DAH BANYAK KALI KENA SAMAN...KALI NI AJAR BELIAU CUKUP CUKUP SUPAYA RETI ERTI DUNIA INI BUKAN DUDUK DALAM GUA....

 May be an image of text

((ULANGSIAR)) REALITI POLITIK MASAKINI - BENARKAH DAP ANTI MELAYU - YB A...

ASAL CEK MAU PI SEKOLAH…..YANG MUSIBAT DENGKI BOLEH BLAH


No photo description available.


200 buah laptop sudah sampai. Hati terasa amat gembira. Pesanan ini sebenarnya dah buat awal tapi tersekat kerana isu kekurangan komponen global. Ada kawan-kawan yang nasihat saya stop projek ini memandangkan sekolah sudah buka. Sebab nak kutip dana beli laptop bukan mudah, perbelanjaan ofis sendiri pun sudah nak habis.

Tapi terkenang nasib anak-anak yang tak mampu untuk beli laptop nak belajar, saya buat keputusan teruskan projek 'Asal Cek Mau Pi Sekolah'. Laptop yang kerajaan janjikan pun tak sampai-sampai, kini sudah masuk bulan April. Syukur sekurang-kurangnya di Bukit Mertajam, kita agihkan 500 buah laptop dan tablet setakat ini. Susah sikit takpa, letih sikit takpa. Asal Cek Mau Pi Sekolah, saya akan kerja keras untuk cari dana.

Kriteria nak pohon?

Anak-anak Bukit Mertajam (Tingkatan 5 - Universiti/Kolej) yang bersungguh-sungguh nak belajar dari keluarga kurang berkemampuan (B40 & M40, bergantung kepada bilangan anak).

Saya tak akan tanya kamu kaum apa...

Saya tak akan tanya kamu agama apa...

Saya tak akan tanya kamu undi parti apa...

Asal Cek Mau Pi Sekolah saya akan bantu...

Orang yang derma ada Cina, Melayu, India...

Anak-anak yang dapat ada Cina, Melayu, India...

Kita semua orang Malaysia...

Description: ❤️- Steven Sim Chee Keong, MP DAP Bukit Mertajam

 

Pelajar matrik dikompaun: Pemuda AMANAH sedia lawan KKM di mahkamah!

 Pelajar matrik dikompaun: Pemuda AMANAH sedia lawan KKM di mahkamah!

Kenyataan Media

Saya telah mendapat maklumat terperinci daripada sumber dalaman yang saya terima mengenai kejadian 6 orang pelajar matrikulasi Gopeng yang telah dikompaun sebanyak RM1,500 seorang oleh pihak KKM. Mereka dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

Enam orang pelajar tersebut telah dikompaun oleh pihak KKM ketika mereka datang ke matrikulasi itu baru-baru ini ekoran berlakunya insiden keracunan makanan di situ.

Menurut sumber dalaman yang saya terima, pihak pengurusan matrikulasi juga telah pada hari ini pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah Kampar untuk menyelesaikan kes kompaun tersebut setelah kes tersebut viral di dalam media sosial.

Ini bukan kali pertama saya menerima rungutan seperti ini. Sejak kerajaan mengeluarkan arahan kompaun sebanyak RM10 ribu kepada pesalah kompaun, ramai yang menghubungi saya menceritakan rungutan mereka mengenai tindakan kerajaan ini. Namun, kes yang berlaku ke atas 6 orang pelajar ini, bagi saya, sangat serius dan keterlaluan.

Tanpa mempertikaikan kepentingan dan tanggungjawab untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM, sepatutnya tindakan yang diambil mestilah dilaksanakan dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.

Tindakan pihak KKM ini jelas tidak mencerminkan sikap bijaksana dan budibicara yang sepatutnya dilaksanakan oleh pihak mereka terhadap pelajar terbabit yang selayaknya mendapat kritikan daripada rakyat. Saya difahamkan pelajar terbabit sudah 4 bulan tinggal di matrikulasi tersebut dan tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian. Saya rasa kita semua boleh memahami perasaan pelajar terbabit dalam keadaan ‘terkurung’ seperti itu.

Amat malang sekali, apabila kes-kes pelanggaran Covid-19 melibatkan golongan VIP, pihak berkuasa mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan terhadap mereka tetapi apabila ia melibatkan rakyat bawahan, begitu mudah dan cepat sekali mereka mengenakan tindakan terhadap mereka.

Justeru itu, saya mendesak pihak KKM supaya membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan ke atas pelajar terbabit dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Dalam masa yang sama, saya sebagai wakil peguam Parti Amanah Negara (KANUN) Negeri Perak juga bersedia untuk menawarkan khidmat guaman kepada mereka seandainya isu tersebut gagal diselesaikan oleh pihak KKM dengan kadar segera.

MOHD FITRI ASMUNI
Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak
merangkap Pengerusi KANUN Pemuda AMANAH Nasional
20 April 2021





Menantu Hadi pertahan tindakan kompaun 6 pelajar matrikulasi RM1,500

 

Menantu Hadi pertahan tindakan kompaun 6 pelajar matrikulasi RM1,500


Tindakan penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak bukan untuk menganiayai mereka.

Ini kerana mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kadar kompaun tersebut.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas bagi memutuskan rantaian pademik COVID-19.

“Kepada pelajar-pelajar tersebut jangan risaulah, insya Allah di pihak kerajaan negeri juga prihatin dengan apa yang berlaku dan siasatan sedang dijalankan.

“Antara proses yang ada lagi mereka boleh buat rayuan dan kompaun boleh dikurangkan.

“Jadi jangan risaulah perkara-perkara tersebut dan di peringkat saya sendiri, saya boleh cadangkan supaya pengurangan kos ataupun kompaun tersebut boleh dikurangkan seminimum mungkin, insya Allah,” katanya.

Beliau ditemui semasa Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Dataran Orkid, Batu Gajah, pada Selasa.

Beliau yakin, banyak pihak sudi tampil untuk membantu pelajar-pelajar tersebut, malah beliau sendiri bersedia untuk membantu menyelesaikannya.

Mohd Akmal menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan bersangka baik terhadap pihak KKM yang sentiasa bekerja keras untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Sejak Isnin, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar. .




MALU APA BOSSKU : Najib 'tok dalang' SRC, Darurat ada udang sebalik batu, SKMM perlu tegas...

Kartel, rasuah PDRM: 10 soalan untuk Perdana Menteri - Gobind Singh

 

Astro Awani
Kartel, rasuah PDRM: 10 soalan untuk Perdana Menteri - Gobind Singh
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa gagal menyelesaikan isu kartel dan amalan rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa gagal menyelesaikan isu kartel dan amalan rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga didakwa masih belum mengambil sebarang pendirian tegas berhubung perkara itu meskipun ia sudah dibincangkan secara umum.
“Saya berpendapat bahawa kedua-dua isu ini merupakan masalah serius yang mempunyai kesan negatif kepada PDRM.
“Perdana Menteri harus memainkan peranan dalam hal sebesar ini untuk meyakinkan rakyat bahawa tindakan akan diambil untuk bersihkan PDRM daripada masalah kartel dan rasuah dan juga untuk kukuhkan lagi Jabatan Integriti dengan segera,” katanya dalam kemas kini di laman Facebook, hari ini.
Jelas peguam itu lagi, perkara itu juga tidak dapat dibahaskan di Dewan Rakyat memandangkan negara masih dalam Proklamasi Darurat.
“Jika tidak, sudah pasti saya dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain akan membangkitkannya di Dewan Rakyat,” tambahnya.
Sehubungan itu, Gobind yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia mengemukakan 10 soalan kepada Perdana Menteri.
Berikut adalah soalan tersebut:
1. Adakah benar wujudnya kartel dan budaya rasuah dalam PDRM sepertimana didedahkan oleh KPN?
2. Adakah ia melibatkan pegawai-pegawai kanan polis sepertimana didedahkan?
3. Sekiranya benar, bukankah rasuah itu perkara dalam bidang kuasa SPRM?
4. Kenapa tiada tindakan oleh SPRM dalam perkara ini?
5. Adakah benar bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard cuba lindungi salah laku polis sepertimana didakwa?
6. Sekiranya benar, apakah tindakan yang akan diambil dan bila untuk menangani perkara ini?
7. Ada permintaan untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dan memberi cadangan berkenaan tindakan yang perlu diambil. Apakah pendirian kerajaan berkenaan perkara ini?
8. Apakah status siasatan dalaman yang diumumkan setakat ini?
9. Adakah kerajaan bersetuju bahawa kes-kes rasuah boleh dan harus disiasat secara dalaman dan adakah ini polisi baru kerajaan PN?
10. Sekiranya tidak, adakah benar bahawa kes ini disiasat secara dalaman oleh PDRM sahaja dan sekiranya ya, kenapa ia berbeza dengan kes-kes lain?

VIDEO : Bila Haji Hadi, Pas nak bercakap soal rakyat? Dulu cakap: Pas jadi Keraj...KAH..KAH...KAH

Anwar Ibrahim: Internet Connectivity Kita Gagal, Akan Menyebabkan Kesenj...

VIDEO : MALAYSIA PUDAR DALAM PEPERANGAN COVID-19-HADI AWANG SAJA SUKA



Namun, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, merujuk kepada realiti, (bukan teropong ajaib), bahawa kes COVID-19 yang masih tinggi melebihi 2,000 kes setiap hari menunjukkan kerajaan gagal untuk menangani pandemik itu, walaupun setelah tiga bulan darurat berjalan. “Melihat peningkatan kes sehingga hari ini, kita boleh katakan kerajaan gagal kawal pandemik ini. Sebab itu, saya telah berikan cabaran, sila tunjukkan seksyen mana dalam Ordinan Darurat itu yang digunakan untuk menentang Covid-19.






((LIVE)) Penyerahanan warkah menghadap YDPA untuk MEMORANDUM #TAMATDARURAT

PN LEMBAB BERI VAKSIN, KENAPA LENGAHKAN KERAJAAN NEGERI BELI VAKSIN?

 

Harga barang tinggi, tapi kerajaan tidur

 


POSTED BY AMIR WRLR


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan gagal menangani isu harga barang dengan sewajarnya.

Presiden KEADILAN itu berkata, keadaan cukup berbeza ketika Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Masa Saifuddin dulu, ada task force selesaikan masalah ini. Tak boleh beban macam ini, orang susah, pengangguran tinggi, kadar kemiskinan bertambah, harga barang meningkat tetapi senyap sunyi dari kementerian dan kerajaan.

“Ini memang sangat mendukacitakan dan dikesalkan sedangkan harga barang ini isu serius,” katanya.

Anwar juga berpandangan beliau akan sibuk menguruskan isu harga barang jika menjadi menteri.

“Masa saya menteri dulu, benda ini akan jadi riuh, kita panggil mesyuarat, jawatankuasa nak tangani masalah ini, bawa penguatkuasaan, macam macamlah.

“Ini macam tak ada apa. Tiada apa tindakan. Kerajaan ini kerajaan tidur, gagal dalam menjalankan tugas,” katanya.

 

Panas! Nurul Izzah lawan Azmin di Gombak?

 

Panas! Nurul Izzah lawan Azmin di Gombak?


Pimpinan tertinggi PKR belum memutuskan sama ada Nurul Izzah Anwar akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15.

Izzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada beliau akan mempertahankan Permatang Pauh atau bertanding di tempat lain.

“Kita perlu akur dengan keputusan parti kerana saya berpegang pada asas yang kita semua adalah ‘askar’ dalam parti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai dalam talian Shopee Keadilan.

Izzah, yang meletak jawatan sebagai naib presiden PKR pada 2018, dilihat kian aktif semula dalam politik kepartian dalam mempersiapkan PKR dan Pakatan Harapan menghadapi PRU15.

Sebelum ini, ada desas-desus menyatakan Izzah akan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15, Bernama melaporkan.

Jika benar, Izzah berkemungkinan berdepan dengan musuh politik ayahnya, iaitu Ahli Parlimen Gombak tiga penggal, Mohamed Azmin Ali.

Azmin adalah bekas timbalan presiden PKR. Beliau menyertai Bersatu tahun lalu dan dipecat PKR selepas perbalahan berterusan dengan Anwar dan beberapa pemimpin PKR lain.

Seorang lagi pemimpin PKR yang diuar-uarkan bertanding di Gombak adalah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang dahulunya juga dilihat sebagai sekutu Azmin.

Bagaimanapun, khabar angin bertebaran mengenai kemungkinan Azmin sendiri bertanding di kerusi lain.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Izzah adalah kubu kuat PKR sejak penubuhan parti itu pada 1998. Kerusi Parlimen itu juga pernah disandang oleh Anwar dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail. 







ANTARA MANDAT PAU DAN TAKTIKAL ZAHID HAMIDI, YANG TAK DIFAHAMI, NAK TUNGGU APA LAGI?

 

Dua hari lalu Najib Razak meluahkan rasa tidak fahamnya mengapa BN masih lagi menyokong kerajaan PN, meskipun telah ditanggapi sebagai kerajaan yang gagal.

Kata Najib, beliau sebenarnya segan untuk memberi sebarang komen tentang tanda pagar #KerajaanGagal yang menjadi trending di laman sosial Twitter kerana BN sendiri masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan PN yang dianggap gagal itu.

“Saya tidak faham mengapa UMNO dan BN masih mahu terkait dengan kerajaan yang gagal ini melainkan ada yang lebih mementingkan jawatan berbanding rakyat, negara dah parti,” tambah bekas Perdana Menteri itu melalui catatan di laman Facebooknya.

Apa yang boleh difahami, kenyataan Najib ini selain ditujukan kepada kluster menteri yang semua orang tahu masih mahu kekal menikmati habuan kedudukan, jawatan dan gaji lumayan sebagai anggota kabinet, meskipun UMNO kalah pada PRU14, ia juga terlihat disasarkan kepada Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN.

Kalau pun kluster menteri dilihat bersungguh mempertahankan Mahiaddin Md Yassin yang tentunya bersekali dengan tujuan mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai menteri, tetapi mengapa Zahid Hamidi harus terikut arus yang sama?

Tidakkah beliau sedar, makin lama UMNO terkait dengan PN yang disepakati oleh majoriti rakyat sebagai kerajaan yang gagal, maka UMNO dan BN juga akan terbeban sama dengannya?

Bagaimana UMNO dan BN mahu meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka, jika ketika rakyat sedang sengsara dan ingin keluar daripada kesengsaraan itu, namun UMNO yang boleh berbuat sesuatu untuk merubahnya, tetapi tidak ada naluri untuk melakukannya?


Apa yang Zahid Hamidi ingin tunggu lagi sebelum mahu membuat keputusan muktamad membawa UMNO keluar daripada kerajaan?

Bukankah mandat telah diperolehinya dalam PAU2020 baru-baru ini?

Dalam hal ini, jika benar audio yang bocor sebelum ini adalah rakaman tulen perbualan Zahid Hamidi dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, diharapkan beliau benar-benar membuktikan kata-katanya bahawa beliau ada strategi taktikal selepas mandat akar umbi diperolehi melalui PAU2020 itu.

Sudah tentu strategi taktikal yang hanya dirinya saja yang tahu itu akan jadi betul-betul bermakna jika ia benar-benar dilaksanakan akhirnya, sebaliknya ia tidak akan memberi apa-apa makna kiranya kekal dalam simpanan fikirannya saja.

Cuma, yang semua orang faham, jika mahu melaksanakan apa-apa tindakan atau taktikal yang matlamat akhirnya adalah untuk memastikan UMNO dan BN kembali berkuasa, ia seharusnya dilakukan sekarang, bukan dua bulan lagi atau menunggu sehingga 1 Ogos baru berbuat demikian.

Dalam situasi ini, bukan saja Najib yang susah nak faham mengapa UMNO masih lagi mahu menyokong kerajaan yang gagal ini, majoriti rakyat yang mengharapkan perubahan juga turut tidak faham.

Ini kerana sekarang adalah waktu Mahiaddin tengah lemah, sangat dibenci, paling ditolak, kepimpinannya sedang berselirat dengan banyak masalah dan gabungan PN yang ditunjanginya belum begitu kukuh untuk berdepan pengundi dalam pilihanraya.

Sekaranglah masa paling sesuai untuk UMNO mengumumkan keluar daripada kerajaan PN, sama ada ke arah pembentukan kerajaan baharu atau bagi memaksa Mahiaddin mengadakan PRU15 dengan seberapa segera.

Selain itu, dengan membuat ketetapan rasmi meninggalkan kerajaan dengan segera juga, UMNO dengan sendirinya dapat membersihkan dirinya daripada anasir pemimpin dua kolam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

Mana-mana pemimpin yang enggan akur kepada ketetapan parti sudah boleh diambil tindakan disiplin atau akhirnya mereka sendiri memilih untuk bersama Mahiaddin dan Bersatu.

Khusus untuk pemimpin kluster menteri yang terzahir sebahagian mereka sekarang ini lebih sayang Bersatu daripada UMNO, inilah masanya untuk melihat ke mana hala tuju pilihan mereka.

Dengan demikian, tugas UMNO akan menjadi lebih mudah untuk menghadapi PRU15 dan mencipta kemenangan dengan menumbangkan Mahiaddin dan PN.

Lagi lama masa dibiarkan berlalu, ruang akan lebih tersedia untuk Mahiaddin meminimakan masalahnya atau dengan kuasa yang dimiliknya, beliau turut mampu menjadikan UMNO jadi lebih huru-hara.

Untuk itu, sementara diharapkan Zahid Hamidi benar-benar ada strategi taktikal dalam percaturannya sebagaimana disebutnya dalam perbualan telefon dengan Anwar itu, janganlah akhirnya ia kekal selama-lamanya dalam simpanan kotak fikirannya dan tidak berani dilaksanakan sampai ke sudah.

Jika itu yang berlaku dan Mahiaddin kemudian berjaya menyeret tarikh PRU sehingga ke tahun depan atau 2023, kelewatan Zahid Hamidi bertindak bukan saja bermakna beliau sengaja menempah laluan untuk disingkirkan daripada jawatan Presiden UMNO, malah pintu penjara juga lebih terbuka untuknya.


 (Shahbudindotcom 20/04/2021)





YB STEVEN SIM SAMAN DR KAMARUL -TERBAIK MUKA TAK MALU KENA MAKI KAT FB


Saya sebenarnya amat terkesan dengan fitnah dan tomahan Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap diri saya. Namun saya tetap bersabar sebab saya menghormati bulan Ramadan sebagai bulan yang mulia buat umat Islam. Walaupun diminta oleh orang ramai untuk mengambil tindakan, saya tidak buat apa-apa. 


Namun, beliau pula tidak berhenti-henti membuat tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan-tuduhan tersebut bukan sahaja merosakkan nama saya sebagai seorang Ahli Parlimen, malah lebih bahaya lagi, mengapi-apikan sentimen kaum dan agama dalam masyarakat kita. Beliau dengan tanpa rasa kesal juga mencabar saya mengambil tindakan saman terhadap diri beliau. 


Justeru, demi kemaslahatan masyarakat Malaysia dan sebagai teladan kepada semua agar menjaga keharmonian kaum di negara ini, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr. Kamarul Zaman Yusoff dan pihak lain yang terlibat. 


YB Steven Sim   Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

20 April 2021


*****************

Kami sokong sepenuhnya YB. Letak harga bagi kaw2, sepadan dgn fitnah dia terhadap agama Islam. Islam tak pernah mengajar penganutnya bersifat mcm dia ni.... Ni sifat setan.

Dedah! Siapa kroni dapat permit import ayam?

 


Dedah! Siapa kroni dapat permit import ayam?


1. Pada hari yang sama KPDNHEP mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) semalam, Timbalan Menteri dilaporkan bakal mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk menambah permit import (AP) ayam agar kadar pengeluaran ayam meningkat. Kita tertanya-tanya juga apa keperluan penambahan AP ayam setelah diumumkan SHMMP? Kalau pun ianya bersifat serampang dua mata dalam menyelesaikan masalah harga ayam yang melambung kini, tidakkah proses itu akan memakan masa ketika perayaan Aidilfitri berbaki 3 minggu lagi?

2. Jika diteliti daripada sudut prosedur dan proses, penambahan AP ayam sebenarnya memakan masa apatah lagi ketika kerajaan masih di peringkat memulakan perbincangan antara kementerian. Jika prosedur diikuti dengan betul, silap-silap hari bulan lepas raya baru ayam sampai. Seandainya menteri yang terlibat ‘berjaya’ mengetepikan prosedur yang ada dengan pemberian kuota AP berkenaan secara terus; timbul persoalan lebih kritikal, kroni mana pula yang akan dapat AP ayam melalui jalan pintas itu? Tidakkah situasi ini bakal menambah persepsi buruk yang telah sedia terpalit pada #KerajaanGagal?

3. Sewajarnya kerajaan daripada awal menumpukan usaha terhadap pengeluaran domestik. Berbincang dan merancang beberapa bulan sebelum agar bekalan barangan mentah mencukupi dengan kadar harga yang telah ditetapkan. Namun jika ini pun lambat atau tidak dibuat, bagaimana rakyat boleh percaya bahawa kerajaan akan telus dan tidak menyimpang dalam hal penambahan AP ayam ini? Nasihat kami, usahlah menangguk di air keruh dengan jalan pintas yang akhirnya menguntungkan kroni semata-mata. Itu akan lebih membuatkan rakyat meluat dan marah.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

20 April 2021 | 8 Ramadan 1442H





Terkini! DAP isytihar Adly calon Ketua Menteri Melaka

 


Terkini! DAP isytihar Adly calon Ketua Menteri Melaka

Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew ketika berucap dalam Konvensyen Biasa DAP negeri di Taman Kota Laksamana Jaya di sini, hari ini.

Cadangan itu turut disambut secara terbuka oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan perasmiannya.

Adly yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka ketika ditemui pemberita menzahirkan keyakinan, dapat merampas kembali negeri ini yang kini dipimpin Ketua Menteri daripada UMNO, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berdepan kesukaran memperoleh keyakinan pengundi memandangkan sudah mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya lalu, sebelum terjadi episod lompat parti oleh empat ADUN PH.

“Bagi saya yang paling penting adalah muafakat dalam PH dan kita mesti perkukuh kembali demokrasi. Memang PH sudah diberi mandat dalam pilihan raya lalu.

“Tugas kita adalah untuk kembalikan mandat itu kerana kita tahu majoriti sokongan rakyat adalah kepada PH. Cumanya yang paling penting bagi kita adalah untuk memberikan kesedaran bahawa PH adalah yang terbaik,” katanya.

Kerajaan negeri yang dipimpin Adly lumpuh pada Mac 2020 apabila ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP) menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Muhammad Jailani kini telah menyertai UMNO manakala Norhizam masih menjadi wakil rakyat Bebas. – Utusan




Gempar! Lelaki dedah J-Kom bayar RM15,000 setiap bulan?

 


Gempar! Lelaki dedah J-Kom bayar RM15,000 setiap bulan?


Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) menafikan dakwaan agensi itu ada menggaji seorang individu dengan bayaran RM15,000 setiap bulan.

J-Kom turut menafikan lelaki yang membuat dakwaan dibayar sebanyak itu adalah kakitangan mereka, malah agensi berkenaan tidak terbabit dalam dalam video yang dimuat naik di suatu akaun Facebook pada 18 April lalu.

“Individu yang terlibat dalam video tersebut bukan kakitangan J-Kom dan input video tidak melibatkan J-Kom sama sekali.

“Tuduhan yang melulu dan tidak berasas merupakan tindakan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab serta menimbulkan kekeliruan orang ramai,” katanya.

Dalam klip video berdurasi satu minit yang ditularkan di media sosial semalam, seorang lelaki kelihatan dimarahi seorang lelaki lain.

Untuk menjelaskan keadaannya lelaki terbabit mendakwa dia perlu menjalankan tugasnya seperti yang dikehendaki kerana sudah dibayar oleh “J-Kom” sebanyak RM15,000.

“Aku ada kerja aku, yang aku perlu buat dalam J-Kom. RM15,000 aku dapat sebulan, aku kena buat kerja,” katanya seperti yang kedengaran dari klip video tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui secara jelas lokasi kejadian dan alasan di sebalik pertikaian itu.

Namun, seorang pengguna Twitter @PointMHD, yang berkongsi video tersebut mendakwa bahawa masalah itu tercetus apabila lelaki terbabit melabel anggota Pemuda Umno tertentu sebagai pengecut.

“Dia kata pemuda Umno tak ada telur. Jadi mereka (anggota pemuda Umno) serbu dia.

“Kemudian dia sahkan dia cakap macam itu sebab dia kena buat kerja dia untuk J-Kom,” ciapnya.

J-Kom sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan berada di bawah Kementerian Komunikas dan Multimedia.

Ia pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa digunakan sebagai alat propaganda politik dan dicadangkan menerima peruntukan yang begitu besar dalam belanjawan lalu.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa J-Kom kini bukanlah alat politik kerana semua program yang disusun akan melibatkan pelbagai kaum dan semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, setiausaha akhbar Saifuddin memberitahu Malaysiakini dia akan memberitahu media sebaik sahaja laporan polis dibuat ke atas klip tersebut. 




TANPA DAP ...REGA AYAM PALING TINGGI SEJAK MERDEKA.



 Tanpa DAP dalam kerajaan.

Kerajaan Melayu Islam.

71 ++ Anggota kabinet. 

Mujahat dah tak berjiwa kapir.


Harga ayam naik paling tinggi dalam tempoh 30 tahun.


Masa Darurat pulak lagi, takkan tak boleh kawal?


Ada lagi ke yang buat posting fasal khasiat daging arnab ?



KENA TIPU JA DARI DULU SAMPAI SEKARANG.MUDA SAMPAI TUA...


Hamzah Rie Na

Dulu kat Tanjung Piai, Muslim PH lawan Cina MCA pun, PAS suruh sokong calon Cina MCA kerana dijanjikan pergi umrah jika MCA menang.


Bila MCA menang berjaya tipu Melayu. PAS puas hati..


#KerajaanGagal

#PNipu


SR




KEH..KEH....REGA BARANG NAIK WOIII..,

 Melompat warga felda bila harga sawit naik.  Tapi, bila mereka beli minyak masak, harga melambung naik.  Bila mereka beli ayam, melambung naik.  Daging pun sama.  Menjelang raya nanti bersiap sedialah.  


Apa pun, yang penting, kerajaan Melayu Isle......





Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500

 

Abd Razak Mohd Ali
Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
DR NOOR HISHAM: Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan balas di Twitter pada lewat malam tadi
Menurutnya, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InsyaAllah,” tulisnya.
Beliau membalas ciapan seorang pemilik akaun bernama @NabilAmirul4 yang mendakwa pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng dikenakan kompaun tersebut oleh pegawai KKM yang datang ke kafe kolej berkenaan pada Isnin.
Ciapan itu meluahkan rasa kesal dengan kompaun yang dikenakan sedangkan elaun diterima mereka sebagai pelajar kolej itu bagi tempoh enam bulan hanya RM1,250.
Sejak semalam, tular di laman sosial terdapat pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.
Difahamkan, pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes keracunan makanan di salah satu kafe di situ.
Bagaimanapun, mereka datang lagi pada Isnin walaupun kafe yang terlibat dengan keracunan makanan telah diberi notis untuk tutup selama dua hari.
Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.
Terdapat juga video menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut.
Terbaru, Pemuda UMNO Perak menyatakan hasrat membantu pelajar Kolej Matrikulasi itu.
Pengerusi Sekretariat Undang-Undang dan Perlembagaannya, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma dan akan mengambil tindakan yang diperlukan bagi pihak pelajar berkenaan.




Kerajaan Pas tidak baiki jalan walau memerintah kerajaan pusat, penduduk kecewa

 


Sewaktu Pas Kelantan merupakan kerajaan pembangkang, alasan yang sering digunakan apabila menghadapi masalah insfrastruktur ialah tiada peruntukan dari kerajaan pusat.

Bagaimanapun, menurut Ketua Penerangan KEADILAN Bachok, Zulfadly Ruslan, kerajaan Pas tidak boleh lagi menggunakan alasan 'biasa' itu dalam menghadapi kegagalan membaiki jalan kampung selepas Mac 2020.

Katanya, beliau kesal setelah Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan, penduduk Kampung Serdang Muda masih menghadapi kesukaran apabila terpaksa berdepan masalah jalan berlubang dan mendap.

"Jalan itu bagaikan perangkap maut kepada pengguna kerana permukaan tar yang pecah dan berlubang tidak dibaiki dan masalah menjadi semakin teruk sejak akhir-akhir ini.

"Keadaan menjadi berbahaya apabila air hujan bertakung di dalam lubang tersebut, selain tidak ada sebarang papan tanda amaran yang memaklumkan mengenai jalan berlubang.

"Keadaan jalan sepanjang dua kilometer itu juga menyukarkan penduduk setempat menjalankan aktiviti harian seperti bekerja, pergi sekolah atau berulang alik ke pekan berdekatan. Keadaan ini meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna," katanya.

Menurut Zulfadly, beliau dukacita kerana setelah beberapa bulan mengalami kerosakan tiada sebarang usaha dilakukan oleh pihak wakil rakyat setempat atau kerajaan negeri membaikkinya.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk jalan ini juga sering menjadi laluan bagi lori pasir dan batu yang menjalankan projek pembinaan perumahan di kawasan yang berdekatan

"Lori membawa muatan melebihi 80 tan, sedangkan laluan tersebut dibina untuk kenderaan tidak melebihi muatan 15 tan," katanya lagi.

Justeru, KEADILAN Bachok berharap masalah jalan berlubang itu mendapat perhatian sewajarnya pihak berkaitan agar tidak berlaku perkara buruk pada masa hadapan.

Zulfadly hadir meninjau jalan tersebut baru-baru ini bersama Exco Wanita KEADILAN Pusat, Monaliza Mokhtar.