KISAH DATO ZAHRAIN

Related Articles


Zahrain sedih dirujuk lembaga disiplin
Guan Eng: 70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera
Zahrain dihadap lembaga disiplin, Anwar pertahan Guan Eng
Anwar akui BN berusaha ‘pikat’ MP PKR
Zahrain, 2 lagi MP PKR nafi sertai BN
Zahrain: ‘Saya ada prinsip, jangan perlekeh saya’


Oleh G. Manimaran


PULAU PINANG, Jan 31 — Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengulangi beliau belum terlintas untuk meninggalkan PKR sambil menegaskan, “jangan memperlekehkan” beliau dengan spekulasi mahu menyertai BN.
“Saya seorang (pemimpin) yang ada prinsip. Jangan perlekehkan saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.


Zahrain, bekas pengerusi PKR Pulau Pinang berkata demikian apabila ditanya sama ada benar desas-desus mendakwa beliau mahu meninggalkan PKR dan ada diberi tawaran untuk menyertai ataupun menyokong BN di Parlimen.
Zahrain menegaskan beliau masih meletakkan kepercayaan pada perjuangan PKR yang ditubuhkan lebih sedekad lalu.


Justeru Zahrain yang merupakan bekas pemimpin Umno Bahagian Tanjong sebelum menyertai PKR ketika era reformasi berkata, apa yang beliau luahkan hanyalah harapan agar pemimpin PKR khususnya penasihat mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggadai prinsip perjuangan PKR atas nama kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).
PR adalah ikatan tidak formal PKR-PAS-DAP yang mempunyai 82 anggota di Dewan Rakyat.
“Saya minta Datuk Seri Anwar jangan kompromi dalam perjuangan parti. Sebagai ahli parti, saya hanya memberikan pandangan,” katanya.


Semalam Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr. Mansor Othman dan Anwar pula pada hari ini mengesahkan ada usaha untuk memikat ahli-ahli Parlimen parti itu agar menyertai komponen BN atau Parti Cinta Malaysia bagi memperkukuhkan kedudukan BN di Parlimen.
Ditanya apakah Anwar, yang juga ketua umum PR sudah tidak layak memimpin PKR dan juga pakatan itu, Zahrain berkata: “Itu bukan saya yang kata.”
“Bagi saya Datuk Seri Anwar masih kawan saya, beliau adalah pemimpin tersohor Pakatan,” kata beliau sambil mahu Anwar tidak berkompromi dalam soal prinsip PKR.
Minggu lalu Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.
Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.
Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.
Pada April lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.


Mengulas soal integriti dan pegangan pada prinsip perjuangan parti, Zahrain menafikan beliau mengecam Lim kerana masalah peribadi, termasuk kecewa berhubung keengganan Lim untuk tidak menyokong tender pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat RM2.
Sehubungan itu kata Zahrain, dakwaan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow adalah tidak benar sama sekali.


“Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf,” kata Chow di sini semalam.
Oleh itu Zahrain memberitahu, Lim telah bertindak secara tidak profesional apabila memanggil semula tender projek pengurusan berkenaan tanpa mengadakan perbincangan dengannya.
Kata beliau, apabila tender pengurusan kelab itu dibuka hanya sebuah syarikat yang membuat bidaan.


“Oleh kerana hanya satu syarikat mengemukakan bidaan, maka lembaga kelab memutuskan agar syarikat berkenaan menaikkan modal berbayar dan diberikan tawaran projek pengurusan.
“Ini keputusan lembaga, bukan keputusan saya seorang selaku pengerusi kelab... ini keputusan bersama lembaga,” kata beliau.

Bagaimanapun kata Zahrain, Lim telah membatalkan keputusan tawaran projek itu tanpa berbincang dengan beliau dan lembaga terlebih dahulu.
Tindakan Lim itu dikatakan telah mencabar integriti keputusan lembaga berkenaan.
Oleh itu kata beliau adalah tidak wajar mengatakan syarikat RM2 milik anaknya atau keluarganya diberikan projek tersebut.


“Saya berharap mereka akan jaga mulut mereka. Jika masih ada yang terus mengatakan bahawa projek itu hendak diberikan syarikat anak atau syarikat keluarga saya, saya akan mengambil tindakan saman,” katanya
KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)29 Januari 2010/ 13 Safar 1430 H PKPIM KRITIK KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik pihak keselamatan yang dilakukan terhadap kelompok mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadiri perhimpunan aman selepas solat jumaat untuk membantah keputusan pilihan raya kampus di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina.

Memandangkan perhimpunan yang dianjurkan mereka di perkarangan Masjid UKM tersebut dilakukan secara aman, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut. Justeru, PKPIM berpandangan tindakan polis yang telah mencetuskan provokasi untuk menghentikan perhimpunan berkenaan adalah sesuatu yang amat mengecewakan.


Dalam pada itu, PKPIM juga berpandangan bahawa perhimpunan yang dilakukan tersebut tidak memerlukan penglibatan pihak polis disebabkan ianya dianjurkan dalam kawasan universiti. Maka, seharusnya demonstrasi tersebut diselesaikan oleh pihak dalaman universiti sendiri. Justeru itu, bagi PKPIM insiden yang berlaku ini secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah, martabat dan kredibiliti Universiti yang dahulunya gah dengan pemilikan kuasa autonomi.


Lantaran itu, situasi semasa ini menuntut supaya pihak bertanggungjawab mengembalikan kedudukan Universiti sebagai institusi yang bebas dan berautonomi agar martabat universiti sentiasa disanjung dan dihormati oleh semua pihak. Sementara itu, PKPIM turut melahirkan kekecewaan terhadap penangkapan yang dilakukan terhadap dua aktivis mahasiswa Muhammad Huzaifah Jusof Khadidi dan Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah yang didakwa terlibat dalam perhimpunan berkenaan.


Penahanan yang dilakukan ini jelas bertentangan dengan prinsip, amalan dan hak demokrasi yang didokong oleh semua pihak selama ini untuk menyuarakan pandangan. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut menggesa semua pihak khususnya pihak keselamatan untuk memberi jaminan agar insiden yang sama tidak berulang demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia di kampus.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ (860813-38-5543)
Presiden,Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM)013-5303221ipohcitizen@yahoo.com
SEKRETARIAT PPKPIM PUSAT,LOT 2965, JLN. KG. TENGAH 7,KG. TENGAH, BT 6 ½,JLN. GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR .TEL : 03-61842286FAKS : 03-61842285EMEL : pkpim_spp@yahoo.com

SEDIKIT GAMBAR PERHIMPUNAN PEMUDA PAS



DAPATKAN LAPORAN DALAM KONSEP ERA PAKATAN.MAJLIS DI ADAKAN DI KAMPUNG KUBU GAJAH IJOK PERAK DARUL RIDZUAN SEBENTAR TADI