BAKAL CALON YANG AKAN KALAH AKUI BN AKAN BUAT JANJI DICAPATI


PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot
PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

Pimpinan KEADILAN menyambut baik keputusan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang kini bersetuju untuk bekerjasama bagi mempertahankan kerusi P44 Permatang Pauh.

Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata begitu dalam satu sidang media harian yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh pada Rabu.

” KEADILAN mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS pusat yang diterajui Presiden Tuan Guru Haji Hadi, timbalannya Haji Mohammad Sabu yang juga penyelaras jentera pilihnraya PAS pusat dan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menjadi penyelaras PAS Pulau Pinang.

“Usaha berterusan dari mereka memungkinkan dewan pemuda PAS Pulau Pinang turun membantu.

“Sekaranglah masanya jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumpukan isu-isu rakyat,” katanya.

Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh


Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh
Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Kempen Pilihanraya kecil (PRK) P44 Permatang Pauh mula dicemari dengan taktik kotor dari pihak tertentu.
Perkara itu didedahkan oleh pemimpin pakatan rakyat kepada media dalam dua sidang media berbeza.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim pendedahkan aksi penyebaran risalah-risalah yang memburukkan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

Tanpa menamakan pihak tersebut jelasnya risalah berunsur fitnah yang mempamerkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyalahi peraturan pilihanraya apabila tidak mempamerkan nama penerbit.
“Risalah ini diedarkan ke seluruh Permatang Pauh, ia tidak mempamerkan nama pencetaknya dan itu merupakan satu kesalahan dibawah akta pilihanraya.,” tegasnya lagi.
Malah pemimpin setempat juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kepada aksi-aksi kotor pihak tertentu apabila telefon bimbit mereka digodam dan digunakan bagi menghantar informasi palsu kepada penduduk sekitar Permatang Pauh.

“Dari pengalaman lepas, beberapa pemimpin turut menjadi mangsa, setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, Fariz Musa, YB Rodziah, Saudara Tian Chua dan ramai lagi telah digodam telefon mereka.

“Di Permatang Pauh, operasi jahat itu telah bermula semalam,” jelas Ahli Parlimen Bayang Baru, Sim Tze Tzin.

“Semalam lebih kurang pukul 4.30 petang saya terima panggilan dan lebih 160 mesej yang bertanyakan tiket bas percuma bagi membawa 1000 orang ke Kuala Lumpur pada 1 Mei ini, malah ditanya juga pelbagai soalan.

” Bila saya tanya dari mana mereka dapat nombor telefon saya mereka memberitahu mereka mendapat mesej dari talian yang saya gunakan, sedangkan saya tidak menghantar mesej begitu,” jelas Puan Wing Chai Xi yang merupakan setiausaha kepada seorang ahli parlimen.

Sehubungan perkara itu beliau telah membuat satu laporan polis kerana bimbang keselamatanya terancam.

Ahli Parlimen Simpang Pulai yang turut hadir ke sidang media tersebut menyifatkan aksi kotor itu sebagai satu usaha terancang bagi memberi manafaat kepada pihak tertentu.

Pihak berkuasa seperti SPRM dan Suruhanjaya Multimedi jelasnya perlu mengambil tindakan terhadap aksi kotor itu

1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil

1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil
1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil

1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil

Laman pendedah maklumat Sarawak Report  mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah USD$330 juta (RM 1.18 bilion) untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam satu artikel yang dimuat naik laman itu semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen permohonan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

Sarawak Report turut melaporkan, Bank Negara meluluskan 1MDB menggunakan dana berkenaan untuk syarikat usahasama mereka, 1MDB PetroSaudi Limited untuk membiayai pelaburan yang sedang berjalan di luar negara dalam sektor minyak dan gas.
“Sekarang, penyiasat mendapati sejumlah USD$330 juta lagi, di mana 1MDB menerima kebenaran untuk digunakan oleh PetroSaudi pada Mei 2011 juga terus diberikan kepada Good Star Limited,” kata Sarawak Report dalam laporan itu.

Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Seychelles, namun menjalankan aktiviti korporatnya di Pulau Cayman dan mempunyai akaun bank di Zurich, Switzerland.
Low sebelum ini berulangkali menafikan dirinya mempunyai peranan dalam 1MDB.
“Sarawak Report bagaimanapun sebelum ini sudah pun mendedahkan pengarah PetroSaudi bersetuju ‘bertindak bagi pihak’ Jho Low dan sejumlah USD1.5 billion sudah dilaburkan kepada PetroSaudi antara September 2009 dan September 2010 dan dipindahkan secara rahsia ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich,” kata Sarawak Report.


Laman tersebut berkata BNM memberikan kebenaran selepas ia bertujuan mendapatkan perkongsian global dan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosikan pelaburan langsung asing Malaysia.

“Bagaimanapun tidak dinamakan syarikat Good Star dalam permohonan 1MDB, dan juga kebenaran diberikan untuk wang berkenaan disalurkan kepada Good Star,” kata Sarawak Report.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.
“Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.
“Kalau kita tidak hentikan, ia akan terus berlaku,” kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor semalam.

Dr Mahathir berkata tidak mempunyai niat untuk masuk campur dalam pentadbiran Najib, bagaimanapun keadaan memaksanya untuk mengkritik.

“Orang akan kata saya tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun, kata saya mahu jadi perdana menteri selama-lamanya.
“Tetapi isu ini melibatkan berbilion, jadi saya tanya diri sendiri bukan isteri saya tentang hal ini dan saya kata kepada diri saya ini tidak boleh diteruskan. Jadi saya soal mana wang itu, tetapi tidak pernah dijawab. RM1 bilion atau RM2 bilion ok lah, tetapi ini RM42 bilion,” katanya.

Turut dipersoalkan Dr Mahathir peranan ahli perniagaan kontroversi, Low yang diberikan sejumlah wang yang besar daripada 1MDB.

“Saya tidak kenal Low ini, tetapi beliau menafikan terlibat dengan 1MDB.
“Tetapi rekod mahkamah di London menunjukkan beliau mempunyai sokongan kerajaan dan 1MDB. Beliau diberikan wang sebanyak RM42 bilion untuk diuruskan, perkara ini tidak boleh berterusan,” kata Dr Mahathir.

(function() { var d = document, w = window; w

TEMPOH PKP 3.0 MUNGKIN LEBIH PANJANG, KERAJAAN PN PIMPINAN MAHIADDIN BUAT DUA KESILAPAN – NAJIB

  T empoh bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0. Ini pasti, jika mengikut segala logik, sains dan d...