ANDAIAN BN MENANG



 𝗠𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 dan beberapa penganalisis politik meramalkan BN akan menang besar. So what? Ada yang persoalkan ketepatan kajian tu tapi bagi aku ia bukan hal yang besar.


Kalau BN menang besar sekali pun, tiada apa yang berubah. Johor memang ditadbir oleh BN sebelum ni. Dan DS Anwar akan kekal PM di Putrajaya. Kalau BN menang pun, 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗾𝘂𝗼.


Dan kalau tengok beberapa faktor luaran pun, adalah ajaib kalau PH boleh bentuk kerajaan negeri.


Pertama, pembubaran DUN secara mengejut. Masa tu tak ada siapa yang jangka. Jadi PH pun tak berada dalam keadaan bersedia.


Bukannya PH je tak bersedia. BN pun sama. Itu yang kelakar tu. Sampai deal dengan PAS pun tak sempat nak close. 𝗚𝘂𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻.


Kedua, sokongan daripada istana Johor. Bukan lagi rahsia bila 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 secara terang membuat kenyataan 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗽 Onn Hafiz. Itu akan jadi 𝗯𝗼𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿 kepada BN.


Ketiga, hari mengundi jatuh pada hari Sabtu. Tengah bulan pulak tu. Ini semacam sengaja nak 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶.


Yang bekerja di Singapura tak dapat balik mengundi. Begitu juga yang duduk jauh. Tengah bulan, duit pun dah habis nak buat balik kampung.


Umum pun tahu sekiranya peratus keluar mengundi rendah, BN akan 𝘁𝗮𝗽𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀. Mungkinkah SPR dah rancang semua ni? Kita je lalai.


Keempat, kelompok penyokong terbesar PH sedang terpecah dengan kehadiran 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮. Memang parti tu tak cukup kuat tapi 𝗱𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝗼𝗻 sebanyak 5% undi di sesetengah kerusi dah cukup untuk menangkan BN.


Jadi PRN ni memang BN sepatutnya menang besar. Patut boleh dapat lebih daripada 40 kerusi. Tapi jika BN dapat kurang, bermakna BN dah kalah.


PRN ni sebagai 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗲𝗿𝗶𝗺𝗲𝗻 (yes, BN jadikan rakyat Johor macam 𝘁𝗶𝗸𝘂𝘀 𝗺𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹) untuk menguji setakat mana sokongan rakyat terhadap BN.


Jadi kalau BN menang kurang satu kerusi pun dari jumlah sebelum ini, dikira bersama faktor-faktor yang disebutkan tadi, itu membawa erti UMNO/BN masih 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 bahkan semakin terpinggir.


Apa pun, sebagai pembenci perompak, aku harapkan BN akan kalah. Tak perlu kalah teruk. Tapi tak dapat majoriti pun dah cukup.


Aku nak tengok masa tu 𝗢𝗻𝗻 𝗛𝗮𝗳𝗶𝘇 nak jilat balik tak kahak dia yang kata tak nak bekerjasama dengan 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Dalam politik, cuma si dungu je yang akan mendabik dada tunjuk bodoh sombong begitu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: