PMX LANCARKAN PERUMAHAN RAKYAT



 Hadir meluncurkan projek perumahan Residensi MADANI Wilayah Persekutuan di Tapak Residensi MADANI Sentral, Presint 7. 







Projek ini menjadi yang terpenting kerana ia menjadi tumpuan dan keutamaan Kerajaan. Tidak ada maknanya kita berbangga dengan prestasi negara dari segi pertumbuhan tetapi rakyat tidak merasainya. 


Justeru, sebagai memaknai pendirian itu Kerajaan berusaha melalui Belanjawan yang baru dibentangkan beberapa minggu yang lalu menekankan aspek pendidikan, kesihatan dan juga perumahan.


Inilah erti sebenar projek mega iaitu menyedia serta memastikan keperluan asas rakyat diutamakan, selain keselesaan kepada peniaga-peniaga kecil di gerai-gerai sekitar ibu kota.


Sebagai Kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab, tanggungjawab kita adalah memastikan peringkat pelaksanaan diberi perhatian semaksima yang mungkin kerana kita tidak mahu kelewatan, dan sekiranya lewat ia akan mendera rakyat dan meningkatkan kos. Oleh yang demikian, pastikan kita pantau sebaiknya agar kita dapat menjelmakan keprihatinan kita kepada projek-projek rakyat keseluruhannya. 


Saya turut tekankan bahawa beberapa pelaburan yang masuk ke negara juga sangat bermakna kepada negara dan rakyat kerana ia akan menjamin kelangsungan negara dan kesejahteraan rakyat. Justeru, cabaran terbesar kepada pemaju-pemaju yang terlibat adalah siapkan sesegera mungkin tanpa mengesampingkan mutu dan aspek-aspek asas perumahan. 


#MalaysiaMADANI



FIKIR DENGAN JELAS.


 

Nak ke petrol RM1.35 seliter tanpa subsidi? Jangan... Kalaulah berlaku, itu maknanya ekonomi kita tengah 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗱𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Kesannya amat besar.


Sebahagian wang kerajaan datangnya dari keuntungan Petronas. Kalau petrol RM1.35 seliter tanpa subsidi, 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 pun akan 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴.


Maknanya sumbangan Petronas kepada negara pun akan berkurangan. Mana kerajaan nak 𝗰𝗲𝗸𝗮𝘂 puluhan bilion, nak beri 𝗦𝗧𝗥 dan 𝗦𝗔𝗥𝗔 bagai.


Aku 22 tahun bekerja dalam 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘁𝗿𝗶 𝗵𝘂𝗹𝘂𝗮𝗻 𝙤𝙞𝙡 & 𝙜𝙖𝙨 ni. Harga minyak jatuh merupakan sesuatu yang 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻. Ramai boleh hilang kerja.


Kenapa masa Mahiaddin jadi PM harga petrol boleh turun? Sebab 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Tak ada orang boleh keluar rumah jadi produk petroleum tak laku. Bukan setakat petrol tapi hampir semua produk petroleum.


Masa tu 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 syarikat minyak 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻. Ada yang agresif lekas buang pekerja. Ada kawan aku diarahkan kecilkan saiz organisasinya sampai akhir sekali 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴.


𝘉𝘦 𝘤𝘢𝘳𝘦𝘧𝘶𝘭 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘸𝘪𝘴𝘩 𝘧𝘰𝘳. Kalau tak faham, tanya. Cakap jangan 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗼𝗺𝗼. Tak semua perkara yang kita rasa elok tu sebenarnya elok.


Industri O&G tak sama macam industri lain. Kos tinggi dan pasaran amat volatile. Sebarang isu antarabangsa boleh beri kesan kepada harga produk.


Jadi ahli politik yang nak bezakan nama keluarga Cina pun tak mampu, baik jangan sentuh bab ni. Baik fokus untuk kes saman berjuta tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.