TAK NAK BN ,UNDI PH

 

Esok adalah pertarungan antara 𝗣𝗛 𝘃𝘀. 𝘁𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱.  Kesemua parti yang bertanding niatnya hanya mahu kalahkan PH je. Sebab tu ada parti bertanding tapi tak harap menang. Sebab mereka 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗹 𝗕𝗡.


Kalau tak mahu BN kekal berkuasa, maka pilihannya hanyalah mengundi calon PH. Mengundi calon lain bererti 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗡.


Begitu juga kalau tak keluar mengundi. Itu juga akan berikan kemenangan kepada BN. Sifirnya mudah je. 𝗧𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗕𝗡, 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗣𝗛. Kalau undi parti lain ertinya setuju Najib dibebaskan. Tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



ANDAIAN BN MENANG



 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 dan beberapa penganalisis politik meramalkan BN akan menang besar. So what? Ada yang persoalkan ketepatan kajian tu tapi bagi aku ia bukan hal yang besar.


Kalau BN menang besar sekali pun, tiada apa yang berubah. Johor memang ditadbir oleh BN sebelum ni. Dan DS Anwar akan kekal PM di Putrajaya. Kalau BN menang pun, 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗾𝘂𝗼.


Dan kalau tengok beberapa faktor luaran pun, adalah ajaib kalau PH boleh bentuk kerajaan negeri.


Pertama, pembubaran DUN secara mengejut. Masa tu tak ada siapa yang jangka. Jadi PH pun tak berada dalam keadaan bersedia.


Bukannya PH je tak bersedia. BN pun sama. Itu yang kelakar tu. Sampai deal dengan PAS pun tak sempat nak close. 𝗚𝘂𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻.


Kedua, sokongan daripada istana Johor. Bukan lagi rahsia bila 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 secara terang membuat kenyataan 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗽 Onn Hafiz. Itu akan jadi 𝗯𝗼𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿 kepada BN.


Ketiga, hari mengundi jatuh pada hari Sabtu. Tengah bulan pulak tu. Ini semacam sengaja nak 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶.


Yang bekerja di Singapura tak dapat balik mengundi. Begitu juga yang duduk jauh. Tengah bulan, duit pun dah habis nak buat balik kampung.


Umum pun tahu sekiranya peratus keluar mengundi rendah, BN akan 𝘁𝗮𝗽𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀. Mungkinkah SPR dah rancang semua ni? Kita je lalai.


Keempat, kelompok penyokong terbesar PH sedang terpecah dengan kehadiran 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮. Memang parti tu tak cukup kuat tapi 𝗱𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻 sebanyak 5% undi di sesetengah kerusi dah cukup untuk menangkan BN.


Jadi PRN ni memang BN sepatutnya menang besar. Patut boleh dapat lebih daripada 40 kerusi. Tapi jika BN dapat kurang, bermakna BN dah kalah.


PRN ni sebagai 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 (yes, BN jadikan rakyat Johor macam 𝘁𝗶𝗸𝘂𝘀 𝗺𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹) untuk menguji setakat mana sokongan rakyat terhadap BN.


Jadi kalau BN menang kurang satu kerusi pun dari jumlah sebelum ini, dikira bersama faktor-faktor yang disebutkan tadi, itu membawa erti UMNO/BN masih 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 bahkan semakin terpinggir.


Apa pun, sebagai pembenci perompak, aku harapkan BN akan kalah. Tak perlu kalah teruk. Tapi tak dapat majoriti pun dah cukup.


Aku nak tengok masa tu 𝗢𝗻𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 nak jilat balik tak kahak dia yang kata tak nak bekerjasama dengan 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Dalam politik, cuma si dungu je yang akan mendabik dada tunjuk bodoh sombong begitu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Isu kubur di Semenyih ni mudah jer nak paham kalau tak ada yang spin.

 


Jamzuri Ardani


Isu kubur di Semenyih ni mudah jer nak paham kalau tak ada yang spin. 


1. KL tiada lagi 'land bank' untuk tapak perkuburan. Tapak sedia ada akan penuh menjelang 2032. 


2. Cadangan mengadakan tanah perkuburan awam di Semenyih telah wujud sejak 2005 lagi, tetapi banyak proses yang perlu diselesaikan, terutamanya perbincangan mengenai tanah dan 'land swap' antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bukan isu yang baru muncul. Pemuktamatan perbincangan dan perjanjian rasmi dibuat sekarang. 






3. Ia melibatkan tanah perkuburan Islam dan tanah perkuburan bukan Islam. Ia juga melibatkan pihak swasta. Kawasan kubur bukan Islam diuruskan oleh syarikat swasta manakala kubur orang Islam diuruskan sepenuhnya oleh JAWI. 


4. Kos pembinaan jalan masuk dan pembinaan infrastruktur lain seperti dewan, kafeteria, surau, dan tandas yang menelan kos RM150 juta akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta.


Fitnah yang menyebut urusan pengkebumian orang Islam diserahkan kepada syarikat milik bukan Islam adalah satu pembohongan yang serius. 


Nak berpolitik pun berpada-padalah. Janganlah sampai mendatangkan fitnah pada agama..




INI PULA KEPUTUSAN KAJIAN YANG DIJALANKAN OLEH NBO ANALYTICS. PH DIJANGKA MENANG DGN 33 KERUSI


Sofi Wahab.





KASIHAN.

 


Chegubard hilang kelayakan bertanding PRN Negeri Sembilan







Keputusan mahkamah itu menyebabkan Chegubard hilang kelayakan sebagai calon berikutan peruntukan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.


*Baca berita selanjutnya di ruangan komen




KEKAL DENGAN PRINSIP PERJUANGAN

 




Selama lebih empat dekad berada dalam dunia politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dikenali sebagai seorang pemimpin yang sering bercakap tentang prinsip, keadilan dan reformasi. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, beliau terus membawa mesej yang hampir sama sejak dahulu lagi.


Perjalanan politik Anwar bukanlah mudah. Beliau pernah berada di puncak kuasa, pernah kehilangan jawatan, dipenjarakan dan melalui pelbagai ujian. Namun, beliau tetap memilih untuk meneruskan perjuangan mengikut keyakinannya.


Ramai melihat konsistensi itu sebagai antara kekuatan terbesar Anwar. Bagi penyokongnya, seseorang pemimpin yang mampu mempertahankan prinsip ketika senang dan susah mempunyai nilai yang tersendiri.


Sepanjang tempoh itu juga, Anwar berulang kali menegaskan bahawa politik sepatutnya menjadi medan untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya mencari kekayaan atau kepentingan peribadi.


Kini sebagai Perdana Menteri, beliau terus memberi penekanan kepada pembaharuan institusi, tadbir urus yang lebih baik serta usaha membanteras rasuah. Pendekatan itu dilihat selari dengan pendirian yang sering dibawanya sejak dahulu.


Sudah tentu, setiap dasar kerajaan sentiasa menerima pelbagai pandangan. Ada yang menyokong, ada juga yang mengkritik. Namun Anwar tetap mempertahankan keputusan yang diyakininya memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang.


Bagi ramai pemerhati, konsisten bukan bermaksud tidak pernah berubah. Sebaliknya, ia bermaksud tetap berpegang kepada nilai dan matlamat utama walaupun pendekatan mungkin berubah mengikut keperluan semasa.


Perjuangan yang panjang juga mengajar bahawa perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan kesabaran, keberanian dan kesediaan untuk terus bekerja walaupun berdepan pelbagai halangan.


Sebab itu, kisah perjalanan Anwar sering dijadikan contoh bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Yang penting ialah terus berusaha tanpa mengorbankan prinsip yang menjadi pegangan.


Akhirnya, sama ada seseorang bersetuju atau tidak dengan pendirian politik beliau, perjalanan lebih 40 tahun Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa konsistensi terhadap prinsip merupakan satu nilai yang mampu membentuk identiti seorang pemimpin dan menjadi pengajaran kepada generasi akan datang.


#AnwarIbrahim

#MalaysiaMadani





BERJUMPA PM THAILAND BAGI MENYEMPURNAKAN JAJARAN BAHARU

 



Alhamdulillah, hari ini sekali lagi ketemu PM Anutin bagi menyempurnakan pembukaan jajaran jalan baharu menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.










Sejarah telah lama mengikat bumi Malaysia dan Thailand. Ahli geografi Yunani, Ptolemy, pernah menggambarkan wilayah ini sebagai Golden Peninsula, manakala para pedagang silam mengenalinya sebagai Suvarnabhumi, bumi emas yang menjadi nadi perdagangan dan pertemuan tamadun. Berabad kemudian, penyair Inggeris John Milton turut menyebutnya sebagai Golden Chersonese.


Pembukaan jajaran baharu ini mencerminkan tekad kedua-dua negara untuk memperkukuh kesalinghubungan, mempercepat aliran perdagangan dan memudah cara pergerakan rakyat.


Sebagai pintu masuk perdagangan darat paling sibuk antara Malaysia dan Thailand, setiap penambahbaikan di Bukit Kayu Hitam–Sadao membuka ruang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat serta manfaat yang lebih besar buat rakyat.


Pertemuan ini turut membuahkan hasil apabila Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pembangunan Zon Ekonomi Khas Sempadan, menyelesaikan isu-isu teknikal yang tertangguh serta memperkukuh komitmen mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai USD30 bilion menjelang 2027.


Limpahan manfaatnya bukan hanya di kawasan sempadan, malah akan merancakkan pertumbuhan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan menerusi peningkatan perdagangan, pelaburan, logistik, pelancongan serta peluang pekerjaan.


Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang memastikan setiap hubungan strategik diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.


Insya-Allah, Malaysia dan Thailand akan terus memperkukuh hubungan demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.


🇲🇾🤝🇹🇭


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI





PESANAN PEJUANG SEJATI.


Che Ibrahim


 Pejuang sejati peneroka Felda... Ambo pun anak peneroka.




APA PUNYA BANGGANG .KENA KENCING NGAN UMNO..DULU HANGPA KENCING UMNO.

 


Pas Johor menyifatkan kenyataan Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa parti itu tidak akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Johor jika BN kembali membentuk kerajaan selepas PRN Johor sebagai satu kenyataan yang angkuh.




Sedangkan, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed berkata,  kenyataan mengenai kesediaan parti itu untuk bekerjasama adalah merujuk kepada kemungkinan BN tidak memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri selepas PRN Johor ke-16.


#malaysiagazette

#PAS


berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




APA KAMU DAPAT

 


(Terkini) Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Grand Finale Harapan Di Dun Senggarang 09/07/2026


 

@jasonyew_ Join "Saya tak beli kereta baru. Rumah satu. Kereta


 

Ucapan Maszlee Malik di Grand Finale HARAPAN Johor Selatan @ Puteri Wangsa


 

@LensaTv3 Subscribe Jika Menang Besar Di Johor, BN Akan Tarik Sokongan Kepada Kerajaan ? Jika Menang Besar Di Johor, BN Akan Tarik


 

Ucapan Kamil Munim di Grand Finale HARAPAN Johor Selatan @ Puteri Wangsa


 

@jasonyew_ Join "STR, SARA terus masuk akaun. Tak perlu


 

Ucapan MB Amirudin Shari di Grand Finale HARAPAN Johor Selatan @ Puteri Wangsa


 

Ucapan Mat Sabu di Grand Finale HARAPAN Johor Selatan @ Puteri Wangsa


 

Buy Super Thanks @jasonyew_ Join Banyak kali mesyuarat, cuma seorang Menteri