APA NAK JADI-CURI ENJIN KAPAL TERBANG SEJARAH DUNIA



Enjin F-5E TUDM dijual kepada syarikat di Amerika Selatan


19/12/2009 8:01pm


BAGAN DATOH 19 Dis. — Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.


"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.


"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari ini. - Bernama

Enjin pesawat pejuang pun boleh hilang?
Angkasanuri

SAMA ADA INI KERJA PENGKHIANAT ATAU TIDAK MENTERI JUGA PERLU BERTANGGUNGJAWAB.KERANA JIKA DILUAR SANA.SEORANG MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAAB AKAN MELEPASKAN JAWATAN SEBAGAI TANDA BELIAU MASIH PUNYA KREADIBILITI DALAM MENGURUSKAN TENTERA SESEBUAH NEGERA.

JANGAN JADI PAK PANDIR.DUIT DIBAWA,PENGURUP WANG DI TAHAN,ENJIN HILANG,PENYELUDUP DI TAHAN.MENTERI YANG BETTANGUNGJAWAB MAIN LEPAS TANGAN SAHAJA.

JIKA INILAH NKRA,RAKYAT DI DAHULUKAN,SEMUANYA NAMPAKNYA MAKIN TERUK.BUKAN BESI BURUK SAHAJA YANG DI JUAL , MALAH ENJIN YANG BOLEH DI DIGUNAKAN DAN TELAH TERBUKTI DI BEBERAPA NEGARA DI TINGKATKAN KEUPAYAAN PESAWAT SEPERTI DI THAILAND,PESAWAT INI BERFUNGSI DENGAN BAIK SEKALI.

RM 50 JUTA ADALAH WANG RAKYAT.BANYAK YANG BOLEH DI BUAT DENGAN RM50 JUTA.DIBUATNYA ENJIN TERSEBUT DI JUAL KEPADA PENGANAS DAN PENGEDAR DADAH ANTARABANGSA......MAKA MALAYSIA JUGA YANG BURUK NAMA.....

RANGKA DAN PERANCANGAN PR



Rangka kerja dasar dibahas dalam konvensyen

Saturday, 19 December 2009 4:20 PM Oleh Redzuan



Pakatan Rakyat menggariskan beberapa rangka kerja untuk dijadikan agenda perjuangan pada masa akan datang.


Sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan persekutuan beberapa perkara akan diberi keutamaan segera seperti:



* Pengharaman undang-undang kuku besi,


* Pengagihan bantuan saksama kepada masyarakat termiskin


* Merombak sistem tender yang bergelumang dengan amalan rasuah dan penyelewengan.


Pakatan Rakyat juga akan memastikan Parlimen diberi mandat bagi memperakukan perlantikan pegawai tertinggi Ketua Polis Negara,Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). PR juga berjanji akan memberi royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan sejumlah dari cukai yang dipungut di negeri masing-masing. Bagi sistem pilihanraya pula, undi pos akan dihapuskan


Selain itu PR berikrar akan menyediakan perkhidmatan wifi percuma seluruh negara, melanjutkan tempoh persaraan kepada 60 tahun dan potongan diskaun 50 peratus tambang pengangkutan awam untuk para pelajar, pesara, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.


Untuk memperbaiki jurang antara kaum Akta Hubungan Kaum akan diperkenalkan serta menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak berkenaan undang-undang yang memberi kesan ke atas kaum dan agama.


Kepada pekerja PR akan memperkenalkan dasar gaji minima dan memberikan semua pekerja hak untuk membentuk kesatuan. Begitu juga bagi yang diberhentikan kerja, satu dana pemberhentian pekerja akan diwujudkan. Manakala bagi penganggur program latihan dan penempatan semula akan diperkenalkan.


Usul yang terkandung dalam rangka kerja ini adalah matlamat utama dan merupakan tawaran kepada rakyat dalam menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada penghujung 2010.

PERLU JADI CONTOH TERBAIK


Negeri pemerintahan PR perlu jadi model - Hadi

Saturday, 19 December 2009 5:13 PM Oleh Redzuan




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meyakinkan perwakilan yang menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan MBSA Shah Alam bahawa konsep perjuangan Pakatan Rakyat telah pun diterima oleh rakyat Malaysia yang bersedia untuk membuat perubahan besar pada pilihan raya ke 13 kelak.

Bagaimanapun, untuk mencapai hasrat itu ujarnya, semua pihak dalam pakatan harus tahu dan mencari kaedah terbaik.

"Tsunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepincangan dalam amalan demokrasi," katanya.

Menurutnya, penyertaan PAS bersama PR adalah sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain bagi menyelematkan rakyat daripada terus ditipu dan diperbodoh parti pemerintah selama setengan abad lalu.



"Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka diperbodoh, ditipu dan dirasuah," tegasnya.

Tambah Hadi demokrasi negara ini telah pun memasuki tahap kritikal dan tidak ada cara lain untuk memulihkannya selain menumbangkan kerajaan BN.

"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak.

"Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata," jelasnya.

Dalam perjuangan menumbangkan kezaliman BN itu PAS akan berdiri teguh bersama PR. Katanya Hadi PR adalah model perjuangan bersama yang terbaik setakat ini dan secocok dengan kehendak Islam yang mementingkan keadilan.

"PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama," katanya.

Selain itu Hadi mengingatkan pemimpin PR yang telah diberi amanah oleh rakyat dinegeri yang dimenangi wajib memberikan komitmen terbaik mereka. Apabila negeri tadbiran PR boleh menjadi model pemerintahan yang diidamkan rakyat, tidak mustahil rakyat di negeri tadbiran BN pula akan berubah dalam pilihan raya akan datang.

"Kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu,

"Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan," katanya.