MGID

MENTERI- MENTERI YANG WAJIB DIDAKWA DAN DIDENDA

 

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga menteri wajib disaman kerana melanggar SOP sewaktu PKP 2.0 dikuatkuasakan.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Dr. Zulkifli dilihat melanggar SOP kerana menghadiri acara memotong pulut kuning di pejabat Yadim.

Di ketika kerajaan sendiri melarang acara sosial dan mesyuarat bersemuka ketika tempoh PKP 2.0, tindakan Dr. Zulkifli menghadiri acara tersebut, sambil tidak menjaga penjarakan fizikal, selain suatu kesalahan yang tidak boleh dipertikailan, ia juga menunjukkan beliau sebagai anggota kabinet yang “tidak boleh pakai” walaupun tinggi ilmu agamanya.

Walaupun gambar yang menunjukkan kesalahan beliau itu tersebar luas di media, tetapi kenapa pihak berkuasa hanya berdiam diri saja?

Kenapa tidak disiasat dan diambil keterangan?

Apakah kerana beliau seorang menteri, maka ianya dipejam mata begitu saja?

Dalam waktu yang sama, selain sewaktu PKP 1.0 dulu dikesan bermesyuarat di pejabatnya, ini adalah kesalahan berulang yang dilakukannya.

Sebagai menteri dan orang kayangan, lebih kelihatan zalim terhadap rakyat biasa ialah kerana Dr. Zulkifli, bekas mufti sebelum ini, hanya memilih untuk berdiam diri tanpa menuturkan kata-kata maaf sebagai tanda kesalan atau ketinggian akhlak yang sesuai dengan ilmu agama dimiliknya.

M Saravanan pula melanggar SOP kerana menghadiri sambutan Thaipusam di kuil Batu Caves, sambil dilihat tidak memakai pelitup muka ketika dikalungkan jambangan bunga ke lehernya.

Alasan Saravanan bahawa beliau hadir kerana diundang lantaran banyak membantu kuil tersebut, selain mengatakan hanya membuka pelitup mukanya sekejap saja ketika dikalungkan jambangan bunga. benar-benar tidak boleh diterima.

Bukankah Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan ketika PKP telah mengeluarkan arahan dan ketetapan bahawa sambutan Thaipusan pada tahun ini tidak dibenarkan dan sambutan hendaklah diadakan di rumah masing-masing?

Apakah Saravanan sebagai menteri tidak faham keputusan yang dibuat oleh kerajaan sendiri?

Bolehkah alasan kerana ada membantu kuil digunakan untuk melanggar arahan kerajaan?

Berkenaan menanggalkan pelitup muka hanya sekejap, sedarkah beliau ada seorang wanita di Johor telah disaman dan didenda RM1000 hanya kerana didapati tidak memakai pelitup ketika keluar kereta untuk mengambil anaknya di kerusi belakang serta tiada sesiapa berdekatan dengannya pada waktu itu?

Sementara itu, Annuar Musa yang memuat naik sendiri gambarnya beriadah bersama dua rakannya yang lain di media sosialnya, selain memperlihatkan ketidakfahamannya mengenai SOP ditetapkan kerajaan di mana beliau sendiri adalah anggota kabinetnya, tetapi juga menunjukkan keangkuhannya sebagai orang kayangan yang berasakan tarafnya lebih tinggi berbanding dengan rakyat biasa.

Meski diakui tidak perlu memakai pelitup muka ketika beriadah, tetapi tindakannya berjalan bertiga itu adalah suatu kesalahan yang nyata di mana kerajaan sendiri menetapkan SOP beriadah atau berjogging hanya dibenarkan bersendirian atau berdua saja dalam satu kumpulan.

Alasan berjumpa seketika dan kemudian berpisah, kalau pun hujah itu mahu diterima, tetapi tidakkah dengan Annuar sendiri memuat naik gambarnya bertiga menunjukkan ada kesalahan telah terbukti dilakukan?

Tindakannya berhujah mempertahankan diri seolah-olah tiada kesalahan tidak lebih hanya menunjukkan keangkuhannya sebagai seorang menteri yang boleh bebas dan terkecuali daripada tindakan undang-undang.

Untuk apa beliau menunjuk-nunjuk gambarnya bertiga itu, walhal sebagai anggota kabinet, tentunya beliau tahu ianya berlawanan dengan SOP yang telah ditetapkan kerajaan?

Di ketika rakyat biasa ramai yang kena saman dan didenda RM1000 kerana melanggar SOP, kegagalan kerajaan bertindak adil dan saksama terhadap tiga menteri berkenaan, setidak-tidaknya setakat ini, bukan saja mengecewakan rakyat, malah menunjukkan seolah-olah ada dua set undang-undang diamalkan di negara ini.

Buat apa ditetapkan SOP jika hanya rakyat biasa yang diikat dengannya, manakala para menteri selaku kelompok kayangan bebas melanggarnya?

Rakyat dalam hal ini mahukan keadilan dan ingin melihat ketiga-tiga menteri berkenaan didenda jika benar undang-undang negara ini sama untuk semua.

Kepada Ismail Sabri, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dan setiap hari bercakap tentang SOP, malah semalam mengatakan akan menaikkn kadar denda kepada mereka yang melakukan kesalahan itu, kiranya gagal memastikan ketiga-tiga menteri berkenaan didakwa atau didenda, lebih baiklah berhenti saja mengadakan sidang media setiap hari dalam tempoh PKP ini.

Buat rakyat makin meluat saja jadinya. 


(Shahbudindotcom 29/01/2021)





COVID-19 UPDATE : MALAYSIA.PM SINGAPURA DAN RAKYATNYA TELAH TERIMA DOS SUNTIKAN KE 2 BERPERINGKAT .....MALAYSIA BILA LAGI? KA WALAUN NAK DOA LAGI?

 

Image may contain: text

Hari ini saya ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kpd para WALAUN dan MACAI PNdokong KERAT, Pengkhianat Nasional (PN) kerana telah berjaya mencapai 5,725 kes harian. Suatu pencapaian yg membanggakan PN yg TIDAK MAMPU dicapai oleh Pakatan Harapan (PH).

Kes baharu harian (5,725) yang dilaporkan hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan. Kes baharu harian tertinggi sebelum ini (4,275) adalah pada 23 Januari 2021.

Para Walaun-cai sepatutnya bersyukur kerana jumlah kes skrg sudah menjangkau 203,933 kes sedangkan mereka walaun-cai pernah mendoakan supaya 300,000 kes COVID-19 melanda Malaysia. Dengan kadar jangkitan harian yg beribu, mencapai angka itu bukanlah mustahil.

Malangnya, jumlah kematian telah menjangkau 733 orang di zaman PNkhianat ini sdgkan di era PH tiada kematian berlaku angkara COVID-19.

Nampaknya DARURAT dah 2 minggu tidak membawa apa-apa kebaikan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 dan KERAT - KERAjaan abah kau yg daruraT SANGAT CLUELESS, HOPELESS and USELES..!! Dah mati kutu agaknya, dah tak tahu mcm mana nak tekan lekuk pandemik.

Tapi takpe, asal KERAT ini masih dipayungi dgn payung emas dan bertahta di puncak kuasa, para walaun-cai ok shj sehingga kaum puak mereka yg akan mati satu persatu kot baru depa ada akai??

Kepada MP-MP UMNO....anda bertanggungjawab menegakkan KERAMITA dan kini KERAT. Jangan nak lepas tangan, ia akan sentiasa dalam jiwa rakyat dan jadi kenangan. Anda ada SAHAM..!!

Syabas Walaun-cai...Bravo...!!!! Description: 👏Description: 👏

- Zus Din

29 Januari 2021



 

Is the 2021 Malaysian Emergency, constitutional?

NAMPAK GAYANYA BOLEH LA BELAJAR DARI PAHANG BAGAIMANA NAK TEBANG BALAK..ATAU KELANTAN....

 


Lupus hutan simpan: Pemuda PKR kecam kerajaan Selangor kerana abaikan protes rakyat

Lupus hutan simpan: Pemuda PKR kecam kerajaan Selangor kerana abaikan protes rakyat

Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi mengingatkan pentadbiran negeri supaya mendengar suara dan protes dibangkitkan rakyat berhubung tindakan Menteri Besar Amirudin Shari yang masih mempertimbangkan rancangan memansuhkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk tujuan pembangunan.

Najwan berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sendiri sudah membuat keputusan berhubung isu itu tahun lalu, malah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut bertitah pada 2019 bahawa hutan simpan di Selangor perlu dilindungi.

“Tidak sembang kencang pun. Tahun lepas dalam sidang dewan negeri Selangor, saya sudah bawa usul persendirian desak kekalkan semua hutan simpan seluruh negeri, dilulus sebulat suara. Kami di Selangor bukan pak turut, benda tidak betul kami tegur dan bantah,” katanya di Twitter.

Najwan merujuk kepada keputusan DUN Selangor pada 11 Nov tahun lalu untuk meluluskan usul menggesa kerajaan negeri mempertahankan status pewartaan hutan simpan dan memeliharanya dengan baik.

Usul dibawa Najwan itu dibuat supaya hutan simpan dan kawasan tadahan air di Selangor dikekalkan bagi memastikan sumber bekalan air mencukupi pada masa depan.Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata, Selangor menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan kaedah penyiasatan awam sebagai syarat untuk memansuhkan pewartaan hutan simpan kekal.

Najwan berkata, di Amerika Syarikat, presidennya Joe Biden turut mengungkap tentang keadilan untuk alam sekitar dan menekankan kepentingan kerajaan dalam menangani fenomena perubahan iklim semasa.

“Selangor sebagai sebuah negeri maju sewajarnya mendepani hal sebegini. Bela kemampanan alam sekitar dan henti tarah hutan,” katanya.

Terdahulu, kumpulan aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar meluahkan kekecewaan mereka terhadap Amirudin yang masih mempertimbangkan rancangan untuk memansuhkan HSKLU.

Menurut Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Amirudin sepatutnya menggugurkan cadangan pembangunan di kawasan hutan simpan itu selaras keputusan DUN Selangor. 




Panas! Takiyuddin ganti Sanusi sebagai MB Kedah? sama saja 2x5...Nanti jangan lupa beli keta baru ...

 


Panas! Takiyuddin ganti Sanusi sebagai MB Kedah?


Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan spekulasi yang mengatakan dirinya akan menggantikan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah selewat-lewatnya selepas pilihan raya umum akan datang.

“Tak timbul langsung isu tukar MB Kedah tu, secara umumnya PAS berpuas hati dengan performance (prestasi) Sanusi.

“Soal pentadbiran akan diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu portal Malaysia Dateline memetik sumber berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu akan menggantikan Sanusi, paling lewat selepas pilihan raya umum akan datang.

Spekulasi itu hadir selepas Sanusi dikecam berhubung isu cuti peristiwa bagi perayaan Thaipusam di Kedah.

Menurut sumber tersebut, kontroversi yang dicetuskan oleh Sanusi tidak berkesudahan sejak dia menjadi menteri besar, seperti isu merobohkan kuil di Kuala Kedah dan dakwaan pembelian kereta Toyota Vellfire menggunakan dana Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada).

Laporan tersebut mengatakan Takiyuddin pemimpin PAS yang sesuai menggantikan Sanusi memandangkan dia merupakan anak kelahiran Kedah dan keluarganya mempunyai reputasi yang baik di sana.

Bagaimanapun, ketika mengulas lanjut berkenaan spekulasi itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata dia masih wakil rakyat Kelantan setakat ini.

Untuk rekod, Sanusi yang juga Adun Jeniri (PAS) dilantik sebagai menteri besar Kedah yang ke-14 menggantikan Mukhriz Mahathir selepas negeri itu jatuh ke tangan Perikatan Nasional pada Mei lalu..



MALAYSIA DIJANGKA MEMULAKAN SUNTIKAN PADA HUJUNG MAC...KAH..KAH....

 

Dulu bila Singapura lebih dulu terima vaksin, ada menteri kata sebab negara tersebut punya kewangan yang kukuh dan mereka boleh tempah awal.

Ini sekarang macam mana pula bila Nepal, Myanmar dan Bangladesh pun lebih dulu terima vaksin juga?

 Image may contain: 1 person, text that says "the Record ALJAZEERA ASIA&PACIFIC Myanmar launches nationwide COVID-19 vaccination program LIVE Source: Kinhua 2021-11- 12:35:54 News Coronavirus pandemic Bangladesh starts COVID vaccination drive Wider inoculation to begin February with country's cricket board saying it will vaccinate hundreds players to restart domestic tournaments. Nepal rolls out vaccinations with over 9,000 inoculated on Wednesday RECORD panuary21,2021 Ahewoi worker prepares administer the health"


Ramai yang bertanya..kenapa Malaysia lambat..sebab ramai juga yang katanya nak tahu harga vaksin...kah...tapi jangan risau ...lebai yang bsersekongkol pula akan ada dalil...mungkin biar dulu negara lain guna..kita akan tahu keberkesanannya nanti.. kalau tidak kita akan guna vaksin lain...kah...

Tapi bagi kerajaan Tebuk Atap ni yang cuai, tiada harga diri dan juga lemah dalam pentadbirannya kerana  memang mereka tahu bahawa kerajaan asing tidak akan memandang Malaysia yang kini telah memindahkan perniagaan mereka ke negara jiran.


BILA NAK LETAK KERAJAAN

 

Norshidah Mohf Daud.


 Masa kes tak tinggi mana dulu, ramai je yang dok up muka Pengarah Kesihatan & para frontliner keletihan

Masing-masing  cam bese la dok maki PH konon punca semua ni

Ni kes dah tinggi gila, lama dah aku x nmpk post muka-muka keletihan semua tu

RELA pun kena maki ANAK HARAM

Sudah-sudah la jadi penyokong membabi buta

Sudah jangkau 5K kes baru Covid, apa lagi muhyiddin tunggu? Dah la majoriti takde, Covid pula meningkat. Nilai ringgit jatuh. Ekonomi menjunam. Barang naik harga. Pengangguran bertambah. Pelabur habis lari. Nak tunggu negara ini hancur dulu ke baru nak letak jawatan?




LAMA DAH ...ORANG BUAT SALAH DEPA BUAT BETOI BELAKA...POOODAH...


Abu Shahid


 Kabarnya semasa jadi pembangkang, Sanusi berdemo di P.Pinang bantah projek tambakan laut, masa dah jadi MB Kedah, dia pulak luluskan projek tambakan laut...



LEMAHNYA KERAJAAN PN MELAKUKAN SESUATU UNTUK SEKAT COVID. ASAL TAK BERI MORATORIUM DAN KWSP...TU SAJA PUNCANYA


 Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai perabot buka, kedai emas buka, kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka, shopping mall buka. Sampai 10 malam.


Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baru Covid masih semakin naik dan syarat semakin longgar?


Jika begini, hentikan sahaja PKP supaya adil pada semua.


Sebab itu dari hari pertama PKP, saya telah saran supaya PKP paling ketat dilaksanakan untuk 2 minggu sahaja untuk memberi impak maksima untuk usaha lawan Covid.


Kita buat ketat-ketat dua minggu. Kerajaan beri bantuan secukupnya bagi semua untuk menghadapi dua minggu yang tegas itu.


Beri peluang untuk hospital dan front-liners kita pulih.


Tak dibuat.


Sebaliknya, kini kita sudah menjalani 24 hari PKP setengah masak yang akhirnya terbazir.


Akibatnya, kes covid tak turun dan kita sudah menjadi negara paling teruk dilanda Covid dalam ASEAN. 


Tekanan ke atas sistem kesihatan dan frontliners semakin berat. Rakyat disuruh kuarantin dan rawat kendiri di rumah.


Semakin banyak kluster Covid tempat kerja tercetus tapi semakin banyak kelonggaran untuk PKP diberi pula.


Kerajaan seolah-olah mahu keadaan kes Covid tetap tinggi dan berpanjangan.


Maka, Rakyat perlu bersedia untuk menghadapi penularan Covid yang semakin parah pada bulan-bulan mendatang.


Bila boleh buka semula sekolah pun menjadi satu tanda tanya yang besar.


Jika sekolah buka pun, ibubapa pun terfikir nak hantar anak ke sekolah ke tidak sebab penularan Covid tetap tinggi.


Dari Najib Razak




NAK BUAT MACAMANA...KEBAL SAMAN DAN DENDA...

 


Shahbudin


Saravanan kata dia tidak memakai pelitup muka hanya sekejap saja, manakala Annuar Musa yang didapati beriadah bertiga menjelaskan, beliau kebetulan saja bertemu kawan2nya itu.


Iyalah tu... orang kayanganlah katakan....buatlah apa saja...

Anwar Ibrahim: Apakah Tujuan Saya Mencabar Keputusan Perdana Menteri Unt...

Anwar Ibrahim: Bagaimana Pemimpin-Pemimpin Rakyat Boleh Menghimpun Keka...

ANGKATAN TENTERA LAUT DARAT UDARA..MALAYSIA TANPA KORUPSI PART 1

 

Image may contain: text that says "MARKAS PEMERINTAHAN BARAT WILAYAH BARAT MALAYSIA ARMADA KAPAL SELAM BARAT PANGKALAN TLDM BESUT ARMADA SELAT MELAKA PANGKALAN TLDM LUMUT ARMADA LAUT TIMUR MALAYA PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG -8 UNIT KAPAL FRIGATE -12 UNIT KAPAL CORVETTE -18 UNIT KAPAL PERONDA -4 KAPAL SELAM"Image may contain: text that says "MARKAS PEMERINTAHAN TIMUR WILAYAH TIMUR MALAYSIA 幸 ARMADA KAPAL SELAM TIMUR PANGKALAN TLDM SEPANGGAR KOR MARIN DIRAJA MALAYSIA PANGKALAN TLDM MIRI ARMADA LAUT BORNEO PANGKALAN TLDM KUCHING ARMADA LAUT TIMUR SABAH PANGKALAN TLDM TAWAU -8 UNIT KAPAL FRIGATE -12 UNIT KAPAL CORVETTE 18 UNIT KAPAL PERONDA 4 KAPAL SELAM -2 UNIT KAPAL PENGAKUT HELIKOPTER -6 UNIT KAPAL LPD"

HARRIS MCTAVICH


Segmen baru untuk aku lontarkan imaginasi tanpa batas.

Malaysia Tanpa Korupsi (Part I)

Edisi Pertahanan

Tentera Laut Diraja Malaysia

TOTAL VESSEL:88

HELICOPTER CARRIERS:2

DESTROYERS:0

FRIGATES:12

CORVETTES: 28

PATROL VESSELS:40

SUBMARINES:12

Setiap armada berfungsi untuk menjaga kawasan wilayah yang ditetapkan. Pelbagai ancaman dari pelbagai sudut boleh diawasi dan dicegah kerana hampir keseluruhan perairan Malaysia dilengkapi dengan kedudukan pangkalan yang strategik.



Image may contain: ocean, text that says "ARMADA SELAT MELAKA PANGKALAN TLDM LUMUT 2 UNIT HEAVY FRIGATE IVER HUITFELDT 2x OTo MELARA 76MM, 1x OERLIKON MILLENIUM 35MM, 32× VLS ASTER, 24× MK56 ESSM, 2x MU90 TORPEDO 6 UNIT ASW CORVETTE MEKO A100 1x OTo MELARA 76MM SUPER RAPID 1x oTo MELARA 30MM CANON GUN, 1x RM-116 RAM, 8x EXOCET MM40 ANTI SHIP, 2x B516 TORPEDO 8 UNIT PATROL VESSEL LURSSEN OPV 90 1x Οτο MELARA 76MM, 1x DS30M 30MM"


Contoh situasi, Armada Selat Melaka yang berkekuatan 2 kapal Frigate, 6 Kapal Corvette dan 6 Kapal Peronda mampu mengawal disepanjang perairan di Selat Melaka kerana mempunyai aset yang mencukupi. Boleh berhadapan dengan ancaman lanun atau serangan daripada RSN Singapore, TNI AL Indonesia dan RTN Navy.


Image may contain: ocean, text that says "ARMADA LAUT BORNEO PANGKALAN TLDM KUCHING 4 UNIT FRIGATE DCNS FREMM 1x OTO MELARA 76MM SUPER RAPID, 2x DS30MM GUN, 15× MBDA ASTER, 8x NSM ANTI SHIP, 2x MU90 TORPEDO 8 UNIT CORVETTE DCNS GOWIND 2600 1x BOFORS 57MM GUN, 2x MSI DS30 30MM CANNON,16 VLS MICA, 8x NSM ANTI SHIP MISSILE, 2x J+S TORPEDO 12 UNIT PATROL VESSEL DAMEN OPV 1800 1x Οτο MELARA 76MM SUPER RAPID, 35MM CIWS, 4x C802 SSM MISSILE DENEL"



Bagi Armada Laut Timur Malaya dan Armada Laut Borneo mempunyai lebih banyak jumlah kapal yang dimiliki. Ini kerana ancaman dan luas perairan di wilayah itu lebih besar berbanding yang lain. Selain itu, di wilayah ini setentunya akan ada lebih persaingan kerana Wilayah Laut China Selatan menjadi rebutan dan ancaman utama ialah PLA Navy China yang ingin merebut wilayah itu. Sering juga terjadi konflik pencerobohan diantara TNI AL Indonesia, RTN Thailand, Tentera Laut Vietnam dan

Image may contain: ocean, text that says "ARMADA LAUT TIMUR SABAH PANGKALAN TLDM TAWAU 2 UNIT HEAVY FRIGATE IVER HUITFELDT 2x OTo MELARA 76MM, 1x OERLIKON MILLENIUM 35MM, 32× VLS ASTER, 24x MK56 ESSM, 2x MU90 TORPEDO 6 UNIT ASW CORVETTE MEKO A100 1x OTo MELARA 76MM SUPER RAPID, 1x OTo MELARA 30MM CANON GUN, 1x RM-116 RAM, 8x EXOCET MM40 ANTI SHIP, 2x B516 TORPEDO 8 UNIT PATROL VESSEL LURSSEN OPV 90 1x Οτο MELARA 76MM, 1x DS30M 30MM"Image may contain: text that says "PASUKAN UDARA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA 40 UNIT ANTI-SUBMARINE WARFARE HELICOPTER SIKORSKY SH-60 SEAHAWK 16 UNIT MEDIUM ULTILITY HELICOPTER AGUSTAWESTLAND AW101 12 UNIT MARITIME PATROL AIRCRAFT CASA CN 235-MPA 24 UNMANNED AERIAL VEHICLE BOEING SCANEAGLE UAV"


Tentera Laut Filipina. Wilayah ini dikuatkan juga dengan 12 kapal selam untuk memantau dengan lebih senyap di perairan berkenaan

Image may contain: ocean, text that says "ARMADA KAPAL SELAM TIMUR PANGKALAN TLDM SEPANGGAR 8 UNIT ATTACK SUBMARINE DCNS SCORPENE SSK 6x BLACK SHARK TORPEDO, SM-39 EXOCET ANTI SHIP MISSILES, A3SM MICA ANTI-AIR MISSILES"Image may contain: ocean and sky, text that says "KOR MARIN DIRAJA MALAYSIA PANGKALAN TLDM MIRI 2 UNIT AMPHIBIOUS ASSAULT SHIP DCNS MISTRAL LPD 2x SIMBAD SYSTEMS, 2x NARWAHL 20MM RWS, 2x 51MM M134 MINIGUNS, 4x 12.7MM BROWNING MACHINE GUNS 6 UNIT LANDING PLATFORM DOCK DAMEN ENFORCER 10000 MRSS 1x Οτο MELARA 76MM RAPID FIRE, 2x ALSESLAN SMASH 30MM RWS"

Dengan adanya kekuatan Angkatan Marin yang mempunyai 2 kapal pengakut helikopter dan 6 kapal MRSS. TLDM mampu untuk melakukan misi logistik dengan lebih kerap. TLDM juga mampu mengawasi perairan kerana kapal-kapal Kor Marin boleh memuatkan lebih banyak jumlah helikopter. Kor Marin mampu melancarkan serangan Amphibious di setiap pantai-pantai sekiranya berlakunya konflik.

 

INI BAHAYA JIKA IKUT TELUNJUK SEMATA MATA

 


HAMDAN TAHA


Bila pemimpin negara atau negeri di lantik oleh sultan dan yang di lantik pula tahu sebab dia di lantik kerana kehendak sultan. Maka apa yang dia buat sudah tentu lah keutamaannya sultan. Apa yang rakyat tak suka atau parti politik yang dia di angkat pun tak suka dia tak peduli....yang penting sultan suka...

Jadi kot sultan nak tanah hutan ke tanah di bandar ke tanah atas bukit ke atas gunung ker kena penuhi...cari jalan lah macam mana pun kelulusan wajib di berikan...

Yang pasti yang untung ialah orang yang bersama sultan itu. Peristiwa begini berlaku semenjak sultan itu ujud di melaka,dumai...acheh...kedah...siam...petani..

Kisah sultan sultan ini banyak ada dalam sejarah negara. Akhirnya melaka pun dah tidak ada sultan bersama singapore yang dulunya di sebut temasek...

Sultan pula sering kali salah dan silap melantik dato bendahara atau pun panglima...selalunya begitu kerana yang dia lantik wajib ikut kata sultan 100 peratus...

Kisah potugis menaklok melaka banyak di kisahkan dalam sejarah...tapi saya suka satu sejarah sahaja dan kejatuhan melaka di sebabkan salah memilih panglima perang....sedangkan potugis datang dengan 7 kapal sahaja....

Semasa panglima dan rakyat juga tentera melaka menunggu di tepi pantai berdepan dengan potugis mereka telah berbaris dan menerap di pasir supaya potugis mendarat tak nampak mereka sedang di tunggu oleh panglima melaka....

Tapi sayangnya sultan telah melantik panglima yang berasal dari negeri sembilan. Maklumlah tempat sebelah sebelah...dan kerana panglima orang nogeri maka dia pun ada kroni juga di lantik lah ramai orang nogeri daripada orang melaka.....

Zaman itu panglima bagi arahan hanya dengan jeritan dan akan di sambut oleh ketua ketua setiap 500 meter dari askar menerap di tepi pantai.....10 kilo meter ramainya askar masa tu...tapi waktu pula malam....

Bila potugis dah nak sampai ke darat dan kebetulan senjata mereka ada meriam dan pistol juga senapang maka walaupun tak ramai kelebihan tetap ada. Walau bagai mana pun jika seluruh askar melaka serang serentak habis potugis tu....bukan ramai lebih kurang 300 jeerrr....tentera melaka ramai dalam 2500 orang lebih...

Tapi sayang bila panglima mula bagi arahan dengan jeritan....sorang sorang (bahasa nogeri sembilan yang di gunakan. Di sambut pulak oleh ketua ketua di setiap 500 meter juga orang nogeri sembilan juga....sorang sorang jerit mereka.....yang askar ramai orang melaka dan johor....maka dengar di telinga mereka bangun sorang sorang....berlari lah mereka seorang demi seorang menyerang potugis.....maka apa lagi bila tentera al ibu kaki nampak mereka di serang tapi sorang sorang yang bagun....dengan senang hati lah mereka menembak....mati lah askar melaka ni seorang demi seorang.....dah ramai yang tewas jadi kelam kabut lah tentera melaka.....jadi hari biru....

Kalah le melaka....gara gara sultan terlantik panglima yang gagah perkasa tapi komukasi salah....guna bahasa nogeri kepada orang melaka dan johor mana nak faham....orang melaka bahasanya kasar...keras dan kena maki hamun sikit.....moral cerita saya ni begitu lah keadaan kita berdepan covid sekarang ini...

Perdana menteri lantik panglima ekonomi menteri kanan namanya azmin ali...bahasa yang dia tahu ialah bahaya mengorat lelaki...jadi tu yang ekonomi merudum...arahan salah kepada industri yang dia jaga...

Sorang lagi menteri kanan dia jaga askar di minta tiap petang umum polisi pkp...bahasa tak sama lah jadinya....maklum lah askar punya cara orang atas tetap betul walaupun salah...tu yang bagi arahan merapu rapu....menteri buat lah apa pun tak salah...sebab dia orang atasan....rakyat semua salah dan silap...kerana dia askar bahasa tak sama bahasa rakyat....dia pun tak tahu PKP tu apa PKPB tu apa....dia ingat sama jer tu....tu yg umum merapu tu PKP tapi buat lah apa pun di benarkan sama macam PKPB....Darurat pun dia tak tahu apa...

Maka kes kita pun dah nak habis 28 hari tetap 4000 kes....kerana kita ada pasukan kabinet yang salah. Perdana Menteri kita kerja dia duduk pejabat sahaja...itu pun sehari boleh sekejap sahaja.....

Saja saja tulis cerpin pendek kisah negeri melaka zaman dulu dulu....tak ada kena mengena sesiapa pun...

 

ANTARA MUKA YANG TAK BERFUNGSI DALAM KERAJAAN TEBUK ATAP....RAKYAT SERU LETAK JAWATAN

 Menteri Kesihatan, dua timbalan ‘makan gaji buta’

Menteri Kesihatan, dua timbalan ‘makan gaji buta’

Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad menggesa penggantinya Dr Adham Baba dan dua timbalannya untuk mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan KKM atau mengundurkan diri.

Dia berkata demikian selepas Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dia hanyalah utusan yang mewakili pandangan kolektif pakar kementerian itu yang bekerja di belakang tabir.

Dzulkefly berkata ramai bingung dengan penekanan Noor Hisham bahawa dirinya hanya ‘utusan’ dan bukan memberi penjelasan keilmuan di sebalik keputusan kementerian.

“Segera anda bertanya, apakah dasar untuk keputusan tanpa jawapan muktamad (judgement call) ini?

“Lebih penting bagi ramai orang, ini mendedahkan dan mewajarkan dakwaan perintah kawalan pergerakan (PKP) cukup untuk mengendalikan gelombang ketiga wabak Covid-19 tanpa mengisytiharkan darurat, dengan syarat pelaksanaannya ketat dan berkesan,” katanya kepada Malaysiakini.

 

Dakwanya, Malaysia telah kehilangan kepemimpinan politik dan negara berjalan seolah-olah “hampir secara automatik” sejak pentadbiran Pakatan Harapan digulingkan tahun lalu.

Dia menegaskan Dr Adham – bersama dengan timbalannya Dr Noor Azmi Ghazali dan Aaron Ago Dagang – mesti bekerja sebagai satu pasukan dengan birokrat dan teknokrat Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, pada akhirnya, pihak eksekutif – menteri – selalu perlu mengambil tanggung jawab dan bertanggungjawab. The buck stops at him (dia bertanggungjawab atas segala-galanya).

‘Di mana tiga orang ini?’

“Itulah sebabnya mengapa masyarakat sekarang mengatakan menteri dan dua timbalannya ‘makan gaji buta’…

“Kenapa? Kerana masyarakat tidak melihat kepimpinan mereka atau dilihat sebagai mengambil tanggungjawab.

“Setelah saya pergi, ketua pengarah yang dilihat seperti mengambil alih tanggungjawab, terutama dalam mengendalikan sidang media setiap hari.

Gambar fail, Dr Adham meninjau pusat kuarantin.

 

“Orang ramai berkata, ‘Sekarang ada tiga orang. Seorang menteri dan dua timbalan menteri, di mana mereka?

“Keadaan telah bertambah buruk dan memerlukan mereka dilihat dan bertanggungjawab, bukan hanya terhadap pengarah kesihatan sahaja.

“Anda mesti terlihat, jangan takut dikritik. Dan jangan hanya berusaha untuk dipuji,” katanya.

Menurut Dzulkefly, jika mereka gagal memenuhi tugas menangani krisis kesihatan yang sedang berlangsung maka mereka patut “melakukan hal yang baik” dengan mengundurkan diri atau menyerahkan jawatan mereka kepada perdana menteri dan membiarkan perdana menteri memutuskan langkah-langkah selanjutnya.

Dzulkefly juga menggesa Kementerian Kesihatan untuk melibatkan para pakar dari luar KKM di dalam sektor awam dan swasta.

Katanya lagi, ramai yang sudah memberikan cadangan untuk meningkatkan maklum balas kerajaan menangani wabak ini yang dapat diambil oleh kementerian dalam melaksanakan penyelesaian tersebut.

Gambar fail, lawatan Timbalan Menteri Kesihatan 1 Dr Noor Azmi ke hospital di Perak.

 

Dr Dzulkefly berkata adalah wajar apabila kerajaan mengambil banyak saranan yang dikemukakan oleh kumpulan pakar dalam surat terbuka yang ditujukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini termasuk menempatkan pesakit Covid-19 dengan sedikit gejala atau tanpa gejala untuk kuarantin kendiri di rumah dan tidak dimasukkan ke hospital, serta menggunakan ujian antigen yang cepat dengan lebih meluas dalam mengesan penularan wabak.

“Kita sebenarnya tidak perlu menggunakan peraturan darurat untuk ‘menasionalisasi’ kemudahan (hospital swasta) bagi mendapatkan aksess terhadapnya supaya Kementerian Kesihatan dapat mengurangkan beban di hospital (awam) Covid-19 kita.

“Banyak yang dapat dilakukan lebih awal lagi hanya jika menteri atau pihak Kementerian Kesihatan sudi mendengarkan pandangan orang lain juga, bukan hanya di Kementerian Kesihatan saja,” katanya.


Adakah rakyat sedar kita diambang kehancuran ekonomi?

 

Adakah rakyat sedar kita diambang kehancuran ekonomi?

Banyak isu PN hanya utk rakyat intelektual

IA TIDAK MEMBANTU TARIK UNDI MELAYU

Satu persatu isu yg boleh dianggap bola tanggung kpd parti pembangkang utk menyerang kelemahan pentadbiran kerajaan PN. Persoalannya adakah ia akn membantu dlm kempen PRU15 nanti. Jawapannya ia tidak membantu... kenapa?

Isu FDI menjunam 68% ia adalah berita yg patut dibimbangi rakyat Malaysia. Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah hanyalah AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion - jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion - jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion - jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion - jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion - naik 29 peratus).

Ia berita yg menakutkan dan memalukan negara selepas sekian lama negara kita menjadi destinasi utama pelaburan asing. Tidak cukup dgn itu negara kita ditimpa malang bertimpa timpa apabila Skor Malaysia dlm Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International tahun lalu merosot dua mata, iaitu perbezaan ketara. Setahun sahaja kerajaan PN memerintah kita sudah merosot 2 mata.

Jika di negara maju rakyat sudah turun ke jalan raya andaikata Presiden atau PM yg mengetuai kerajaan tidak mahu bertanggungjawab dgn melepaskan jawatan. Di negara kita PM tanpa majoriti terus berkuasa kerana masyarakat Melayu khasnya tidak ambil serius angkara kedegilan Muhyiddin tidak mahu berundur membuatkan ekonomi negara akan terus merudum dari bulan ke bulan.

Jika kita melihat propaganda kerajaan PN melalui media massa semalam mereka kini cuba mengalihkan isu. Sepertimana mereka mengalihkan isu merampas 5 negeri ketika Pandemik tetapi di media dgn menggunakan Profesor2 Kangkung.. pembangkang sebaliknya dituduh tidak prihatin nasib rakyat kononnya di kala Pandemik masih berpolitik.

Begitulah senario ketika ini....apabila malam tadi media mula memainkan isu kononnya pelabur asing tidak mahu melabur ke negara ini adalah kerana gangguan parti2 pembangkang.

Sdgkan umumnya atau pakar ekonomi mengetahui menjunamnya 68% FDI negara kerana pelabur asing tidak yakin kpd kerajaan yg tiada majoriti dan indeks rasuah yg semakin tinggi. Lebih menakutkan pelabur apabila Malaysia ketika ini di era darurat.

Malaysia adalah satu2nya negara di dunia kerajaan memerintah tanpa majoriti. Tiada pelabur berani dtg melabur dan implikasinya puluhan ribu peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Di saat getir pandemik Covid19 apabila byk perniagaan ditutup, negara seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila pelabur asing tidak mahu lagi berurusan di sini lagi.

Kegagalan kerajaan PN bukan sahaja menguruskan ekonomi tetapi menguruskan Pandemik Covid19. Penderitaan ini ditambah dgn perbelanjaan yg besar utk menampung kabinet obesiti. Ekonomi negara kita berada di paras sgt kritikal jika ia berterusan.

Kita yakin 90% bangsa Cina akan menolak kerajaan PN kerana ia berkait rapat dgn ekonomi di mana 80% bangsa ini adalah berniaga. Begitu juga bangsa India yg berang dgn rakan sekutu PN, PAS yg menganggap parti tersebut tidak menghormati bangsa India di negara ini.

Isu ini sgt besar tapi sayangnya ia langsung tidak membantu utk menyedarkan umat Melayu di negara kita. Totok Melayu di kampung memang tidak akn ambil peduli sebab mereka tidak faham kesan FDI, indeks rasuah dan darurat itu kpd ekonomi. Sepertimana peneroka kita sudah beri amaran Saham FGV itu akan merugikan mereka.

Mereka tidak faham mudaratnya puluhan ribu peluang pekerjaan pada anak2 Melayu telah hilang. Mereka tidak tahu ia memberi kesan kpd BSKL. Mereka tidak faham ia mengurangkan pendapatan negara melakui cukai.

Problerm negara kita...Org Melayu hanya takut pada Anwar, Cina DAP, termakan babi atau ayam tidak disembelih, anjing dan hantu. Ceritalah tentang FDI, Indeks rasuah, korupsi, bail out, defisit dan sebagainya... mereka tidak mengerti.

Jadi PH jgn happy sgt sb isu sebesar ini tidak byk membantu memberi sebarang kelebihan. Isu ini hanya laku di mata intelektual Melayu tetapi dianggap isu remeh kpd totok Melayu. Ia tidak byk membantu utk menyedarkan rakyat betapa Azmin Ali gagal membawa pelaburan dan menjaga ekonomi negara dgn baik.

Percayalah mudah sahaja bagi Azmin mahupun Muhyiddin menjelang pilihanraya nanti dlm kempen mereka. Cukup sekadar mereka melaungkan sokonglah kami demi kesatuan Melayu Islam. Partner mereka PAS cukuplah 'mensetankan' org lain dgn dalil dan fatwa mereka...inilah Malaysia tanahair ku.

Norman Radzuan

. Tq

 

BILA CERMIN DIRI DAN UNTUK BECERMIN SENDIRI PUN HILANG

 No photo description available.

KERAJAAN MELAYU ISLE....

 

KERAJAAN ISLE PAS-UMNO la kononnya.. Indeks persepsi rasuah negara kita merudum jatuh 6 anak tangga sejak pengkhianat, perompak & kaki rasuah berkuasa.

Tetapi negara jiran S'pore yg ditadbir bukan Islam jadi satu-satunya negara di Asia yang berjaya berada di kedudukan ke-10

terbaik

dunia.

Memalukan.

SR

 Image may contain: 1 person, text

Mabuk punya pasai...Datuk dan Datuk Sri Bergaduh Berkaitan Helikopter







Kecoh! Viral video Datuk dan Datuk Seri bergaduh tapi yang jadi tumpuan, helikopter di rumah

Kecoh! Viral video Datuk dan Datuk Seri bergaduh tapi yang jadi tumpuan, helikopter di rumah

Bukan setiap hari anda melihat helikopter diparkir di perkarangan rumah.

Apatah lagi diletakkan bersebelahan beberapa motosikal, seolah-olah ia perkara biasa.

Namun, itu hakikatnya di sebuah taman perumahan di Puchong.

Helikopter itu disebut menjadi punca pertelingkahan dua jiran.

Perbalahan mereka tular menerusi klip video yang turut memaparkan helikopter itu diparkir di sebuah rumah mewah.

Helikopter itu dikatakan milik seorang bergelar Datuk Seri manakala jiran yang berkelahi dengannya seorang Datuk.

Punca perbalahan mereka kurang jelas, tetapi yang menarik perhatian adalah helikopter yang diparkir di rumah Datuk Seri itu.

Ketua Polis Serdang Razali Abu Samah berkata, Datuk Seri itu tidak melakukan kesalahan undang-undang dengan meletakkan helikopter milik beliau di rumahnya.

“Semua ok. Mereka berdua sahabat dan apa yang berlaku adalah hanya perselisihan pendapat. Tidak ada sebarang kesalahan undang-undang,” kata beliau.



Video Player

Adakah Malaysia juga akan ikut jejak Italy?

 


Adakah Malaysia juga akan ikut jejak Italy?


MENARIK jika kita telusuri politik yang berlaku di Itali baru-baru ini. Tentunya perkara itu terjadi, berkait rapat dengan integriti diri. Bukan mudah untuk meletakkan jawatan apatah lagi kuasa tersebut memberikan pulangan yang ‘besar’ kepada diri seseorang itu. Kisah ini sangat memberikan inspirasi sebenarnya. Sayangnya, ia bukan terjadi di negara kita ketika rakyat inginkan jati diri sebuah negara yang kepimpinannya kompeten, berintegriti dan berwibawa serta bersih daripada pelbagai salah laku.

Sudah banyak yang kita dapat lihat perkara sebegini berlaku di beberapa negara sebelum ini terhadap pemimpinnya. Apabila gagal mengurus negara dan jelas tidak perform, lalu mereka meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih baik
daripadanya.

Kemelut politik Itali

Sebenarnya krisis politik negara tersebut telah bermula dengan penarikan diri mantan Perdana Menteri, Matteo Renzi (2014-2016) mewakili parti kecilnya, Viva Italia daripada gabungan Parti Demokrat yang berkuasa setelah mengkritik selama berminggu-minggu bagaimana kerajaan menangani krisis kesihatan dan kemelesetan ekonomi.

Penarikan diri ini menyebabkan Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte kehilangan majoriti mutlaknya di Senat dan mengundurkan diri daripada jawatannya semalam (Selasa), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Itali. Conte menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Presiden Sergio Mattarella bagi membuka jalan untuk perundingan rasmi tentang bagaimana mengatasi krisis politik yang melanda.

Kenyataan itu menambah bahawa Sergio Mattarella akan memulakan rundingan dengan pemimpin parti pada hari hari ini sambil menambah bahawa Conte telah diminta untuk tetap berada dalam posisi sementara ketika perbincangan berlanjutan. Krisis politik yang mendalam terjadi ketika pandemik Covid-19 telah membunuh lebih 85,000 orang penduduk Itali yang mana ia adalah jumlah kematian kedua terbesar di Eropah selepas Britain dan yang keenam di dunia.

Dalam pada itu, usaha untuk memikat senator pusat dan bebas ke dalam gabungan tersebut bagi mengisi jurang yang ditinggalkan oleh penarikan diri Rentsi telah mencapai sedikit kejayaan, meninggalkan Conte menghadapi situasi yang mana beliau tidak mempunyai alternatif selain mengundurkan diri. Pejabat Mattarella menyatakan, beliau akan memulakan pada petang hari ini (Rabu) bagi mengadakan pusingan perundingan tergempar dengan para pemimpin parti untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku.

Sekiranya presiden berpendapat Conte memperoleh sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan, beliau mungkin akan memberinya beberapa hari untuk berusaha mencapai kesepakatan dan membentuk pemerintahan baru. Namun jika Conte tidak dapat mencari pakatan baharu, Mattarella harus mencari calon pengganti yang menurutnya mampu membentuk gabungan yang berdaya maju dan sekiranya semua gagal, presiden negara itu akan mengadakan pemilihan baru dua tahun lebih awal daripada yang sepatutnya.

Lebih baik dilepaskan

Kerana tidak mampu memikul tugasan kepimpinan, adalah lebih baik dilepaskan segala tanggungjawab itu. Mungkin kata-kata ini adalah yang terbaik dipegang oleh semua pemimpin di mana pun posisi mereka berada, apatah lagi jika ia melibatkan kepimpinan negara. Ini kerana ia melibatkan soal integriti dan kompetensi yang perlu dipasakkan utuh dalam diri seseorang itu. Sebagai pengajaran yang kita boleh ambil dalam situasi yang terjadi di Itali, Conte menyedari dirinya tidak layak berada pada posisi tersebut lagi kerana telah hilang sokongan dan kepercayaan majoriti mutlak di Dewan Senat.

Tentunya jawatan utama bagi sesebuah negara itu memberi pulangan yang lumayan kerana ia suatu posisi yang tertinggi. Walau bagaimanapun, tindakan yang dilakukan Conte adalah berkaitan maruah dirinya, mengukur dan mengakui ketidakupayaan dirinya untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu. Sesuatu yang sukar beliau lakukan demi kemaslahatan yang lebih besar buat negaranya.

Bukan mudah, tetapi itulah tindakan yang lebih profesional dan berintegriti yang dilaksanakannya. Pada 15 Januari lalu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengumumkan perletakan jawatannya dalam kerajaan susulan isu skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik. Kes itu berlaku dua bulan sebelum pilihan raya legislatif yang akan diadakan pada 17 Mac dan di tengah-tengah krisis kesihatan yang mana Belanda menguatkuasakan ‘lockdown’ paling ketat yang dikenakan sejak permulaan wabak Covid-19.

Begitulah nilai ‘kehormatan’ yang dapat kita saksikan daripada situasi dua pemimpin negara yang terjadi di awal tahun 2021 ini. Walaupun pandemik Covid-19 melanda, beliau masih mengutamakan kredibiliti dalam melaksanakan amanah yang diberikan dan ketika tidak ada lagi sokongan majoriti serta sokongan rakyat, mereka mengundurkan diri dengan cara terhormat.

Rakyat mahukan politik bersih, amal integriti

Saya memetik kata-kata Wan Haron Wan Hassan dalam sudut kolumnis Sinar Harian 15 Februari 2019 yang bertajuk ‘Nilai integriti dalam Kepimpinan Politik’. “Isu integriti menjadi polemik hebat di kalangan rakyat dan pemerhati politik ekoran dari beberapa kes terbaru melibatkan ahli parti politik. Masalah parti yang kehilangan integriti dan kreadibiliti sudah lama diketahui umum.”

Jelas sekali bahawa integriti berkait rapat dengan jati diri merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan melaksanakan amalan terbaik. Pastinya rakyat di mana-mana negara pun mahukan gelanggang politik menjadi medan bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Politik bersih dan mengamalkan integriti dalam pentadbiran membolehkan pelaksanaan setiap dasar dan program kerajaan berjalan lancar.

Tidak terkecuali, ahli politik terutamanya kepimpinan atasan juga perlulah menampakkan komitmen ke arah mewujudkan dan membina persekitaran bebas rasuah dan berintegriti seperti yang diharapkan rakyat. Ahli-ahli politik janganlah terus bercakaran sehingga isu-isu utama yang perlu ditangani tidak diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Rakyat memerlukan kerajaan yang mengambil peduli dengan masalah-masalah yang menghimpit mereka akibat pandemik yang melanda seantero dunia. – MG

Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia



(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...