(LIVE) Shamsul Iskandar & Mahfuz Omar: PN Celaru, Negara Haru Biru

[[LIVE]] 11.6.2021 PANAS: UMNO PECAT H20? SIMPTOM ISWARDY?

live Isu semasa

Hentikan Gejala Kematian Dalam Tahanan!

MUDAH SAJA MORATORIUM AUTOMATIK: TENDANG PN...ZAFRUL PUN BELAH KERAJAAN BARU NAIK MEMANG AKAN LAKSANAKAN.MALAH MODEL 1.0 DULU JUGA ADALAH IDEA PH.

 

Dulu rakyat bantu atasi krisis ekonomi, kini giliran bank balas ‘jasa’ rakyat, kata persatuan perniagaan. Beri kepada B40...M40 punya kuasa beli yang paling banyak dalam negara.Jika tidak diberi.B40 yang berniaga tidak ada kesan pun kerana kuasa beli M40 kurang.






Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) mahu bank melaksanakan moratorium pinjaman lebih menyeluruh untuk membantu mereka yang terkesan oleh sekatan akibat Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan sudah menggunakan berbilion wang pembayar cukai untuk membantu bank mengatasi Krisis Kewangan Asia pada 1997 dan Krisis Kewangan Global pada 2008, kini tiba masanya bank membalas “jasa” itu.

Justeru, Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) mahu bank melaksanakan moratorium pinjaman lebih menyeluruh untuk membantu mereka yang terkesan oleh sekatan akibat Covid-19.

FMBA, yang bercakap bagi pihak lebih sejuta syarikat dan empat juta perniagaan mikro dan pekerja sendiri, berkata bantuan hampir RM70 bilion yang diberikan kepada bank ketika dua krisis ekonomi itu jauh lebih rendah berbanding anggaran RM6.4 bilion yang diperlukan untuk melaksanakan moratorium menyeluruh kini untuk peminjam.

Pada sidang media maya, Pengerusi Protem FMBA Abdul Malik Abdullah berkata, mereka sudah menyerahkan surat yang menggariskan hal itu dan cadangan peluasan moratorium kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 2 Jun.

Presiden kumpulan pengguna, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Nadzim Johan, berkata, sejak sekian lama, bank telah memanfaatkan pelanggan dan kini tiba masanya mereka menjalankan tugas sivik mereka.

“Bank mesti bersatu sebagai warganegara Malaysia. Terdapat aspek kemanusiaan di sini yang belum wujud dalam industri perbankan.

“Mereka hanya melihat kepada keuntungan. Kami berharap mereka dapat melihat perspektif kami di sini. ”

Bawah pakej Pemerkasa Tambahan, individu dalam kumpulan B40 dan terjejas akibat kehilangan pendapatan, serta perusahaan kecil dan sederhana yang tidak beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh, layak mendapat moratorium pinjaman tiga bulan atau pilihan untuk membayar hanya separuh daripada bayaran bulanan bagi pinjaman mereka selama enam bulan.

Ahli ekonomi Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, jika bantuan tidak diperluas kepada semua rakyat dan perniagaan, yang kebanyakannya berdepan masalah kewangan, kerajaan akan menghadapi masalah yang berpanjangan.

“Aliran tunai adalah masalah besar ketika ini. Jika anda tidak bantu, ekonomi akan menguncup, begitu juga kecairan aset,” katanya.

“Jika perniagaan tidak dapat moratorium pinjaman sekarang, apa yang akan kita lihat adalah banyak perniagaan akan ditutup. Ini akan mempengaruhi kutipan cukai dan ekonomi negara di masa hadapan.”

Cadangan lain yang dikemukakan FMBA termasuk melanjutkan tempoh moratorium hingga akhir tahun atau sehingga imuniti kelompok dicapai, mana-mana yang berlaku kemudian.

Ia turut menyarankan sistem “pilihan” bagi peminjam, berbanding sifat semasa moratorium, iaitu secara sukarela.

Kata FMBA lagi, tiada caj tambahan atau faedah patut dikenakan terhadap pinjaman yang terjejas agar rakyat tidak terbeban dengan kos tersembunyi.

Tambahnya, berdasarkan moratorium menyeluruh pertama pada Mac tahun lalu, dengan kos ditanggung bank sekitar RM6.4 bilion, beban ke atas institusi-institusi berkenaan akan jauh diimbangi oleh keuntungan kira-kira RM93 bilion yang diperoleh oleh lapan bank teratas tahun lalu.

VIDEO AGONG SIMPATI MORATORIUM AUTOMATIK UNTUK SEMUA .....SELAIN ANWAR,ZAHID,GUAN ENG,MAT SABU MALAH SEMUA SETUJU...PAS TAK DENGAR PUN SEBAB SEKUTU BERSATU?

VIDEO : MENGHADAP AGONG, ANWAR TIDAK MENANGGUK DI AIR KERUH



“Kalau kita nak buat andaian, baginda berjumpa dengan Datuk Seri Anwar, Umno, DAP, AMANAH (dan parti lain), maka kita boleh lihat seolah-olah di situ ada kerangka pembentukan satu kerajaan baharu di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim. “Betul atau tidak, kita tak tahu lagi, ini mungkin satu ‘option’. Kita harap dalam perbincangan-perbincangan ini, akhirnya dengan tujuan untuk nak cari satu penyelesaian. Apa penyelesaiannya yang ingin dicadangkan, itu kita tak tahu,” katanya dalam siaran langsung Bicara Khalid Samad yang bertajuk : KERAJAAN GAGAL: APA PILIHAN AGONG? di Facebook Jom Channel semalam.

VIDEO : Siapa Perdana Menteri Yang Baru? Apa Itu Mageran?

OOOOO KERJA KASAQ DULU DULU- PATUT LA KASAQ JUGA KELAKU...HIKAYAT MB KEDAH


May be an image of 1 person, headscarf and text

Keputusan SPM saya kurang baik berbanding best student kelas saya Dr Fatimah Hj Mat Amin. Dia 15 (P1) saya 27 (P2). Tetapi saya bersyukur kerana keputusan itu pun telah melebihi usaha saya sendiri. Saya kurang mengayuh, berharap kepada lajak sahaja. Di laluan berbukit saya tuntun saja...

Saya diberhentikan daripada sekolah berasrama penuh pada pertengahan tingkatan empat, diberi peluang menyambung persekolahan di SM Sik. Ada satu saja kelas aliran sains, pelajar lebih kurang 30 orang.

Saya lebih banyak 'bersastera' belajar tentang kehidupan di luar daripada kurikulum subjek asas di sekolah. Saya berkawan dengan brader penjual burger depan sekolah, Abg Art roti canai murtabak di Pekan Sik, Tajul tauke Family Fried Chicken (Dato' Mohd Tajuddin Abdullah), dan ramai peniaga pasar malam.

Ada subjek yang tidak dapat masuk kepala sama sekali seperti matematik tambahan (Cikgu Suaidi Saad) dan fizik. Yang saya ingat tentang fizik hanyalah Cikgu Hajjah NorainiDescription: 😅. Kimia pulak saya ingat Cikgu Zainal Abidin (Cikgu Non) dan Biologi saya ingat Cikgu Hj Yusof Desa (Allahyarham).

Saya minat subjek geografi dan Cikgu Miskin Raboo, isterinya Cikgu Hjh Jamnah Pairan (BM). Sir Prasad mengajar bahasa Inggeris, Ust Abdul Hapis (Ust Ramli Hj Ibrahim) mengajar Agama Islam. Cikgu Azizah, Cikgu Asri ( matematik moden) Cikgu Hjh Najmi, Cikgu Ghazali Hashim (Allahyarham)... semua cikgu ada jasa masing-masing.

Semasa cuti penggal untuk ke tingkatan lima, saya ikut rakan sekampung bekerja awak-awak bot bilis di Taman Intan Sg Petani. Saya bertahan 2 minggu sahaja tidur berak atas bot bilis. Awak-awak bot bilis ramai yang hisap ganja dan main kad. Saya takut merosakkan diri jika lebih lama di situ, saya minta berhenti. Tolak duit yang dah pinjam $50, baki tinggal $34. Sehari -$7.00 saja.Description: 😅

Kemudian saya jadi buruh binaan di Tanah Liat, menumpang rumah sewa kawan di Kubang Semang. Berjalan kaki menyusur landasan keretapi dengan Hamid Panjang, jadi capkang membancuh simen, angkut bata, tarik timba simen naik ke tingkat dua sebuah banglo cina. Umur saya 16 tahun.

Hari Ahad cuti, saya ikut taukey cina itu ke kilang, angkut sampah dan cuci setor. Dia jadi vendor kilang pakaian sukan jenama Rebook, bawa balik pakaian siap untuk dimasukkan ke dalam bungkusan. "Ini barang untuk hantar luar negeri saja ooo." kata taukey. Saya menitik air liur teringinkan track suit berjenama itu.

Saya masuk semula ke tingkatan lima agak lambat kerana asyik bekerja jadi buruh. Sewaktu di tingakatan lima, saya ikut pula Zaharin budak kelas lima sastera bekerja dengan Tajul (Dato' Tajuddin Abdullah) pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat berniaga ayam goreng.

Jam 4 petang sudah beroperasi di pasar malam - Sik, Kupang, Bukit Selambau, Yan dan Jeniang. Jam 12 baru sampai ke rumah sewa. Masa mana saya belajar hal-hal dalam buku sekolah? Mungkin suku saja alam persekolahan saya berada di sekolah. Selebih saya mencelupkan diri dalam semua persekitaran di luar. Ramu serba serbi, jadi serba boleh sekadar serba sikit.

Saya masuk belajar semula di tingkatan enam di Sek Men Derma, Kangar Perlis. Itu saja kelayakan terbaik SPM saya. Kali ini lebih fokus tetapi tidak 100%.

Dunia luar sekolah saya alih kepada aktiviti ko-kurikulum pula - sukan olahraga, ragbi, forum remaja, nasyid, ketua pengawas asrama, surau, mengenal budaya dan berkawan rakan pula. Ada satu hari saja sepanjang hampir dua tahun di tingkatan enam itu saya tidak tertidur dalam kelas - 21 April 1993. Tarikh tunggal itu kekal dalam ingatan menjadi sejarah.

STPM saya cukup makan saja untuk masuk U. Saya tidak pernah cemerlang dalam subjek apa sekalipun, semuanya biasa-biasa saja melainkan subjek Bahasa Melayu yang saya kekal dapat 'A' sewaktu SPM dan STPM. Selain BM, saya kuasai sedikit subjek geografi, sejarah dan pengajian am. Ekonomi setakat lulus Principle E saja.

Di universiti pun saya aktif berpersatuan, memimpin pertubuhan dan kelab mahasiswa, banyak aktiviti luar bilik kuliah. Semua kertas kursus lulus, tidak corot tidak juga top. Kursus Statistik dan Kaedah-kaedah Penyelidikan (Dr Tiun Ling Ta) saja saya terpaksa mengulang di semester 3, bersama ramai pelajar lain. Itu kes biasa. Akhirnya bergraduasi juga.

Kita dibina oleh jalan yang kita lalui, apa yang kita tekuni dan kita sambil lewakan. Semua itu adalah mata pelajaran untuk menempuh dan membina masa depan. Serba serbi serba boleh serba sikit pun mampu jadi bekal hidup yang baik walaupun tiada deretan A pada sijil peperiksaan.

Jika ada deretan A juga bersama pengalaman lain tentulah lebih baik. Tapi deretan A sahaja tanpa adunan rempah ratus dari luar kelas serba sikit itu akan menjadikan kita gagal memahami istilah 'bodoh-bodoh' dalam konteks ia diungkapkan. Lalu kita menjadi pandai-pandai dalam dunia kita sendiri saja.

Adik-adik yang dapat result SPM kelmarin saya ucapkan selamat menempuh kehidupan. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan harus berhubung jalin dengan kehidupan sebenar.

Kepada yang kurang cemerlang, jangan putus asa, SPM bukan penamatnya, ia baru bermula. Kita masih punya waktu menganyam masa depan kita sepanjang laluan. Belajar adalah proses sepanjang hayat, bukan di sekolah sahaja. Cuma dalam dunia hari ini, kita perlu pantas, tidak boleh culas, bukan sekadar bangun tapi bingkas!

Akhir sekali, Allah swt lah yang menyusun hidup kita, menentukan segalanya, kita hanya menjalani dengan ihktiar usaha dan doa...

INI PUN PELESU JUGA...SIAPA DESAK DIA ? KRONI ...KAH...KAH...KAH....

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harlan Ad BERITA >> Nasional Saya didesak kembali jadi PM, kata Dr Mahathir 17 Feb 2021 Sinar"

                                  INI PUN PELESU JUGA- TENGAH NAK UP LINE

May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎PERIKATAN لزین Tahniah SETINGGI-TINGGI SETINGGI KEPADA YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-9 DAN DATO' SERI AZMIN BIN ALI TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA‎"‎‎


                            YANG INI BUKAN PELESU..YANG INI MUNGKIN HANTU

May be an image of Husin Husin and text that says "i IULUK AMA mhdaily.net Panas!! Pas lapor polis peguam dari parti sendiri lesapkan duit beli tanah untuk buat markas"

MMMMM.....PELESU ...

 

Warisan dan Pas nafi bentuk kerjasama sokong Hishammuddin



Astro Awani
Warisan dan Pas nafi bentuk kerjasama sokong Hishammuddin
Pas turut menafikan mempunyai sebarang kerjasama dua pihak dengan Warisan bagi memberi sokongan kepada Hishammuddin. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Parti Warisan (Warisan) menafikan ada membuat kenyataan bersama Pas menyokong Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai calon perdana menteri yang baharu.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr menafikan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan akan membuat laporan polis mengenainya.
Kenyataan yang tular itu turut memalsukan tandatangannya dan juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Saya menyangkal sekeras-kerasnya isi kandungan kenyataan media Pas bertarikh 11 Jun 2021 tersebut yang mana saya sama sekali tidak pernah sama ada bagi pihak Warisan mahupun atas kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani apa-apa persetujuan muafakat bersama Pas untuk menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri. Warisan tidak pernah terlibat dengan Kenyataan Media itu.
"Perbuatan seperti ini adalah tindakan orang-orang yang kemaruk kuasa sehingga sanggup memfitnah dan memalsukan tandatangan saya.
"Saya akan membuat laporan polis selepas berbincang dengan peguam saya berkenaan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Pas turut menafikan mempunyai sebarang kerjasama dua pihak dengan Warisan bagi memberi sokongan kepada Hishammuddin.
Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan surat yang tular di beberapa platform media sosial adalah palsu.
“Saya menafikan kenyataan tersebut dan ia telah mendapat pengesahan bahawa maklumat tersebut adalah palsu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Terdahulu, tular satu kenyataan media menggunakan lambang Pas yang ditandatangani bersama Loretto dan Takiyuddin.
Kandungan kenyataan tersebut antara lain kononnya kedua-dua parti bersepakat untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri.
Ia kononnya bagi menyelamatkan negara daripada terus berada dalam krisis kesihatan akibat COVID-19.

Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun


Irwan Muhammad Zain
'Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' PKP 3.0 di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun.
Menurut Menteri Pertahanan Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.
Senarai positif/negatif dan prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini.

MUHYIDDIN KENA GAME?

 

Jika benarlah apalah yang dikatakan...

 

MUHYIDDIN KENA GAME...

 

May be an image of 2 people, people standing and suit


Jika benarlah apa yang dihebahkan di medial sosial dan group whatsapp tentang sokongan SD sedang diaktifkan... saya sedikit pun tidak berasa hairan cuma merasa kecewa Muhyiddin boleh mempercayai Jemin dan tidak nampak perancangan tersebut.

 

Mempercayai Jemin yang telah mengkhianati DS Anwar, mengkhianati PKR/PH dan mengkhianati mandat rakyat adalah seperti mempercayai Tun sudah berubah.

 

Muhyiddin hanya dijadikan boneka. Sebab itu kita dapat melihat Tun tidak menyerang Hisham dan Jemin dalam 16 bulan PN memerintah. Dia hanya menyerang Muhyiddin...walaupun perancang utamanya Langkah Sheraton ini adalah kedua bisan tersebut. Pandangan saya Muhyiddin sebenarnya keseorangan dan bolehlah dianggap dipergunakan utk sementara seperti Pak Lah dulu.

 

Apa yang dia mahu adalah mengangkat Hisham dan Jemin. Jemin diserap ke dalam Bersatu dan apabila Hisham menjadi PM adalah lebih mudah untuk mengalihkan sokongan Ketua-ketua  Bahagian menyokong Hisham dan meninggalkan Zahid Hamidi mahupun Najib. Bersatu dan UMNO akn mudah disatukan dan Tun akan lebih mudah dapat menggunakan kedua parti Melayu tersebut.

 

Adakah ahli Bersatu akan marah jika Presiden mereka hilang jawatan? Tanya saya tidak jika jawatan-jawatan dalam kabinet dan Jemin terus mengekalkan jawatan GLC dan lain-lain hingga jawatan Ketua Kampung kepada ahli Bersatu.

Yg ahli Bersatu akn marah jika dihijack dan mereka hilang segala jawatan bergaji/elaun. Muhyiddin akn ditinggalkan keseorangan dan kariernya sebagai org politik akn berakhir begitu sahaja dgn cara terhina.

Mastermindnya seperti kita jangka dan itulah yg kita nasihati kpd Bang Mat jgn terpengaruh. Atok tu akn cuba lakukan apa sahaja dgn style lamanya pecah dan perintah. Asal bukan Anwar Ibrahim menjadi PM. Kpd Muhyiddin adalah kesilapan besar apabila dia boleh mempercayai kelicikan Jemin. Keseronokkan sementara...

Artikel ini hanya pandangan peribadi penulis. Boleh jadi pandangan ini betul boleh jadi tidak...

Dari meja ~ Norman Radzuan

 

Langkah Tun M untuk kembali berkuasa, halang Anwar jadi PM – AMK

 

By

 Kasthuri Jeevendran

 -

 11 June 2021



3B447ADC-32BC-4EAC-A93D-D4E315C9A008


Thiban Subramaniam

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dilihat tidak lebih daripada impiannya untuk kembali berkuasa.

Itu dakwaan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Thiban Subbramaniam yang terkilan dengan sikap bekas Perdana Menteri itu yang mencadangkan diri sendiri untuk mengetuai Mageran.

“Dalam sidang media semalam, Mahathir telah cadangkan Mageran dan dirinya untuk ketuai badan itu. Apa logiknya tindakan ini? Saya sungguh tidak faham langsung sebenarnya.

“Di saat rakyat sedang bergelut dengan Covid dan juga ekonomi, cadangan Mahathir untuk membuat Mageran adalah satu langkah ke belakang yang akan membawa kesan buruk kepada negara ini.

“Situasi negara hari ini tidak sama seperti situasi tahun 1969. Apakah kewajaran Tun M cadangkan Mageran?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Thiban, rata-rata rakyat dan pemimpin politik dari parti pembangkang mahu pun kerajaan seperti UMNO telah menegaskan pendirian mereka untuk mendesak kerajaan menamatkan darurat yang didapati gagal mengekang penularan Covid-19.

“Namun tindakan Tun Mahathir mencadangkan Mageran kepada Yang Dipertuan Agong jelas menunjukkan beliau bersungguh-sungguh untuk kembali berkuasa dengan apa jua cara pun.

“Mengecewakan sungguh mengapa kuasa begitu penting walaupun sebelum ini beliau telah dua kali menjadi Perdana Menteri dan ketika menerajui negara apa yang menjadi janji perjuangan semuanya hanya tinggal janji, ini bukan saya cakap tapi seluruh rakyat sedia maklum,” katanya lagi.

TAK DAPAT BAYANGKAN KALAU TUN M JADI PENGERUSI MAGERAN – RAZEEF

Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, cadangan itu dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kejayaan penubuhan Mageran pada tahun 1969 yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein berjaya menyelesaikan masalah politik dihadapi ketika itu dan negara kekal stabil untuk tempoh panjang.

Kata Thiban lagi, sebenarnya Mahathir mempunyai agenda serta strategi untuk memastikan kerajaan tidak bertukar sekaligus mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya.

“Tun bukan nyanyuk, ini adalah strategi beliau untuk pastikan kerajaan tidak bertukar khususnya Anwar tidak diangkat sebagai Perdana Menteri.

“Tindakan beliau mencadangkan Mageran dengan menawarkan diri sebagai pengerusi jelas menunjukkan beliau terdesak untuk kembali berkuasa setelah kerajaan PN gagal teruk,” ujarnya.

Justeru, Thiban memohon Yang di-Pertuan Agong untuk mengetepikan cadangan Mahathir dan mengembalikan demokrasi di negara ini dengan mengembalikan semula sidang Dewan Rakyat. -MalaysiaGazette

Selamatkan ikon feri Pulau Pinang

 

Pengarah Komunikasi KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap nasib Feri Pulau Pinang yang tersadai dan tenggelam baru-baru ini.

Beliau berkata, adalah mendukacitakan apabila khazanah dan ikon pelancongan negeri yang buat sekian lama itu dibiarkan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

"Ia bukan setakat modus operandi pengangkutan utama sebelum adanya jambatan Pulau Pinang, ikon yang berjasa ini telah pun menghubungkan tanah besar dan pulau buat 126 tahun lamanya," katanya.

Justeru, beliau meminta Prasarana dan Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan bagi menyelamatkan feri ini.

"Semua sedia maklum yang perkhidmatan feri berada di bawah seliaan Prasarana, sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

"Maka Prasarana adalah autoriti yang dilihat punya kapasiti dan dana untuk menyelamatkan ikon tersebut.

"KEADILAN Pulau Pinang menggesa Kementerian Pengangkutan agar serius untuk menjadikan ikon ini sebagai tarikan utama pelancongan di negeri ini.

"Adalah dicadangkan agar feri yang tenggelam ini diperbaiki termasuk dicat semula dan kemudiannya dijadikan sebagai sebuah tugu di negeri ini.

"Tentang lokasi, saya percaya kerajaan negeri boleh menyediakan tempat yang strategik untuk mengabadikan sejarah pengangkutan bersejarah ini," katanya.

KAH..KAH...KAH.....WOIII...JANGAN MELATAH

 

JAMZURI ARDANI


Macam parti lebai ... mula-mula Umno dipaut, lepas tu MCA pun dicapai, sekarang Bersatu pulak ... Israel pun depa sanggup paut laaa.


May be an image of 1 person and text that says "Razman Zakaria @RazmanZakaria60 Ingat, orang lemas dan dihanyut arus, apa pun dia akan capai. Untung sabut timbul."





LAAAA....JANGAN GELABAH BRO...AGONG YANG NAK JUMPA...KAH..KAH...KAH..TAK TUKAR KERAJAAN PUN...BINCANG BIASA SAHAJA KAN?

 


‘Sabar untuk 3 bulan lagi’, Hamzah beritahu ahli politik beria jadi PM





Hamzah Zainudin berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak takut dengan pembukaan semula Parlimen.

PETALING JAYA: Semua pihak yang menggesa supaya Parlimen dibuka diharap bersabar dan menunggu sehingga Sept atau Okt selepas negara mencapai imuniti kelompok, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan sesetengah pihak agar pembukaan semula Parlimen dibuat secara hibrid.

Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak takut dengan pembukaan semula Parlimen.

“Sabar sekejap. Sekarang kita ada program vaksinasi, menjelang September atau Oktober kita akan sampai matlamat kita. Kemudian bukalah. Anda nak bertumbuk, nak buat apa (dalam Parlimen).

“Anda (media) bagitahu semua orang, khususnya ahli politik yang beria-ia sangat hendak menjadi perdana menteri itu agar bersabar untuk tiga bulan lagi,” kata beliau menurut laporan Sinar Harian.

Hamzah turut meminta pihak pembangkang bersabar sehingga negara mencapai imuniti kelompok.

“Anda sudah ada ‘nombor’ dan serang. Masa itu tidak mengapa sebab kita sudah ada imuniti kelompok. Yang sekarang ini tiba-tiba nak buat untuk apa,” soal beliau.

Ahli Parlimen Larut itu berkata jika sidang Parlimen dilaksanakan secara hibrid, perkara pertama perlu dibuat adalah mengenai perintah tetap atau ‘standing order’.

“Perintah tetap Parlimen hibrid macam mana? Kena duduk (berbincang) bagi membuat perintah tetap (Parlimen) hibrid dulu. Berapa lama ia akan mengambil masa? Dua minggu? Tidak cukup,” tambah beliau.

Beliau juga menarik perhatian kepada jumlah orang yang perlu diuruskan sekiranya Parlimen bersidang.

“Ada lebih 200 ahli Parlimen. Kalau setiap seorang bawa pegawai mereka, sudah lebih 400 orang. Pegawai di Parlimen sahaja ada 300 orang,” katanya, dan menambah itu tidak termasuk pemandu dan kakitangan sokongan.

“Jumlahnya akan cecah 1,000 orang. Kalau kita buka Parlimen dan bersidang dari pagi sampai 6 petang setiap Isnin sehingga Khamis, kita beri ruang kepada musuh (Covid-19) menyerang kita.”

Sokong penuh Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu berhubung keadaan semasa Covid-19 – Kit Siang


Oleh Lim Kit Siang

(Ahli Parlimen Iskandar Puteri merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP)

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu yang akan diadakan pada 16 Jun bagi membincangkan keadaan semasa wabak Covid-19 yang dianjur oleh Yang di-Pertuan Agong wajar mendapat sokongan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau politik, kerana keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia semestinya memerlukan keprihatinan kita semua, termasuk Raja-Raja Melayu. 

Pada tahun pertama wabak Covid-19 mengganas, kita semua bersetuju bahawa negara-negara terburuk dalam menangani wabak Covid-19 adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis, Sepanyol, Brazil dan Mexico.

Tetapi jika rakyat Malaysia ditanya selepas lima bulan darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 untuk memerangi wabak Covid-19 tentang negara manakah yang mempunyai prestasi terburuk dalam menangani wabak Covid-19, mereka akan memikirkan Malaysia dan India.

Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis dan Sepanyol kini menunjukkan tanda-tanda akan pulih daripada gelombang wabak berkenaan. 

Amerika Syarikat, negara yang paling teruk dilanda Covid-19 pada 2020, dengan jumlah kumulatif sebanyak 34.25 juta kes, yang menyaksikan peningkatan harian tertinggi sebanyak 305,044 kes pada 8 Januari 2021 dan puncak peningkatan kes kematian harian sebanyak 4,464 pada 12 Januari, telah menurun sebanyak 95.5% kepada 13,742 kes dan sebanyak 91.2% kepada 392 kematian pada 8 Jun 2021.

United Kingdom juga mengalami penurunan mendadak dalam peningkatan kes dan kematian baru setiap hari — menurun 91% dari kenaikan harian tertinggi 67,839 kes pada 8 Januari 2021 kepada 6,049 kes baru pada 8 Jun 2021 dan menurun sebanyak 99.3% dari puncak peningkatan harian sebanyak 1,823 kematian pada 20 Januari kepada 13 kematian pada 8 Jun 2021.

Itali, Perancis dan Sepanyol juga menyaksikan penurunan mendadak sekitar 90% dalam peningkatan kes baharu harian Covid-19 dan kematian akibat virus itu.

Malah India menyaksikan penurunan mendadak dalam kes dan kematian harian – jatuh dari puncak peningkatan kes harian sebanyak 414,433 kes pada 6 Mei kepada 87,345 kes pada 8 Jun (penurunan mendadak 79%) dan puncak peningkatan kes kematian harian sebanyak 4,525 pada 18 Mei kepada 2,213 kes kematian pada 8 Jun (penurunan ketara sebanyak 51.1%).

Malaysia bagaimanapun mencatatkan lonjakan kes, menetapkan rekod baru untuk peningkatan kes baharu harian Covid-19 (9,020 kes pada 29 Mei) dan peningkatan kes kematian baharu harian Covid-19 (126 kematian pada 2 Jun) – dengan amaran bahawa Malaysia diramal bakal mnecapai 13,000 kes setiap hari pada pertengahan Jun dan jumlah kematian 26,000 menjelang September.

Pemimpin paling buruk dalam menangani wabak Covid-19 tahun lalu adalah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Presiden Brazil Jair Bolsonaro dan Presiden Mexico Andres Manuel Lopex Obrador.

Tahun ini, Donald Trump sudah terkeluar dari senarai itu, dan digantikan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi dan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin.

Dua petunjuk mengapa Malaysia adalah negara terburuk di Asia: 

–    Malaysia berada di kedudukan ke-85 pada 18 November 2020 antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi, namun kedudukan itu merosot tujuh bulan kemudian, negara kita kini berada di kedudukan ke-39 – naik 46 tangga. Malaysia dijangka akan berada di kedudukan ke-38 dalam tempoh seminggu untuk mengatasi Austria.

–    Malaysia adalah antara sepuluh negara teratas dengan jumlah kes per sejuta penduduk tertinggi selama dua minggu dari 24 Mei hingga 6 Jun. Sepuluh negara teratas adalah:

1. Bahrain 2,307.1

2. Uruguay 1,580.8

3. Colombia 725.7

4. Suriname 627.3

5. Chile 558.2

6. Kuwait 458.6

7. Mongolia 440.8

8. Malaysia 354.3

9. Oman 316.2

10. Namibia 244.9

Setiap rakyat Malaysia yang setia dan patriotik harus prihatin dengan keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia, ketika banyak negara yang sebelum ini teruk dilanda wabak itu kini menunjukkan tanda-tanda pulih. 

Kita telah kehilangan 3,536 nyawa akibat Covid-19 – berapa banyak daripadanya adalah kematian yang dapat dielakkan sekiranya kita dapat menangani wabak Covid-19 dengan lebih baik? 

Inilah sebabnya mengapa mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang akan diadakan bagi membincangkan situasi wabak Covid-19 di negara ini adalah suatu tindakan terpuji dan harus disokong oleh semua rakyat Malaysia. 

TAN SRI MUSA HITAM KATA DIA TAK PERCAYA MAHATHIR , DAN RAPATNYA BELIAU DENGAN LIM KIT SIANG


 

KAH..KAH..KAH....QIBLAT NAK JAWATAN KE HADI ?

 


Dulu beristiqamah kepada Islam, sekarang Pas beristiqamah kepada PM

Dulu beristiqamah kepada Islam, sekarang Pas beristiqamah kepada PM

PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan.

Secara khusus, PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.

Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi. Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana Covid-19 yang sebegini rupa.

Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera, di mana mereka ingin menebuk kapal daripada bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka sahaja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera. Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat.

Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA juga menegaskan:


إنَّ اللَّهَ يَزَعُ بِالسُّلْطَانِ مَا لَا يَزَعُ بِالْقُرْآنِ.

“Allah memberikan kuasa kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak disebutkan oleh al-Quran.”
Bertindak dengan tegas tanpa perasaan waswas, kerana waswas itu datangnya daripada syaitan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Dari Jendela Institut Jantung Negara (IJN).
Bertarikh: 28 Syawwal 1442 / 9 Jun 2021


TERUSKAN DOA YANG BAIK-BAIK BUAT DSAI


Tiada `personal' dengan Azmin - Anwar Ibrahim - Utusan Digital


MESKIPUN secara jelas saya sememangnya sangat SKEPTIKAL dengan kejayaan usaha DSAI untuk menukar KERAjaan kerana tidak lagi mahu berharap dengan Kayangan, namun tetap mendoakan yang  terbaik buat DSAI. DSAI telah menemui pihak Istana dalam diam. Semoga dipermudahkan usaha beliau. Cuma janganlah kecewa jika anda terlalu mengharapkan tapi tidak tercapai harapan.

PANtuk Oren Masam kelihatannya jadi gila dan sangat meroyan skrg. Lucu pulak saya tengok puak "DESPERADO" mahukan OT jadi PM semula. Sudah terbukti apa yang saya kata lebih setahun dahulu yang PANtuk dan geng #K3 Oren Masam memang berpakat dgn OT utk sailang DSAI. Cuma mereka tidak mahu mengaku dan bertaqiyyah.

Sekarang kita dah tahu DSAI dalam diam sudah "lead the game" walau kita tak le harap sangat dengan Kayangan, doakanlah Allah beri izin.

OT hanya cuba mengejar, menempek dan sailang DSAI kerana usahanya itu. Kita tengoklah apa akan berlaku seterusnya.

Mencadangkan MAGERAN seperti yang Pegawai Mahiaddin cadangkan adalah usaha TERSEPIT dan DESPERATE OT nak halang DSAI. Ia tidak akan berjaya. Insya Allah.

Awal lagi diberitakan Mat Sabu "SOKONG" cadangan MAGERAN itu. Kalau PANtuk Oren Masam tengok cara Mat Sabu "SOKONG" mcmtu sure pakat berak kapur. Description: 😁

Apapun kita doakanlah untuk DSAI harungi ranjau ini demi selamatkan Rakyat dan Negara dari KERAT yang CLUELESS, HOPELESS, USELESS and BRAINLESS..!!

- Zus Din

11 June 2021


JANGAN BIARKAN SAKA MEROSAKKAN NEGARA BERSAMA KRONINYA...

 No photo description available.

BETUL KATA Dr. Puad Zarkashi tu. Kuasa MAGERAN ni sangat dahsyat, boleh buat apa sahaja. Buatnya OT tu salah guna lagi parah le keadaan Rakyat. Seteru dia terutama DSAI pasti ke "dalam".

Tu pasal Mat Serabut penjilat tegar OT pun tak mahu sokong MAGERAN. Kalau dia dan Tokong Lim masih tak nampak memg sah la dua ekoq ni popelarq, badogol so'ot. Berhentilah sokong jembalang-jembalang  nih. Ramai lagi dalam PH yang TAK KELAPAQ ke OT yang boleh kita sokong.

- Zus Din

11 June 2021

 May be an image of 1 person and text

UMNO Tolak Darurat, Parlimen Wajar Bersidang Seperti Biasa - Zahid

RIWAYAT POLITIK MUHIYIDDIN BAKAL BERAKHIR, ANWAR TOLAK JAWATAN TPM? PM I.....BOLEH DENGAR LA TAPI JANGAN KETEPIKAN LANGSUNG..



INI YG DIPERKATAKAN LOCKMAN ADAM.
Gempar !!! Hishamuddin bakal PM, Azmin TPM antara cadangan plan pengunduran Muhyiddin?
June 10, 2021 8:12 pm
Pergolakan politik semasa nampaknya memberi ruang sebebasnya untuk semua pihak mencatur kepemimpinan negara.
Berikutan pertemuan pemimpin parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong untuk membincangkan isu pembukaan semula Parlimen dan kegagalan negara membendung wabak Covid-19, mungkin ada yang menganggap hari-hari Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baka tiba dipenghujung.
Khabar angin juga menjadi berlebihan setelah cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk MAGERAN , yang diyakini sebagai usaha untuk melihat tempoh darurat yang sepatutnya berakhir pada bulan Ogos ini berlanjutan buat selama-lamanya.
Bagaimanapun perbincangan semasa di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn kini merangkumi senario yang mengejutkan.
Sumber memberitahu The Vibes bahawa ahli parlimen parti itu didekati untuk menjamin Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai calon jawatan timbalan perdana menteri.
Apa yang telah disebutkan oleh wakil itu kepada anggota Umno bahawa Muhyiddin akan turun sebagai perdana menteri pada bulan-bulan mendatang, yang memungkinkan Hishammuddin mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri kesembilan negara itu.
Walaupun ramai yang dapat menerima Hishammuddin sebagai perdana menteri ketiga negara selepas pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan Barisan Nasional dikalahkan buat pertama kalinya, senario lain mungkin lebih sukar untuk diterima oleh anggota Umno: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan perdana menteri.
“Ahli Parlimen Umno mungkin tidak bersedia menerima Azmin,” kata sumber.
Cara menangani ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri perdagangan dan industri antarabangsa semasa pandemik Covid-19 telah dikritik, tetapi dia membawa sekurang-kurangnya 11 anggota Parlimen.
Azmin, yang dilihat sebagai salah satu arkitek utama kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu, dilihat sebagai faktor pemecah belah.
Cadangan pelantikan Hishammuddin yang memang mengejutkan. Hal ini berikutan menteri luar itu tidak memegang sebarang jawatan tertinggi dalam Umno.
Dia bahkan tidak berada dalam Majlis Tertinggi, walaupun datuknya, Dato Onn Jaafar, adalah pengasas parti itu, dan ayahnya, Tun Hussein Onn, adalah perdana menteri ketiga Malaysia.
Sementara itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sepupu.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi esok.
Hishammuddin masih belum menjawab pertanyaan.