Adakah rakyat sedar kita diambang kehancuran ekonomi?

 

Adakah rakyat sedar kita diambang kehancuran ekonomi?

Banyak isu PN hanya utk rakyat intelektual

IA TIDAK MEMBANTU TARIK UNDI MELAYU

Satu persatu isu yg boleh dianggap bola tanggung kpd parti pembangkang utk menyerang kelemahan pentadbiran kerajaan PN. Persoalannya adakah ia akn membantu dlm kempen PRU15 nanti. Jawapannya ia tidak membantu... kenapa?

Isu FDI menjunam 68% ia adalah berita yg patut dibimbangi rakyat Malaysia. Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah hanyalah AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion - jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion - jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion - jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion - jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion - naik 29 peratus).

Ia berita yg menakutkan dan memalukan negara selepas sekian lama negara kita menjadi destinasi utama pelaburan asing. Tidak cukup dgn itu negara kita ditimpa malang bertimpa timpa apabila Skor Malaysia dlm Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International tahun lalu merosot dua mata, iaitu perbezaan ketara. Setahun sahaja kerajaan PN memerintah kita sudah merosot 2 mata.

Jika di negara maju rakyat sudah turun ke jalan raya andaikata Presiden atau PM yg mengetuai kerajaan tidak mahu bertanggungjawab dgn melepaskan jawatan. Di negara kita PM tanpa majoriti terus berkuasa kerana masyarakat Melayu khasnya tidak ambil serius angkara kedegilan Muhyiddin tidak mahu berundur membuatkan ekonomi negara akan terus merudum dari bulan ke bulan.

Jika kita melihat propaganda kerajaan PN melalui media massa semalam mereka kini cuba mengalihkan isu. Sepertimana mereka mengalihkan isu merampas 5 negeri ketika Pandemik tetapi di media dgn menggunakan Profesor2 Kangkung.. pembangkang sebaliknya dituduh tidak prihatin nasib rakyat kononnya di kala Pandemik masih berpolitik.

Begitulah senario ketika ini....apabila malam tadi media mula memainkan isu kononnya pelabur asing tidak mahu melabur ke negara ini adalah kerana gangguan parti2 pembangkang.

Sdgkan umumnya atau pakar ekonomi mengetahui menjunamnya 68% FDI negara kerana pelabur asing tidak yakin kpd kerajaan yg tiada majoriti dan indeks rasuah yg semakin tinggi. Lebih menakutkan pelabur apabila Malaysia ketika ini di era darurat.

Malaysia adalah satu2nya negara di dunia kerajaan memerintah tanpa majoriti. Tiada pelabur berani dtg melabur dan implikasinya puluhan ribu peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Di saat getir pandemik Covid19 apabila byk perniagaan ditutup, negara seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila pelabur asing tidak mahu lagi berurusan di sini lagi.

Kegagalan kerajaan PN bukan sahaja menguruskan ekonomi tetapi menguruskan Pandemik Covid19. Penderitaan ini ditambah dgn perbelanjaan yg besar utk menampung kabinet obesiti. Ekonomi negara kita berada di paras sgt kritikal jika ia berterusan.

Kita yakin 90% bangsa Cina akan menolak kerajaan PN kerana ia berkait rapat dgn ekonomi di mana 80% bangsa ini adalah berniaga. Begitu juga bangsa India yg berang dgn rakan sekutu PN, PAS yg menganggap parti tersebut tidak menghormati bangsa India di negara ini.

Isu ini sgt besar tapi sayangnya ia langsung tidak membantu utk menyedarkan umat Melayu di negara kita. Totok Melayu di kampung memang tidak akn ambil peduli sebab mereka tidak faham kesan FDI, indeks rasuah dan darurat itu kpd ekonomi. Sepertimana peneroka kita sudah beri amaran Saham FGV itu akan merugikan mereka.

Mereka tidak faham mudaratnya puluhan ribu peluang pekerjaan pada anak2 Melayu telah hilang. Mereka tidak tahu ia memberi kesan kpd BSKL. Mereka tidak faham ia mengurangkan pendapatan negara melakui cukai.

Problerm negara kita...Org Melayu hanya takut pada Anwar, Cina DAP, termakan babi atau ayam tidak disembelih, anjing dan hantu. Ceritalah tentang FDI, Indeks rasuah, korupsi, bail out, defisit dan sebagainya... mereka tidak mengerti.

Jadi PH jgn happy sgt sb isu sebesar ini tidak byk membantu memberi sebarang kelebihan. Isu ini hanya laku di mata intelektual Melayu tetapi dianggap isu remeh kpd totok Melayu. Ia tidak byk membantu utk menyedarkan rakyat betapa Azmin Ali gagal membawa pelaburan dan menjaga ekonomi negara dgn baik.

Percayalah mudah sahaja bagi Azmin mahupun Muhyiddin menjelang pilihanraya nanti dlm kempen mereka. Cukup sekadar mereka melaungkan sokonglah kami demi kesatuan Melayu Islam. Partner mereka PAS cukuplah 'mensetankan' org lain dgn dalil dan fatwa mereka...inilah Malaysia tanahair ku.

Norman Radzuan

. Tq