NORMAN RADZUAN
Saya cemburu dgn negara lain
KITA MASIH MENYIMPAN RAKYAT
Setiap malam saya menonton acara sukan luar negara. Ada Formula
1, Moto GP, Badminton, Cycling, Tenis, Bola Sepak (Euro Cup bermula minggu
ini), Olahraga di Europe, Maraton di China ( gambar ) dan skg sdg berlangsung
kejohonan Volleyball Nation Leauge melibatkan negara terbaik seluruh dunia.
Manakala bandaraya2 besar di Eropah sudah dibuka dan ramai kini
tidak perlu memakai mask lagi. Di Australia hanya bandaraya yg ada kes yg agak
tinggi dilakukan lockdown tetapi di bandaraya2 lain dibuka dan tidak perlu atau
tidak diwajibkan memakai mask lagi. Negara kita habis satu negara kena
lockdown.
Israel berbangga 65% rakyatnya telah divaksin, UK berbangga
sudah lebih 60 juta rakyatnya di vaksin. Malah Britain yg menempah 300 juta
vaksin... lebihan vaksin itu akn diberikan kpd negara2 miskin.
Di negara kita selepas lebih setahun...dua bulan lalu dari 10
juta mendaftar mahu divaksin hanya 1 juta lebih baru divaksinasi. Kemudian mahu
menutup malu dialihkan isu rakyat anti vaksin.
Di Malaysia heboh tentang pekerja Mall terpaksa membayar utk
mendapatkan vaksinasi. Memalukan sdgkan negara2 luar sanggup memberikan secara
percuma kpd negara2 yg memerlukan. Kemana hilang wang rakyat berbillion
tersebut?
Lagi satu saya ingin menegur KKM dan MKN. Selain sudah ada
perubahan mahu menggunakan khidmat tentera, kenderaan bergerak dan klinik2
walaupun dianggap lambat bertindak... saya baru2 ini ada membawa mertua yg
berumur 80 an utk vaksinasi.
Ramai golongan seumur dgnnya hadir dan perlu berbaris dan
bergerak utk mendapatkan suntikan. Cubalah kalian proaktif sepertimana
dilakukan oleh Jepun, jururawat yg bertugas itu dtg ke kerusi golongan tua utk
diberikan suntikan. Kan bagus begitu tidak membebankan golongan yg berumur 70an
dan 80an yg pastinya mereka dlm keuzuran. Benda mudah pun tak boleh fikir?
Moral ingin saya sampaikan... saya cemburu melihat negara2 luar
sgt agresif dan proaktif. Mereka kini bebas menganjurkan acara2 sukan, bebas
keluar bersosial dan beberapa negara telah membuka kehadiran pelancong. Kita
selepas setahun masih bercerita tidak cukup katil, masih tidak cukup
ventilator, tak cukup kakitangan... memalukan.
Yg dihebohkan jumlah kes, rakyat tak patuh SOP, anti vaksin...
mahu PKP, PKPB, PKPP, PKPD. Yg tak mahu diheboh kenapa vaksin lambat diterima,
kenapa proses vaksinasi lembab, kenapa selepas setahun masih tidak mencukupi
ventilator, tidak cukup katil. Kerajaan ini gagal! Nak buat lockdown pun SOP
masih tunggang langgang... walaupun sudah kali ketiga.