TAK ADA KELEBIHAN PUN JADI PEMBANGKANG HEBAT DI PARLIMEN



Terbaca beberapa posting yang melintas berkaitan beberapa pihak yang kagum dengan ucapan orang itu dan orang ini di parlimen. Pembahas dipuji kerana perbahasannya bagus sebagai pembangkang. Hujahnya sebagai pembangkang mantap dan hebat.

Aku pohon maaf. Bagi aku, sehebat mana pun perbahasan, sebagai pembangkang, ucapan perbahasan itu tidak kemana-mana. Tercatat dalam hansard, dibaca, dikaji, dikagumi, tapi hasilnya apa?

Ya... ucapan itu menjawab, mendedah, mencerah, tetapi kemana kesudahan jawapan, pendedahan dan pencerahan itu? Selesai ucapan, ada perubahan apa-apa? Ada orang ambil kisah ucapan itu?

Sebab itu, Umno tak ada pembahas hebat semasa mereka jadi pembangkang. Mereka kacau, bising dan ganggu saja. Adalah seorang dua yang ucapannya bagus. Tapi menjadi pembahas yang bagus sebagai pembangkang bukan fokus Umno.

Fokus Umno ialah dapatkan kuasa. Atau istilah lain, dapatkan nombor. Pas sudah begitu lama melahirkan pembahas yang bagus. Akhirnya mereka sedar pembahas yang bagus tidak kemana-mana pun. Apa yang Pas buat ialah bersekongkol dengan Umno untuk ambil kuasa.

Kenapa Pas buat begitu? Sebab Pas tahu, jadi pembahas yang bagus sebagai pembangkang tidak membawa parti itu kemana-mana. Suara sebagai pembangkang, sebagus mana pun ibarat suara peluru kapur saja. Bunyinya kuat, tapi tak ada sesiapa yang ambil peduli sangat pun.

Ya... kita mungkin syok dengan fakta, data dan gaya pembahas. Kita pun kata, nah terduduk kerajaan dengan hujah pembangkang. Tapi untuk apa? Apa yang terhasil dengan ucapan itu?

Sebab itu, aku beritahu terus-terang, aku dah malas ikuti siaran langsung parlimen dan dengar ucapan pembangkang yang dikata hebat itu. Aku dah jelak dengar hujah hebat pembangkang. Telinga aku dah tepu dengan hujah bagus pembangkang.

Mengapa jelak? Sebab, dalam keadaan boleh jadi pembahas yang hebat bagi pihak kerajaan, untuk apa pilih jadi pembahas hebat sebagai pembangkang?

Zola


APA JAWAB MUHYIDDIN


Syed Agil Jamalulail

Muhyiddin jawab aset Tabung haji RM78 billion, dia tak kata TH tak jual aset. Tak betul kalau geng PH cakap TH tak jual aset padahal media dah lapor dah jual sana sini

Nilai RM78 billion itu hanya bergantung kpd face value  nilai atas kertas sukuk RM19 billion oleh SPV UJSB

Tapi, apa yg berlaku kpd aset di dalam SPV UJSB itu berlambak dah yg kena lelong.

Realiti yg berlaku ialah , harta-harta Tabung Haji dijual, ladang2 sawit drpd 101,000 hektar dilelong hingga tinggal 24,000 hektar shj,  Hotel- hotel dijual, saham-saham di dlm TNB, Malakoff, FGV, Pintaras, Hap Seng juga dijual, 29 aset keseluruhan juga dijual

Bukan itu shj, TH deal utk tidak menghalang UJSB, utk lelong 18 lot hartanah milik Tabung haji di seluruh negara

Saham-saham di dalam 106 syarikat public listed diserahkan, dan Tabung Haji hanya dibayar RM19.6 bilion dalam tempoh 7 dan 9 tahun akan datang

Tapi, sepanjang tempoh 2 Mac hingga 19 Mac 2020 (sebelum kabinet krjaan baru ditubuhkan) , malangnya UJSB dah jual sebahagian saham di dalam 13 syarikat, pd harga sgt rendah

111.3 juta unit saham telah berpindah tangan dengan nilai pasaran semasa sekitar RM38.19 juta sahaja, padahal nilai adalah sekitar RM183.54 juta.

Utk kata Tabung haji tak jual aset itu bohonglah, penjualan even  dilaporkan dalam media pun. Maksudnya tu, Muhyiddin hanya umumkan nilai aset yg bergantung semata-mata kpd nilai atas kertas face value sukuk, kertas hutang tu


ANTARA YANG TERPEKIK DAN TERTIB

Pertukaran Speaker boleh diterima. Walaupun tiada alasan kukuh, barangkali masih dalam kerangka Perlembagaan dan Perintah Parlimen. Benarlah, tak pernah berlaku tak bererti tak boleh berlaku.

Tapi yang paling tak boleh diterima, pada saya ada dua hal dalam Parlimen tadi. Pertama, sindiran seumpama rasukan kebodohan terhadap Ahli Parlimen muda Syed Saddiq dan kedua, ungkapan berbau rasisme terhadap Ahli Parlimen wanita, Kasthuri Pattoo. Ini paling celaka dari mulut seorang "penggubal dasar" di Parlimen. Syed Saddiq pula berucap dengan baik dan tertib tanpa emosi dan tidaklah meraban seperti sesetengah Ahli Parlimen lain.

Yang terpekik seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memang memualkan, tetapi dua hal di atas lebih jelek.

Secara umumnya, ramai juga Ahli Parlimen masih berhujah dengan tenang dan sopan, tetapi malangnya, yang merapu dan meneran lebih menguasai sidang.

Lagu tema kita untuk hari ini: Enigma oleh Wings.

Selamat malam.

-Sahul HM-


SEKIAN LAMA DITARBIAH MASIH TUMPUL


Ana Tahu

Kita ketepikan sentimen politik sekejap. Ana nak tanya ahli dan penyokong parti ana yang ditarbiyyah dengan didikan Al Quran, Sunnah dan para alim ulama sekian lama...

Antara Tan Sri Ariff dengan Art Harun ni sepatutnya kita sebagai pejuang Islam kena pilih siapa?

TS Ariff ana tak pernah dengar dia kondem hudud, tidak pernah menyatakan sokongan terbuka kepada oktoberfest, tidak pernah berpeluk dengan Siti Kasim, tidak pernah sokong transgender...Tutur katanya sopan dan penuh profesional dalam tindakan...

Sedangkan Art Harun ni bersepah ucapan dia yang mempertikaikan perjuangan hudud parti ana, menyebelahi oktoberfest, kritik undang-undang syariah yang hukum transgender, persenda keperluan 4 saksi jenayah seks, sokong liberalisme, marah parti ana kerana bantah oktoberfest, Siti Kasim pun siap peluk lagi.

Dengan jiwa yang tenang sebagaimana kita nak menghadap Allah SWT suatu masa kelak, siapakah antara dua ni yang wajar kita sokong? Pertimbangan Al Quran kah yang membimbing kita atau kerana harta dan jawatan yang telah mengelabui mata dan hati para pemimpin parti ana?

Renungan malam...

#7UP

KATA ABAH TEBUK ATAP....


Tadi tonton video..Abah tebuk atap menjawab soalan DSAI Mengapa Pakej Rangsangan tidak dibahaskan di Parlimen, ada yang kata Abah pandai Berhujjah.. Begitu teruk jawapan pun boleh dikatakan pandai berhujjah..

Kata Abah tebuk Atap.. , Kita sebagai Kerajaan bertanggungjawab perlu segera salurkan bantuan Kepada Rakyat.. Itu bukan soalnya, dalam keadaan mendesak, tidak ada halangan pun nak agih bantuan segera pada rakyat..Yang dipertikai kenapa tempoh 3 Bulan tidak dibahas langsung..

Mudah faham dengan bahasa Abah mcm ni.. Abah pengerusi Masjid, Tiba tiba ada keluarga dan ahli kariah Meninggal Dunia sebab kemalangan.. waktu dah malam..Abah terpaksa pakai duit masjid untuk uruskan khairat Kematian dan bantuan..

lepas tu dalam mesyuarat..AJK Masjid tanya, Mana pergi Resit, Laporan kewangan.. dah 3 Bulan ni..Kata Abah dan dengan gaya Pak Maun dalam mesyuarat..,

" Aku pengerusi Masjid yang bertanggung jawab kepada ahli kariah.. masa tu dah malam..takkan nak penggil mesyuarat..aku lebih pentingkan nasib Mangsa, dan anak anak yatim yang kematian kematian ayah dia.. dengar ucapan Pak Maun, Bilal dan tok siak dengar ucapan pengerusi Masjid tu pakat tebuk meja tanda setuju.. "

Dan AJK Masjid tu tanya.. Kami tak larang bagi Duit Masjid tu pada keluarga mangsa..kami pun faham.. kami yg suruh segerakan.. kami tanya mana pi Resit, Mana pi laporan kewangan... Dah 3 Bulan kebumi mayat, Resit takda.. Laporan Kewangan takda.. Lebih teruk katanya dah 2 Bulan ada anak yang meninggal tu tak dapat bantuan Sekolah seperti dijanjikan..

Jadi Faham tak.. Apa keperluan Sidang Parlimen tu.. Tapi tu lah Gaya Pak Maun ni memang pandai kornar.. Pakai Baju kain ngan Tasbih gaya nak pi Masjid, rupanya berpakat dengan Abu nak pergi menari Twist kat Kelab malam.. :)

Ipohmali

Hayat politik Bersatu di hujung tanduk! Tegas Pemuda Umno Perak


Hayat politik Bersatu di hujung tanduk! Tegas Pemuda Umno Perak
Menyambut kenyataan akhbar ARMADA Bersatu Negeri Perak tentang Realiti Politik Baru, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak merasa terpanggil untuk memberi komen kepada artikel berkenaan. Suka untuk diingatkan kembali, kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ialah serpihan daripada parti UMNO yang mana ahli PPBM adalah di kalangan ahli UMNO sebelum ini. Dan penubuhan parti politik PPBM ini tidak lain hanya bertujuan untuk menjatuhkan Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, YB Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kerana itu, PPBM rela bersekongkol dengan DAP dan PKR yang konsisten untuk mendapatkan kuasa bagi survival politik individu tertentu.
Buat sahabat Ketua ARMADA Bersatu Negeri Perak, Saudara Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, kenyataan saudara yang menuduh sesetengah pihak sebagai dangkal dan jumud dalam politik adalah amat tidak tepat pada masa dan tempatnya. Kenyataan PPBM hampir sama dengan Semangat 46 adalah lebih tepat dan relevan. Soalan saya, kepada saudara berkenaan keputusan Pilihanraya 14, berapakah kerusi yang dimenangi oleh PPBM? Bertanding sebanyak 52 kerusi dan menang hanya 13 Kerusi iaitu 25% daripada kerusi yang ditandingi. Berapakah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pula? 54 kerusi daripada 121 kerusi yang ditandingi iaitu 44.53%. Parti manakah yang lebih relevan? Hayat politik PPBM hanya mampu bertahan apabila 15 daripada Ahli Parlimen UMNO melompat parti dengan menyertai PPBM. Justeru itu, adakah benar kenyataan saudara UMNO ini angkuh dan ujub? Siapakah sebenarnya perlu menunduk ke bumi berjalan dan bukannya mendabik dada mendongak ke langit? UMNO tetap relevan dan akan terus relevan membantu dan membela rakyat di Malaysia.
UMNO tidak beretorik dan berjiwa besar apabila menerima cadangan Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8 walaupun saat itu, UMNO memiliki Ahli Parlimen yang paling ramai. Saudara, membaca dan memahami itu bukanlah sesuatu yang sukar jika kita benar ingin memahami tentang sesuatu perkara.
Kenyataan saudara ini kami yakin bertitik tolak kepada kenyataan Ahli Parlimen Mersing dan juga kenyataan Dato’ Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Fahami isu sebelum menuduh pihak lain sebagai dangkal dan jumud. Fahami dahulu maksud dangkal dan jumud. Akui hakikat kelangsungan hayat politik PPBM di hujung tanduk jika tiada tangan sahabat-sahabat daripada UMNO dan PAS. Tidak perlu menghina kami di UMNO, kerana kerajaan yang ada sekarang juga belum tentu kukuh tanpa kami. Saudara juga belum tentu berada di kedudukan sekarang tanpa sokongan kami kepada YAB Menteri Besar Perak. Bermuhasabahlah. Kembali ke fitrah kita sebagai orang Islam dan bangsa Melayu yang sentiasa menunduk menginsafi diri. Berubahlah kepada jalan yang lebih baik. Mengakui kelemahan diri lebih mulia dari menuding jari kepada orang lain atas kelemahan diri sendiri.
Mohd Ariff Abdul Majid
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak

Terkini! ADUN Slim meninggal dunia


Terkini! ADUN Slim meninggal dunia

Terkini! ADUN Slim meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan sakit jantung.

Berita pemergian beliau itu disahkan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim, Siti Zubaidah Abdul Rahim yang memaklumkan bahawa perkara itu diberitahu oleh pemandu Mohd Khusairi.
“Setakat ini saya tidak mempunyai maklumat lanjut, tapi berita mengenai pemergiannya benar dan menurut pemandunya, jenazah masih berada di Hospital Bentong.

“Jenazah akan dibawa pulang ke Tanjung Malim setelah selesai urusan di sana,” katanya lapor Sinar Harian.

Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Selain itu, beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2015.

Dalang penyebab TH rugi masih bebas, PH difitnah tidak henti

Dalang penyebab TH rugi masih bebas, PH difitnah tidak henti

AZALINA JADI SPEAKER? ADAKAH KALI INI MALAIKAT BERTAKBIR LAGI DI LANGIT?


Tembelang penjual agama terlondeh satu persatu apabila kuasa berada di tangan mereka. Depan walaun berbuih mulut bercakap hukum, fitnah kerajaan PH macam-macam. Bila diuji dengan kuasa wlaupun melalui jalan haram yakni tanpa mandat rakyat, para lebai mula hanyut. Hilang segala hukum dan pertimbangan.

Speaker yang baik, adil, bermoral dan berakhlak dicampak keluar. Dikutip pengganti yang semua orang kenal jantan betinanya, lebih-lebih lagi perangai mereka. Apakah kamu buta wahai lebai berserban?

Ketika kamu angkat mereka, siapakah yang bertakbir dan bergembira? Adakah Malaikat yang bertakbir di langit atau iblis yang berjoget dan bertepuk tangan?

Alhamdulillah, aku tidak tersesat ke dalam golongan penjual agama.

WFAUZDIN NS



ULANG SIAR SESSI PAGI : Siaran Langsung Dari Dewan Rakyat 15/07/2020


Saifuddin Nasution: Berapa Jumlah Kerugian Tabung Haji? Apa Kerajaan Pakatan Harapan Buat?


Perbahasan Titah Diraja DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat [14.07.2020]



ABI TALIB BAPA SAUDARA NABI S. A. W. TIDAK MELAWAN KEBENARAN ISLAM DAN TIDAK MELAWAN KEBATILAN QURAISH


SARIDAH SH ABDULLAH

Kenapa apabila kita sebagai rakyat apabila menegur org politik dicop berpolitik? Ditegur pula kita agar jaga diri dan famili, seolah kita sedang mengumpat mereka yang sedang tadbir negara sekaligus terkait dengan kehidupan kita.
Mereka menyindir kita seolah kita buat dosa besar tegur pemimpin sedang mereka pun galak sebar ceramah fitnah ustaz dan pemimpin. Hairan sungguh yang jahat gigih dikongsi, teguran dihalang pula!
Di zaman Rasulullah s.a.w. BUKAN tidak ada yang diam tidak menegur kejahatan dan kezaliman pemimpin Quraish tetapi melawan pula Nabi s.a.w. yang menegur perbuatan mereka melalui wahyu yang diterima Baginda. Ada juga yang diam tidak melawan Nabi, tetapi tidak juga beriman dengan risalah yang dibawa Nabi s.a.w.
Di Malaysia BUKAN sikafir yang kita tegur, tetapi yang Muslim, yang bersyahadah, yang baca bismillah TETAPI menyemai benci dan menyubur fitnah. Takkanlah kita terlalu baik sehingga diam sahaja agama kita diseleweng, dipersenda oleh mereka yang mengaku beriman dengannya? Mereka mengelirukan orang bukan Islam, dan kita yang tidak bersetuju penyelewengan mereka akan terpalit sama!
Yang baca al quran itu orang Islam. Orang bukan Islam tidak membacanya. Mereka melihat tingkah laku orang Islam yang menjadikan al quran sebagai panduan mereka. Tentu mereka akan fikir Islam membenarkan seorang Muslim itu berbohong, mencuri, merasuah, memfitnah apabila mereka melihat setiap hari itu yang dipamer oleh seorang Muslim.
Lalu orang Muslim yang tidak mencuri, menipu, merasuah, memfitnah DIAM dan BIAR saja?


MUHYIDDIN TERUS TERCEMAR, LANGSUNG TIDAK BOLEH DIBANGGAKAN


Pembuangan Speaker Parlimen yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan kemudian disusuli dengan perlantikan Speaker baru yang tidak mengikut peraturan merupakan satu lagi titik hitam dalam era kerajaan tebuk atap pimpinan Muhyiddin Yassin.
Hakikatnya, oleh kerana Mohamad Ariff Md Yusoff belum habis tempoh perkhidmatan sejak dilantik pada 2018 lalu dan beliau pula telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang, tiada alasan kewajaran untuk Muhyiddin mengemukakan usul membuangnya.
Lihat bagaimana PH tidak membuang Speaker Dewan Negara, SA Vigneswaran yang dilantik BN apabila ia berjaya menjadi kerajaan pada 2018 dahulu.
Harus difahami kedudukan Speaker Parlimen atau Speaker Dewan Negara bukan macam ketua kampung yang perlu ditukar apabila kerajaan bertukar tangan.
Lebih-lebih lagi kerana pertukaran kerajaan bukan melalui pilihanraya, menukar Speaker hanya mencemarkan sistem demokrasi yang kita amalkan.
Seharusnya perkhidmatan Mohamad Ariff perlu dikekalkan sehingga tamat tempohnya jika benar Muhyiddin seorang pemimpin yang benar-benar adil, berjiwa besar dan memikirkan kepentingan negara.
Tetapi, sebagaimana yang kita perhatikan, Muhyiddin tiada kekuatan moral untuk memimpin negara ini dengan jiwa besar dan hati yang murni.
Beliau hanya memikirkan kedudukannya walaupun dengan cara yang tidak sewajarnya dan menggadai segala-galanya.
Beliau bagaimanapun dimalukan apabila hanya memperolehi sokongan 111-109 iaitu kelebihan dua undi saja berhubung pertukaran Speaker itu.
Ini jelas menunjukkan Muhyiddin tidak mempunyai majoriti yang mantap dalam kerajaannya, itu pun setelah melonggokkan mereka dengan habuan jawatan serta kedudukan yang menghakis sumber kewangan negara.
Sejak hampir lima bulan menjadi Perdana Menteri, yang kita nampak hanya wang keluar yang dibelanjakannya saja, sedangkan usaha memulihkan ekonomi dan membawa pelaburan masuk langsung tidak kelihatan.
Apakah semua ini belum cukup untuk menyedarkan Muhyiddin bahawa beliau tiada kekuatan sama sekali?
Selepas Mohamad Ariff berjaya dibuang sebagai Speaker, perlantikan Azhar Azizan Harun sebagai penggantinya pula seharusnya perlu melalui usul dan undian bersetuju atau tidak di kalangan Ahli-Ahli Parlimen terhadap pemilihannya.
Bagaimanapun, dengan alasan hanya namanya saja yang ada dicalonkan sebagai Speaker, Azhar terus ditabalkan untuk jawatan tersebut.
Ini adalah proses yang tidak betul. Memang pihak pembangkang tidak ada mengemukakan nama lain untuk dinamakan sebagai Speaker kerana mereka sebelum itu mempertahankan kedudukan Mohamad Ariff.
Tentulah tidak masuk akal untuk pembangkang mengemukakan nama lain sedangkan mereka mempertahankan Mohamad Ariff sebagai Speaker.
Dalam hal ini, oleh kerana Mohamad Ariff dibuang melalui undian, maka seharusnya perlantikan Azhar juga mesti dilakukan melalui undian setuju atau tidak di kalangan Ahli-Ahli Parlimen?
Kenapa ia tidak dilakukan?
Sebabnya tidak lain adalah kerana kerajaan tidak yakin Azhar akan mendapat undi yang mencukupi setelah melihat undian membuang Mohamad Ariff sebelum ini hanya mendapat 111-109 saja
Berdasarkan latar belakang Azhar yang liberal dan beberapa tulisannya menentang hudud serta mempertikai hukum, jika diadakan undian, besar kemungkinan beliau tidak mampu memenangi undian.
Jika tidak menang, bagaimana kedudukan kerajaan sedangkan Mohamad Ariff sudah pun diundi untuk dibuang?
Sudah tentunya akhirnya kerajaan akan berada dalam ketidaktentuan dan dilema yang berpanjangan.
Lantaran bimbang kemungkinan itulah menyebabkan Azhar terus ditabalkan sebagai Speaker tanpa sebarang undian dan tidak mengikut peraturan.
Sebaik dilantik dan menjalankan tugasnya, tugas pertama Azhar ialah menghalau keluar Khalid Samad daripada Parlimen dan kemudian mengeluarkan kenyataan beliau tiada kuasa untuk mendahulukan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.
Akhirnya difahami sepenuhya perlantikan Azhar hanyalah untuk menjaga kepentingan politik Muhyiddin semata-mata, walaupun ia menjadikan kedudukan Perdana Menteri terus tercalar dan tercemar.
Menjadi kerajaan dengan cara yang tercemar, mengurus kerajaan banyak melakukan kerja-kerja tercemar dan mempertahankan kerajaan dengan melantik Speaker juga dengan cara yang tercemar.
Di mana kita boleh berbangga dengan Muhyiddin? (Shahbudindotcom 15/07/2020)



DULU KUTUK, KINI PAS PILIH LIBERAL?

Gabungan negarawan beri keyakinan pulihkan semula mandat rakyat


Oleh Hannah Yeoh
(Ahli Parlimen Segambut)
Berbekalkan 5 tahun pengalaman sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor, saya fikir saya sudah mempunyai cukup kekuatan mental untuk duduk mendengar perbahasan usul menyingkirkan Speaker dan Timbalannya di Parlimen semalam. Ternyata saya tersilap.
Selepas sesi penangguhan semalam, saya pulang ke rumah dan terduduk hampa kerana saya baharu sahaja melalui satu situasi yang amat mengecewakan melihat bagaimana kita terpaksa menghadapi malapetaka peralihan kuasa yang tidak pernah terjadi sebelum ini kepada ketua sesebuah institusi penggubal undang-undang tertinggi di dalam negara.
Antara punca yang menyebabkan berlakunya kekecohan terhadap proses tragis semalam ialah:
(1) usul untuk menyingkirkan Speaker (walaupun beliau tidak melakukan kesalahan) dan usul tersebut tidak langsung diberikan apa-apa alasan;
(2) usul ini dikemukakan dengan memberi hanya 10 minit kepada dua pemimpin Pembangkang untuk dibahaskan;
(3) selepas pemecatan Speaker, anggota Pembangkang tidak pula diberi kesempatan untuk menamakan calon Speaker yang baharu; dan
(4) Speaker baharu dilantik tanpa sebarang pengundian dijalankan.
Hansard Parlimen akan merekodkan keseluruhan proses ini dan hanya terdapat sedikit sahaja maklumat yang diberikan oleh Perdana Menteri (selain membaca usulnya sendiri dan kemudian menyerahkan tugasnya kepada Menteri Undang-Undang untuk menjawab soalan Pembangkang).
Empat Menteri yang mewakili UMNO, GPS dan Bersatu, Wee Ka Siong (MCA) dan Saravanan Murugan (MIC) hanya duduk menonton dengan diam manakala Najib Razak, Hadi Awang dan Zahid Hamidi membisu tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun ketika mereka menyaksikan demokrasi dan kebebasan Dewan dirampas oleh Eksekutif.
Sebaliknya, mereka memperalatkan ahli parlimen yang mendapat habuan jawatan dalam GLC sebagai penyokong kerajaan dengan menjerit dan mengejek Ahli Parlimen Pembangkang kami yang cuba menyampaikan hujah. Malah mereka ini tanpa henti mencelah dengan tidak sopan kepada hampir semua orang di blok Pembangkang termasuk kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Sebelum ini saya merasakan teori gabungan negarawan ini mampu dijayakan. Semalam terbukti ianya benar malah memberikan kita keyakinan bahawa apa yang diperlukan untuk mengambil alih dan untuk mencabar pemerintahan PN yang memalukan ini adalah kekuatan gabungan Anwar, Shafie dan Mahathir.
Mereka telah bersatu dengan satu tujuan yang sama, membantah pemecatan Speaker dan mempertahankan betapa pentingnya mengikuti proses yang sewajarnya di Parlimen. Walaupun mendapat jeritan kosong dan ejekan keras daripada pihak lawan, mereka kekal tenang dan terus mempertahankan betapa pentingnya mempunyai seorang Speaker yang bebas dan sebuah Parlimen yang tidak berpihak.
Ini memperlihatkan dengan jelas bagaimana mereka ini masih mampu berdiri teguh di tengah-tengah kekacauan yang kuat sebagai negarawan yang dihormati di seluruh Malaysia.
Sebagai Ahli Parlimen DAP, saya melihat sendiri perjalanan persidangan yang kontroversi ini dan berbangga menyaksikan ketiga-tiga negarawan ini berada di blok yang sama, berada di pihak saya, di pihak kami, di pihak rakyat bagi menyelesaikan kerja yang tertangguh yang telah dimulakan semenjak tahun 2018 untuk melakukan reformasi di Malaysia.
Ini adalah satu lagi bukti kepada dunia dan yang lebih penting kepada rakyat Malaysia yang telah menonton perjalanan persidangan Dewan yang mulia ini, bagaimana untuk membezakan antara negarawan dan mereka yang berpura-pura. 


LEBAI TAK RASA BERSALAH SETELAH MEMFITNAH

mohd bukhairi


Nanti suruh Aziz Baling tolong jaga laa pulak
lepas tu mu doa biar lebih untung lagi
walaun ooo walaun
walaun ooo walaun
walaun ooo walaun
sampai dalam kubur orang akan
sebut ulamak Pas Dasuki Rani
kaki fitnah


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'm Malaysiakini (BM Version) 4h Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Pusat itu turut mendoakan agar ΤΗ lebih berjaya di masa akan datang. f MALAYSIAKINI (BM VERSION) Dusuki syukur prestasi Tabung Haji Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Pusat itu turut mendoa...'

Sudah sampai masa panggil PRU15: Zambry

Sudah sampai masa panggil PRU15: Zambry


Jumlah majoriti sokongan kerajaan di Dewan Rakyat memberi bayangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kedudukan sokongan yang begitu tipis itu merupakan realiti terhadap kerajaan yang ada hari ini dan Perdana Menteri pastinya menyedari perkara tersebut.


Menurutnya, untuk itu, PRU15 dilihat sebagai antara jalan penyelesaian terbaik bagi mengembalikan kestabilan kerajaan yang ada serta meyakinkan rakyat.

“Soal kerapuhan ini akan berterusan. Saya berkeyakinan Perdana Menteri memikirkan tentang keadaan ini, apakah ini masa yang sesuai memanggil PRU atau mungkin ada masa tertentu boleh ditetapkan untuk diadakan PRU?

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan dan juga hikmah Perdana Menteri menentukan perkara ini dan berbincang dalam kelompok muafakat yang ada untuk mencari tarikh sesuai,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan undian memilih Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan @ Harun sebanyak 111 undi berbanding pembangkang yang memperoleh undi 109 undi, semalam.

Zambry berkata, kerapuhan majoriti sokongan kepada kerajaan sedia bukan sahaja diketahui oleh ahli-ahli Parlimen tetapi turut dirasai oleh rakyat.

Semalam, Pemuda Pas menyifatkan pertukaran Speaker Dewan Rakyat dan pencalonan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai isyarat besar bahawa PRU15 akan berlaku dalam masa terdekat.


Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, keputusan mencalonkan Azhar yang meletakkan jawatan dalam SPR pada akhir bulan lalu mengejutkan Pemuda Pas kerana seolah-olah isyarat yang cukup kuat dan petanda besar PRU15 akan diadakan.