KERAJAAN FAIL SAMAN LUCUT HAK HARTA NAJIB,ROSMAH RM711 JUTA

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri dan teks



SHAH ALAM - Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfailkan dua saman pelucuthakan terhadap barangan mewah bernilai RM711 juta dimiliki oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Memetik laporan The Edge, dua notis usul dan kenyataan bertulis sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk merampas barangan yang didakwa dibeli dengan dana daripada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ini adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan termasuk Bukit Bintang, tahun lepas," lapor portal berita itu.

Barangan mewah dimaksudkan termasuk kereta dan hartanah yang dimiliki bekas orang nombor satu negara dan isterinya.

Menurut sumber, notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di kawasan Lembah Klang termasuk wang tunai, barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam yang bernilai RM680 juta.

Perisytiharan kedua pula adalah untuk merampas barangan bernilai RM31 juta termasuk 27 buah kereta mewah, wang tunai, 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Difahamkan tindakan melucut hak harta berkenaan dilakukan di bawah Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram turut dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan," kata sumber tersebut.

Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima sebanyak RM236 juta dari Amerika Syarikat.

Wang itu telah dilucuthakkan dari Red Granite Pictures yang dikaitkan dengan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz selepas syarikat itu dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.

NAJIB BOSSKUR KENA TROLL...NAMPAK CAM BODO KAN ?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teksTiada penerangan foto disediakan.

Pembinaan Malaysia Baharu harus berlandaskan dialog, bukan permusuhan


DAP adalah parti yang menolak sikap ekstremisme dan mengambil jalan tengah serta dialog dalam mencari penyelesaian berhubung sesuatu isu, tegas Naib Ketua DAPSY Kebangsaan, Muhammad Shakir Ameer.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tulisan S Thayaparan di laman portal Malaysiakini yang mempersoalkan hasrat DAP mahu bertemu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri bagi menjelaskan tentang salah faham yang timbul berhubung DAP dan Islam.

“DAP, sebagai sebuah parti yang menolak ekstremisme dan sebuah parti yang menggalakkan sebuah Malaysia yang harmoni, di mana setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan ekonomi, boleh hidup bersama dalam kemakmuran; senantiasa bersedia untuk berusaha mencari jalan tengah, bagi mencairkan sebarang bentuk permusuhan dan kebencian – yang dikesali saban hari diapi-apikan oleh sesetengah pihak.

“Kami justeru itu bersedia untuk berdialog, sebagai cara untuk memperbetulkan persepsi salah terhadap parti, terutama dalam kalangan orang Melayu-Islam yang sejak sekian lama diracuni dengan fitnah berkenaan parti, bahawa kononnya kami anti-Islam dan anti-Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Dr Asri sebelum ini mendakwa kononnya Islam terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan menyalahkan DAP atas perkara itu.

Ia bercanggah dengan kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Seri Dr Harussani bin Haji Zakaria yang menegaskan bahawa kedudukan Islam terpelihara di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dalam satu kenyataan turut menepis dakwaan Dr Asri, sambil menegaskan bahawa telah banyak yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri dari DAP dalam memartabatkan syiar Islam.

Beliau turut menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Dr Asri sudah bersetuju untuk berdialog mengenai perkara itu.


GAMBAR-GAMBAR CERAMAH ANWAR DAPAT SAMBUTAN HEBAT DI SANDAKAN

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiriImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramaiImej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai dan luaranImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan malamImej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 24 orang, orang ramai

DAP letak harapan tinggi pada KPN baharu


Ahli Parlimen DAP menyambut baik pelantikan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.

Mereka mengenang beliau sebagai pegawai tertinggi polis yang lantang mencabar rejim Barisan Nasional terdahulu berhubung skandal 1MDB.

Kenyataan pertama Abdul Hamid yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) – yang mendapat tentangan KPN sebelum ini – turut mendapat pujian pemimpin DAP.

Antara yang menyambut baik kenyataan itu adalah Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Menurutnya, tidak ada apa yang perlu ditakutkan anggota polis terhadap penubuhan IPCMC jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya cadangkan supaya tuan melaporkan pegawai polis atasan yang berkeras menentang cadangan penubuhan IPCMC dan pelantikan tuan selaku Ketua Polis Negara yang baharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan bagi melihat sama ada gaya hidup dan aset mereka berpadanan dengan pendapatan peribadi dan isi rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.

Salah satu kes yang perlu diberi perhatian, katanya, adalah berhubung wang sebanyak A$320,000 di dalam akaun peribadi bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang pernah didedahkan sebelum ini.

Turut berkongsi harapan yang sama adalah Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Beliau mahu melihat agar kes kehilangan Amri Che Mat, Joshua Hilmi serta isterinya Ruth, dan Raymond Koh yang dikatakan melibatkan Cawangan Khas (SB) turut disiasat.

“PDRM di bawah pimpinan Ketua Polis Negara yang baharu harus memisahkan dirinya daripada stigma bahawa polis kononnya adalah alat kepada kuasa eksekutif dan dipergunakan dan disalahguna oleh tangan-tangan ghaib demi agenda dendam politik seperti dilihat di bawah pentadbiran Barisan Nasional,” ujarnya. 


ISLAM TERANCAM ?INI DI TENGAH BANDARAYA..KALAU MASJID LAIN BOLEH KE PENANG....

TERAWIH MALAM PERTAMA MASJID NEGERI PULAU PINANG menyaksikan 

A) JEMAAH MUSLIMIN
12 Shaf (1440)
B) JEMAAH MUSLIMAT
Tingkat Bawah
14 Shaf (1120)
Tingkat Atas
Hampir (600)
C) JUMLAH KESELURUHAN
3160 JEMAAH SOLAT
Sepanjang Bulan Ramadan Masjid Negeri Menyediakan :
1. Pusat Asuhan Kanak2 Setiap Malam
2. Rela Kawal Parking & Keselamatan
3. Bubur Lambuk Setiap Hari
4. Majlis Berbuka Puasa Setiap Malam
5. Moreh 8 Rakaat Setiap Malam
6. Moreh 23 Rakaat Setiap Malam
7. Majlis Tadarrus Setiap Malam
8. Qiyamullail Setiap Malam
9. Sahur Setiap Pagi.
10. Makanan Gelandangan pada hari-hari tertentu
11. Bantuan Kepada Yang Memerlukan pada akhir Ramadan
12. Santuni OKU/ Persatuan Pekak
13. Santuni Anak Yatim (Kerjasama UiTM)

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalamanImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan dalaman

ANGGOTA JABATAN AMAL PAS DITAHAN KES FITNAH

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teksImej mungkin mengandungi: 1 orang, dudukImej mungkin mengandungi: 1 orang, kaca mata dan rakaman dekat

SIKAP KADIR JASIN BAHAYA KEPADA MASA DEPAN PH

Baik dari kalangan menteri kabinet atau pemimpin PH, yang jelasnya tidak ada yang terlihat tampil memberi sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad dalam isu perbalahannya dengan Istana Johor sekarang ini.
Ini memberi gambaran bahawa Tun Mahathir hanya bersendirian dalam pertelingkahannya kali ini.
Tiadanya sokongan ini tidak lain disebabkan menteri dan pemimpin PH merasakan tiada kewajaran untuk Tun Mahathir mencetuskan pertelingkahan itu, bukan saja kerana menghormati bulan Ramadan, tetapi juga disebabkan ada keutamaan lain yang sepatutnya dilakukan oleh Perdana Menteri.
Memulihkan ekonomi yang bererti memberi lebih kesejahteraan kepada rakyat, seterusnya menahan kemerosotan sokongan daripada terus berlaku dan menunaikan janji-janji manifesto adalah dua keutamaan yang seharusnya didahulukan oleh Tun Mahathir daripada terus berbalah dengan Istana Johor, khususnya Tunku Mahkota Johor atau TMJ.
Hanya yang terlihat ke depan membela Tun Mahathir ialah A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi atau MPT Bersatu merangkap Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri.
Ketika Tun Mahathir mengeluh tentang campurtangan istana dalam pentadbiran kerajaan, ditambah dengan ketiadaan majoriti dua pertiga yang memustahilkan pindaan perlembagaan dilakukan dan kemudian menyifatkan TMJ sebagai “budak bodoh”, Kadir nampaknya lebih ke depan lagi tindakannya.
Sebagai sesuatu yang dianggap untuk memberi pengajaran kepada TMJ, Kadir malah meminta pihak polis agar membuka semula kertas siasatan lama berkaitan pewaris Sultan Johor itu, selain Lembaga Hasil Dalam Negeri turut diminta meneliti kembali berkenaan banyak mana cukai yang pernah dibayar oleh syarikat perniagaan mereka.
“Jadi kita kenalah buat sesuatu, tak cukup dengan cakap saja,” tulis Kadir lagi melalui Facebooknya.
Tetapi, sementara kita mengakui pihak Istana pun ada masalah dan kelemahannya, sikap Kadir ini adalah bahaya kepada masa depan PH sebagai sebuah kerajaan yang sedang mentadbir negara.
Oleh kerana Kadir berjawatan Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, tindakannya itu, baik meminta siasatan polis terhadap TMJ dibuka semula atau gesaan agar LHDN melihat kembali cukai-cukai perniagaan syarikat milik Istana Johor, ia dengan jelas memberi gambaran bahawa Pejabat Perdana Menteri sedia menggunakan apa saja kuasa yang ada untuk mengarahkan siasatan terhadap mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan.
Apakah ini pendirian yang wajar bagi PH yang baru setahun mentadbir negara?
Kalau pihak istana pun diancam sedemikian rupa, apakah jaminan rakyat biasa tidak diperlakukan lebih teruk daripada itu jika mereka berbeza pendapat dengan kerajaan?
Namun, kenapa hanya cukai perniagaan Istana Johor saja dijadikan sasaran?
Bagaimana dengan istana di negeri-negeri lain yang diketahui turut ada perniagaan masing-masing, tidak mahukah Kadir meminta LHDN menyiasat sama?
Sikap berlebihan-lebihan Kadir dalam membela Tun Mahathir dan menyerang istana ini bukan saja bahaya kepada masa depan PH, malah mengundang lebih kebencian ramai terhadap kerajaan sendiri.
Itu belum dikira lagi ia juga turut memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk terus melemahkan kerajaan dan menambah sokongan mereka.
Yang nyata melalui penzahiran kata-kata Kadir itu serta jawatan yang disandangnya, kerajaan akan dilihat boleh bersikap tidak adil, pilih bulu,selektif dan tiada masalah dalam bermusuh secara berpanjangan dengan pihak istana, walhal Raja dan pentadbiran seharusnya saling bekerjasama kerana kedua-duanya adalah sistem yang sah dalam perlembagaan negara. (Shahbudindotcom 07/05/2019)

Tragedi Bukit Payung, Terengganu: 7/05/2019

Tragedi Bukit Payung, Terengganu: 7/05/2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri

Polis sedang mengesan lebih dari 10 lelaki yang di dakwa telah membelasah seorang lelaki OKU (sebelah kakinya kudung).


** Di fahamkan, mereka-mereka yang terlibat memukul OKU tersebut..adalah dari pengikut-pengikut PASik. Mereka sangka, dengan berkuasanya parti mereka di Terengganu....mereka boleh melakukan apa-apa sahaja walaupun ianya melanggar undang-undang  atau mana-mana peraturan. Walaupun mungkin OKU ini ada melakukan kesalahan sekalipun..."ANDA, ORANG2  TIDAK PERLU MENGAMBIL TINDAKAN @ UNDANG-UNDANG SENDIRI. UNDANG-UNDANG MASIH HIDUP DAN TERPELIHARA".**
Orang-orang  UMNGOK yang ada kat situ...siap bertepuk tangan bagai (tanda meyokong perbuatan jahat dan salah itu).
Sudah hilangkah ketamadunan Islam dalam diri kamu?

(function() { var d = document, w = window; w

Kenali tiga golongan penyebab negara kita mundur

  OLEH :  NORMAN RADUAN POSTED BY AMIR WRLR Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 Ahli Parlimen dikecam dengan pelbagai andaian. Bodoh, ti...