PMX LANCARKAN PERUMAHAN RAKYAT



 Hadir meluncurkan projek perumahan Residensi MADANI Wilayah Persekutuan di Tapak Residensi MADANI Sentral, Presint 7. 







Projek ini menjadi yang terpenting kerana ia menjadi tumpuan dan keutamaan Kerajaan. Tidak ada maknanya kita berbangga dengan prestasi negara dari segi pertumbuhan tetapi rakyat tidak merasainya. 


Justeru, sebagai memaknai pendirian itu Kerajaan berusaha melalui Belanjawan yang baru dibentangkan beberapa minggu yang lalu menekankan aspek pendidikan, kesihatan dan juga perumahan.


Inilah erti sebenar projek mega iaitu menyedia serta memastikan keperluan asas rakyat diutamakan, selain keselesaan kepada peniaga-peniaga kecil di gerai-gerai sekitar ibu kota.


Sebagai Kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab, tanggungjawab kita adalah memastikan peringkat pelaksanaan diberi perhatian semaksima yang mungkin kerana kita tidak mahu kelewatan, dan sekiranya lewat ia akan mendera rakyat dan meningkatkan kos. Oleh yang demikian, pastikan kita pantau sebaiknya agar kita dapat menjelmakan keprihatinan kita kepada projek-projek rakyat keseluruhannya. 


Saya turut tekankan bahawa beberapa pelaburan yang masuk ke negara juga sangat bermakna kepada negara dan rakyat kerana ia akan menjamin kelangsungan negara dan kesejahteraan rakyat. Justeru, cabaran terbesar kepada pemaju-pemaju yang terlibat adalah siapkan sesegera mungkin tanpa mengesampingkan mutu dan aspek-aspek asas perumahan. 


#MalaysiaMADANI