Sumbang 1,000 tablet untuk pelajar layak


Mohd Khidir Zakaria

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Sebanyak 1,000 tablet akan diserahkan kepada pelajar serta murid yang layak selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang meneliti permohonan dan keutamaan kepada golongan sasaran B40.

"Setakat ini, kami menerima lebih 1,000 permohonan, jadi kami sedang meneliti mereka difikirkan layak terutama golongan B40 dan M40 atau mempunyai anak ramai.

"Kalau tiada halangan mungkin seminggu dua lagi ia akan selesai dan buat permulaan seramai 1,000 pelajar akan menerimanya untuk Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada pemilik enam gerai di Pasar Besar Port Dickson yang terbakar awal pagi hari ini.

 

No comments: