PKR: NFC bayar RM10 juta beli kondo, milik keluarga Shahrizat

PKR: NFC bayar RM10 juta beli kondo, milik keluarga Shahrizat

November 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), sebuah syarikat milik kepunyaan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, dakwa PKR hari ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

"Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal," kata Ahli Parlimen Machang ini pada sidang media di lobi bangunan Parlimen.

Saifuddin (gambar) berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

"Ia bukan daripada akaun amanah khas. Jadi, penjelasan Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin semalam) dan menteri (Pertanian dan Industri Asas Tani) adalah tidak benar.

"Jika pemantauan ketat wujud, sudah pasti RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan untuk membeli sebuah kondo mewah yang tiada kaitan dengan ternakan lembu. Ini pecah amanah yang jelas oleh keluarga Shahrizat," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Khairy membela projek berkenaan dengan berkata, "adakah (Ahli) Rembau (itu) terlibat dalam meluluskan projek ini" pada 2006 ketika "menjadi orang kuat Tingkat Empat" (Pejabat Perdana Menteri) ketika pentadbiran bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga berkata bagaimana NFC yang hanya menyembelih 1,600 ekor lembu pada 2009 dan mencatatkan kerugian RM11 juta pada tahun yang sama mampu membeli kondo mewah.

Masalah projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Dalam pada itu, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa hari ini membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam hari ini.

"Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di NFC yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat, Jingga 13 pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan," kata beliau yang juga ketua kempen Jingga 13.

Katanya, pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat empat pindahan wang dari akaun semasanya di CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian kondominium berkenaan.

"Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai 'hutang' NMLC kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," kata beliau sambil menambah, ia tindakan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

"Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas," katanya.

Oleh itu, katanya, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

"Jingga 13 percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku," kata beliau sambik menambah laporan itu wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pemimpin-pemimpin utama ke dalam skandal ini.

Kerajaan Selangor Sanggup Menjayakan Kegagalan Kerajaan Persekutuan

SHAH ALAM, 10 NOV : Kerajaan Negeri Selangor bersedia menyelamatkan Projek Fidlot Kebangsaan milik Kerajaan Persekutuan daripada ianya terus gagal diuruskan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Luar Bandar, Yaakob Sapari berkata sekurang-kurangnya 300 penternak diserata Selangor sudah bersedia menyertai projek ternakan lembu tersebut jika diberi laluan oleh Kementerian Pertanian.

"Saya juga akan bekerjasama dengan Persatuan Penternak Negeri Sembilan dan Melaka yang mempunyai kekangan tanah untuk penternakan dimana kita sama-sama akan mengendalikan ladang Fidlot.

"Kita sudah bersedia, bila-bila masa sahaja jika diberi laluan kita akan masuk," Yaakob berkata demikian dalam satu sidang media khas di lobi Dewan Annex, di sini hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata projek Fidlot tidak gagal seperti yang didakwa pembangkang.

Selain itu, Noh juga turut mencabar mana-mana pemimpin PKR agar mengendalikan projek berkenaan dan bukannya hanya menghentam projek Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, pada 31 Oktober lalu, Noh menerusi sidang media di lobi Dewan Rakyat berkata bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) belum disalurkan sepenuhnya.

Namun, pada 1 November, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa setakat 31 Julai 2011, RM181.9 juta daripada geran telah disalurkan kepada NFC.

Mengulas lanjut, Yaakob berkata sekirannya Kerajaan Persekutuan serius dengan cabarannya, baki peruntukkan projek Fidlot itu seharusnya disalurkan kepada pihaknya untuk meneruskan usaha ini.

"Kita akan buktikan, kita akan berjaya mengendalikan projek ini kerana kita akan serahkan tanggungjawab ini kepada mereka yang sedia maklum dengan pengurusan terbakan lembu, berbanding apa yang berlaku sekarang, ianya diserahkan kepada mereka yang tidak ada pengetahuan.

"Malang sekali kepada kerajaan Persekutuan kerana miliki seorang menteri pertanian yang tidak tahu pertanian," katanya.

(function() { var d = document, w = window; w

DUN CHEKA LIPIS AKTIF ANJUR BENGKEL KHIDMAT MASYARAKAT

  SESSI BERGAMBAR PESERTA PKR DUN  CHEKA CABANG LIPIS Keadilan Dun Cheka baru baru ini telah berjaya menganjurkan kursus Khidmat  Masyarakat...