TAK TAHU MALU BETUL KAU NI.





 Satu hantaran di Threads mencuri perhatian apabila seorang lelaki yang mengaku berasal dari Kelantan dan sudah hampir 15 tahun menetap di Selangor berkata dia “kesian” melihat rakyat negeri itu masih menyokong Pakatan Harapan.


Lebih menarik, lelaki berkenaan sendiri mengakui membeli Rumah Selangorku, iaitu skim perumahan mampu milik kerajaan negeri Selangor, menggunakan pinjaman isterinya.


Dia kemudian membandingkan kehidupan di Selangor dengan Kelantan dan mendakwa penduduk Kelantan lebih gembira di bawah pentadbiran PAS.


Malah dia berharap Selangor bertukar kerajaan supaya PAS pula mengambil alih.


Namun hantaran itu pantas mengundang respons netizen.


Soalan paling mudah yang mendapat ribuan tanda suka ialah:


“Kenapa kau kerja kat Selangor mat?”


Ada pula yang menyindir, kalau Kelantan begitu selesa dan membahagiakan, mengapa perlu berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan menikmati skim rumah yang disediakan kerajaan negeri.


Seorang pengguna turut mengingatkan bahawa penat bekerja bukan masalah unik Selangor, manakala seorang lagi berkata dia sendiri lahir dan menetap di Selangor serta selesa dengan kerajaan sedia ada.


Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah turut membalas secara tenang bahawa pilihan politik adalah hak masing-masing, namun kerajaan negeri tetap akan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk tanpa mengira fahaman politik.


Ironinya cukup jelas.


Dah hampir 15 tahun duduk Selangor.


Cari rezeki di Selangor.


Beli Rumah Selangorku.


Tapi yang dikasihani tetap rakyat Selangor.


#unofficialinfo




KAH KAH KAH....APA BARANG...BANYAK LAGI KES BELUM KOREK....


 

HAAAA...JANGAN KALUT KALUT RELAX YANG BAKAL KENA


 

Sibuk ajar kerajaan isu Taiwan, AMK suruh Pas bahas dulu RCI Tabung Haji

 



Pas disindir supaya tidak terlalu ghairah mengajar kerajaan mengenai konflik China-Taiwan dan dasar luar negara, sebaliknya memberi perhatian kepada persoalan yang lebih dekat dengan umat Islam iaitu isu Tabung Haji.

Dalam satu respon di Facebook, Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin mempersoalkan pendirian Pas terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang antara lain mendedahkan kelemahan tadbir urus, campur tangan politik serta keputusan berkaitan hibah, bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji.

Danish berkata Pas sepatutnya terlebih dahulu membahaskan persoalan berkaitan Tabung Haji sebelum tampil memberi pandangan mengenai hubungan Malaysia dengan Beijing dan Taipei.

“Saya cadangkan Pas jangan pergi terlalu jauh dahulu. Sebelum sibuk bahas Taiwan, lebih baik Pas bahas Tabung Haji.

“Sebelum Pas mahu menjadi pakar geopolitik dan mengajar kerajaan tentang Beijing dan Taipei, bahas dahulu persoalan yang lebih dekat dengan umat Islam,” katanya.

Danish membangkitkan beberapa perkara dalam laporan RCI termasuk isu pelaburan yang dipersoalkan serta kerugian 100 peratus dalam beberapa pelaburan.

Sindiran itu hadir ketika Pas berdepan persoalan mengenai tahap penglibatannya dalam isu RCI Tabung Haji, khususnya selepas sebahagian besar Ahli Parlimen blok pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika Sidang Khas membincangkan laporan berkenaan pada 11 Ogos lalu.

Persoalan mengenai pendirian Pas dalam isu berkenaan turut menjadi perhatian susulan hubungan politik Pas dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin rapat. 

Pas sebelum ini antara pihak yang paling lantang membangkitkan isu Tabung Haji ketika era PH1.0, malah pernah menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu kononnya telah menjual aset TH kepada syarikat bukan Islam. 

Namun selepas Laporan RCI didedahkan, dakwaan yang pernah dilaungkan sebelum ini seakan tidak lagi kedengaran.

Tiada pula kelantangan yang sama untuk mempersoalkan pihak yang mentadbir Tabung Haji ketika tempoh yang disiasat RCI, iaitu ketika pentadbiran BN.



TAKFIRI

 


Jamzuri Ardani


Antara wajah-wajah takfiri yang lahir dari politik tunggang agama.




RCI Tabung Haji, Kalau Takut Allah Pasti Perkara Ini Tak Terjadi | Dato' Ustaz Kazim Elias


 

Semua Aset Pertahanan Nak Beli & Akan Bertambah ?

 






Tentunya jumlah tenaga anggota bertambah dan gaji juga bertambah, ok, dalam tentera kita panggil apa perkara ni ?
Dalam kertas kerja MINDEF/TLDM kita panggil Implikasi Perjawatan dan Emolumen.
Orang awam panggil kos beli, dalam tentera kita panggil Whole Life Cost / Kos Kitaran Hayat (LCC).
Nak faham macam ni 👉 Contohnya, beli 1 aset, perlu bela 10 orang kru. kita ambil aset seperti Coastal Defense - Kalau beli 1 battery KARA ATMACA, bukan setakat lori dan peluru RM369 juta tu saja.
Ekor dia panjang. Kena wujudkan perjawatan baru. Contohnya 1 battery = CO, Bateri, Troop, Detachment Radar, Detachment Teknis, Q, Pemandu, Kerani. Dalam TD/TLDM dipanggil Jadual Penubuhan / Table of Organization & Equipment (TO&E).
Emolumen - Gaji, elaun, COLA, rumah RKAT, sekolah anak, rawatan hospital, pencen sampai mati. Ini yang paling makan Belanja Mengurus (OPEX). Tapi dia bukan terus bedal sekali berjuta, tidak, ia by cycle, kitaran selama perkhidmatan.
Tail Growth / Tooth-to-Tail Ratio - Dalam NATO doctrine dipanggil Operating & Support Cost. Gigi (peluru) kecil, ekor (orang yang jaga gigi) makin panjang.
Sebab tu Panglima selalu tanya : "CAPEX ada, OPEX siapa nak tanggung ?"
Dalam ATM ada slang lama - "Kembang Biak Pasukan"
Semua nak tambah, semua nak beli - Rejimen Artileri nak tambah, Rejimen Semboyan nak tambah, PASKAL nak tambah - tapi perjawatan ATM 110k juga. Last-last kena tarik anggota dari unit lain, unit lama jadi kosong.
Sebab tu konsep Coastal Defense sekarang TLDM lebih minat mobile battery yang sama peluru dengan kapal (ATMACA) - sebab satu jenis peluru, satu jenis latihan, satu jenis juruteknik, perjawatan tak kembang banyak.
Apapun jika hendak pertahanan dipertingkatkan maka 👆 perjawatan dan kos sara tu perlu diadakan juga ✅
Sekian membongak dari admin,
Begitulah yer,
Oleh Salman Al Farisy
Photo bersifat contoh sahaja
Macam biasa lebih info dalam ruangan komen di Facebook 👉

@fardhuAinOfficial Subscribe Agak agaknya bila kita dalam kubur bolehkah


 

"TAKUT SAMPAI LARI, YB PAS MEMALUKAN " ! IS RESPON ISU TABUNG HAJI !


 

@saifulnizam Subscribe TANPA UMNO, HAK MELAYU TERANCAM DI


 

PM Anwar Minta Prabowo Teliti Pelaburan FELDA Di Eagle High

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

BANGI, 21 Ogos – Isu berkaitan pelaburan dibuat FELDA dalam syarikat Eagle High Plantations TPK (EHP) di Indonesia, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutus surat kepada Presiden Prabowo Subianto bagi meminta pemimpin negara itu membantu menelitinya dengan jelas.

Perdana Menteri berkata, kes membabitkan EHP antara contoh kes pelaburan mencatatkan kerugian hingga berbilion ringgit yang tidak sepatutnya berlaku lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

“Isu yang dibangkitkan membabitkan hotel di London atau Kuching, itu masalah kecil. Isu yang paling besar termasuk pelaburan di Indonesia membabitkan EHP yang sekarang tersangkut di mahkamah.

“Saya sudah menulis surat kepada Presiden Prabowo meminta beliau melihat juga permasalahan ini. Kerugian kalau tidak ditangani, (adalah) RM2.5 bilion, yang mungkin kita peroleh nanti hanya RM200 juta. Ini satu contoh,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar menjelaskan perkara itu pada sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA, di sini, hari ini.

FELDA pada 2016 terbabit dalam pelaburan bernilai kira-kira RM2.3 bilion dalam syarikat perladangan EHP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Pada Jun 2024, Tribunal Pusat Timbangtara Antarabangsa Singapura (SIAC) membuat keputusan yang memihak kepada anak syarikat FELDA, FIC Properties Sdn Bhd (FICP) membabitkan tuntutan Put Option terhadap 37 peratus pegangan saham dalam EHP.

Berdasarkan keputusan itu, tribunal mengarahkan salah satu atau kedua-dua, PT Rajawali Capital International (RCI) dan PT Rajawali Corpora (RC) untuk menjalankan tanggungjawabnya di bawah Put Option dengan membeli kembali saham EHP pada harga atau kadar dipersetujui daripada FICP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program sesi ramah mesra Perdana Menteri bersama pengurusan tertinggi dan pengurus FELDA 2026 di Bangi pada 21 Ogos 2026. Foto PMO

Bagaimanapun, berdasarkan laporan Parlimen pada Oktober 2025, arahan timbang tara terbabit masih belum selesai dilaksanakan.



AKIBAT FITNAH DAN BERITA PALESU- Liyana Marzuki lapor polis, saman 3 individu sebar fitnah terhadapnya

 


Peguam dan pemerhati politik, Liyana Marzuki akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya, termasuk perkara berkaitan akidah.

Menerusi hantaran di Facebook, Liyana berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan segera terhadap semua pemilik akaun yang dikenal pasti terlibat menyebarkan fitnah terhadapnya.

Menurutnya, tindakan itu perlu diambil kerana dakwaan yang disebarkan membabitkan perkara yang tidak pernah diucap atau dipercayainya, selain menjejaskan maruah dirinya dan keluarga.

“Kalau dah fitnah melibatkan akidah dan perkara yang saya tak pernah ucap dan percaya, saya perlu bertindak. Ini maruah saya dan keluarga.

“Tidak boleh kompromi. Tambah dengan budaya ekstrim yang dipromosikan sesetengah pihak. Ini mendatangkan bahaya kepada saya dan anak-anak.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang segera kepada semua profile di bawah,” katanya.

Liyana berkata laporan polis juga akan dibuat berhubung perkara itu, termasuk berkaitan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti pemilik akaun yang didakwa terlibat, termasuk beberapa individu yang dikenalinya secara peribadi.

“Saya takkan berdiam diri. Diam seorang wanita tak semestinya boleh ditohmah dan dibuli. In sya Allah, kami akan bangkit melawan hingga garis akhir,” katanya.

Terdahulu tular poster Liyana dengan kapsyen pada gambar “Pas amal takfiri, minta saya pakai tudung sedangkan Islam tak wajib tutup aurat”.


Abdul Hadi Dirakam Keterangan Susulan Laporan Mengenai Artikel ‘Minda Presiden Pas’

 


Abdul Hadi dipecayai sudah memberikan kenyataannya kepada polis di Kuala Lumpur minggu lalu.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Bekas Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang dirakam keterangannya oleh polis berhubung salah satu artikel diterbitkan Presiden Pas itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Sulaiman dengan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sudah memberikan kenyataannya di Kuala Lumpur minggu lalu.

Ekoran itu, polis melancarkan siasatan terhadap Abdul Hadi susulan laporan yang dibuat individu yang didakwa penyokong DAP.

“Beberapa laporan telah dibuat oleh penyokong DAP terhadap salah satu artikel Hadi,” katanya.

Syahir bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus artikel yang dimaksudkan, namun dipercayai ia salah satu tulisan Hadi yang diterbitkan di bawah kolum ‘Minda Presiden Pas’.

Untuk rekod, pada 4 Mac tahun lalu, Abdul Hadi pernah dirakam keterangan susulan artikel bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan”.

Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan Abdul Hadi dirakam di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut pada 2.30 petang.

Menurutnya, pegawai khasnya sudah memaklumkan keadaan kesihatan beliau kepada polis dan menetapkan keterangan diambil.



PM Anwar Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Kerajaan Brunei

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis pengurniaan darjah kebesaran diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto PMO

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini.

Anugerah yang membawa gelaran Dato Laila Utama itu dianugerahkan kepada kerabat terdekat, ketua negara, ketua kerajaan, atau pembesar luar negara.

Penganugerahan itu sebagai penghormatan hubungan dua hala kepada pembesar negeri atau tokoh yang memegang jasa bakti amat besar kepada sultan dan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis pengurniaan darjah kebesaran diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto PMO

Istiadat penganugerahan darjah itu yang berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, disaksikan tiga putera Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda Mahkota, Al-Muhtadee Billah; Pengiran Muda Abdul Malik dan Pengiran Muda Abdul Mateen.

Turut hadir pada istiadat yang berlangsung di Cheradi Ratna Kenchana, Istana Nurul Iman itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemimpin Malaysia lain yang pernah menerima anugerah sama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis pengurniaan darjah kebesaran diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto PMO

Anwar yang tiba di sini, petang semalam mengadakan lawatan kerja dua hari ke Brunei bagi menghadiri Mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) bersama Sultan Brunei di Istana Nurul Iman.

Beliau kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Brunei bagi membincangkan beberapa isu termasuk jerebu rentas sempadan, sempadan darat dan laut, sektor tenaga serta kemudahan laluan penduduk Brunei ke Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Pengurusan Bencana yang akan ditandatangani menteri berkaitan kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Dihormati (DK) oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis pengurniaan darjah kebesaran diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto PMO



"DIA SENYAP ISU TABUNG HAJI, PELIK" ! LOKMAN SINDIR HADI ?


 

"RINDU SAYA SAMPAI KELUAR DEWAN" ! PMX MALUKAN PEMBANGKANG !


 

@sufyanzahari Subscribe PH Menang. DAP Berkuasa?


 

PRN Melaka: BN dijangka bergerak solo, PN akan dapat telur ayam jika...


 

SAYA SAMAN CAPRICE


 

𝟭𝟬 𝗙𝗜𝗞𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗦

 

✍️ Ahmad Mursi
1. Kau liberal. Liberal terkeluar dari Islam. Kau terkeluar dari Islam. Kafir mengkafir.
2. Berpakat dengan PAS, bermakna berpakat dengan Islam. Berpakat dengan selain PAS, bermakna berpakat dengan kuffar dan Al-Ahzab.
3. Parti PAS sahaja Islam, parti lain semua sekular kerana bukan ustaz2 jadi ketua dan perlembagaan parti pun tidak Islam.
4. PAS menang, maka Islam menang. Selagi PAS tidak menang, selagi itu Islam belum menang. Mesti berjihad. Mati ahli PAS dikira mati syahid.
5. Kerajaan tak buat hudud itu kerajaan kafir. Jika PAS tak buat hudud, itu kerana bukan keutamaan PAS. Yang bertanya itu soalan syaitan.
6. Kerajaan zalim, wajar doa laknat dan kehancuran walaupun orang Islam. Hanya PAS sahaja kerajaan adil di atas muka bomi. Keadilan tertegak hanya ditangan PAS.
7. Walaupun kerajaan buat baik, tetap tidak dikira Islam. Wajib pilih PAS jika ada wawasan akhirat.
8. Hanya PAS pejuang Islam. Pertubuhan selain PAS bukan pejuang Islam. Samada ABIM, IKRAM, AMANAH, UMNO, PKR, NGO2.
9. Wajar fitnah dan buat dosa besar qazaf kepada Lawan politik PAS kerana mereka bukan puak Islam.
10. Kritik pemimpin PAS itu bermakna lawan Ulama dan haram. Hina, caci, maki, fitnah, kritik pemimpin kerajaan dan parti lain itu halalan toyiba.



𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡, 𝗜𝗡𝗜 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗕𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨

 

1. Lepas PAS “ceraikan” BERSATU, kini mereka berkelahi pula siapa sebenarnya pemilik Perikatan Nasional.
2. Semalam, 14 MP BERSATU yang bersama Hamzah atau kumpulan “Reset” mengeluarkan kenyataan bersama mendesak supaya BERSATU keluar daripada PN.
3. Page rasmi PN pula menyindir BERSATU, kononnya mereka bukan “tuan rumah”.
4. Sesama Melayu-Muslim pun bergaduh tikam-menikam. Ini contoh, kelemahan sesama Melayu, tapi akhirnya salahkan kaum lain.
5. Saya membaca kenyataan pimpinan BERSATU (Marzuki) bahawa PAS meletakkan tiga syarat jika BERSATU mahu memulihkan hubungan.
6. Tetapi syarat itu terang-terang bukan untuk menyelamatkan hubungan. Ia lebih kelihatan seperti syarat yang sengaja direka supaya BERSATU tidak mampu penuhi.
7. Apabila BERSATU gagal memenuhi syarat itu, PAS boleh jadikan ia alasan untuk “menceraikan” BERSATU sambil menuduh BERSATU menolak Perpaduan Ummah.
8. 6 Jun PAS hantar syarat, 7 Jun BERSATU kata akan teliti dan buat keputusan, 8 Jun PAS isytihar cerai.
9. Antara syaratnya, BERSATU mesti menerima semula kumpulan Hamzah.
10. Menariknya, ketika AMANAH ditubuhkan dahulu, Haji Hadi pernah ditanya sama ada PAS boleh bekerjasama dengan AMANAH atau tidak.
11. Jawapan beliau cukup keras. Di sisi Islam, katanya, kumpulan seperti AMANAH sama ada perlu “bertaubat” dengan kembali kepada PAS, atau dihapuskan.
12. Tetapi apabila perkara sama berlaku kepada BERSATU, tiba-tiba PAS menjadi juara perdamaian. Tiba-tiba pihak yang enggan menerima kumpulan lawan dituduh menolak Perpaduan Ummah.
13. Inilah wajah sebenar politik PAS. Prinsip berubah mengikut siapa yang terkena.
14. Dari awal lagi, antara punca perpecahan BERSATU ialah apabila PAS mula campur tangan dalam hal dalaman parti itu. PAS mencatur orang tertentu untuk mengatasi kepimpinan utama BERSATU.
15. Hal yang sama pernah berlaku semasa era Kerajaan Tebuk Atap. UMNO berpecah apabila PAS-PN berunding dan bentuk kerajaan dengan kumpulan tertentu dan menyisihkan kepimpinan utama UMNO melalui pintu belakang.
16. Alasan waktu itu ialah Zahid ada kes mahkamah. Tetapi hari ini, prinsip itu sudah berubah kerana PAS terlalu terdesak untuk kembali bekerjasama dengan UMNO.
17. Tapi saya yakin, jika PAS kembali rapat dengan UMNO, corak yang sama akan berulang.
18. PAS akan masuk campur dalam hal dalaman UMNO bersama kumpulan tertentu, mungkin Team Hishammuddin, untuk menyisihkan kumpulan Zahid. Akhirnya, UMNO akan berpecah sekali lagi.
19. Sebab itu, masalah utama PAS bukan sekadar kahwin cerai politik.
20. Masalah utama PAS ialah mereka masuk rumah orang, susun perabot orang, kemudian apabila rumah itu runtuh, mereka salahkan tuan rumah guna alasan agama.



Sheikh al-Azhar nak datang lagi, hubungan Malaysia-ulama dunia makin erat

 


Selepas kunjungan terakhirnya ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu, Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb menyatakan hasrat untuk kembali mengunjungi negara ini.

Hasrat itu bukan sekadar soal kunjungan, sebaliknya membuka ruang kepada usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh hubungan dengan institusi Al-Azhar serta memperluas kerjasama dalam menyuburkan gagasan Islam.

Perkara itu disentuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbualannya bersama Setiausaha Agung Majlis Hukama Muslimin, Mohamed Abdelsalam, malam tadi.

Dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa ikhtiar baharu khususnya dalam memperkukuh hubungan Malaysia dengan Al-Azhar, selain menyuburkan gagasan Islam yang sederhana, bebas dan berwibawa.

Anwar berkata, beliau amat menghargai persahabatan, dukungan dan kepercayaan yang dizahirkan Mohamed Abdelsalam serta Sheikh al-Azhar al-Sharif.

“Saya amat menghargai persahabatan, dukungan dan kepercayaan yang dizahirkan Mohamed Abdelsalam serta Sheikh al-Azhar al-Sharif.

“Saya juga tersentuh dengan penghargaan yang diberikan buat Azizah sebagai sosok wanita teladan atas keteguhan, kesetiaan dan pengorbanannya sepanjang mendampingi perjuangan saya.

“Insya-Allah, segala ikhtiar dan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kemaslahatan umat dan kesejahteraan sejagat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam perbualan itu, Mohamed Abdelsalam turut bertanyakan khabar serta menitipkan doa susulan keadaan kesihatan Anwar baru-baru ini.

Anwar pula mengambil kesempatan mendoakan kesembuhan dan keafiatan segera buat isteri Mohamed Abdelsalam yang kini menerima rawatan di hospital.