Tiada Yang Pelik Hanya Perbualan Biasa...

INILAH AKIBATNYA RAMPAS KERAJAAN SECARA KOTOR

(Con't) Husam Musa: Dialog Isu-Isu Rakyat & Hal Ehwal Semasa Di Pahang

MACAM MANA PLASTIK BOLEH JADI SAMPAH BERSIH?

Anwar Ibrahim: Majlis Perasmian & Pelancaran Bilik Gerakan Utama PRU15 P...LIVES SEKARANG

Bersatu dan PAS bincang kerusi tanpa UMNO di Terengganu

 

Bersatu dan PAS bincang kerusi tanpa UMNO di Terengganu


Bersatu akan berbincang dengan Pas mengenai pembahagian kerusi Parlimen di Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu itu berkata, tiada sebarang perbincangan akan dilakukan dengan UMNO susulan keputusan parti itu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

“UMNO dah lock (kunci pintu), lebih mudah kita bincang dengan dua pihak berbanding dengan tiga pihak,” katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika ditemui pemberita selepas melancarkan inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan di Pasar Tani Putrajaya, di sini pada Selasa.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi Pas pada PRU14 iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO menang dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Parlimen Hulu Terengganu berpindah menjadi milik Bersatu setelah Rosol mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Ditanya adakah beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada PRU15, Rosol berkata: “Jika pucuk pimpinan kata bertanding, saya bertanding, jika kena tarik diri, saya akan tarik diri.” 






Gaji rendah graduan siswazah: Potong gaji menteri selamatkan ekosistem pekerjaan - Dr Zaliha

 


POSTED BY AMIR WRLR


Kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bahawa lebih baik gaji siswazah dibayar rendah daripada menganggur dibidas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa.

Menurut Dr Zaliha, tidak sepatutnya Menteri Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kementerian mesti berpandukan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang meletakkan had gaji tertentu dan memastikan majikan mematuhinya.

"Saya amat kesal dengan pernyataan Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan apabila beliau seolah-olah berlepas tangan menyatakan paras gaji permulaan siswazah yang rendah bukan pendirian kerajaan, bahkan ia adalah persetujuan antara dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Katanya lagi, itu adalah lebih baik daripada membiarkan siswazah itu menganggur.

"Sebagai seorang Menteri beliau seharusnya memastikan Akta Kerja 1955 (Akta 265) itu dipatuhi Majikan demi memastikan ekosistem penggajian pekerja lebih terjamin bagi mengelakkan majikan daripada berbuat sesuka hati dan mengambil kesempatan ke atas upah yang seharusnya dibayar kepada pekerja, apatah lagi terhadap graduan siswazah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Zaliha lagi, sepatutnya menteri memikirkan penyelesaian gaji murah sebagaimana laporan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang melaporkan majoriti golongan lepasan siswazah di negara ini menerima gaji antara RM1,001 hingga RM 1,500, bukan sebaliknya membela majikan.

"Sungguh mengejutkan laporan gaji dikeluarkan DOSM kerana ia kurang daripada apa yang saya sendiri terima ketika saya mula bekerja lebih 30 tahun dahulu.

"Mana mungkin pada graduan dapat meneruskan kehidupan perorangan apatah lagi keluarga, apabila kos sara hidup harian atau bulanan melebihi daripada apa yang mereka perolehi," katanya.

Oleh itu, beliau menyarankan lebih baik gaji menteri yang berpuluh ribu ringgit sebulan itu dipotong atau jawatan Timbalan Menteri dihapuskan bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam, bagi diisi golongan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dan boleh diberi gaji secukupnya.

"Saya mencadangkan potongan gaji kepada Menteri, Timbalan Menteri mahupun Duta tahap Menteri yang mencecah puluhan bahkan ratusan ribu ringgit setiap bulan.

"Bahkan hapuskan sahaja posisi Timbalan Menteri yang tidak kelihatan pun fungsinya dan kembalikan kedudukan GLC kepada yang selayaknya.

"Ini semua bakal membuka ruang untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan penjawat awam yang bukan sahaja menyumbang kepada kekurangan sumber manusia bahkan juga kecekapan pentadbiran kerajaan daripada wang rakyat disalah gunakan untuk memenuhi tembolok kerakusan beberapa orang “political master”," katanya lagi.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata lebih baik mendapat gaji rendah atau bekerja sementara daripada menganggur dan ungkapan beliau itu dikritik oleh para netizen di ruang maya.

“Daripada menganggur, lebih baik sekiranya bekerja dengan mendapat gaji harian dalam tempoh masa tertentu atau secara separuh masa,” katanya dipetik.

 


Pas akan tumbang jika berlaku penjajaran politik di Kelantan

 


POSTED BY AMIR WRLR

Pas tidak akan mampu mempertahankan kerajaan negeri yang dipimpinnya sejak 30 tahun lalu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sekiranya berlaku penjajaran baharu politik di Kelantan.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, sekiranya Umno boleh dirundingi untuk kerjasama pilihan raya (election pact) maka tidak mustahil pentadbiran Pas boleh diganti.

"Kalau KEADILAN cuba membuat jajaran baru dengan Umno, sebenarnya ia satu kelebihan besar di Kelantan

"Di peringkat awal ada ura-ura menyatakan Umno akan bekerjasama dengan kita (KEADILAN), jadi kita di peringkat akar umbi pun mencuba buat kerjasama tersebut sebenarnya.

"Di Kelantan, mengikut beberapa siri perjumpaan bersama (Umno) sebelum ini mereka memberikan tanda positif," katanya.

Mengulas mengenai hubungan Pas dan Umno dalam Muafakat Nasional (MN), mantan Ketua Penerangan KEADILAN Kelantan itu berkata, kedua-dua parti itu seolah-olah tidak mempunyai hubungan rasmi sejak MN ditubuhkan pada 2019.

Menurutnya, MN hanya berfungsi di peringkat pimpinan lebih tinggi atau di peringkat nasional, sedangkan di akar umbi tidak kelihatan kerjasama yang signifikan.

Selepas Perhimpunan Agung Umno dan parti itu mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu, katanya, keadaan menjadi lebih dingin dan tidak mustahil hubungan Umno - Pas di Kelantan dalam keadaan retak menanti belah.

"Daripada segi hubungan, saya tengok antara Pas dan Umno, saya rasa sudah semakin retak dalam Muafakat Nasional

"Pas kita tengok lebih pro kepada Bersatu dan saya tidak yakin hubungan di dalam MN akan kekal

"Saya rasa Pas akan tumbang dekat sini (Kelantan) dalam PRU ke 15," katanya lagi.

Zinda juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan pelbagai penjuru di antara parti-parti besar seperti PN, PH dan BN serta parti-parti kecil tempatan, yang memerlukan Pakatan Harapan mencari rakan strategik untuk menjamin kemenangan dan mengambilalih teraju pemerintahan negeri.

 

Pemimpin UMNO gesa Tok Mat ganti Zahid sebagai Presiden

 


Pemimpin UMNO gesa Tok Mat ganti Zahid sebagai Presiden


Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

Selain penentangan sejumlah pemimpin parti, satu rakaman audio menunjukkan perbincangan antara Zahid dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut tersebar di media sosial.

Ketulenan rakaman itu belum disahkan tetapi ia telah beredar dalam lingkaran Umno, membayangkan pertembungan dalam Umno kini kian sengit.

Menurut laporan Free Malaysia Today hari ini, Nazri memberi peringatan yang peluang BN untuk menang dalam PRU15 amat tipis jika Zahid kekal sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Dia membangkitkan apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC minggu lalu sebgai contoh Zahid tidak lagi dihormati oleh parti komponen BN.

“Komponen BN nampaknya tidak menghormatinya (Zahid). Lihat sahaja AGM MIC hujung minggu lalu di mana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada para perwakilan.

“Sekiranya presiden Umno dan pengerusi BN kuat, tidak ada parti komponen yang berfikir untuk mengundang orang luar. Ini sangat memalukan,” katanya seperti dipetik.

Setelah memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, Umno dijangka bakal bertembung dengan parti serpihannya itu pada PRU akan datang.

Bagaimanapun terdapat pemimpin dalam Umno yang berpendirian parti itu perlu kekal bekerjasama dengan Bersatu dan PN.

Nazri yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada Januari lalu mencadangkan Timbalan Presiden Mohamad Hasan mengambil alih kepimpinan daripada Zahid yang kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.

“Selagi dia ada, Umno tidak akan dilihat sebagai parti yang bersih kerana perbicaraannya.

“Sekiranya Zahid berundur, ia tidak akan menimbulkan masalah mengenai siapa yang harus memimpin parti kerana kita (Umno) hanya mengikut hierarki. Tok Mat (Mohamad Hasan) ambil alih,” katanya lagi.

Dia menyuarkaan keyakinan Mohamad mampu mengetuai Umno dan berharap bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan melakukan reformasi dalam parti itu.

Semalam, Ketua Umno Simpang Renggam Zakariah Dullah turut menggesa Zahid berundur.

Pada masa sama, timbul bantahan terhadap rancangan menangguhkan pemilihan Umno kepada tahun depan. Penangguhan itu akan membenarkan Zahid kekal sebagai presiden.

Menurut Perlembagaan Umno, pemilihan parti boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan.

‘Lebih mudah jika Zahid berundur’

Dalam pada itu, Naib Ketua Umno Simpang Renggam Onn Hafiz berkata banyak pihak yang merasakan Umno akan kalah pada PRU15 jika Zahid terus menjadi presiden.

“Desakan untuk pemilihan dilakukan segera adalah kerana ramai pemimpin berpandangan bahawa UMNO akan kalah jika Presiden memimpin kita ke medan perang PRU15.

“Bukankah lebih mudah jika presiden berundur untuk selamatkan parti?” soalnya dalam kenyataan.

Katanya, amat penting untuk Umno menyelesaikan persoalan ini serta menunjukkan parti itu sudah mengambil pengajaran daripada PRU lalu.

Katanya, pengundi akan membuat pilihan berdasarkan apa yang ditawarkan Umno, termasuk calon perdana menteri.

“Tanya sahaja kepada mereka yang terdekat dengan kita…sama ada presiden UMNO sesuai ditawarkan sebagai calon perdana menteri,” katanya lagi.





SELEPAS DIBERIKAN NOTIS BANKRAP DAN SEBELUM JADI PAPA KEDANA, SEKARANGLAH MASA TERBAIK NAJIB JATUHKAN MAHIADDIN


 Dalam tulisan atau luahan perasannya yang panjang lebar semalam, Najib Razak menganggap notis bankrap yang dikemukakan LHDN kepadanya adalah untuk mengaib dan mencemar reputasinya.

Notis berkenaan juga, tambahnya adalah bermotif politik dan bertujuan mengawal musuh.

Bekas Perdana Menteri itu seterusnya menggariskan tiga sebab ia dilakukan terhadapnya:-

Pertama, undian dijalankan penyelidikan UUM dan Utusan TV melibatkan 60,000 responden menunjukkan yang beliau adalah Perdana Menteri pilihan bagi PRU15 dengan separuh dari undian manakala PM pada masa ini jauh di belakang dan hanya menduduki tempat keempat.

BN pula dipilih sebagai gabungan pilihan pertama dalam undian manakala PN di tempat tercorot.

Kedua, keputusan PAU2020 untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu/PN ketika PRU15 akan datang.

Ketiga, bermulanya rayuan kes SRC di mana Najib penuh yakin dengan mempunyai 307 alasan kukuh mengapa hakim yang tidak berpengalaman serta tiada pengalaman mengendali kes jenayah dan tiba tiba dipindahkan dari mahkamah sivil menggantikan hakim jenayah berpengalaman selepas perbicaraan bermula, membuat keputusan dengan mensabitkan hukuman bersalah terhadapnya.

Kata Najib lagi, pasukan peguambelanya yakin beliau mempunyai peluang yang baik dalam rayuan ini apatah lagi ahli keluarga salah seorang saksi pendakwaan didapati menerima ratusan juta dari Jho Low selepas sabitan terhadapnya dijatuhkan.

Selain itu, Najib turut mengaitkan kesimpulan terkini kes pelupusan harta di mana pendakwa raya gagal membuktikan barangan dan wang yang disita daripada kediamannya adalah diperolehi dari dana 1MDB.

Malah, dakwanya, hakim telah menolak afidavit pendakwaraya yang dikemukakan pada saat akhir dan hakim dijangka akan membuat keputusan untuk kes tersebut pada bulan depan.

Dengan notis bankrap itu yang menungkinkan semua akaun bank dan harta miliknya dirampas, seterusnya akan jadi papa kedana, Najib bagaimanapun berkata, pasukan peguamnya akan membuat rayuan untuk menangguhkan hukuman tersebut.

Bermakna dalam hal ini, Najib masih mahu mengikut sistem dalam usaha mempertahankan dirinya, meskipun sudah berkali-kali juga mengatakan tuduhan terhadapnya adalah bermotif politik.

Walaupun saya antara yang banyak mengkritik Najib ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri, malah saya sempat menerbitkan enam buku sebagai sebahagian usaha menjatuhkannya sebelum PRU14 lalu, kali ini saya benar-benar bersimpati terhaadap apa yang menimpanya.

Ternampak tidak masuk akal beliau boleh dikenakan cukai peribadi sebanyak RM1.7 bilion hanya kerana sumbangan yang diterimanya.

Adakah dengan cukai sebesar itu bermakna Najib lebih kaya daripada Robert Kouk, orang paling kaya di Malaysia?

Lagi pula, LHDN sendiri pada 2016 pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dana RM2.6 bilion yang diterima Najib tidak perlu dikenakan cukai kerana ia dianggap sumbangan untuk politik.

Mengapa setelah kerajaan berubah dengan Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 2018, tiba-tiba pendirian LHDN berubah?

Makanya, untuk menganggap tindakan LHDN mengenakan cukai sebanyak RM1.7 bilion, kemudian disusuli notis bankrap pada hari pertama bicara kes rayuan Najib bermula sebagai tidak bermotif politik terlihat sukar untuk dipercayai.

Lebih ramai akan percaya tangapan sedemikian berbanding cubaan untuk meyakinkan ia dilaksanakan berdasarkan undeng-undang.

Lagi pun, jika tidak bermotif politik dan undang-undang didaulatkan, mengapa kes Azmin Ali berkaitan video Haziq masih didiamkan sehingga sekarang?

Daripaad era Tun Mahathir hinggalah kepada Mahiaddin Md Yasin jadi Perdana Menteri sekarang, Azmin bukan saja masih bebas lepas, malah terus jadi anak emas kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Kalau bukan bermotif politik, apakah alasan lain tidak mengenakan tindakan terhadap Azmin di mana semua orang yang menonton video tersebut percaya itu adalah beliau.

Tidak mustahil jika Azmin sendiri pun menonton video Haziq itu, beliau turut tidak terkecuali percaya itu adalah dirinya.

Dengan perbandingan mudah antara kes Najib dengan kes Azmin, tidak dapat tidak, sukar untuk menafikan kedua-duanya tidak bermotif politik.

Kalau Najib dibawa ke pengadilan dan diberi ruang membela diri, Azmin juga sepatutnya tidak dikecualikan daripada proses yang sama.

Oleh kerana rata-rata percaya ia bermotif politik, malah Najib sendiri percaya 100 peratus motif politik mengapa beliau diperlakukan sedemikian rupa, melawannya mestilah juga dengan politik.

Walaupun melawan melalui sistem bukan suatu kesalahan, tetapi melawan dari segi politik harus juga dipertingkatkan lagi.

Dengan perkembangan terbaru diberikan notis bankrap ini, selain ternampak jelas Mahiaddin meneruskan apa yang dilakukan sebelumnya oleh Tun Mahathir, sebenarnya inilah alasan paling wajar untuk Najib tidak lagi menyokong kerajaan PN.

Sekaranglah masa terbaik untuk UMNO secara en bloc, atau setidak-tidaknya Ahli Parlimen yang bersama Najib dan Zahid Hamidi untuk menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan menjatuhkan kerajaan PN.

Lagi lama kerajaan PN ini dibiarkan berkuasa, selain masa depan Najib akan terus gelap, UMNO juga turut gelap masa depannya. 


(Shahbudindotcom 07/04/2021)






Penjernihan demokrasi dimulai dengan buka sidang Parlimen - AMK Selangor

 




POSTED BY AMIR WRLR


Kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) semalam, kononnya gabungan pemerintah bertekad akan melakukan penjernihan demokrasi melalui penerapan nilai-nilai murni dalam politik hanyalah bersifat kosmetik.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor, Adzman Kamaruddin, bagaimana penjernihan demokrasi akan dilakukan sekiranya prinsip asas demokrasi itu sendiri dicabuli melalui pengkhianatan politik dan penggantungan sidang Parlimen.

"Ada baiknya beliau cermin diri sendiri sebelum mengulas mengenai demokrasi. Pencemaran dan pengotoran di 'muara' demokrasi sejak 23 Februari 2020 tidak akan menghasilkan kejernihan di 'kuala' jika masih mengekalkan pelaku yang sama.

"Umum mengetahui demokrasi ditegakkan di Malaysia melalui pilihan raya, rakyat memilih pemimpin berdasarkan idealisme koalisi parti yang diwakili dan Pakatan Harapan adalah pilihan rakyat pada PRU-14.

"Namun akibat dari kerakusan mereka yang mencabuli prinsip demokrasi, PN yang majoritinya didukung kelompok yang kalah pilihan raya kini memegang tampuk kekuasaan negara.

"Tidak cukup dengan itu, hak Ahli Parlimen untuk mengangkat suara rakyat turut dinafikan apabila Parlimen masih dihalang bersidang dengan alasan pandemik Covid-19 walaupun semua Ahli Parlimen telah mengambil 2 dos vaksin," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan pemerintah tetap meneruskan penggantungan Parlimen itu, kata Adzman, merupakan satu pengkhianatan demokrasi yang tidak boleh dijernihkan selalui usaha-usaha di sektor lain.

"Bagi saya keputusan pemerintah menghalang Parlimen bersidang tanpa sebarang alasan yang kukuh ini memberikan dampak buruk kepada imej negara di mata dunia apabila prinsip demokrasi secara terang-terangan dicabuli.

"Seiring dengan kenyataan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya mengulangi gesaan agar Parlimen dibuka secepat mungkin selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari lalu," katanya lagi.

Semalam, Ketua Penerangan Pemuda PN, Hilman Idham berkata, PN komited untuk melakukan penjernihan demokrasi melalui penerapan nilai-nilai murni dalam politik selepas berlakunya pelbagai ketegangan dan perebutan kuasa dalam kalangan elit.

 

RAKAMAN MIRIP SUARA SAJA TU....BIASALAH SEMBANG KAWAN LAMA....

 


Panas! Portal pro-Azmin dedah perbualan telefon mirip suara Anwar dan Zahid

Panas! Portal pro-Azmin dedah perbualan telefon mirip suara Anwar dan Zahid

Sebuah rakaman audio perbualan telefon di antara presiden Umno dan PKR menunjukkan bukti paling jelas bahawa wujud perancangan bersama dua pemimpin itu bagi mencorakkan nada kecenderungan perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

Beberapa fail rakaman audio perbualan telefon yang tular di media sosial dan aplikasi perbualan dalam talian menunjukkan dua pemimpin itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Saya, dah 22 tahun, baru saya follow Perhimpunan Agung Umno,” kata Anwar sambil ketawa selepas memberi salam kepada Zahid dalam rakaman perbualan tersebut.

“Don’t worry, that is only tactical, OK,” jawab Zahid.

“No, no, okey, okey, I tengok ucapan you bagus, and then you did mention about majlis tertinggi, and of course kita nak finish the game, tapi kalau you dah fikir mandat tu, okeylah, cuma ada kerja sikitlah dengan MT,” kata Anwar.

Mereka berdua dipercayai merujuk ucapan Zahid dalam PAU yang tegas mengatakan beliau komited dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno iaitu “No DAP, No Anwar” dalam usaha membina kerjasama politik pada masa akan datang.

MalaysiaNow yang menerima rakaman audio berkualiti tinggi melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.

Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Zahid ketika PAU mengumumkan mandat yang diperolehinya.

Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah di atas ucapan beliau di PAU, dan Zahid pula turut membalas pujian Anwar itu.

Zahid: You tahu siapa cikgu saya kan?

Anwar: Good lah, good. I’m very proud of you.

Zahid: Thank you, thank you. Cikgu saya yang ajar saya ucapan ini adalah orang yang saya tengah bercakap inilah.

Dalam ucapan penggulungannya ketika PAU baru-baru ini, Zahid turut memohon perwakilan untuk berdiri bagi menyatakan sokongan terhadap usul putus hubungan dengan PN.

Beliau kemudian mengisytiharkan usul tersebut diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan.

Pada satu bahagian perbualannya dengan Anwar, Zahid turut menyentuh perkara berkenaan ucapan perwakilan Umno Perlis, Shahidan Kassim yang menolak cadangan dari presiden Umno itu .

MalaysiaNow difahamkan ucapan tersebut tidak disiarkan secara langsung seperti ucapan-ucapan lain yang menyokong Zahid.

Zahid: Shahidan je yang against the motion, kena boo lima, enam kali.

Anwar: Betul, betul. Only if we could get one minister to resign… tapi tak ada seorang pun yang berani.

Zahid: Penakut.

Anwar: Hanya yang Perak tu, apa namanya, Shamsul, yang kata dia akan resign…

Zahid: Ya, betul.

Anwar: Kalau dia boleh, one or two days, dia kata, ‘Saya respect mood perhimpunan, saya orang Umno, saya patuh’, jadi begitulah. Tak apalah, kita tengoklah. Tapi good lah, terima kasih, congratulations.

Zahid: Thank you for your concern, thank you for your moral support.

Shamsul dalam perbualan tersebut merujuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah, yang sebelum ini berkata beliau akan meletak jawatan dari Kabinet jika diarahkan Umno.

Dalam perbualan mereka, Anwar mengingatkan Zahid mereka akan bertemu pada malam Selasa, sebelum berkata masih ada perkara yang perlu dilaksanakan

Anwar: Tapi itu tak habis lagi. Ada sikit lagi. Sebab, kalau katalah you [senyap], maka you kena call for an emergency meeting MT tau.

Zahid: Tak apa, tak apa, I can do it, I can do it.

Anwar: Because kalau you kena mengadap, macam sekarang [senyap]

Anwar kemudian mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Zahid, di samping turut berseloroh supaya beliau memberitahu isterinya, Hamidah Khamis, bahawa suaminya membuat Anwar berbangga.

“Alhamdulillah, tell Midah, ini first time Anwar bangga,” kata Anwar sebelum menamatkan panggilan.

Zahid merupakan sekutu utama Anwar ketika mereka bersama-sama berjuang dalam Umno ketika ia dipimpin Dr Mahathir Mohamad pada tahun 90-an.

Anwar ketika itu dilihat sebagai bakal pengganti Mahathir sebelum perdana menteri itu memecat beliau daripada parti dan kerajaan pada 1998.

Zahid juga adalah antara teman rapat Anwar yang turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Anwar dipecat.

Beliau kemudian mengalihkan sokongan dan berikrar untuk setia kepada Mahathir dan mendaki karier politiknya ketika Anwar meringkuk dalam penjara.

Sumber : https://www.malaysianow.com/berita/2021/04/07/pendedahan-perbualan-telefon-tergempar-antara-anwar-dan-zahid/


Gaji graduan rendah: Sikap menteri akan menyebabkan cerdik pandai lari keluar negara

 


POSTED BY AMIR WRLR

Sikap para menteri di Malaysia yang tidak peduli mengenai gaji rendah diterima graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi boleh menjadi penyebab golongan cerdik pandai keluar meninggalkan negara (brain drain) dan mencari pekerjaan di luar.

Hal itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir bersama Setiausaha AMK, Syukri Razab.

Bagi mereka, walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih gagal membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 namun menteri tidak boleh lepas daripada tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat usaha mereka untuk mengelakkan pekerja dimanipulasi majikan dalam isu upah dan gaji.

"Menteri mesti bertanggungjawab dengan menjelaskan, terutama kepada golongan graduan berkenaan strategi dan pendekatan yang kerajaan usahakan mengekang manipulasi ini, serta usaha meningkatkan gaji minima.

"Di samping itu, situasi gaji amat rendah ini juga akan menjejaskan usaha negara mengekang fenomena brain drain (penghijrahan cerdik pandai bekerja di luar negara) yang menurut firma pengurusan pelaburan global, Schroders sebagai antara punca permasalahan ekonomi Malaysia.

"Ini sudah pasti akan memberi kesan besar terhadap masa depan negara sekiranya fenomena ini tidak dapat dibendung akibat kegagalan polisi kerajaan.

"Menteri-menteri PN seharusnya lebih peka menyelami permasalahan rakyat dan hentikanlah daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekeh atau menyalahkan rakyat yang mendambakan pembelaan," kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut mereka lagi, gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed agar graduan bersyukur walau bergaji rendah amat mengecewakan dan menyimpang dari persoalan pokok yang perlu beliau jawab.

"Begitu juga kenyataan Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia pada Ogos 2020 yang menyeru supaya pekerja menerima kerja bergaji rendah daripada tiada kerja langsung dan mengulanginya sekali lagi semalam agar graduan menerima tawaran gaji sedia ada daripada menjadi penganggur.

"Kenyataan yang memperlekeh graduan serta golongan pekerja ini memberi gambaran kegagalan menteri untuk memahami realiti sebenar permasalahan di kalangan graduan. Maka tidak hairanlah ekonomi Malaysia kini berhadapan dengan kelembapan ketara dan gagal berada di atas landasan sepatutnya dalam fasa pemulihan," kata mereka

Menurut Akmal dan Syukri lagi, fakta kegagalan pengurusan ekonomi Malaysia diburukkan dengan kemerosotan mendadak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) sehingga 68 %, penguncupan KDNK bagi tahun 2020 yang menyusut kepada -5.6 % serta peningkatan pengangguran sehingga 772,900 orang dengan kadar 4.8 % pada Disember 2020, walaupun Program Pengekalan Pekerjaan dan Program Subsidi Upah telah diperkenalkan.

Kata mereka, kemelesetan ekonomi itu kini ditambah pula dengan kenyataan culas menteri seolah-olah merestui tindakan sesetengah majikan memanipulasi keadaan secara membuang pekerja berpengalaman dan mengambil graduan sebagai pekerja baharu untuk ditawarkan gaji jauh lebih rendah.

Hal itu, kata mereka bukan sahaja menurunkan produktiviti dan menjauhkan pelabur tertapi juga menjadi faktor yang menjejaskan peratusan peningkatan gaji tahunan pekerja-pekerja di Malaysia.

Baru-baru ini dalam laporan Perangkaan Malaysia (DOSM), dilaporkan majoriti golongan lepasan siswazah di negara ini menerima gaji antara RM1,001 hingga RM 1,500, tidak cukup untuk membiayai hidup di kota besar yang memerlukan pendapatan di atas RM2,500 untuk menjamin hidup yang lebih selesa.

 

LAGI DUIT HILANG DI ZAMAN TEBUK ATAP

 Panas! Saarani dedah dah bagi RM4 juta pada Perak FC, siapa kata kerajaan negeri tak bantu?

Panas! Saarani dedah dah bagi RM4 juta pada Perak FC, siapa kata kerajaan negeri tak bantu?

Peminat bola sepak Perak tidak sewajarnya menuding jari dan meletakkan seratus peratus kesalahan kepada kerajaan negeri, susulan kegagalan Perak FC membayar gaji barisan pemainnya selama dua bulan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad menegaskan, isu berkenaan gaji pemain dan sebagainya bukan menjadi tanggunggjawab kerajaan negeri sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya mengambil maklum mengenai rungutan dan isu tersebut, di samping bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.

“Tidak betul jika mereka kata kerajaan negeri langsung tidak membantu, bila saya mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 10 Disember tahun lalu, waktu itu mereka telah tertunggak bayaran kepada para pemain selama dua bulan.

“Saya telah mengambil inisiatif untuk memujuk beberapa GLC untuk membayar (gaji) sebenarnya itu bukan tanggungjawab saya.

“Tetapi saya telah membayar menggunakan GLC untuk dua bulan tunggakan. Selepas itu saya difahamkan mantan Pengerusi PAFA letak jawatan dengan teamnya.

“Kita sudah bantu kira-kira RM4 juta, dulu saya bantu RM2.5juta untuk tertunggak dua bulan dan baru-baru ini lagi RM1.5juta, jadi tidak adil untuk kata kerajaan negeri tak membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Parlimen Tanjung Malim, di sini pada Rabu.

Yang turut hadir barisan Exco kerajaan negeri serta komuniti setempat.

Dalam pada itu, Saarani berkata kerajaan negeri tidak hanya boleh menumpukan kepada satu jenis sukan semata-semata, khususnya dalam sudut bantuan peruntukan membabitkan kos tinggi.

“Kalau kata bola sepak memerlukan RM2juta sebulan, takkan nilai ini anda letakkan kepada kerajaan negeri untuk menanggungnya… ini tidak adil.

“Sebab ia duit rakyat, bukan duit Persatuan Bola Sepak atau pungutan tiket.. duit cukai ini saya perlu bagi balik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Perak FC berdepan kegagalan membayar gaji pemainnya selama dua bulan.

Sumber memaklumkan genap dua bulan pengurusan Perak gagal membayar gaji pemain.

Jelas sumber, sehingga kini rata-rata barisan pemain Perak masih menghormati kontrak bersama kelab itu dan tidak mahu membuat tindakan secara terburu-buru. 





HEBAT MENIPU YA...


Hamdan Taha



 Hebat dato muda berumur 47 tahun ni mengatur strateji berniaga. Berjaya mengatur projek sehingga bernilai 3.8 bilion


Kerja banyak di bawah JKR putra jaya dan Di Putra Jaya Holding mengunakan 150 syarikat yang di bawah kawalan beliau


Sebenarnya bukan Dato muda ni jer buat kerja sebegini. Di kementerian Pelajaran tender makanan bermasak,keselamatan dan pembersihan pun sama jer kaedah yang di gunakan


Bagi saya sebagai seorang perniaga dia ni hebat dan bijak ikut sistem yang di ujudkan oleh Kerajaan Malaysia


Yang salah ialah semua ini melibatkan pegawai yang turut sama menyusunkan kerja kerja tender tersebut sepakat dan terlibat rasuah. Dan yang salah ialah tidak bijak menyimpan kekayaan yang ada sehingga keterlaluan dalam kemewahan sehingga jika terlebih Allah juga tidak benarkan berlaku dan manusia juga membuka mata dan dengki


Di putra jaya holding dari ujudnya syarikat milik kerajaan ini memang sudah ada unsur monopoli oleh pegawai di situ. Satu ketika semua projek di tentukan oleh seorang pagawai india sahaja dan dia boleh jaga dan susun untuk semua dari bos no 1 sehingga yang lainnya dia yang kontrol dan jaga. Bijaknya pegawai ini dia tidak pernah tunjuk kekayaan. Tetapi dia mati dalam tidur kena serangan jantung..


Mati mengejut ramai yang menangis kerana rahsia dan ada juga duit yang dia simpan tidak tahu kemana dan tidak dapat di tuntut kerana dia seorang sahaja yang tahu. Masa kematian dia semua bangsa datang melawat melayu,cina,pegawai tinggi,kontrator dan macam macam orang datang dan berduka dan tersimpan banyak rahsia...


Menariknya isteri beliau selepas itu terkejut dengan harta yang mereka ada yang di luar pengetahuan isterinya. Ada harta di london,australia,NZ dan kondo yang banyak yunit di kuala lumpur yang tidak pernah pun dia nikmati selama hidupnya....


Kisah benar dan kisah macam ni banyak...


Bayangkan Dato Ayob ketua polis Johor pun berani menyebut ada bekas pegawai polis yang pencen ada duit puluh juta dan ada yang ratus juta tersimpan. Itu polis belum kita selongkar KSN,KSU dan Menteri menteri....jadi negara kita ini ramai jutawan senyap sebenarnya dan itu berlaku dari setiap masa...

APA MACAM SEMUA....LENA LAGI KAH..?


KEDUA KEDUA  PENGERUSI & CEO TH DI ERA PH ADALAH ORG KORPORAT BUKAN AHLI POLITIK atau KELEPET TOKRAT KEPARAT!!...atau Lembaga HITAM Tabung Haji..😜

......................

Dari FB wall Ipohmali....



Siapa yang ikuti laporan kewangan untuk tahun ini, banyak syarikat di senarai awam, agensi hatta GLC kerajaan termasuk Khazanah mencatatkan prestasi kewangan yang lemah dan mengalami kerugian...


Dalam banyak-banyak GLC dan Syarikat di senarai awam, hanya satu Syarikat perbankan yang mencatatkan keuntungan melebihi RM 1 billlion buat kali pertama bagi tahun kewangan 2018, malah telah mencatatkan keuntungan paling tinggi dalam sejarah penubuhan, nak tahu Syarikat apa? Iaitu BIMB (Bank Islam)... 


Tahun kewangan yang lepas Bank Islam mencatat keuntungan lebih RM 700 juta dan pendapatan dividen 37 sen sesaham, manakala, tahun ini 2019 diumumkan keuntungan RM 1.07 billion bersamaan dividen 40 sen sesaham...


Mungkin ramai tidak mengenali siapa arkitek di sebalik prestasi kewangan dan pemulihan Bank Islam... Siapakah dia? Dia adalah Datuk Seri Zukri Samat yang hari ini dilantik sebagai CEO Tabung Haji... Bayangkan Tabung Haji ada kepentingan dalam Bank Islam, tetapi prestasinya berbeza...


Siapa yang ikuti sejarah Bank Islam... Mungkin ramai yang pasti terkejut dengan prestasi Bank Islam, pada tahun 2005 dan 2006... Bank Islam telah mencatatkan kerugian terkumpul lebih RM 1.8 billion... pada tahun 2005 sebanyak RM 500 juta manakala pada tahun 2006 sahaja Bank Islam kerugian RM 1.3 billion... Bank Islam boleh dikatakan hampir muflis atau berkubur seperti Bank Bumiputera...


Ketika itu ramai dari pendeposit... Pelabur yang lari dari Bank Islam... Dan ketika itu lah datangnya Datuk Seri Zukri Samat memperkenalkan pelan pemulihan Bank Islam... Dia dilantik CEO Bank Islam... Ketika Itu Bank Islam dibebani dengan masalah hutang tidak berbayar NPL...


DS Zukri ini ada pengalaman memulihkan syarikat bermasalah, kerana dia datang dari Syarikat Danaharta yang hari ini dikenali sebagai Prokhas yang diletakkan di bawah MoF... Kejayaan Danaharta dahulu memulihkan aset dan Syarikat bermasalah mendapat pujian Bank Dunia... Dan wakil Bank Dunia sendiri tidak mempercayai model pemulihan itu diterajui oleh anak Melayu Muslim... Orang Malaysia...


Jadi tidak hairan lah aset-aset, dan semua instrumen kewangan Tabung Haji yang bermasalah hari ini diletakkan di bawah SPV... Sememangnya itulah kepakaran dan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini... Malah Pengarah dan CEO dalam Prokhas itu sendiri mereka pernah bersama dalam Danaharta...


Siapa yang memahami sejarah bagaimana Bank Islam dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah Bank Islam... Mereka pasti yakin dengan prestasi kewangan Tabung Haji... Hari ini mereka boleh gelak, ketawa dan sinis bila CEO Tabung yang sama mengumumkan dividen hanya 1.25%, iaitu dividen terendah dalam sejarah Tabung Haji...


Dan aku yakin... Masalah Tabung Haji tidak lah sebesar Bank Islam.. Kalau lah Tabung Haji ini sebuah Syarikat disenarai awam... Dah lama aku menambah pelaburan dan saham Tabung Haji di Bursa Saham...


Dengan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini dan sejarahnya memulihkan Bank Islam... Tidak mustahil suatu hari nanti, Tabung Haji pula akan mencatat keuntungan dan dividen (Hibah) tertinggi dalam sejarah...


Hari ini biarlah mereka gelak sepuas-puasnya dengan kebangangan yang tiada bertepi. 


Ipohmali



GELAK LAH LAGI PADA ANWAR IBRAHIM!

Kak Ida Abdullah

40 tahun lalu gaji siswazah melebihi apa yg mereka dpt sekarang. Inilah akibat ketawakan DSAI semasa PRU 13 apabila beliau berkata gaji siswasah sepatutnya RM4, 500 kerana kos sara hidup yang tinggi.


Bayangkan 2013 DSAI syorkan mereka ketawa dan sindir DSAI bermimpi dan nak raih undi. Ha skrg korang rasa la...




APA MACIAM MELAYU ISLE ? WALAUN MANA ..WALAUN ?

 Gempar! Sajat lolos ke Siam?

Gempar! Sajat lolos ke Siam?

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Sajat kini berada di negara jiran namun tidak menyatakan negara dimaksudkan.

“Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, sumber memberitahu Harian Metro, Sajat yang dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor kini sedang bersembunyi di Thailand.

Bagaimanapun sumber enggan mendedahkan bagaimana dia lolos ke negara jiran itu.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laluan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun menggunakan pakej perlancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah berkongsi maklumat berkaitan Sajat yang didakwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Usahawan kosmetik itu mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 







Menteri Agama kata kerajaan belum tetapkan bila pindaan RUU355 akan dibentangkan di Parlimen

 

Menteri Agama kata kerajaan belum tetapkan bila pindaan RUU355 akan dibentangkan di Parlimen


Biarpun mendapat bantahan kumpulan bekas penjawat kanan kerajaan, kerajaan masih mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat terhadap perbuatan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) yang menyalahi undang-undang.

“Kita tidak boleh mengiyakan perbuatan seperti itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad kepada pemberita di Masjid Wilayah Persekutuan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan belum menetapkan bila pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen.

“Pindaan mesti melalui beberapa proses…tetapi kita akan menuju ke arah berkenaan,” tambahnya.

“Kita juga melihat dari segi kemungkinan akan dibentangkan dan diluluskan terlebih dahulu ke Jemaah Menteri dan kalau tiada apa halangan dan suasana membenarkan, kita akan masuk ke Parlimen tidak lama lagi.”

Zulkifli berkata masyarakat sedia maklum “budaya” LGBT bertentangan dengan ajaran Islam dan fitrah manusia, maka pindaan ini ke arah mewujudkan “keharmonian”, “kebaikan”, dan “keselesaan” dalam kehidupan masyarakat.

“Cuma kita kena kendalikan isu berkenaan dengan penuh hikmah, mengajak dan mendidik mereka (golongan LGBT) kembali ke pangkal jalan serta sama-sama membetulkannya,” katanya.

“Selebihnya kita kena tengok dari aspek perundangan dan pandangan pakar mengenai pindaan sebelum Akta 355 dibentangkan ke Jemaah Menteri dan Parlimen.”

Terdahulu, kumpulan G25 membantah cadangan untuk meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dijatuhi ke atas pesalah perbuatan LGBT.

G25 dalam kenyataan berkata pindaan terhadap akta itu dapat ditafsirkan sebagai langkah pertama negara untuk melaksanakan hudud. 



APA MACAM? LAGI PASARAN SUDAH HILANG...

 


Terkini! Sri Lanka sekat minyak sawit Malaysia

Terkini! Sri Lanka sekat minyak sawit Malaysia

SEKATAN Sri Lanka ke atas import minyak sawit Malaysia yang diumumkan pada Isnin dijangka tidak menjejaskan industri komoditi utama negara memandangkan pasarannya semakin berkembang di beberapa negara lain seperti Afrika dan di Timur Tengah.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata permintaan terhadap minyak sawit negara juga semakin meningkat di Filipina dan Vietnam, sekali gus membuktikan kualiti komoditi itu menjadi antara faktor yang membantu memperluas pasaran di peringkat global. –