Ahli Parlimen pelbagai kategori
Kredit: Muhamad Bazil
1. Ahli Parlimen ini sebenarnya ada pelbagai status dan hirerkinya. Biasanya ia dilihat berdasarkan jawatan dalam parti politik yang mereka sertai. Kadang-kadang berdasarkan taraf pendidikan. Dan kadang-kadang juga berdasarkan pengaruh dalam masyarakat.
2. Ada Ahli Parlimen yang levelnya taraf pegawai khas. Ada yang levelnya taraf menteri. Ada yang levelnya taraf penasihat kementerian. Ada yang levelnya taraf pengerusi GLC.
3. Ada juga Ahli Parlimen yang levelnya taraf budak suruhan. Ada juga yang levelnya taraf samseng. Ada yang levelnya taraf pelajar sekolah. Dan ada juga yang tarafnya kurang sedikit dari binatang liar.
4. Walau apa pun level Ahli Parlimen ini, ianya merupakan refleksi yang menggambarkan masyarakat setempat yang Ahli Parlimen ini wakili.