAH KELANTAN OK JA.

 


ᴄᴏɴᴛᴏʜ sᴀᴍᴘᴀʜ2 ʏᴀɴɢ ᴀᴅᴀ 





ᴘᴇɢᴀᴡᴀɪ ᴋᴀɴᴀɴ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ

ᴏʀᴀɴɢ ʏᴀɴɢ ᴍɴɢʜᴀɴᴄᴜʀᴋᴀɴ ᴋᴇʀᴀᴊᴀᴀɴ ᴅᴀʀɪ ᴅᴀʟᴀᴍ


ᴅᴇᴇᴘ sᴛᴀᴛᴇ ɪɴɪ ᴀᴍᴀᴛ ᴍᴇʀʙᴀʜᴀʏᴀ


ᴍᴏʜᴏɴ ᴅ ᴀᴍʙɪʟ ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀᴋᴋɴ

ᴋɪᴛᴀ xᴍᴀʜᴜ ᴏʀᴀɴɢ2 ᴍᴄᴍ ɴɪ ʙᴇʀʟᴇʟᴜᴀsᴀ ᴘᴇʀᴀɴɢᴀɪɴʏᴀ ᴅᴀɴ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪ ɪɴᴘᴜᴛ2 ɴᴇɢᴀᴛɪғ ᴘᴀᴅᴀ ʀᴀᴋʏᴀᴛ



KENAPA TERUK SANGAT PERANGAI. BEGINIKAH ...DAH LAH TAK MENYEMPAT NYEMPAT ...KELAKU MACAM GINI OULA.

 


Shopping Cart Theory.








Ramai suka bangga kata kita di Malaysia ni masyarakat bertamadun. Katanya lebih tertib dari orang lain, lebih sopan, tak ada mob mentality, berbanding orang lain.


Persoalannya betul ke?


Ambil contoh terbaru bila sistem MySara down, apa jadi? 


Troli penuh barang ditinggal tengah lorong. Tak cukup dengan itu, Telur pecah pun ada, macam nak buat “tanda protes” konon. Barang basah, barang kering semua bersepah tak dipulangkan ke rak.


Padahal benda asas ni paling senang. Kau ambil, kau letak balik. Tak sampai 10 minit pun. Tapi majoriti pilih jalan malas. Samalah macam isu troli ujian sivik paling mudah dalam hidup.


Teori Shopping Cart kata:


▪︎ Pulangkan troli, tiada siapa puji.


▪︎ Tinggalkan troli, tiada siapa saman.


▪︎ Ambil masa tak sampai satu minit.


Kalau benda sekecil ni pun kita gagal, jangan mimpilah nak cakap pasal negara maju, sistem adil, atau pemimpin berintegriti. Kat sekolah berbelas tahun belajar Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik tapi masa diuji, semua teori terjun longkang.


Yang tinggal cuma perangai: “bukan kerja aku, bukan tanggungjawab aku.” 


Troli dibiarkan, telur dibiarkan pecah, barang ditinggalkan merata. Itulah wajah sebenar masyarakat. 


Kita nak pemimpin yang baik, tapi rakyat sendiri tak betul. Kita nak sistem yang kemas, tapi sikap kita sendiri longgar. Kita bising pasal integriti orang lain, tapi hal paling kecil pun kita gagal tunjukkan.


Jadi kalau lepas ni kita masih sibuk salahkan pemimpin, salahkan sistem, salahkan negara… 


Masa kita pulas kunci kereta dan tekan pedal minyak jangan lupa tengok dulu bayang sendiri dekat cermin pandang belakang. Kadang-kadang, yang paling teruk bukan pemimpin atas tu.. tapi refleksi muka kita yang nak balik rumah dalam keadaan troli yang tak dipulangkan ditempat asal.


Sekian.

.


Nota kaki:

Hari ketiga pelaksanaan Penghargaan SARA (2 September 2025) mencatat 1.1 juta transaksi bernilai RM75.3 juta, kadar berjaya meningkat 95% berbanding 79% pada 31 Ogos. Secara keseluruhan, dalam tiga hari, rakyat telah berbelanja RM192.4 juta di lebih 7,300 premis. Sistem MyKasih alami trafik puncak sehingga 2,000 transaksi seminit, hampir empat kali ganda daripada kapasiti April lalu.


Tahniah MADANI.




HARI PERTAMA INQUES ZARA



 Hari pertama inkues Zara Qairina, saksi yang dipanggil adalah akar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu.


Saya terbaca beberapa petikan-petikan laporan berita tentang keterangan beliau di mahkamah. Antaranya:-


“…ukuran dari lantai ke palang besi paling atas pada tembok konkrit tingkat tiga adalah 118 sentimeter (cm), manakala ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm.“Perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi itu ialah 36 cm, yang mana lebih tiga perempat daripada ketinggiannya dan berada di atas pusat gravity..”


“Berdasarkan ukuran itu, tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri berhampiran penghadang konkrit,” katanya ketika membacakan kenyataan bertulis setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.”


Mengulas mengenai laporan perubatan, beliau berkata pemeriksaan menunjukkan si mati mengalami kecederaan parah konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi, termasuk patah berderai tulang tumit kiri (kalkaneum), patah pada tulang tibia kiri dan kanan, terkehel buku lali kiri, patah tulang belakang lumbar kedua hingga keempat, selain hematoma otot psoas dan tisu pelvis.


“Si mati dipercayai mendarat terlebih dahulu pada kaki kiri, diikuti kaki kanan sebelum jatuh ke belakang pada bahagian kiri tubuh yang menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan, lengan bawah, siku kiri serta belakang kepala.

“Hentakan pada kepala pula menyebabkan pendarahan subdural dan subaraknoid yang membawa kepada bengkak otak dan sawan,” katanya.


Sambil saya baca ini, macam-macam dalam kepala saya dan sudah tentu bayangan kita dan tafsiran kita ini tidak boleh seperti dalam drama-drama atau siri-siri CSI atau siri siasatan yang lain. Ini realiti. Bukan fiksyen yang diada-adakan.


Sudah tentu macam-macam pandangan, anggapan atau spekulasi. Kita nak tahu kebenaran dan kita mahu Zara dapat keadilan dan bagaimana dia boleh jatuh? Apa situasinya sehingga dia boleh jatuh? aya cukup tak gemar kalau ada tulisan yang mengambil peluang untuk menuduh arwah Zara mengambil nyawanya sendiri. Spekulasi yang tidak disokong bukti menyeluruh begini akan menyebabkan fitnah pada arwah.


Macam-macam kebarangkalian. Jangan mudah mengadili dengan tuduhan berat.


Bila saya terbaca kecederaan retak di kaki dan keterangan yang mangsa mendarat atas kakinya,  saya teringat jenis kecederaan beberapa laporan berita tentang suspek ingin melarikan diri dari pihak berkuasa dan terus terjun sehingga patah riuk.


Kes tahun Nov 2020, seorang lelaki patah kaki kanan dan kiri serta tulang belakang kerana panik larikan diri dari polis.  Kes tahun 2019, seorang lelaki warga asing patah kaki terjun dari bangunan melarikan diri dari polis. Link laporan saya sediakan di ruang komen.


Bila suspek-suspek ini panik, mereka lari dan ingin menyelamatkan diri. Tidak terpikir kesan dan/atau impak sehingga mereka memutuskan untuk bertindak. Kalau kes-kes begini jelas kerana keadaan yang mendesak.


Kecederaan tubuh badan ini memberikan gambaran bagaimana mangsa jatuh tetapi bukti-bukti lain seperti saksi mata boleh memberikan gambaran sebenar kejadian. Sebab itu segala bukti-bukti ini saling melengkapi. 


Prosiding masih panjang. Dilaporkan oleh Buletin TV3 pada 11/9/2025 Koroner, pihak berkepentingan dan saksi-saksi yang terlibat akan melawat lokasi kejadian bagi pengecaman lokasi tempat Zara ditemui.


Semoganya berjalan dengan lancar di atas kebenaran dan keadilan.


Oleh Nor Zabetha




HASIL KUNJUNGAN KE CHINA.


Alif Jamil


 Hasil kunjungan kerja PMX ke China menerusi mesyuarat perniagaan, Malaysia raih potensi pelaburan RM905 juta dlm sektor kimia & telekomunikasi.





JD.com bersedia utk membeli produk tempatan RM180 juta, serta prospek eksport semikonduktor RM2.2 bilion dalam 1–2 tahun akan datang.


Dipentas antarabangsa pulak, PMX konsisten tegas dan lantang bersuara tentang perdamaian Myanmar dan nasib Gaza sambil menghadiri ulang tahun ke-80 penamatan Perang Dunia Kedua di Beijing.


Mesejnya beliau kpd dunia jelas bahawa Malaysia menolak sebarang bentuk penindasan dan hipokrasi kuasa besar.


Hubungan baik beliau dgn Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang membuka ruang kerjasama baharu dalam pendidikan, pelabuhan, teknologi dan AI. 


Dan Malaysia tampil sebagai kuasa sederhana yg dihormati dan disegani, bukan sekadar mengikat MoU yg tak berhasil.


Ya, memang benar kita belum merasa sepenuhnya kejayaan itu hari ini.


Sebab itulah perlunya Anwar Ibrahim utk terus memimpin negara dgn lebih lama..


Hasilnya harini sudah mula nyata, dan akan dirasa oleh semua nanti. 


Saya nampak kesungguhan dan kerja keras beliau yg ikhlas mahu membela nasib rakyat dan mengangkat martabat negara pada tempat yg tinggi. 


Hanya saja beliau perlukan masa dan dokongan dari semua untuk jayakan usaha murni ini. 


Moga diperkuatkan setiap langkah dan usaha PMX untuk terus memimpin negara ini dgn berjaya. 


Untuk negara. Demi rakyat 🇲🇾



INI MEMANG BETUL BETUL BERANI


 Ini memang betul betul pemimpin yang ada keberanian dan keyakinan je yang boleh sound direct dengan begitu halus tapi 'memaksa' Presiden China untuk berbuat sesuatu. 


Syabas PMX. 

We need more leaders with Balls of  Steel. 


Nak harap eddy? Abah? Kelaut je la.





POLITIK SABAH HARUS BERUBAH.



Zainuddin Omar


 Saya amat simpati dengan rakyat Sabah. 


Walaupun negara kaya tetapi kebanyakan rakyatnya miskin dengan infrastruktur yang tak terjaga.  


Sehingga kini Sabah tak pernah dapat seorang Ketua Menteri yang berjiwa rakyat. 


Sebelum ini Adunnya asyik melompat parti kerana tarikan ganjaran.  


Sekarang Bung pula menawarkan diri walhal beliau masih ada kes di mahkamah. 


Pusing-pusing pun calon Ketua Menteri antara Hajiji, Shafie dan Bung. 


Politik Sabah sangat kotor dan complicated kerana siapa yang menang undi akan menjadi kaya raya beyond their imagination. 


Doalah muncul seorang pemimpin muda berjiwa rakyat yang boleh mengemudi Sabah ke kesejahteraan.