PRESIDEN UMNO ZIARAH AZEEZ RAHIM.. TAPI NETIZEN TEGUR DALAMAN RUMAH



 Kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke keluarga Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada asalnya sekadar ziarah dan memberi sokongan moral.






Tapi di ruangan komen, lain pula yang mencuri perhatian netizen.


Ramai dilihat lebih sibuk memerhati suasana kediaman yang dikunjungi Zahid, termasuk dekorasi dalaman yang kelihatan mewah.


“Wow mewahnya rumah. Berapa juta rumah ni?” komen seorang netizen.


Seorang lagi berseloroh, “Lawa rumah… ingatkan kat lobby hotel London.”


Ada juga yang menyindir bahawa fokus mereka bukan lagi pada siapa datang menziarah, tetapi pada keadaan rumah yang menjadi latar gambar tersebut.


Malah beberapa komen turut mengaitkannya dengan polemik politik dan isu integriti yang sedang hangat diperkatakan.


Bagaimanapun, apa yang kelihatan dalam gambar hanyalah suasana kediaman yang diziarahi, dan tidak membuktikan apa-apa salah laku.


Cuma begitulah media sosial.


Orang datang nak tunjuk solidariti kepada keluarga, netizen pula boleh tersangkut lama dekat sofa, lampu chandelier dan dekorasi rumah.


#unofficialinfo





No comments: