SILA BERI JAWAPAN DENGAN IKHLAS..



Kenyataan Media.
 
SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?




1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H

KERJASAMA POLITIK: AKAR UMBI PAS AKAN TOLAK – TAMRIN GHAFAR

Patutlah sedia maaf, lupakan kesalahan umno.... Nah! Baca ni..Adakah ini betul?????

Wak Rico Rock Kapak's photo.












Sewaktu Husam menjadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat. Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh....
Itulah antara sebab, Husam dimusuhi. Apakah korang masih ingat isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan?



Husam sudah nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan malah rakyat negeri itu sendiri.....banjir besar yang baru lepas itu adalah antara buktinya.

Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak kerana Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan.

Tapi Husam dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah.Dan yang menuduh memfitnah bukan ahli sembarangan!! TMB Kelantan Nik Amar sendiri menghentam Husam.

Di bawah  ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta. Tarikh permohonan ini dibuat pada 20 Jun 2013.

Walaupun Syarikat baru didaftarkan pada 13.6.2013, Seminggu lepas tu pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!!
Masuk akalkah, budak umur 22 tahun buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00, tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri?

Wow! Ada kabel besar rupanya budak nih!:

Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin.
Ini lah yang cuba di sampaikan oleh Husam Musa ... Siapa punya kerja? Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?
Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu? Komisyen? Proxy atau kronisma? Apa-apalah....
Pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih.

Husam Musa - Salinan surat balas dan soalan tambahan ...

https://www.facebook.com/datohusammusa/.../883558...

Sekat dana bantuan sekolah Cina, BN ketandusan strategi – Nizar

Kit Siang: Cakap-cakap isu memaafkan, bila BN mahu bebaskan Anwar?



anwar penjara
KUALA LUMPUR 23 DIS: Di sebalik kesediaan pihak tertentu untuk melupakan kisah lama dan memaafkan dosa politik, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera dari penjara Sungai Buloh.
“Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala ‘dosa’ yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan memaafkan dan melupakan kisah lalu memang baik di sisi agama tetapi ia haruslah diimbangi dengan pelaku berkenaan mengakui kesalahannya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir pada mesyuarat agung PERKASA melahirkan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.
Bagaimanapun, tindakan memaafkan itu dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70-an dan 80-an yang selama ini dizalimi Kerajaan UMNO.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya tuduhan terhadap kartunis politik, Zunar, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi, dan Ketua Perhimpunan BERSIH, Maria Chin Abdullah digugurkan.
“Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.
“Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini,” katanya.
Kit Siang turut mengesa kerajaan supaya memansuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara dan kebertanggungjawab penuh Perdana Menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 billion.
“Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?” katanya.

UMNO ibarat Titanic yang bakal heret PAS tenggelam bersamanya





download
KUALA LUMPUR 23 DIS: Jika diibarat dengan tragedi tenggelamnya kapal penumpang terbesar dunia suatu ketika dahulu iaitu Titanic, UMNO bakal mengheret PAS tenggelam bersama-sama parti pemerintah itu jika kedua-dua parti berkenaan bergabung, kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Beliau berkata, skandal melibatkan kepimpinan tertinggi parti Melayu terbesar itu dan isu kejatuhan ringgit serta ekonomi yang tidak menentu akan menjadi punca kejatuhan dua parti berkenaan.
“Dengan kejatuhan nilai ringgit, harga minyak, harga minyak kelapa sawit dan skandal melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kemarahan kebanyakan rakyat akan meletus.
“‘Titanic’ bernama UMNO akan melanggar aisberg, dan membawa ‘penumpangnya’ iaitu PAS karam bersama-samanya,” katanya dan menambah bahkan ahli kedua-dua parti itu tahu bahana yang akan menimpa mereka.
Chin Tong memberi analogi Titanic kepada UMNO dan menganggap PAS sebagai penumpangnya serta karam disebabkan skandal dan isu berbangkit yang gagal dijawab dan diurus dengan baik.
Tidak mampu untuk meraih sokongan rakyat kerana menzalimi rakyat dengan pelbagai bebanan, beliau berkata, UMNO terdesak mahu mendapatkan sokongan sehingga terpaksa memainkan sentimen perkauman dan agama.
“Senjata terakhir Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sentimen perkauman dan agama,” katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.
Beliau menyeru kepimpinan Pakatan Harapan, malah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sama-sama membina platform dalam memberi harapan, kesamarataan dan membentuk pengurusaan ekonomi baru kepada rakyat negara ini.
Sebelum ini, pada Majlis Multaqa Serantau anjuran bekas pelajar Al-Azhar, Hadi dan Najib kelihatan sedondon berbaju merah jambu seolah-olah membayangkan kerjasama yang bakal terjalin antara dua parti itu.
PAS, bagaimanapun menafikan kerjasama dengan UMNO dan menyifatkan tindakan berbaik-baik mereka itu kononnya demi penyatuan ummah.
Tidak menolak kemungkinan berlaku perpecahan kedua setelah tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH), beliau berkata, kebanyakkan penyokong PAS memilih parti Islam itu kerana mereka menentang pemerintahan UMNO yang tidak cukup ‘Islam’.
“Kebanyakan penyokong PAS menyertai PAS kerana parti itu menentang UMNO, lebih-lebih lagi ketika pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
“Mereka tak akan terlibat dengan PAS jika PAS bekerjasama dengan UMNO di tengah-tengah ketidakyakinan rakyat dan kurangnya integriti parti itu
“Ini bukan masanya untuk bermain retorik politik, kini adalah masa yang getir untuk rakyat Malaysia keluar dari permasalahan politik yang menjerut itu,” katanya.

UMNO tak boleh dimaaf, takkan ‘taubat’ selagi rakyat tak hukum



Kesan-Kenaikan-Harga-Barang
SUBANG JAYA 23 DIS: Ahli Jawatankuasa DAP USJ, Nor Miswary Ramli percaya UMNO yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka, tidak ‘akan bertaubat’ selagi rakyat tidak menghukum parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau percaya tindakan memaafkan parti Melayu terbesar itu hanya memberi ruang kepada pemimpin dan ahli parti itu untuk mengaut kekayaan negara dengan cara salah.
“UMNO tidak akan bertaubat jika tidak dihukum. Memaafkan UMNO adalah memberi tangki oksigen baru kepada penyelam yang mahu menyelam sambil minum air,” katanya
Nor Miswary berkata, UMNO tidak boleh dimaafkan atas kezaliman ke atas rakyat berikutan pengumuman kenaikan pelbagai perkhidmatan yang menyaksikan rakyat menghadapi bebanan kos sara hidup yang tinggi.
“Selepas kenaikan tambang ERL yang tidak munasabah selepas kenaikan kadar tol serta pelbagai kenaikan kemudahan perkhidmatan awam lain, tiada sesiapa pun akan memaafkan UMNO,” katanya.
Beliau berkata, urus tadbir harta awam yang boros dan hutang negara yang kian banyak serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan, tidak boleh dikompromi.
“Hutang negara yang mencecah RM600 billion, hanya kurang 5 peratus sahaja dari kadar siling hutang negara yang dibenarkan, juga menjadi hujah paling ampuh untuk mana-mana rakyat untuk tidak berkompromi dengan UMNO.
“Mereka yang tersepit dengan situasi seperti yang dihadapi anak-anak muda pasti tidak akan menghulur salam kemaafan kepada UMNO. Mereka hanya menunggu Parlimen dibubar untuk menjatuhkan hukum,” katanya.