Jamzuri Ardani
Isu kubur di Semenyih ni mudah jer nak paham kalau tak ada yang spin.
1. KL tiada lagi 'land bank' untuk tapak perkuburan. Tapak sedia ada akan penuh menjelang 2032.
2. Cadangan mengadakan tanah perkuburan awam di Semenyih telah wujud sejak 2005 lagi, tetapi banyak proses yang perlu diselesaikan, terutamanya perbincangan mengenai tanah dan 'land swap' antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bukan isu yang baru muncul. Pemuktamatan perbincangan dan perjanjian rasmi dibuat sekarang.
3. Ia melibatkan tanah perkuburan Islam dan tanah perkuburan bukan Islam. Ia juga melibatkan pihak swasta. Kawasan kubur bukan Islam diuruskan oleh syarikat swasta manakala kubur orang Islam diuruskan sepenuhnya oleh JAWI.
4. Kos pembinaan jalan masuk dan pembinaan infrastruktur lain seperti dewan, kafeteria, surau, dan tandas yang menelan kos RM150 juta akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta.
Fitnah yang menyebut urusan pengkebumian orang Islam diserahkan kepada syarikat milik bukan Islam adalah satu pembohongan yang serius.
Nak berpolitik pun berpada-padalah. Janganlah sampai mendatangkan fitnah pada agama..


No comments:
Post a Comment